Quantcast
Channel: WAJIB TONTON
Viewing all 339 articles
Browse latest View live

ASIA SHORT FILM FESTIVAL 2012 DI FINAS ( 8 - 9 SEPTEMBER 2012)

$
0
0

PERBADANAN Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) sentiasa aktif dengan pelbagai aktiviti membangunkan bidang perfileman sepanjang tahun ini. Perkara itu termasuk dalam usaha memperkenalkan filem pendek kepada peminat seni tanah air menerusi pertandingan Short Shorts Film Festival & Asia Malaysia 2012 (SSFFA 2012) selama dua iaitu pada 8 dan 9 September di Studio Sound Stage, Finas.

Sebanyak 22 buah filem dari negara seperti Kanada, Poland, Itali, Japan, Jerman, United Kingdom (UK), Perancis, Iran, Sepanyol, Singapura, Taiwan, Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia ditayangkan pada tarikh berkenaan.

Pengarah Pembangunan Modal Insan Finas, Mohd. Fazli Abdul Aziz berkata, festival filem pendek kali ketiga itu bertujuan membuka peluang kepada karyawan dan pelajar perfileman berkongsi pengalaman dalam pelbagai aspek pembikinan i filem pendek dari luar negara.

“Seiring dengan itu, Finas memberi peluang kepada orang ramai menonton karya filem pendek yang bermutu dari seluruh Asia. Pengunjung yang datang boleh menonton dan menghayati kepelbagaian tema dan budaya yang divisualkan agar dapat menghayati erti kehidupan dan kemanusiaan.

“Contohnya filem Mother of the Groom yang mengisahkan perbezaan budaya hidup masyarakat Jepun di Tokyo dan Okinawa. Begitu juga filem pendek dari Iran, The Road Is Closed mengisahkan empat lelaki yang terkandas dalam ribut salji ketika dalam perjalanan menghantar mimbar. Pelbagai konflik timbul dalam usaha menyelamatkan nyawa dan janji menghantar mimbar ke daerah pendalaman," katanya.

Tiga filem pendek yang tempatan yang dipertandingkan dalam SSFFA 2012 berjudul The Apprentice, Hari Jadi dan Di Kalangan Dia.

Segmen menarik

Festival ini mula diperkenalkan di Jepun (SSFFA Japan) di Harajuku Tokyo pada tahun 1999 dan mendapat pengiktirafan secara rasmi sebagai satu acara Academy Award oleh Academy of Motion Picture Arts and Sciences USA. Pemenang bagi anugerah Grand Prix layak dicalonkan bagi kategori filem pendek di Academy Awards bagi tahun berikutnya.

Ditanya tentang apa yang menariknya SSFFA 2012, Mohd. Fazli berkata, pihak penganjur bakal menampilkan segmen perkongsian pengalaman dalam bidang penerbitan bersama pengarah jemputan dari Indonesia dan Taiwan iaitu Ian Salim dan Jay Chern. Simposium itu turut menjemput penganjur induk SSFFA Jepun, Horishi Saito dan Suwa bersama-sama memeriahkan SSFFA 2012.

“Sesi A Sense of Home akan diadakan dengan menayangkan 12 filem pendek bagi memperingati tragedi tsunami yang melanda wilayah Fukuoka, Jepun pada Mac tahun 2011. Kita juga akan menayangkan filem pendek nukilan Ketua Pengarah Finas, Mohd. Naguib Razak yang dihasilkan sebelum beliau menyandang jawatan tersebut.

Untuk sebarang penjelasan, orang ramai boleh hubungi Finas di talian 03-41041375 atau layari laman sesawang www.finas.gov.my dan detail program. Klik Sini

Artikel sumber: Utusan Malaysia


YANG TERSURAT DAN TERSIRAT DI DALAM FILEM-FILEM MAMAT KHALID !

$
0
0
Persatuan Pengguna-Pengguna Penyapu Lidi Wilayah Persekutuan, dengan sokongan Kelab Kelab Peminat Hassan Muthalib dan Hassan Muthalib Sendiri dengan sukacitanya membawakan YANG TERSURAT DAN TERSIRAT DI DALAM FILEM-FILEM MAMAT KHALID tulisan Hassan Muthalib..

'jangan salahkan pengarahnya, salahkan juga penulis skripnya... Siapa penulis skripnya, Hassan Muthalib', - Azwan Annuar ( Hantu Kak Limah by Mamat Khalid)

'Kalau aku bikin filem cerdik, aku perlukan audiens yang sama cerdik',
- UWei Hj Shaari


Parodi adalah genre filem yang menjadi pilihan Mamat Khalid untuk berkarya. Parodi adalah pendekatan yang lucu dalam membuat kritikan terhadap sesuatu yang telah benar-benar berlaku atau pun yang berkait dengan seseorang atau sesuatu kumpulan. Maka semestinya ia memerlukan audiens yang sudah mengetahui apa yang berlaku atau pun kepada siapa ianya berlaku. Oleh yang demikian, karya-karya Mamat boleh dianggap sebagai sangat jujur kerana ia mengajak audiens untuk turut terlibat di dalam penceritaannya.  
Antara elemen-elemen yang sentiasa menjadi rujukan Mamat ialah sejarah, samada yang berkaitan dengan masyarakat, bangsa dan negara mahu pun yang berkaitan dengan filem.  Jika menggunakan a historical approach ke atas filem-filem Mamat untuk tujuan melihat pemikirannya, maka akan ditemui nuances of meaning yang menjadi renungannya tentang sesuatu perkara. Dan subjek Mamat tidak lain tidak bukan, hanya tentang industri hiburan tanah air yang diceburinya. Maka dengan itu, filem-filem Mamat boleh dilihat sebagai satu autobiografi sama seperti apa yang pernah dibuat oleh Mansor Puteh, Anuar Nor Arai dan U-Wei Hajisaari melalui beberapa karya mereka. Mamat memilih genre parodi untuk membuat kritikan-kritikannya agar tidak menyakiti hati sesiapa. Namun, mereka yang jauhari akan tetap mengetahui siapa dan apakah peristiwa-peristiwa yang menjadi sindiran tajam Mamat.
Genre parodi mula diterokai dalam industri filem tempatan oleh P Ramlee melalui siri filem Labu dan Labi sekitar tahun 1960-an. P Ramlee juga menggunakan satira untuk menyampaikan sindirannya seperti di dalam filem-filem Musang Berjanggut dan Tiga Abdul. Di milennia baru, muncul beberapa pengarah yang menggunakan satira dan parodi untuk menyampaikan kritikan mereka. Satira digunakan oleh Hishamuddin Rais di dalam filem Dari Jemapoh ke Manchestee (2001). Amir Muhammad dan Naeim Ghalili menggunakannya di dalam Susuk (2007), dan Chris Chong melalui Karaoke (2009). Genre parodi menjadi pilihan Ng Tian Hann dengan First Take, Final Cut (2004), Yeo Joon Hann dengan $ell out!, James Lee dengan filem-filemnya, Sini Ada Hantu (2010),Tolong! Awek Aku Pontianak! (2011) dan Petaling Street Warriors (2012), dan Namewee dengan Nasi Lemak 2.0 (2011)dan Hantu Gangster (2012).
   Genre parodi menjadi pilihan Mamat Khalid untuk kesemua filemnya. Berbeza dengan pengarah-pengarah lain, Mamat membawa satu gaya yang tersendiri, ia itu, yang  yang merujuk kepada sejarah, milieu dan kosmologi Melayu. Mulai dari filem pertamanya, Lang Buana (2003) sehingga ke filem terbarunya, Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit (2012), watak-watak, milieu dan subjek Mamat berdiri di bumi nyata dengan merujuk kepada beberapa aspek negara dan sejarah bangsa. Penelitian Mamat dapat dilihat di semua aspek produksi, ia itu, dari sudut pemilihan pelakon, kostum, set, kata bual dan musik. Dengan itu, karya-karya Mamat wajar dijadikan kajian tentang sesuatu zaman dalam sejarah negara oleh sejarawan, ahli antropologi dan sosiologi. Sudah pasti, ada di antara filemnya yang akan dianggap klasik.

Namun begitu, karya-karya Mamat tetap menghiburkan walaupun mempunyai subteks yang berlapis. Filem Lang Buana sudah mula menampakkan genre dan gaya persembahan yang menjadi trademark Mamat. Milieu Lang Buana  ialah zaman feudal di Perak. Tiga sahabat, yang sebenarnya hamba-hamba Orang Kaya, akhirnya menjadi wira yang tak dijangka. Dan di akhir cerita, Mamat menampakkan betapa mulia, bijak dan sopan tuanku sultan dibanding Residen British yang sombong dan licik, yang menggunakan Orang Kaya untuk tujuan memperdayakan orang-orang Melayu. Seperti kesemua filem-filemnya, subteks Mamat ialah tentang masalah-masalah yang melanda industri filem tempatan. Tiga sahabat tadi adalah pembikin filem yang jujur manakala Orang Kaya dan Residen adalah mereka yang menghisap darah karyawan kerana hanya melihat produksi filem dari sudut bisnes atau pun menggunakan kaedah Ali Baba. Dari filemnya yang terawal ini, Mamat juga menghadirkan bangsa-bangsa lain di Malaysia di dalam penceritaannya kerana, baginya, itulah realiti di tanahair.
Apakah penanda-penanda yang berulang-ulang di dalam filem-filem Mamat Khalid yang menjadi petunjuk bahawa subjeknya ialah industri perfileman tempatan? Bukan sahaja jauhari yang boleh mengenal manikam. Anda memerlukan ilmu firasat (yang sudah kian lama berada di dalam kosmologi Melayu dan sudah digunakan dengan sepenuhnya oleh P Ramlee). Ilmu ini perlu disokong pula dengan ilmu tajalli, bukan hanya dengan ilmu mantik. Di dalam Lang Buana,kampong yang didatangi tiga sahabat, Gunung, Daik dan Cabang, ialah metafora untuk pentas industri filem yang diceburi pelbagai bangsa dan jenis manusia. Terdapat yang miskin (tetapi meminati filem), yang kaya (hanya mengaut keuntungan), dan yang angkuh (yang menjadi taukeh). Yang berloghat Jawa pun ada! (rujukan kepada mereka yang terlalu berpegang kepada adat dan cara lama). Satu perkara yang menarik adalah pemilihan dua pelakon, Hasnul Rahmat dan Bront Palarae, graduan Akademi Filem Malaysia yang mula muncul di layar perak. Di akhir cerita, watak yang dimainkan Hasnul, yang berkerja dengan Orang Kaya dan tidak menerima bayaran setimpal, tidak lagi mahu bersekongkol dengannya kerana sudah menjadi pengkhianat bangsa.
Era rock dalam filem Rock (2005) adalah milieu industri perfileman di mana mereka yang terlibat tidak ada apa-apa pemikiran dan hanya mengejar glamor. Begitu juga dengan para promoter dan penerbit musik semasa itu yang sebenarnya tidak mengetahui bidang musik rock. Lebih lucu lagi, para juri di peringkat awal dalam pertandingan musik rock juga terdiri dari manusia yang pelik. Salah seorangnya (dimainkan oleh Hamid Gurkha) mengatakan ia sebenarnya diundang untuk pertandingan masak memasak tetapi diminta menjadi juri pertandingan musik rock! Filem Rock berkisar pada era rock di tahun 1980-an. Ramai remaja tergila-gila dengan gaya dan musik Barat di zaman itu. Mamat juga tidak terlepas daripada pengaruhnya. Sebagai seorang muda di waktu itu, dia juga menjadi sebahagian dari sejarah rock di tanahair namun tidak dikenali secara umum. Selepas dua puluh tahun, Mamat menjadi self-reflexive tentang era rock serta penglibatannya. Dia mentertawakan dirinya sendiri (dan rakan-rakannya) kerana terpengaruh dengan satu gaya yang begitu terasing dengan adat dan budaya bangsanya. Namun, semuanya itu sudah menjadi sejarah, dan kemudian menjadi bahan untuk dia berkarya. Filem Rock hari ini adalah antara filem tempatan yang wajar dianggap sebagai sebuah filem klasik dalam Sinema Malaysia.   
Mamat juga membuat komen tentang nasib seniman tempatan yang bertaruh nasib pada mereka yang menguasai tempat hiburan. Beberapa rocker berdiri merenung bangunan tersergam indah di mana mereka akan beraksi dalam pertandingan. Tetapi tempat itu adalah milik orang bukan sebangsanya. Remaja Melayu sebagai penonton tidak tahu mengenai ini semua. Mamat menunjukkan mereka berlari dengan ghairah masuk melalui pintu. Dengan suntingan dan sinematografi, Mamat menampakkan masa depan yang gelap bagi kumpulan rock. Pentas dan audiens berada dalam kegelapan. Aksi rocker di pertandingan pula tidak ditunjuk. Seterusnya mereka berada di dalam van untuk pulang. Hanya muka mereka kelihatan di dalam kegelapan dalam van. Dan di akhir cerita, rupa rocker-rocker ini seperti ‘manusia biasa’ dan bermain musik’biasa’ di majlis perkahwinan salah seorang ahli mereka. Ternyata, kegilaan mereka pada musik rock tidak membawa mereka ke mana-mana.    


Pendekatan parodi Mamat tentang kumpulan rock dibawa ke dalam filemnya, Zombi Kampung Pisang (2008). Empat ahli kumpulan rock tersesat di Kampung Pisang dan berhadapan dengan zombi-zombi. Jika dilihat dari kostum dan solekan mereka, tiada perbezaan di antara rocker dan zombi! (Malah, rupa kumpulan rock, Malaikat Maut, di dalam filem Rock sudah awal-awal lagi dilihat sebagai zombi.)Mungkin persoalan Mamat ialah: Orang Melayu mempunyai adab dan budaya yang begitu tinggi. Mengapa harusnya mengikut budaya asing sehingga wajah pun tidak lagi macam manusia?
Filem Man Laksa (2006) adalah parodi tentang industri musik dan filem. Dalam pada itu, Mamat menampakkan kekagumannya terhadap beberapa penyanyi 1970 dan 80-an seperti Saloma dan Ahmad Jais. M. Daud Kilau pula dianggap hanya sebahagian daripada budaya popular. Lirik lagu Ahmad Jais seakan pantun dan sangat Melayu manakala lirik lagu Saloma penuh dengan nasihat, antaranya: “Kasih yang dulu kini berganti. Kasih yang baru simpan di hati.” Kata-kata iniamat signifikan dan menyokong tema yang dibawa Mamat, ia itu, gaya lama (filem hiburan semata-mata) mesti ditinggalkan; perubahan perlu dilakukan dan gaya yang baru (filem alternatif) mesti diterima dengan hati yang terbuka. Tiga penyanyi muda kampung (M Nasir, Ramli Sarip dan Loloq sewaktu kecil) yang mewakili generasi baru ingin membawa perubahan tetapi bakat dan visi mereka tidak diiktiraf kerana mendahului zaman. Inilah dilemma yang dihadapi beberapa karyawan filem generasi baru. Di akhir cerita, melalui adegan pengadilan Pertandingan Ratu Kebaya, Mamat menyindir festival-festival filem di Malaysia di mana ada ahli panel juri yang mempunyai kepentingan atau pun keputusannya menguntungkan kroni.
Kala Malam Bulan Mengambang (2008) juga merupakan parodi tentang industri filem. Mamat merujuk kepada genre film noir dan elemen gothic dalam filem-filem Hollywood dan sejarah awal Sinema Malaysia dengan menggunakan bidang hitam putih. Gaya dan teknik persembahan seakan seperti tahun 1950-an yang tidak lagi sesuai masakini, namun menjadi ikutan. Penggunaan hitam putih melalui filem adalah penanda tentang sesuatu keburukan. Di sini, ia menjadi petunjuk tentang industri perfileman masakini yang sedang berundur ke belakang dengan pengisian yang lemah serta ghairah dengan cerita-cerita tahyol walaupun era sedemikian sudah berakhir pada tahun 1950 dan 60-an. Lambang keris dan bulan adalah petunjuk kepada mereka yang mempunyai kuasa untuk mengubah keadaan tetapi tidak berbuat apa-apa.  Watak Kuswadinata adalah representasi orang yang diutuskan untuk membantu Sinema Malaysia. Sebaliknya, dia membawa idea-ide yang lapok (dilihat pada kostumnya yang biasanya terlihat dalam pementasan sandiwara). Lihat bagaimana ia memandang kamera dan memberikan (terutama kepada penggiat industri) jari hantunya di mana tersarung cincin yang besar dan mahal. Dia hanya mengkayakan diri sendiri. Adegan ini mungkin mencipta sejarah di dalam Sinema Malaysia di mana isyarat lucah, Up Yours, tidak dipotong oleh penapis!

Filem Estet (2010) adalah parodi tentang milieu dan perpaduan pelbagai kaum di Malaysia yang hanya berlaku pada Hari Kebangsaan. Ini diperlihatkan melalui adegan tari menari pelbagai kaum dengan rentangan kain pelbagai warna di akhir filem. Filem ini juga satu parodi tentang filem-filem Tamil yang terlalu over dalam lakonan dan dialog di samping memparodikan industri filem tempatan. Filem Hantu Kak Limah Balik ke Rumah (2010) menjadi sindiran tentang keghairahan dengan filem-filem hantu yang menjadi kegilaan penerbit dan audiens. Jika bomoh yang menghalau hantu bermaharajalela di dalam filem-filem tempatan, Mamat membuatkan bomoh dalam filem Hantu Kak Limah memerlukan seorang bomoh untuk memulihkannya! Isu dan subjek tentang perfileman dibawa lagi ke dalam Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit (2012). Filem ini menjadi kesinambungan kritikan Mamat tentang industri filem yang diceburinya yang masih seronok dengan cerita-cerita fantasi dan tahyol.


Warung Munawir di dalam Zombi Kampong Pisangadalah representasi gelanggang industri filem dan zombie-zombi sebagai penggiatnya. Sesiapa yang masuk dan memakan kuah daging, akan menjadi zombi (maksudnya yang tidak melahirkan ide-ide baru dan mahu merosakkan otak audiens dengan karya picisan). Warung Pak Jabit di dalam Jin Pakai Toncit juga gelanggang penggiat filem. Dari rupa pengunjung ke warung, dapatlah dilihat rupa penggiat filem yang sudah ketinggalan zaman. Pak Abu adalah representasi pengarah-pengarah lama yang merapu, yang mengulangi cerita-cerita lapok tetapi tetap diminati pengunjung ke warung. Mon adalah representasi filem Melayu yang tulen tetapi yang telah ‘dirosakkan’ oleh filem-filem yang memaparkan cerita hantu, toyol dan pontianak picisan yang hanya begantung kepada teknik suntingan dan kesan bunyi. Husin tetap menyintai Mon sehingga rela menelan mee ‘berkerang’. Husin yang menyintai Mon sebenarnya mewakili Mamat Khalid yang menyintainya Sinema Melayu. Adegan bersantapan di sungai digambarkan seakan sebuah set di dalam filem dan dilakukan dengan penuh ketelitian untuk visualkan perasaan Husin.

Niat Mamat untuk menyelamatkan Sinema Malaysia juga dapat dilihat dalam Kala Malam. Puteh (Umie Aida) juga adalah representasi filem Melayu yang tulen, yang sudah bertukar menjadi hantu, pontianak, toyol, dsbnya. Watak Saleh (yang mewakili Mamat Khalid) menyiasat tentang sebab-sebab Puteh menjadi hantu dan sanggup mengurungnya untuk sewaktu. Watak yang dimainkan Kuswadinata muncul semula di dalam Jin Pakai Toncit melalui watak Dr Shamsuddin (dimainkan oleh Rashidi Ishak). Mamat memparodikan seorang penggiat industri yang dipertanggungjawabkan membantu mengangkat martabat industri tetapi ia tidak menghasilkan apa-apa. Husin tiba dari Singapura dan di akhir cerita, kembali semula ke Singapura. Bagi Mamat Khalid, Sinema Malaysia sukar diselamatkan. Visual istana (ia itu, martabat filem Melayu) diperlihatkan dari jauh, yang setia menunggu cahaya harapan di hujung terowong. Filem Jin Pakai Toncit berakhir dalam suasana suram. Saki baki hantu di Kampong Pisang masih belum dihalau sepenuhnya walau pun Dr Shamsuddin sudah tiada. Hantu-hantu ini terapung di udara, menunggu masa untuk melakukan kerosakkan. Filem-filem tahyol yang picisan masih ‘berkeliaran’ di pawagam dan masih diminati audiens tempatan (dan tak lama lagi oleh audiens Melayu di Singapura!). Persoalan dari Mamat ialah: Apakah kesudahannya? Amatkan Sinema Malaysia dapat diselamatkan?


Karya yang baik kebanyakannya datang daripada pengalaman hidup seseorang pengkarya. Sejarah penglibatan Mamat di era rock, dan kemudian di dalam industri perfileman tempatan, menjadi rujukan baginya. Walaupun Mamat tidak mendapat pendidikan formal di dalam bidang filem, namun dia berkarya bersandarkan ilmu filem. Pendekatan yang digunakannya datang dari fahamannya mengenai B Movies dan genre film noirdari Hollywood serta juga musik Barat. Ini membuatkan kemahiran berparodi Mamat diiktiraf di peringkat antarabangsa. Kala Malam Bulan Mengambang dan Zombi Kampung Pisang dipilih menyertai festival filem Udine di Itali dan beberapa festival yang lain di seluruh dunia. Hantu Kak Limah memperolehi kutipan box-officeyang luar biasa. Mamat Khalid sudah pun diiktiraf di negaranya sendiri. Tetapi lebih penting, beliau menjadi perakam sejarah bangsa dan negaranya sendiri, dan sekaligus beliau juga menjadi sebahagian daripada sejarah itu.
Mamat Khalid seorang nasionalis tetapi dia tidak termasuk dalam golongan yang mengetuk gendang, mengibar bendera dan berdeklamasi puisi untuk menunjukkan nasionalismenya. Mamat bukan juga seorang sejarawan. Dia hanya seorang pembikin filem yang menyintai sejarah, bangsa, budaya dan negaranya. Apakah itu juga boleh ditafsirkan sebagai satu ‘parodi’? Hanya jauhari mengenal maknikam.

Hassan Abd. Muthalib adalah seorang pengritik filem dan pengkaji sejarah filem Malaysia. Penulisan beliau tentang Sinema Malaysia diterbitkan dalam beberapa buku, majalah dan jurnal akademik di peringkat antarabangsa.  

      

'BUNOHAN' UNGGULI FESTIVAL FILEM MALAYSIA KE-25, 2013

$
0
0

Akhirnya terjawab sudah tarikh penganjuran Festival Filem Malaysia ke-25. Bakal menggegarkan PICC Putrajaya pada 2 Mac 2013 pukul 8.30 malam melalui Malam Anugerah Perdana, FFM25, 2013 'Merayakan Perak, Mengilhamkan Emas', bakal dilancarkan secara ekslusif pada 27 Februari 2013 pukul 8.30 malam di eCurve, Damansara. Sebanyak 139 penyertaan filem meliputi filem cereka, filem pendek dan filem animasi. FFM25 kali ini dianjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dengan sokongam GAFIM, PFM dan KARYAWAN. 

'Bunohan, Songlap, SAM, Ombak Rindu dan 29 Februari' merupakan antara top 5 Filem Terbaik di Malam Anugerah FFM25 yang bakal dipancarkan secara langsung menerusi format definisi tinggi HD iaitu di saluran MUSTIKA HD. Bagi anda yang tidak berminat dengan program HD atau tidak memiliki saluran tersebut, boleh menonton juga di saluran Astro Ria dan RTM2. 


Pengumuman TOP 5 FFM25, 2013 telah diumumkan semalam (19 Feb 2013) di Pawagam P.Ramlee, Finas. Nak tahu filem manakah serta siapakah yang tercalon bagi merebut kategori yang dipertandingkan?.  Jom kita lihat siapakah mereka yang tercalon tersebut. 


TOP 5 
FESTIVAL FILEM MALAYSIA KE-25
(27 FEB - 2 MAC 2013)

Anugerah Perdana:
Filem Terbaik
1. Bunohan
2. Songlap
3. Ombak Rindu
4. SAM
5. 29 Februari
Filem Bukan Bahasa Melayu Terbaik
1. Seefood
2. Kepong Gangster
3. Ah Beng The Movie
4. Petaling Street Warriors
5. Ghost Buddies
Pengarah Terbaik
1. Dain Said (Bunohan)
2. Effende Mazlan / Fariza Azlina Ishak (Songlap)
3. Syafiq Yusof (S.A.M.)
4. Osman Ali (Ombak Rindu)
5. Saw Teong Hin (Hoore! Hoore!)
Pelakon Lelaki Terbaik
1. Faizal Hussein (Bunohan)
2. Pekin Ibrahim (Bunohan)
3. Zahiril Adzim (Bunohan)
4. Shaheizy Sam (S.A.M.)
5. Shaheizy Sam (Songlap)
Pelakon Wanita Terbaik
1. Maya Karin (Ombak Rindu)
2. Sara Ali (Songlap)
3. Vanidah Imran (Untuk Tiga Hari)
4. Nadiya Nisaa’ (Jiwa Taiko)
5. Farah Nazirah (Hoore Hoore)
Sinematografi Terbaik
1. Songlap
2. Ombak Rindu
3. Hoore Hoore
4. Misteri Jalan Lama
5. 29 Februari
Lakon Layar Terbaik
1. Songlap
2. Bunohan
3. Untuk Tiga Hari
4. 29 Februari
5. Seefood
Cerita Asal Terbaik
1. Bunohan
2. Songlap
3. Hantu Gangster
4. 8 Jam
5. Misteri Jalan Lama
Penyunting Terbaik
1. 29 Februari
2. Songlap
3. Hoore Hoore
4. SAM
5. Hantu Kapcai
Skor Muzik Asal Terbaik
1. Bunohan
2. Songlap
3. 29 Februari
4. Hoore Hoore
5. Misteri Jalan Lama
Anugerah Cipta:
Filem Pendek Terbaik
1. Strangers
2. Guang
3. Sanzaru
4. Pasport Ekspres
5. Leman
Filem Animasi Terbaik
1. The Best Recipe
2. Tooth
3. Fruitema-Kepala Tua & Lampu Ajaib
4. Ninja VS Pirate
5. Toi-Toi
Pengarah Harapan
1. Syafiq Yusof (SAM)
2. Ghaz Abu Bakar (Hantu Kapcai)
3. Nizam Zakaria (Cinta Kura-Kura)
4. Goh Aun Hoe (Seefood)
5. Teng Bee (Kepong Gangster)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
1. Amerul Affendi (Bunohan)
2. Husyairi Hussain (Bunohan)
3. Bront Palarae (Jiwa Taiko)
4. Syafie Naswip (Songlap)
5. Omar Abdullah (Songlap)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
1. Normah Damanhuri (Songlap)
2. Lisa Surihani (Ombak Rindu)
3. Fauziah Nawi (Hoore Hoore)
4. Nabila Huda (Jalan Kembali)
5. Lana Nordin (Chow Kit)
Penataan Seni Terbaik
1. Bunohan
2. Songlap
3. 29 Februari
4. Seefood
5. Misteri Jalan Lama
Penataan Bunyi Terbaik
1. 29 Februari
2. Bunohan
3. Hoore Hoore
4. Songlap
5. Hantu Kapcai
Lagu Tema Terbaik
1. Jagalah Diri (29 Februari)
2. Idola (Hoore Hoore)
3. Ombak Rindu (Ombak Rindu)
4. We Are Gangster (Hantu Gangster)
5. Pencinta Terbaik (Cinta Kura Kura)
6. 7 Petala Cinta (7 Petala Cinta)
Pelakon Harapan Lelaki
1. Izzue Islam (29 Februari)
2. Akim Ahmad (Hoore Hoore)
3. Hazami Azmi (Apa Celop Toqq)
4. Shahrizal Jaszle (Azura)
5. Iedil Putra (Ngorat)
Pelakon Harapan Wanita
1. Farah Nazirah (Hoore Hoore)
2. Jojo Goh (29 Februari)
3. Neelofa (Azura)
4. Mon Ryanti (Keramat)
5. Shima Anuar (Sumpahan Keramat)
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik
1. Muhammad Izzam Shafiq (Chow Kit)
2. Nadzirah Rosi (Chow Kit)
3. Tee Jing Chen (Hantu Gangster)
4. Muhammad Naim Daniel Baharin (29 Februari)
5. Afiq Izzudin (Alamak Toyol)
Pereka Kostum/Busana Terbaik
1. Misteri Jalan Lama
2. 29 Februari
3. Songlap
4. Chow Kit
5. Hantu Gangster
Poster Terbaik
1. 8 Jam
2. Seefood
3. Cinta Kura Kura
4. Bunohan
5. Hantu Air
p/s: Sama-sama kita nantikan Filem Manakah yang dinobatkan FILEM TERBAIK?. Nantikan kehangatannya pada 2 Mac 2013 ini ya..



'DAIN SAID, NIZAM ZAKARIA & SYAFIQ YUSOF', BAKAL MEREBUT ANTARA YANG TERBAIK DI MALAM GEMILANG PERDANA FFM25!

$
0
0
'Merayakan Perak, Mengilhamkan Emas', satu tagline bagi menggambarkan betapa tingginya darjat sesebuah filem yang bertanding di Festival Filem Malaysia ke-25. Festival yang dianjurkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dengan sokongan dan kerjasama Gabungan Persatuan Karyawan Malaysia (GAFIM), Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM), KARYAWAN dan ASTRO sebagai penyiar utama. Festival yang mengiktiraf hasil seni karyawan dan penggiat filem tempatan itu mempertaruhkan hampir 139 penyertaan filem dari pelbagai genre meliputi filem cereka, filem pendek dan filem animasi.

'Bunohan' karya agung Dain Said merupakan antara filem cereka yang disebut-sebut bakal dinobatkan sebagai filem terbaik di Malam Gemilang Perdana Festival Filem Malaysia ke-25. Namun, tidak dilupa juga barisan filem-filem hebat lain antaranya Songlap, SAM, Ombak Rindu dan 29 Februari. Antara 5 filem terbaik tersebut, hanya 3 filem yang dirasakan memberikan saingan tersendiri iaitu 'Bunohan, Songlap dan SAM'. Jika ditanya pada saya, manakah satu kekuatan antara ketiga-tiga filem itu, saya meletakkan harapan yang cukup tinggi buat Bunohan dan Songlap. Bagi filem SAM pula, ia layak dilabelkan filem terbaik keluaran Skop Production kerana SAM dibikin oleh seorang anak muda berbakat besar, malahan filem pertamanya itu, SAM seolah-olah dihasilkan oleh pengarah filem yang pernah menghasilkan banyak filem sebelum ini. Langkah SAM membuka penanda baik buat Syafiq Yusof jika dinobatkan sebagai Pengarah Harapan Terbaik menewaskan saingannya Nizam Zakaria, Ghaz Abu Bakar, Goh Aun Hoe dan Teng Bee. Jika Syafiq Yusof memenangi Pengarah Terbaik sekalipun menewaskan saingannya Dain Said, Osman Ali, Effende Mazlan & Fariza Azlina Ishak & Saw Teong Hin, bermakna Sinema Malaysia untuk generasi ke-25 miliknya memandangkan Festival Filem Malaysia tahun ini menyambung ulangtahunnya yang ke-25 tahun.


Dalam kesibukan kita menantikan debaran yang cukup hebat pada Malam Anugerah Perdana FFM25 yang bakal diadakan pada 2 Mac 2013 di PICC Putrajaya, jangan dilupa pada 27 Februari (Rabu) Malam Pelancaran FFM25 yang di adakan di eCurve, Damansara pukul 8.00 malam sekaligus mengumumkan 11 Anugerah Cipta. Nantikan berita dan info terkini mengenai FFM25 dari semasa ke semasa. Harap maklum.

p/s: Selepas Malam Pelancaran FFM25 yang diadakan pada 27 Februari 8.00 malam. Akan ditayangkan Filem ROCK OO arahan Sang Penglipurlara Mamat Khalid di Cathay Cineplexes, Damansara.. 

ROCK Oo : ANTARA SEJARAH, ROCK & KEJUJURAN

$
0
0



Rimba Bara, kemampuanmu terlalu besar…
-       Amy Mat Piah di dalam Rock Oo.

oleh: Hassan Abd. Muthalib
Siapa dan apakah itu manusia yang bergelar rocker? Inilah dua perkara yang cuba diterokai oleh Mamat Khalid di dalam filem terbaru arahannya, Rock Oo (2012). Rock Oo adalah sekuel kepada filemnya sebelum ini, ia itu, Rock (2005) tetapi Rock Oo mampu berdiri dengan sendirinya dari sudut naratif. Kedua-dua filem ini menggunakan subjek, milieu dan hampir kesemua pelakonnya adalah yang sama.
            Mamat pernah bertanya: “Apakah filem rock semata-mata untuk rockers?” Dia sendiri menjawab: “Tidak. Ia adalah untuk semua orang. Kerana setiap orang itu adalah rocker. Rock itu bukan pada pakaian tetapi sesuatu yang tersemat di dalam hati.” Inilah yang menjadi asas untuk Mamat menyampaikan sebuah kisah penuh pathos melalui Rock Oo. Dan Mamat merupakan karyawan yang paling sesuai untuk menceritakannya kerana dia sendiri pernah terlibat di dalam era rock sebagai salah seorang anggota kumpulan rock bernama Drop Out yang terdiri dari pemuda-pemuda yang sememangnya drop out dalam segala hal di masa itu.



Rock Oo Amat Signifikan
Mamat bertindak sebagai ‘perakam sejarah’ untuk memaparkan ‘tragedi’ yang berlaku ke atas musik rock dan pemuda-pemuda yang meminatinya di era 1980-an. Tanpa rakaman ini, satu detik penting dalam sejarah hiburan tanahair akan hilang begitu saja sebagaimana disebut oleh Amir Muhammad di dalam mokumentarinya, The Big Durian: “Masa silam kita sedang lenyap di hadapan mata kita. Kerana itu setiap kenangan menjadi semakin penting.”
Rock Oo berada dalam golongan segelintir filem-filem arus perdana yang mengambil pendekatan alternatif pada struktur naratif, teknik dan estetikanya, sekaligus menjadikannya sesuatu yang signifikan dari sudut sejarah, budaya dan seni filem tanahair.  Elemen komedi di dalam Rock Oo adalah kesinambungan gaya komedi yang bersahaja yang menjadi trademark Mamat dalam kesemua filem-filemnya. Parodi sekali lagi menjadi pendekatan Mamat, tetapi kali ini, Mamat dilihat mula bereksperi-mentasi dan bermain dengan rupa dan bentuk filem (playing with film form). Elemen surealisme yang digunakannya di babak-babak tertentu tidak kabur malah diadun dengan plot dengan teratur untuk melahirkan subteks yang tajam dan mendalam.     
Anda tidak perlu menonton filem Rock yang awal untuk memahami kisah selanjutnya di dalam filem Rock Oo. Namun, adegan di akhir filem Rock Oo itu akan mengingatkan kita (yang sudah menonton Rock) tentang jalan yang berliku dan segala pahit maung yang pernah dialami kumpulan Rimba Bara semasa mula berghairah dengan musik rock.
Semangat persaudaraan begitu kental di hati pemuda-pemuda ini. Amy Mat Piah (Que Haidar), walaupun gagal menjadi vokalis Rimba Bara tetapi dia masih diterima oleh rakan-rakannya. Di akhir cerita melalui syot yang dekat, Amy, dengan senyuman yang manis, mengenang masa silam Rimba Bara. Suara latarnya penuh sayu: “Rimba Bara, kemampuanmu terlalu besar…” Saya percaya, setiap kali Mamat Khalid menonton adegan ini, pasti air matanya bergenang, terkenang masa silam kumpulan Drop Out yang sudah lenyap dari sejarah rock tanahair tanpa pembelaan.



Kisah di Dalam Rock Oo
Rock Oo adalah tentang empat pemuda yang berasal dari sebuah kampung berdekatan dengan bandar Taiping. Selepas gagal diterima sebagai kumpulan musik rock (sebagaimana ditunjuk di akhir filem Rock), mereka membawa diri masing-masing. Ketua kumpulan, Zack (Hasnul Rahmat), sudah mengambil keputusan untuk berhenti menjadi ahli kumpulan Rimba Bara. Kini Jijoe (Khir Rahman) menjadi teraju tetapi mereka memerlukan seorang pemain gitar utama. Pencarian berakhir apabila mereka bertemu dengan seorang legenda musik rock, ia itu, Slash Haji Tapah (Pekin Ibrahim), yang kian lama telah mengasingkan diri dari masyarakat dan hidup berseorangan di sebuah pondok di pinggir kampung.
Jiwa Amy Mat Piah membara untuk menjadi vokalis Rimba Bara. Apakan daya, dia tidak mampu untuk melakukan yang sebaiknya. Tetapi jiwanya begitu dekat dengan musik rock dan ini difahami oleh Jijoe. Dengan tiba-tiba, muncullah Zul Kapan (Soffi Jikan) yang kembali ke kampong dari Kuala Lumpur. Kumpulannya, Malaikat Maut, sudah diharamkan oleh kerajaan kerana salah seorang anggota sudah mentokak leher seekor itek semasa satu gig! “Kesiannya!” menjerit rocker-rocker yang melihat kejadian itu.          
Muncul pula Che Man (Kamarul Hj Yusof), seorang promoter yang flamboyant yang pernah menjadi pergurus mereka sebelum itu. Walaupun dia pernah mengecewakan mereka, anggota Rimba Bara menerimanya semula, dan di atas desakkannya, mereka berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencuba nasib sekali lagi. Malangnya, nasib tidak menyebelahi mereka. Che Man terlalu banyak berhutang dengan dua kumpulan rock. Akhirnya dia diberkas polis dan dibawa ke penjara. Rimba Bara bertemu pula dengan Che Wan (Saiful Apek) dan dia menjadi pengurus baru mereka. Malangnya sekali lagi, tragedi menimpa dan mereka berpisah dengan Che Wan.
Dengan itu, kumpulan Rimba Bara mengambil keputusan untuk kembali ke kampong. Beberapa tahun kemudian, mereka dilihat berjaya dan beraksi di program televisyen. Tetapi ianya berlaku hanya selepas mereka menjalani upacara di mana rambut mereka dipotong oleh bapak menteri (menteri penerangan semasa itu). Mereka dilihat ‘berjaya’ hanya selepas tunduk kepada pihak berkuasa dan menjadi konformis. Tetapi maruah mereka sudah hilang untuk selama-lamanya. Apakah rockers tanpa berambut panjang? Bala! Bala!


Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikuli
Kenangan Amy Mat Piah adalah sesuatu yang manis tetapi ia sebenarnya sesuatu yang amat pahit. Itulah yang dituntut oleh sejarah, masyarakat dan pemimpin. Selepas insiden memotong rambut, media memberikan laporan negatif tentang penglibat musik rock sehingga demam rock di era itu semakin lenyap. Inilah yang dikatakan kezaliman manusia terhadap manusia. Benarkah rock membawa kemusnahan kepada negara? Dengan sinis, Mamat memberikan dialog yang sarat dengan makna kepada Jijoe yang melihat rakan rocker yang menderita: “Gout tu! Gout boleh jatuhkan negara, tau!” Rocker juga mampu berfalsafah. Kata Jijoe lagi: “Macam kapal selam. Kalau tak boleh selam, naik ke darat. Jadi reban!”
Sejarah sudah membuktikan bahawa orang-orang yang tidak memahami sesuatu akan bertindak menghukumnya. Masyarakat dan pemimpin tidak tahu tentang keinginan dan pengorbanan orang-orang muda di era rock yang mengejar cita-cita. Mereka diperlihatkan sebagai manusia-manusia yang songsang. Sebaliknya Mamat Khalid memperlihatkan pemuda-pemuda rock sebagai manusia-manusia waras yang bersopan santun, berbudi bahasa, memberi salam, beristighafar, berfalsafah, tolong menolong dan tahu hukum hakam. Rupa dan aksi rock menggila mereka hanyalah di atas pentasApakah ini sukar difahami? “Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikuli”, mengeluh rocker yang mentokak leher itek.



Apa dah jadi dengan Malaysia!
Syot terawal memberi penanda tentang kisah sebenar di dalam Rock Oo. Seorang kanak-kanak perempuan berlari dan menyampaikan sesuatu kepada Amy yang menjual ais kacang di gerai. Ini menandakan innocence pemuda-pemuda di zaman itu yang tidak ada pendidikan tinggi dan mudah terikut sesuatu yang menghairahkan mereka. Tetapi bukankah kesalahan itu terletak kepada media yang memaparkan segala-galanya untuk mengaut keuntungan? Ia juga merupakan kerja pemimpin yang membenarkan semua itu berlaku. Siapakah yang sebenarnya yang patut disalahkan? Apakah rock akan memusnahkan negara? Kata Jijoe dengan serius kepada Slash: “Tiga perkara boleh meruntuhkan negara – rasuah, tidak menepati masa dan cinggay!”
Sejarah berulang lagi. Keadaan hari ini masih seperti yang dulu, malah mungkin lebih buruk lagi dengan program-program hiburan yang melimpah ruah tanpa kawalan mutu. Realiti diabaikan, alam fantasi pula diperbesarkan. ‘Lawak’ kini sudah menjadi ‘maha lawak’ dan ‘maha buruk’ dan ‘maha meloyakan’. Kritikan tajam Mamat tentang perkara-perkara ini dapat dilihat dalam beberapa adegan di dalam Rock Oo. Di awal filem, antara lirik nyanyian kumpulan rock SYJ dalam lagu Orang Timur berbunyi: “Apa dah jadi dengan Malaysia!” Klip-klip video musik arahan Mamat seakan menyamai apa yang dibuat di luar negara tetapi dibuat dengan penuh sopan dan artistik yang adakalanya amat melucukan. Ini dibandingkan dengan lagu Kuala Lumpur nyanyian (Dato’) Malik Redzuan yang sering berkumandang di radio sehingga sekarang. Ianya diparodikan oleh Mamat, dan diperlihatkan dengan gaya seorang penyanyi yang jelas sudah ketinggalan zaman.
Kuala Lumpur didendangkan sebagai kotaraya “penyeri hidup” tetapi bagi kumpulan Rimba Bara, ia hanya membawa pembohongan, kesengsaraan – dan kelaparan. Apakah yang lebih sedih daripada gambaran empat orang pemuda memandang dengan sayu pada ubi kentang sebiji yang sedang direbus! Mamat merujuk kepada kosmologi Melayu untuk menunjukkan adegan Zul Kappan melompat dan membuka langkah silat. Rupa-rupanya ada manusia Melayu yang boleh ‘naik sheh’ dan beraksi silat apabila terlalu lapar!  Dalam satu adegan lagi yang digambarkan secara surealistik, kita melihat beberapa remaja di atas jembatan merentasi jalan raya. Kamera bergerak dengan perlahan dan melalui long take berdurasi dua minit, seorang demi seorang dilihat bermain bermacam alat musik. Ada yang bermain gitar, cello, biola, seruling dan gambus. Terdapat juga set televisyen yang menunjukkan permainan sitar, sebuah alat rakaman audio dan seorang remaja wanita berdeklamasi puisi. Inilah gambaran sebahagian remaja yang berbakat yang berhijrah ke kotaraya tetapi tidak memperolehi kejayaan.
Lagu dan video musik  Kuala Lumpur bersifat fantasi dan memberi gambaran yang palsu. Tetapi itulah yang menjadi kegemaran dan permintaan stesen-stesen televisyen. Visual-visual yang ikonik seperti Tugu Negara dan bangunan Dayabumi adalah satu kemestian. Klip video musik dengan lagu Suci Dalam Debu pula menampakkan kesedihan Slash yang terpaksa tinggalkan pacarnya apabila mahu ke Kuala Lumpur. Penyampaian lagu dan visual kelihatan lebih serasi, yang memberikan gambaran sebenar emosi watak utama (Slash) di dalam video musik itu. Inilah namanya kejujuran dalam berkarya yang bersandarkan realiti! Dalam filem cereka Karaoke arahan Chris Chong, perkara yang sama diperkatakan. Begitu juga di akhir telemovie Senandung Malam arahan Dain Said. Kesemua filem ini mempersoalkan masa depan generasi muda yang berbakat tetapi tidak memperolehi peluang.


Nawaitu Mamat Khalid
Mamat menyampaikan secebis kisah mengenai kumpulan rock Rimba Bara yang mengalami pelbagai liku hidup. Mereka hanya sebahagian dari ramai pemuda yang cuba mencapai kejayaan dengan mengikuti cita-cita masing-masing. Sebagai seorang karyawan filem, tentunya Mamat melihat lebih jauh lagi dan bukan hanya mahu menyampaikan kisah remaja. Sejarah menjadi guru kepada kita semua. Apakah kejujuran, persaudaraan dan keakrabaan yang terdapat pada anggota kumpulan Rimba Bara dapat dicontohi oleh penglibat industri hiburan tempatan? Apakah itu nawaitu sebenar Mamat Khalid di dalam naskah Rock Oo?
Rupa-rupanya, kisah, dunia dan manusia rock bukan sembarangan. Kisah empat remaja di dalam filem Rock Oo mampu menyampaikan kepada kita bahawa hidup ini tidak seindah apa yang disogok kepada kita melalui dendangan lagu dan cerita-cerita filem dan drama televisyen arus perdana.


Semua artikel adalah hak cipta terpelihara milik penulis dan penerbit. 

MAMPUKAH 'BUNOHAN' DAIN SAID MENANG BESAR MALAM INI ? - FESTIVAL FILEM MALAYSIA (FFM25)

$
0
0
Jika Dain Said mencipta gegarannya di Malam Gemilang Cipta FFM25 menerusi filem 'Bunohan' yang memenangi 3 Anugerah Cipta FFM25 iaitu 'Penataan Bunyi Terbaik, Penataan Seni Terbaik dan Skor Muzik Asal Terbaik', mampukah 'Bunohan' dinobatkan sebagai Filem Terbaik di FFM25 yang akan berlangsung malam ini. 

Malam Kemuncak Festival Filem Malaysia ke-25 (FFM25) dianjurkan FINAS dengan kerjasama GAFIM, PFM dan Karyawan, akan berlangsung malam ini, 2 Mac 2013 pukul 8.30 malam. Memilih PICC Putrajaya sebagai lokasi utama festival, FFM25 akan disiarkan secara langsung menerusi Mustika HD, Astro Ria dan RTM2. 

Sebanyak 19 Anugerah Perdana akan diumumkan  malam ini. FFM25 bakal dihoskan Erra Fazira dan Fahrin Ahmad. Pada anda yang ingin menyaksikan Malam Anugerah Perdana FFM25, bolehlah datang terus ke PICC Putrajaya, malam ini.

Oh ya, sempena FFM25 yang akan berakhir pada 2 Mac 2013 hari ini, Finas dengan kerjasama Aswara akan menganjurkan Program Tayangan & Apresiasi Filem arahan Datuk Rahim Razali. 'Matinya Seorang Patriot, Abang dan Anak Sarawak', akan ditayangkan secara eklusif pada 2 Mac 2013 bermula pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang. Antara bintang filem yang dijangka hadir memeriahkan acara ini ialah Pelakon Filem Noor Kumalasari, Eman Manan dan ramai lagi. 

Untuk makluman anda, FFM25 ini terbahagi kepada dua Malam iaitu Malam Anugerah Cipta dan Malam Anugerah Perdana. Malam Anugerah Cipta FFM25 telah diadakan pada 27 Februari 2013 di eCurve, Damansara, Kuala Lumpur. Sebanyak 11 kategori telah diumumkan. Antara penerima Anugerah dan keputusan penuh Anugerah Cipta FFM25 ialah:-



KEPUTUSAN PENUH ANUGERAH CIPTA FFM25

1. Poster Terbaik: Seafood (Silver Ant Sdn Bhd)
2. Pereka Kostum/Busana: 29 Februari (Hasnan Yaacob)
3. Pelakon Kanak-Kanak Terbaik: Hantu Gangster (Tee Jing Chen)
4. Lagu Tema Terbaik: Ombak Rindu (Nurzaidi Abdul Rahman)
5. Penataan Bunyi Terbaik: Bunohan (Raja Ahmad Shaidaley dan Imaginex Studios)
6. Penataan Seni Terbaik: Bunohan (Dain Iskandar Said)
7. Pengarah Harapan: SAM (Syafiq Yusof)
8. Filem Pendek Terbaik: Sanzaru (Reservoir Production Sdn Bhd)
9. Filem Animasi Terbaik: Ninja Vs Pirate (The One Academy)
10. Skor Muzik Asal Terbaik: Bunohan (Mendiang Yuan Tan Yan Wei, Imaginex Studios)
11. Penggiat Belakang Tabir Terbaik: Lim Kim Hua (pembekal filem)


Sempena FFM25 ini juga, kami menyediakan iklan promo TV bagi mempromosikan FFM25 kepada umum. Jom sama-sama kita tonton klip promo FFM25 yang menampilkan pelakon Emma Maembong, Azwan Annuar, Aryl Falak, Ben Amir, Fandi dan Boonga.


KLIP PROMO FFM25

FFM25
MALAM ANUGERAH CIPTA


Festival Filem Malaysia ke 25 (FFM25)
'Merayakan Perak, Mengilhamkan Emas'

FFM25: 2012 - MILIK BUNOHAN

$
0
0

Memenangi 5 Anugerah Perdana iaitu Pengarah Filem Terbaik, Cerita Asal Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, dan Filem Terbaik, Festival Filem Malaysia ke 25 (FFM25) menobatkan BUNOHAN sebagai antara yang terbaik di Malam Anugerah FFM25. Filem arahan Dain Said yang diterbitkan oleh Nandita Solomon itu merangkul 3 Anugerah Cipta di Malam Perlancaran FFM25 di eCurve Damansara, baru-baru ini, iaitu Penataan Bunyi Terbaik, Penataan Seni Terbaik dan Skor Muzik Asal Terbaik

Selain, BUNOHAN, Songlap, Ombak Rindu, dan 29 Februari juga memenangi anugerah di Malam FFM25. Berikut senarai penuh pemenang di Malam FFM25 yang telah berlangsung pada 2 Mac 2013 (Sabtu) di PICC, Putrajaya. 

sumber video : budiey

SENARAI PENUH FFM25 2012

Filem Terbaik: Bunohan (Dain Said)
Filem Bukan Melayu Terbaik: Petaling Street Warriors (Juita Entertainment Sdn Bhd)
Pengarah Filem Terbaik: Bunohan (Dain Said)
Cerita Asal Terbaik: Bunohan (Dain Said)
Lakon Layar Terbaik: Bunohan (Dain Said)
Sinematografi Terbaik: Songlap (Haris Hue Abdullah)
Penyunting Terbaik: Songlap (Wong Hui Lynn)
Filem Box Office: Ombak Rindu
Pelakon Lelaki Terbaik: Bunohan (Faizal Hussein)
Pelakon Wanita Terbaik: Ombak Rindu (Maya Karin)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Songlap (Syafie Naswip)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Songlap (Normah Damanhuri)
Pelakon Harapan Lelaki Terbaik: 29 Februari (Izzue Islam)
Pelakon Harapan Wanita Terbaik: 29 Februari (Jojo Goh)
Anugerah Khas Sepanjang Hayat Wanita: Mariani Ismail
Anugerah Khas Sepanjang Hayat Lelaki: Datuk Aziz Satar
Anugerah Khas Juri Penggiat TV Lelaki: Manomaniam
Anugerah Khas Juri Penggiat TV Wanita: Lai Meng
Anugerah Khas Pembela Seni dan Budaya Malaysia: Datuk Seri Utama Rais Yatim

CORAT CORET MENARIK DI FFM25

$
0
0


Teks oleh Syafiqah Jalal ( yang dipetik dari murai.com)
Foto: Oh Bulan

KUALA LUMPUR, 4 MAC 2013: Acara Malam Kemuncak Festival Filem Malaysia ke-25 (FFM 25) yang telah berlangsung di Pusat Antarabangsa Konvensyen (PICC) Putrajaya pada malam Sabtu lalu telah meninggalkan banyak kejutan dan pengalaman baru buat karyawan serta pengamala industri hiburan tanah air.

Disebalik kejutan itu juga, terselit juga beberapa corat-coret menarik yang mewarnai penganjuran FFM25 secara keseluruhannya. Di sini, portal murai.com.my telah menyenaraikan sebahagian daripada corat-coret FFM 25 yang menarik untuk dikongsi bersama.

1. Acara permaidani merah yang bermula seawal jam 7.30 malam telah dihari oleh ramai selebriti dan karyawan yang bertemakan Merayakan Perak Merayakan Emas.

2. Selebriti-selebriti tanahair yang melangkah ke Karpet Merah FFM 25 itu akan ditemuramah hos Elfira Loy dan Hefny Sahad mengenai pakaian yang mereka gayakan.

3. Acara pada malam itu telah bermula seawal jam 9 malam dengan tayangan filem parody oleh Saiful Apek, Yassin dan Shuk Balas. Filem-filem yang diparodikan adalah daripada filem-filem yang pernah memenangi anugerah filem terbaik di FFM sebelum ini.

4. Erra Fazira sebagai hos yang digandingkan bersama Fahrin Ahmad kelihatan agak gementar dan formal pada awal kemunculan, namun Fahrin nampak sangat membantu untuk menghidupkan pengacaraan mereka pada malam itu. Erra baru pertama kali mengendalikan acara anugerah secara langsung.

5. Gaun pelakon Jojo Goh telah dipijak dengan tidak senagaja oleh usher yang mengiringinya ke pentas ketika menerima anugerah Pelakon Harapan Wanita dalam filem 29 Februari.

6. Umie Aida telah menukar pakainnya daripada gaun karpet merah kepada baju kebaya labuh putih dan berselendang ketika tampil bersama pengarah, Mamat Khalid sebagai penyampai trofi. Umie yang berpakaian sebegitu turut menjiwai wataknya di dalam filem yang diarahkan Mamat Khalid iaitu Bila Kala Bulan Mengambang.



7. Ramai selebriti yang ke tandas ketika commercial break, tidak sempat ke tempat duduk asal mereka sebelum acara bermula. Antaranya Shaheizy Sam yang kemudian duduk sementara di tempat media.

8. Nasir Bilal Khan nampak tidak kena dengan pakaiannya malam itu apabila tampil dengan kemeja dan seluar seperti mahu ke pejabat sewaktu tampil sebagai penyampai trofi bersama pasangannya, Datin Sofea Jane.

9. Tidak seperti pasangan lain yang akan berdrama sebelum mengumumkan pemenang, Datin Sofea Jane yang tampil bersama Nasir Bilal Khan tidak melakonkan kembali sedikit pun babak daripada filem Perempuan, Isteri & ... sebaliknya mengeluarkan telefonnya dan mengambil foto tetamu yang memenuhi dewan pada malam itu.

10. Penyanyi Ella tampil dengan gaya yang berbeza apabila menyanggul rambutnya yang kebiasaannya dibiarkan mengurai serta bersut serba putih ketika membuat persembahan nyanyian.

11. Ketika penyampaian trofi berlangsung, jurukamera terlanggar 1 daripada 2 mike stand yang panjang di atas pentas. Setelah diperiksa ketika commercial break, mike stand itu patah dan hanya 1 sahaja berfungsi dan digunakan untuk penyampaian trofi seterusnya.

12. Persemabahan yang dinanti-nantikan daripada Ziana Zain nampaknya sedikit hampa kerana dia seperti lupa lirik ketika menyanyikan lagu yang dipopularkan oleh Dato` Shiela Majid iaitu Lagenda.

13. Sebelum tamatnya comercial break pada pertengahan acara, Fahrin terpijak gaun kedua Erra yang panjang melabuh. Pada malam itu, Erra Fazira menggayakan 3 busana yang berbeza.

14. Fahrin perli Erra ketika menyebut nama bekas suaminya yang pernah berjaya merangkul anugerah sebagai pengarah di dalam FFM. Erra tidak cepat melatah sebaliknya menuding ke arah Yusry dan memberitahu Yusry hadir bersama isterinya Lisa Surihani.

15. Erra turut menjadi perhatian apabila salah menyebut filem Life of Pi apabila perkata Pi (sebutan Pai) disebut sebagai 'pi'. Namun dibetulkan kembali oleh Fahrin dengan cara cover line apabila memberitahu Erra sengaja menyebut nama Pie itu dalam bahasa Melayu.

16. Isteri, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, YB Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim hampir terjatuh ketika mengiringi suaminya menuruni tangga menuju ke pentas. Sebaik sahaja insiden itu berlaku, mereka kemudian berjalan berpimpinan tangan.

17. Pada malam itu, kamera juga asyik fokus ke arah penerbit filem sensasi, Raja Azmi serta penyanyi Salamiah Hassan yang kebetulan duduk berhampiran dengan calon-calon yang dipertandingkan di dalam FFM 25. Menariknya, semua calon yang duduk berhampiran dengan mereka telah berjaya memenangi anugerah.



p/s: catatan ini dipetik dari laman popular murai.com adalah sekadar coretan menarik FFM25. 

LEGASI FESTIVAL FILEM MALAYSIA (FFM)

$
0
0

Penganjuran FFM25 oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dilihat satu anjakan pradigma bagi membentuk sebuah sinema yang benar-benar diiktiraf. Kemenangan BUNOHAN dan SONGLAP antara penanda aras bagi sinema tempatan yang mula beralih arah walaupun ia telah lama wujud dan bertapak sejak zaman kegemilangan Allahyarham Yasmin Ahmad. Selepas legasi Yasmin ditinggalkan sekian lama, kita masih mencari karya yang benar-benar boleh di zahirkan sebagai karya 'filem'. Memang banyak karya, tetapi untuk mencari yang ber'kualiti' dari segi pemikiran dan falsafah adalah suatu cabaran buat pembikin filem kita.

FFM24 menolak karya ...Dalam Botol arahan Khir Rahman kerana isu yang ditampilkan oleh produsernya, Raja Azmi iaitu 'homoseksual', walaupun filem ini layak menggondol Cerita Asal Terbaik, tetapi tidak. ... Dalam Botol mempunyai banyak elemen subtext, bahasa filem, plot dan naratif penceritaan tetapi bagi juri, mereka takut untuk mengisytiharkan ia sebagai naskhah yang baik. Namun, kesengsaraan FFM terubat apabila Finas mengambil alih penganjuran FFM dengan membawa legasi baru kepada sistem penjurian dalam FFM25. BUNOHAN sebagai Filem Terbaik, Cerita Asal Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Skor Muzik Asal Terbaik, Penataan Bunyi dan Penataan Seni Terbaik. Kemenangan BUNOHAN sememangnya layak begitu juga dengan Songlap.


Berakhirnya FFM25 bukan bermakna perjuangan anak-anak seni, penggiat filem tempatan, pengarah dan produser filem terhenti setakat itu saja, tetapi perjuangan mereka dan kita perlu diteruskan bagi membawa sinema tempatan  ke peringkat yang lebih global. Isu penganjuran FFM seringkali diperdebatkan di media massa, sehingga tarikh penganjurannya dipertikaikan dan menjadi tanda tanya. Dalam situasi ini, pihak Finas amnya, selaku penganjur utama wajar berfikir jauh ke hadapan dalam soal penganjuran acara berprestij ini. Tarikh penganjuran FFM perlu ditetapkan pada satu tarikh yang diputuskan. Misalnya, 2 Mac ; bermakna setiap 2 Mac adalah tarikh penganjuran Festival Filem Malaysia. Jika tarikh ini ditetapkan, saya percaya semua pihak akan membuat persiapan secukupnya bagi menyambut malam kegemilangan FFM ini. Jika tidak, kita pasti melihat satu lagi tragedi 'tarik tali' akan berulang antara semua persatuan khususnya dalam soal penganjuran Festival Filem Malaysia. Namun, apa yang dimaklumkan pada saya bahawa penganjuran FFM kali ini sedikit terlewat kerana tarikhnya bertukar dan mesti mendapat persetujuan semua pihak!. Bukannya saya menuding jari pada Finas tetapi saya mengharapkan agar penganjuran FFM setiap tahun mesti memutuskan satu tarikh khas dimana tarikh inilah yang wajar diikuti semua pihak dalam penganjuran FFM ataupun Festival Filem Malaysia.

Malam FFM25 nampak gah di mata penonton dan penggiat filem tempatan, tetapi bagi saya, kami merasakan FFM perlu dibaiki dari setahun ke setahun agar ia tampak cukup ekslusif sebagai sebuah festival yang mengiktiraf hasil karya anak-anak seni dan penggiat filem tempatan. Saya cukup menginginkan agar FFM ini khususnya FFM26 dan seterusnya menggunakan teknologi 'prompter' tanpa menggunakan 'que card' lagi kerana bagi saya 'prompter' itu akan menjadikan penganjuran FFM khususnya malam anugerah nampak tersusun dengan 'penyampai anugerah, pengacara atau tetamu vvip' tidak lagi membawa skrip atau sebagainya untuk berucap. Jadi, kita perlu menjadikan Academy Awards atau OSCAR sebagai contoh terbaik untuk menjadikan FFM sebagai antara yang terbaik dalam mana-mana festival yang pernah diadakan di Malaysia ini. Namun, satu lagi yang harus ditekankan ialah pengacaranya. Biar seorang pengacara sahaja yang mengemudi Malam Anugerah FFM ini walaupun penyampainya banyak atau sebagainya.


'Merayakan Perak Mengilhamkan Emas', antara tagline utama FFM25 ini. Ia menunjukkan betapa tingginya darjat sesebuah filem yang dipertandingkan. Namun, dalam situasi ini saya cukup mengharapkan agar FFM26 yang akan datang, kita pilih destinasi terbaik untuk menganjurkan FFM ini. Jangan kita adakan lagi di Mall atau Shopping Complex (untuk Malam Perlancaran / Anugerah Cipta) kerana 'bayangkan orang ramai lalu lalang tengah shopping, kita boleh beri 'award' kat bawah'. Mana Martabat industri filem tempatan kita? Adakah martabatnya di dalam pasaraya?. Jangan kita memberikan alasan kerana kita nak 'adakan Tayangan Perdana'!. Bukankah kita boleh buat ditempat yang lain, misalnya di Grand Ballroom Hotel atau sebagainya. Tayangan Perdana itu kita boleh buat di hari selepas Perlancaran atau hari keesokkan harinya di panggung wayang terpilih. Namun, kerancakkan Industri Filem Malaysia boleh kita lihat dengan bertambahnya kuantiti filem yang mula membanjiri sinema kita, Apakah kita sudah bersedia untuk membawa sekali lagi perubahan dalam penganjuran FFM26 yang akan datang?. Tepuk dada tanya selera. wallahuallam.

Nota: Artikel ini dicetuskan bertujuan untuk kita memantapkan lagi penganjuran FFM, bukan bertujuan utk mengutuk mana mana pihak!.  Harap maklum!.

TAYANGAN PERDANA 'HANYUT' DI SOUTHEAST ASIAN FILM FESTIVAL 2013

$
0
0
Walaupun belum memasuki pawagam tempatan, filem keenam arahan Zuhir Haji Saari atau U-Wei, 'Hanyut', bakal ditayangkan buat pertama kalinya secara ekslusif di Singapura. Tayangan pembukaan sempena 'Southeast Asian Film Festival 2013' itu akan diadakan pada 22 Mac 2013 pukul 7.30 malam. Bertempat di Singapore Art Museum, 'Southeast Asian Film Festival 2013' itu akan berlangsung mulai 22 Mac hingga 14 April 2013. 

Selain, 'Hanyut', filem-filem antarabangsa lain khususnya dari pembikin filem Singapura, Indonesia, Philipines, Vietnam, Myanmar, Thailand dan sebagainya turut ditayangkan. Festival yang dianjurkan buat kali ke-3 itu, juga turut menayangkan sebuah dokumentari tempatan dari Malaysia arahan Azhar Rudin iaitu 'Tukang Perahu Pulau Duyong', pada 31 Mac 2013 pukul 3.00 petang. Semua peminat filem, pembaca blog ini dan karyawan filem dijemput hadir. Jom sama-sama kita memeriahkannya.

HANYUT 
World Opening 22 Mac 2013 , Singapore

TUKANG PERAHU PULAU DUYONG
World Opening 31 Mac 2013, Singapore
Tukang Perahu Pulau Duyong (79 minutes / Malaysia) - excerpt from Azharr Rudin on Vimeo.

sebarang maklumat mengenai festival ini dan filem-filem yang ditayangkan sila klik di sini

HASNUL RAHMAT MENANG PELAKON LELAKI TERBAIK DI PESTA PERDANA 12 SINGAPURA

$
0
0

Jikalau di Malaysia, kita pasti ada Anugerah Skrin, Anugerah Bintang Popular, Oskar, Anugerah Seri Angkasa dan Festival Filem Malaysia, tetapi berlainan pula dengan negara jiran Singapura. Pesta Perdana 12 yang dianjurkan oleh MediaCorp Suria yang dipancarkan secara langsung melalui Suria TV Singapura pada 1 Mac 2013 baru-baru ini menobatkan Hasnul Rahmat sebagai Pelakon Lelaki Terbaik. Walaupun sehari sebelum berlangsungnya Festival Filem Malaysia ke 25 (FFM25), beberapa selebriti tempatan dari Malaysia juga kelihatan di Pesta Perdana 12 Singapura tersebut, antaranya ialah pelakon berkaliber Fauziah Nawi dan Bintang Filem Ombak Rindu, Aaron Aziz. Tidak lupa juga kelihatan penyanyi terkenal filem-filem melayu klasik, Nona Asiah dan penulis skrip lagu-lagu P.Ramlee, Yusnor Ef turut memeriahkan acara. Memandangkan Yusnor Ef memenangi Anugerah Perdana Emas. 

Di antara pemenang yang memenangi anugerah mengikut kategori adalah:-


KEPUTUSAN PENUH
PESTA PERDANA 12 SINGAPURA
KATEGORI 1
Pelakon Lelaki Terbaik dalam Watak Utama – Drama Bersiri (Best Lead Actor – Drama Series)
Hasnul Rahmat (Anakku Sayang)

KATEGORI 2
Pelakon Wanita Terbaik dalam Watak Utama – Drama Bersiri (Best Lead Actor – Drama Series)
Ariati Tyeb Papar (Selamat Malam Maria)

KATEGORI 3
Pelakon Lelaki Terbaik dalam Watak Pembantu – Drama Bersiri (Best Actor in a Supporting Role – Drama Series)
Izzat Yusoff (Anakku Sayang)

KATEGORI 4
Pelakon Wanita Terbaik dalam Watak Pembantu – Drama Bersiri (Best Actress in a Supporting Role – Drama Series)
Siti Hajar (Anakku Sayang)

KATEGORI 5
Pelakon Lelaki Terbaik dalam Watak Utama - Drama Khas (Best Lead Actor - Drama Special)
Shane Mardjuki (Mr. Perfect)

KATEGORI 6
 Pelakon Wanita Terbaik dalam Watak Utama - Drama Khas (Best Lead Actress - Drama Special)
Rahimah Yusof (Ibu vs Mama)

KATEGORI 7
Pelakon Lelaki Terbaik dalam Watak Pembantu - Drama Khas (Best Actor in a Supporting Role - Drama Special)
Osman Zailani (Terbelenggu)

KATEGORI 8
Pelakon Wanita Terbaik dalam Watak Pembantu - Drama Khas (Best Actress a Supporting Role - Drama Special)
Rosita Hussin (Yakin)

KATEGORI 9
Pelakon Terbaik dalam Watak Komedi (Best Actor/Actress in a Comedy Role)
Mastura Ahmad (Anak Mak Samseng)

KATEGORI 10
Pelakon Harapan Terbaik (Best Newcomer – Acting)
Nurul Huda (Papa Rock)



KATEGORI 11
Pengacara Terbaik (Best Host)
Rilla Melati (Rudy & Rilla)

KATEGORI 12
Bintang Cilik Terbaik (Best Young Star)
Danish Qayyum Putra Shahrin Azhar (Nama Saya Kassim Selamat)

KATEGORI 13
Drama Terbaik (Best Drama Series)
Pinggiran Ramadan Sr 2 (Media Reel)

KATEGORI 14
Drama Khas Terbaik (Best Drama Special)
Mr. Perfect (Papahan Films)

KATEGORI 15
Rancangan Hiburan Terbaik (Best Variety Series)
Kita Gerek (Dua M)

KATEGORI 16
Rancangan Hiburan Khas Terbaik (Best Variety Special)
Muzika Ekstravaganza 2012 (MediaCorp Eaglevision)

KATEGORI 17
Rancangan Informasi Terbaik (Best Info-Ed Programme)
Jalan Sr 5 (Oak3 Films)

KATEGORI 18
Rancangan Kanak-Kanak Terbaik (Best Children’s Programme)
Nama Saya Kassim Selamat (Dua M)

KATEGORI 19
Arahan Terbaik – Drama (Best Directing – Drama)
Alfia Abros Meah (Embun Di Tengah Hari)

KATEGORI 20
Arahan Terbaik – Hiburan (Best Directing – Variety)
Zulina Karim, Samri Badi & Zaharian Osman (Muzika Ekstravaganza 2012)



KATEGORI 21
Videografi Terbaik – Drama (Best Videography – Drama)
Noorman Nordin (Ros Putih)

KATEGORI 22
Skrip Terbaik – Drama (Best Writing – Drama)
Amanah Mustafi (Embun Di Tengah Hari)

KATEGORI 23
Skrip Terbaik – Hiburan (Best Writing – Variety)
Wan Firzaleenazrah (Muzika Ekstravaganza 2012)

KATEGORI 24
Skrip Terbaik – Informasi (Best Writing – Info-Ed)
Idzwan Othman & Ibrahim Sawifi (Jalan Sr 5)

KATEGORI 25
Suntingan Terbaik – Drama (Best Editing – Drama)
Hafiz Rahman (Ros Putih)

KATEGORI 26
Desain Pembukaan Terbaik (Best Opening Title Design)
Safiyuddin Razif (Maintain)

KATEGORI 27
Rekaan Imej Terbaik (Best Image & Styling)
Janna Jauhar (Mr. Perfect)

KATEGORI 28
Lagu Tema Terbaik (Best Theme Song)
Anak Metropolitan Sr 3
Song Title: Anak Metropolitan
Composer: Mayuni Omar
Lyricist: Hamed Ismail

KATEGORI 29
Rancangan Paling Popular (Most Popular Programme)
Anak Metropolitan Sr 3 (MediaCorp Eaglevision)

KATEGORI 30
Personaliti Lelaki Paling Popular (Most Popular Male Personality)
Syarif SleeQ



KATEGORI 31
Personaliti Wanita Paling Popular (Most Popular Female Personality)
Nurul Aini

KATEGORI 32
Adegan Paling Dahsyat! (Most Impactful Scene)
Embun Di Tengah Hari (MediaCorp Eaglevision)

KATEGORI 33
Pasangan Paling Cun! (Favourite On-screen couple)
Mazlan Amat & Wahyu Rahman (Atas Heights Sr 2)

KATEGORI 34
Crook Paling Terror! (Famous Villain)
Nadiah M. Din (Step Puteri)

KATEGORI 35
Anugerah Perdana Emas (Lifetime Achievement Award)
Yusnor Ef


P/S: Tahniah buat pemenang. Pada yang tak menang tue.. tak bermakna anda gagal.. moga tahun depan menjadi milik anda. 

credit foto: MediaCorp Pte.Ltd

PAWAGAM COLISEUM KL, KINI DI BUKA SEMULA!

$
0
0

Dalam tempoh 93 tahun kewujudannya dalam industri filem tempatan, menyaksikan kali pertama pembukaannya pada tahun 1920. Panggung Coliseum, Jalan Tunku Abdul Rahman yang dimiliki Khor Joo Saik Sdn Bhd telah bertukar arah. Pembinaannya dengan mengekalkan elemen klasik Rom oleh arkitek Chua Cheng Bok, malahan ruang tontonan yang boleh memuatkan 900 kapasiti penonton pada satu-satu masa, kini menjadi antara panggung tertua di Malaysia, amnya Kuala Lumpur. 

Panggung Coliseum yang dahulunya menjadi pusat tayangan filem-filem melayu era Shaw Brothers, Cathay Keris, Studio Merdeka dan sebagainya, kini menjadi pelopor dalam sinema tamil  apabila banyak filem-filem berbahasa tamil mula mendapat tempat di hati penonton, khususnya di pawagam ini. Berbekalkan semangat juang yang tinggi bagi memartabatkan sinema tempatan dan warisan pawagam coliseum agar terus bertapak di bumi Kuala Lumpur, Lotus Five Star memainkan peranan penting apabila mengambil alih pengurusan Pawagam Coliseum ini, menjadikan antara 26 buah cawangan LFS (Lotus Five Star) di seluruh Malaysia.



Pada tanggal 11 Mac 2013, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia (KPKK), YB Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim merasmikan pembukaan semula Pawagam Coliseum ini. Dengan berwajah baru seakan pawagam yang pertama kali dibuka, Lotus Five Star (LFS) mengambil peranan mengubah suai 100% keseluruhan ruang dalam dan luar panggung, tanpa mengubah struktur rekaan luar bangunan menjadikan Panggung Coliseum antara panggung lama berwajah baru.

Ketika berucap semasa melancarkan 'pembukaan semula' Pawagam Coliseum, Dr Rais Yatim dalam satu kenyataan menyebut 'diharapkan pawagam colesium ini akan menayangkan semula filem-filem tempatan samada filem melayu klasik, filem sekarang atau filem klasik antarabangsa' sekaligus menjadikan semula pawagam ini sebagai tumpuan utama rakyat Malaysia untuk menonton wayang di tengah-tengah kota Kuala Lumpur yang pesat membangun. 



Pembukaan semula Pawagam Coliseum ini diharapkan dapat mencetuskan kembali fenomena tontonan filem di pawagam, walaupun kita mempunyai banyak pawagam lain di seluruh Kuala Lumpur, Selangor dan Malaysia. Walaupun diterajui oleh LFS, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) menyokong sepenuhnya pembukaan semula panggung coliseum yang berwajah baru ini. Apa yang diharapkan ialah, akan ada lebih banyak filem melayu tempatan akan mula ditayangkan di pawagam ini selain Program Merakyatkan Filem yang pernah diadakan di sini.

Moga Pawagam Coliseum akan terus mekar sebagai pawagam tertua di Malaysia dan mendapat tempat di hati penonton filem. Justeru, sebagai warga filem, saya mengharapkan agar tahun depan Festival Filem Malaysia (FFM ke 26) dapat dilancarkan di pawagam ini ; lepas tu kita boleh buat Tayangan Perdana di sini. Martabatkan Industri Filem Tempatan kita. Tonton di pawagam bukan di rumah anda. 



p/s: Semasa pelancaran pembukaan semula pawagam coliseum ini, turut diadakan Majlis Penyerahan Bantuan Seni Kreatif 1 Malaysia oleh YB Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim. Turut hadir Ketua Pengarah Finas, YM Raja Rozaimie Raja Dalnish Shah, Pengerusi Finas Datuk Md Afendi Datuk Haji Hamdan, KSU KPKK, Datuk Sri Kamaruddin Siaraf, CEO LFS dan ramai lagi.

Apa kata anda penggiat filem tempatan mengenai pembaharuan semula pawagam Coliseum ini?. Nantikan temubual ekslusif beberapa penggiat filem tempatan!

'Saya ada cipta lagu terbaru buat Siti Nurhaliza' - SM SALIM

$
0
0

Alunan merdu 'Pandang Pandang Jeling Jeling', nyanyian bersama Datuk Siti Nurhaliza pada tahun 2001 di Dewan Philharmonik Petronas, nyata menimbulkan suasana yang cukup hebat bagi pemilik nama Tan Sri SM Salim. Lagu ciptaan komposer S.Atan bersama Tan Sri SM Salim itu memberikan impak tersendiri pada kerjayanya malahan lagu tersebut menjadi siulan anak-anak muda dan peminat ketika itu. Kini, nama SM Salim terus menyepi dalam dunia muzik tempatan akibat kesihatannya yang tidak mengizinkan. 

Irama melayu klasik menjadi taruhan SM Salim di mana lagu-lagu nyanyiannya tetap segar diingatan dan seringkali diputarkan hanya di corong radio tertentu. Radio Klasik milik RTM Malaysia hanya memutarkan lagu-lagu berentak sedemikian, malahan radio tersebut merupakan radio paling ramai pendengar di Singapura ketika ini. Ketika tinjauan media baru-baru ini di teratak milik seniman tersohor itu, SM Salim rancak menyatakan hasratnya ingin kembali mewarnai industri muzik tempatan. Menurutnya, beliau ada mencipta lagu dan lirik terbaru khusus buat penyanyi no 1 Malaysia iaitu, Datuk Siti Nurhaliza. 'Mana tahu satu hari nanti lagu ini akan dinyanyikan oleh Siti', seloroh SM Salim dengan nada bersahaja tetapi dalam maksudnya. 

Walaupun hanya boleh berkerusi roda, SM Salim tetap mahu aktif kembali menyanyi seperti dahulu. Impian untuk menyanyikan semula lagu terbaru ciptaannya bersama Siti Nurhaliza mungkin akan jadi kenyataan sekiranya ada pihak sudi merealisasikan impiannya. Khabarnya, ada satu program sedang dirisik oleh pihak tertentu dalam membawa kegemilangan nama Tan Sri SM Salim sebagai pelopor lagu-lagu melayu lama yang sememangnya antara seni dan irama yang mungkin tidak akan pupus ditelan zaman. Moga nama SM Salim terus mekar di hati sebagai seorang penyanyi, bintang dan bakat terindah yang tiada pegantinya.

Pandang-Pandang Jelilng Jeling
Lagu: S.Atan  Lirik: SM Salim

'TANDA PUTERA' MASIH RELEVAN.. IA TETAP AKAN DITAYANGKAN!

$
0
0
'TANDA PUTERA diluluskan tayangan, ia tidak diharamkan, sebaliknya ia berkisar tentang perjuangan Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Ismail', tegas Datin Paduka Shuhaimi Baba membidas kenyatan beberapa pihak yang mengaitkan Tanda Putera dengan agenda politik pihak tertentu. Filem ke-9 arahannya itu ditunda tayangannya buat sementara waktu bagi menunggu Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13). Dalam satu kenyataan akhbar bersama media, penerbit dan pengarah filem Selubung, Ringgit Kassorga, Layar Lara, Mimpi Moon, Pontianak Harum Sundal Malam, Waris Jari Hantu dan 1957 Hati Malaya itu menegaskan 'beliau sebagai penerbit dan pengarah mempunyai hak untuk menayangkan filem Tanda Putera  samada secara tertutup atau selepas PRU-13. Filem ini langsung tiada mengena dengan mana-mana perkauman, malahan ia merupakan naskhah tentang dua tokoh negara malahan pengkhabaran mengenai filem tentang 13 Mei 1969 adalah tidak benar sama sekali'.

Shuhaimi Baba yang sibuk menyiapkan material untuk naskhah filem terbarunya berjudul 'Putri Hamidah', berharap agar penonton menonton terlebih dahulu Tanda Putera sebelum membuat apa-apa skepulasi. Tanda Putera yang diterbitkan Pesona Pictures bersama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) ini antara filem kenegaraan yang sangat menyentuh perasaan. 

Nantikan info dan berita menarik mengenai TANDA PUTERA dari semasa ke semasa.

'A STRAY HERO' TERPILIH KE CLUJ SHORTS INTERNATIONAL FILM FESTIVAL ROMANIA

$
0
0

'A Stray Hero' mengisahkan Pak Mie seorang lelaki Melayu Muslim berusia sekitar 55 tahun, menetap di Alor Setar, Kedah. Pak Mie yang hidup dengan puluhan anjing yang dibelanya, merasakan seperti membela kucing dan ayam. Pelbagai persoalan dikongsi bersama, lantaran menepis segala persepsi negatif mengenai haiwan yang dikatakan 'haram' buat masyarakat islam di Malaysia. 

Diirakamkan dalam format Canon 5D Mark III yang disunting menggunakan Adobe Premiere CS6, 'A Stray Hero' yang diarahkan serta diterbitkan pasangan suami isteri, Hisyam Salleh dan Rahmah Ghazali terpilih menyertai Cluj Shorts International Film Festival pada 19 dan 20 April 2013 di Cinema Victoria, Cluj-Napoca, Romania. (klik sini


Filem yang berdurasi 8 minit itu akan berentap bersama-sama 82 buah filem pendek yang lain termasuk dari USA, UK, France, Colombia, Germany dan banyak lagi. Ketika dihubungi, pengarah filem pendek itu, Hisyam Salleh berpendapat, 'beliau tidak menyangka filem pendeknya yang dihasilkan itu mendapat perhatian di festival filem di Romania. Cuma apa yang ingin mereka sampaikan ialah mesej bahawa anjing bukannnya haram, sebaliknya adalah najis.'

'A Stray Hero' yang menelan kos penerbitan sebanyak RM 3,000 itu antara filem pendek yang agak menarik, simple dan bermaklumat sekaligus menjadi karya Malaysia yang akan dinilai di pentas antarabangsa. 

Tahniah dari amyikram.com. 

2 MENTERI SATU INDUSTRI.. APA HARAPAN WARGA FILEM, HIBURAN & BUDAYA TEMPATAN?

$
0
0

Dahulunya KPKK atau Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia menerajui Industri Filem dan Hiburan Tempatan, kini dua kementerian ditubuhkan dengan pemilihan 2 menteri baru yang diputuskan Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B Datuk Seri Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak. Pemilihan mereka ini wajar membangunkan industri hiburan, filem, dan budaya tempatan ke peringkat yang lebih drastik sekaligus membawa pulangan yang cukup hebat sepertimana impian sesetengah pihak dalam memartabatkan dunia perfileman dan hiburan tempatan ke peringkat yang lebih global. 

Pemilihan YB. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz sebagai Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dan Y.B Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang berkuatkuasa pada 16 Mei 2013, dilihatkan sebagai satu potensi baik dalam membawa dunia hiburan, filem dan budaya tempatan agar lebih membangun seiring dengan industri yang lain. Peranan mereka ini perlu seiring dalam membawa legasi yang telah ditinggalkan oleh YB Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim. 


Industri Filem dan Hiburan tempatan adalah satu industri yang boleh menjana ekonomi negara. Pembangunan dunia filem telah lama berlaku sejak zaman P.Ramlee lagi, cuma peredaran masa kini membuatkan ia lebih unggul dan bertapak mengharungi liku-liku teknologi yang pesat membangun. Apabila dua kementerian mengungguli dunia hiburan, filem serta elemen kebudayaan terselit di antaranya, kita percaya gabungan ini mampu membuatkan apa yang dicita dikotakan. Jangan hanya menabur janji yang tidak pasti. Ramai warga filem, hiburan dan budaya tempatan pasti inginkan satu perubahan atau tindakan yang memberangsangkan. Mungkin antara Shabery Cheek dan Nazri Aziz sudah ada perancangan dalam membawa legasi hiburan dan filem tempatan ke puncak. Warga Artis mahupun seniman tidak kira artis baru, artis kini mahupun artis veteran, semuanya inginkan keringat dan bakti mereka di hargai. Jika tidak jadilah seperti Studio Jalan Ampas, Singapura yang terbiar begitu sahaja di bumi Singapura. 

Persoalan yang seringkali dibangkitkan ialah soal pembayaran harga seseorang artis antara stesen televisyen tempatan, swasta mahupun badan-badan komersial yang menjanakan pendapatan seseorang artis atau sekumpulan darinya. Walaupun zaman sudah berubah, tetapi harga artis tidak lagi berubah khususnya di jabatan-jabatan kerajaan. Mereka sewenang-wenangnya meletakkan bayaran artis tidak setimpal dengan keringat yang dilaburkan, dengan alasan 'tuntutan bajet' atau 'kehendak penerbit dan pihak atasan'. Misalnya, stesen Televisyen A meletakkan bayaran artis RM 1,500.00 (sama tidak kira artis veteran, baru dan sebagainya), cuma bagi artis atau penyanyi mahupun penghibur yang membina nama yang cukup hebat 'hanya dihargai dan diberi bayaran cukup tinggi', contohnya RM 8,000 untuk satu show. Itu belum masuk harga bayaran yang di 'mark up' oleh penerbit yang di kepala mereka 'hanya bermain dengan duit' bukannya kualiti persembahan yang ingin ditampilkan. Dalam persoalan ini, kita memerlukan jawapan dari dua kementerian ini untuk menyelaraskan soal bayaran dan harga artis agar tidak serendah yang boleh manjatuhkan imej mereka sebagai anak seni. Harus diingat bahawa, golongan artis adalah individu yang kreatif dan ia tidak boleh di samakan dengan 'pegawai awam' yang masuk keje kul 8.00 pagi dan balik rumah pukul 5 atau 6 petang'.


Sekiranya tindakan drastik dilakukan oleh 2 kementerian terlibat iaitu Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, kita percaya pemilihan dan cantuman atau gabungan yang dicetuskan oleh Perdana Menteri Malaysia itu wajar dihormati sebagai satu transformasi yang boleh dikatakan sangat 'umph' dalam membawa nama Malaysia ke peringkat lebih tinggi. Tapi, apakah dengan menggabungkan 'Pelancongan' dengan Kebudayaan seterusnya Komunikasi dan Multimedia, apakah kita boleh mengembangkan sayap kita jugak dalam sektor perlancongan?. 

Tepuk dada Tanya Selera.

Sekadar pendapat, jika anda mempunyai pendapat lain, mohon dikongsi.. . 

LAGI 10 TAHUN, APA AKAN JADI PADA WARIS P.RAMLEE?

$
0
0
Waris Seniman Agung Tan Sri P Ramlee hanya mempunyai baki tempoh 10 tahun saja lagi untuk menikmati bayaran royalti. Selepas itu, lagu P Ramlee bebas dimainkan sesiapa saja tanpa perlu membayar kepada pemungut royalti, Badan Pelindung Hakcipta Muzik (MACP).

Merujuk pada Akta Hak Cipta 1987, bayaran royalti yang diuruskan MACP hanya tertakluk dalam tempoh 50 tahun selepas komposer atau penulis lirik itu meninggal dunia. Ini bermakna, waris P Ramlee yang masih hidup tidak akan menerima bayaran royalti selepas tempoh itu.




P Ramlee atau nama sebenar, Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh terkenal sebagai pengarah, pelakon, penyanyi termasuk komposer, meninggal dunia pada 29 Mei 1973 pada usia 44 tahun akibat sakit jantung.

Pengurus Besar MACP, Chan Miew Lan berkata, royalti P Ramlee dibayar kepada empat waris iaitu isterinya, Puan Sri Saloma dan tiga anaknya, Mohd Nasir, Sazali dan Sabaruddin. Walaupun Saloma, Mohd Nasir dan Sabaruddin sudah meninggal dunia, pembayaran masih diteruskan kepada pewaris masing-masing.




“Bayaran royalti dibuat sepanjang komposer atau penulis lirik itu masih hidup dan selepas meninggal dunia, bayaran hanya menjangkau 50 tahun. Melihat pada rekod P Ramlee, jika tiada pindaan baru dibuat terhadap Akta Hak Cipta, waris beliau tidak berpeluang menikmati royalti lagi selepas 10 tahun lagi,” katanya

Chan berkata, pembayaran royalti sebelum ini turut diberikan pada lagu nyanyian P Ramlee ciptaan bersama penulis lirik seperti Datuk Jamil Sulong dan S Sudarmaji. Pengagihan royalti pula dibuat mengikut hukum faraid yang dipersetujui pewaris P Ramlee pada 1998.




“Royalti Sabaruddin dengan Nasir digabungkan dan diagihkan pada tujuh cucu P Ramlee manakala Saloma dibayar terus kepada Amanah Raya Berhad. Secara purata, jumlah royalti P Ramlee adalah RM140,000 setahun,” katanya.

Menurutnya, MACP berdepan masalah mengagihkan royalti P Ramlee pada mulanya kerana tidak mengetahui maklumat lanjut pewaris sebenar. Namun, selepas perjanjian antara pewaris dilakukan pada 1998, pembayaran royalti kepada pewaris P Ramlee dapat dijalankan pada setiap tahun dan royalti tahun lalu sudah dibayar pada Ogos lalu.


“Bayaran royalti P Ramlee sebenarnya tidak banyak kerana lagunya hanya dimainkan pada musim tertentu seperti Aidilfitri atau acara persembahan. Hanya beberapa lagu seperti Getaran Jiwa dimainkan di pusat karaoke,” katanya.

Chan berkata, MACP mendesak kerajaan meminda Akta Hak Cipta, agar nasib pewaris seperti P Ramlee berpeluang menikmati royalti berterusan. Mengikut tempoh pembayaran royalti di luar negara, ia boleh menjangkau sehingga 75 tahun selepas komposer atau penulis lirik itu meninggal dunia.



Artikel pilihan ini dipetik dari : Harian Metro (HM 13/5/29)

p/s: Al-Fatihah.. hari ini 29 Mei 2013.. 

KUTIPAN FILEM MERUDUM JATUH .. SALAH SIAPA?

$
0
0

Salah siapa kalau kutipan sebuah filem itu jatuh merudum?. Nak salahkan Pengarah ke, Penerbit ke, atau Penonton?. Bagi aku, kalau corak dan acuan sesebuah karya itu tetap sama.. maka samalah jadinya. Terus terang aku cakap, dah lama aku tak nonton filem melayu di pawagam.. Paling last pun aku tengok filem KIL dan LARI aje.. Filem lain tak berjaya mencuri hati nan lara, walaupun dalam jiwa mahu nonton, tapi takut akan 'kecewa' dan gigit jari menyaksikan 'duit terbang melayang', melihatkan karya kita diperbodoh-bodohkan oleh penonton kita sendiri. 

Walaupun zaman sekarang medium teknologi begitu hebat, ada youtube, televisyen berbayar, astro first, ipad, iphone dan macam-macam, tetapi keperluan sinema di pawagam masih relevan. Peminat tegar sesebuah filem, tidak kisah melaburkan puluhan ringgit seminggu untuk menonton wayang di pawagam, tetapi 'berbaloi' kah mereka jika mereka menonton filem yang 'sama aje hidangannya'.. macam kita sarapan pagi.. jika asyik makan Nasi Lemak yang lemaknya tinggi dan setinggi Menara KLCC tu.. pasti bosan jugak.. Nak juga kita makan Spaghetti, SubWay, Pizza (tu makanan kegemaran Cik Juliana - hehe), dan sebagainya. Kan Kan?.

Dulu zaman wayang semua berpusu-pusu nak tengok wayang kat pawagam.. Tapi sekarang, mereka lebih suka download kat youtube, portal free download, Torrents dan macam-macam. Tak salah ke mereka buat keje part time tue?. Mencuri hak orang lain untuk dikongsi?. Cuba kalau mereka keje dapat gaji.. misalnya sebulan gaji RM 2000 dan gaji tue tiba-tiba dirampas dan dicuri? Amacam?. Suka tak?. Tak ke korang rasa penat nak mampos dan nk bunuh aje pencuri tue kan?. Tapi, negara kita ada undang-undang. Perogol Hak Cipta perlu disebat.. baru mereka tahu yang kerja mereka salah di sisi undang-undang. Begitu jugak dengan download lagu-lagu dalam format mp3 kat internet tue.

Ada yang cakap drama bersiri, telemovie dan telefilem yang disiarkan di kaca TV itu lagi hebat dari sesebuah filem yang tayang di pawagam. Itu kena tengok pada konsep filem yang korang tengok kat pawagam. Kan korang nak samakan pulak drama 'Sebenarnya Saya Isteri Dia' pulak dengan Filem 'World War Z' kat wayang tue.. Simpang!! (buat tangan tangan patah ala Ucop Wilcha). hahha. Memang aku akui, ada drama kita lagi hebat dari filem melayu kat wayang tue. Tapi kena tengok jenis filem la.. Kalau korang samakan filem Bunohan, Kil dan yang bagus mentalitinya dengan drama yang korang tengok tue kt TV.. apa kata korang berdiri kat cermin IKEA tue.. sila tengok diri sendiri.


Oh ya, bulan Ramadhan dah makin hampir, cuma bulan Julai 2013 ini, aku dikhabarkan hanya ada satu je filem tempatan kita akan mula ditayangkan di pawagam, start pada 25 Julai 2013 iaitu 'Misteri Bisikan Pontianak'. Filem ini diterbitkan oleh Genius Parade Sdn Bhd & RenBash.. Yang penting ia diarahkan oleh M.Subash. Kenal tak dengan M.Subash ini?. Kalau tak tahu tu atau tak pernah amik tahu tue (kalau korang bukan dari bidang filem- aku tak kisah).. Kalau keje kat dalam bidang ni tak tau.. aku rasa baik korang berhenti.. dan jadi Cleaner aje.. Tapi Cleaner pun ada yang kenal tau tak!. ahhaha. Oh Ya, M.Subash ni.. dah banyak arah filem, tapi filem-filem dia agak 'sesuatu' dan 'berbeza' dari filem-filem komersial lain. Aku paling suka filem Pensilnya dulu.. Tapi sekarang ini, dia akan muncul dengan filem seram terbaru 'Misteri Bisikan Pontianak'. Korang wajib tonton filem ini.. sebab M.Subash ini.. karya dia calang-calang tau tak!. 


Sebagai penutup bicara, aku harap sangat kutipan filem tempatan kita akan mula naik selepas ini.. Sebab bulan lepas, bulan Jun 2013, kutipan filem tempatan kita agak merudum dan jatuh tersangat-sangat teruk. Yang keje bidang nie pun tak nak tengok filem, support pun tak. Yang mereka tahu, nak tiket free?. Korang ingat ape?. Bikin Filem pakai air liur je ke tak de modal yang diusahakan?. By the way, aku nak sangat kutipan filem tempatan kita jadi macam filem seram komedi dari Thailand tajuk Pee Mak, yang sampai sekarang masih tayang dan full house, walaupun sudah sebulan lebih tayang di Malaysia sejak 6 Jun 2013. 

Ok.. selamat bekerja, Salam 1 Julai dan moga bulan ini kita mempunyai azam yang bagus dan lebih baik dari azam-azam kita bulan lepas.. 

SOAL KERJAYA ATAU SEKADAR NAIK ROLLER COASTER?

$
0
0
Kadang-kadang kita tak terfikir apa yang kita lakukan. Setiap kali kita melangkah keluar dari rumah, hidupkan enjin kenderaan, menghadapi kesesakan lalu lintas, melakukan kerja sehinggalah kita pulang ke rumah dan bermalam untuk menempuh hari esok yang bakal tiba.. ketika itulah kita  merasai apa yang kita lakukan itu semuanya bersebab, iaitu tanggung jawab. Apabila berbicara mengenai tanggung jawab, kadang-kadang tu kita lupa bahawa 'sesuatu tanggung jawab itu perlu dipikul dengan rasa ikhlas dan jujur, bukannya berkira, malas dan mementingkan diri sendiri. Kerja?. semua orang ada kerja, tetapi bagi yang kerja hanya makan gaji. Pergi kerja pukul 8 pagi dan balik rumah pukul 5 petang. Malahan lagi 10 minit pukul 5, dah tutup komputer, laptop bagai, dan berdiri depan punch card dah nak balik.. ape kejadahnya?. Ye, memang la korang balik pukul 5 petang, tetapi bagi aku, kalau cepat-cepat nak balik tu, alasan takut jem.. baik tak payah keje, duduk  je kat umah umah goyang kaki, tengok tv  ke atau makan pizza ke sambil kaki goyang atas meja.. macam Big Boss yang hanya tahu mengarah tetapi buat kerja nan hadooo!.

Gaji? ada yang bergaji kecil, besar, tersangat-sangat besar dan besar lagi.. pun dikira tidak cukup. Bukan sebab boros atau banyak sangat berhutang. Hutang kereta, rumah, kad kredit, bil air, api, astro, anak bini, dan segala macam tok nenek tue.. tetapi, jika disebut soal banyak mana gaji yang kita dapat jika hidup di kota metropolitan Kuala Lumpur, memang tidak akan cukup. Jika kita kerja hanya makan gaji aje (khususnya buat penjawat awam yang suka kerja kerajaan sebab ada pencen, boleh buat loan bagai), tetapi tengah bulan mencanak memandang langit biru dan mengeluh 'aduh, bulan nie tak de OT la..',. bila di suruh keje part time.. mengeluh, katanya tidak ada masa. Tetapi kalau sebut duit 'mak ai' tak sabar-sabar. Tetapi, bagi korang yang ada bakat tu, khususnya dalam bidang hiburan, filem, drama dan sebagainya, apa kata 'masa yang korang ada dan free tue.. buat lah job.. tulis skrip ke, buat novel ke, jadi modelling ke, part time berlakon ke, keje production ke', kan itu rezeki halal, dari duduk di kerusi terima habuan atau percent dari sesebuah syarikat tanpa korang keluarkan keringat, lagi haram rezeki itu - khusus yang bekerja di jabatan kerajaan mahupun swasta. Kalau dalam industri filem nie, tak payah cakap lah.. cukup pakej.

Satu lagi, nak dikongsikan ialah tentang sikap dan perilaku dalam dunia kerjaya. Ada yang bekerja misalnya dalam bidang hiburan atau filem, khususnya di jabatan-jabatan kerajaan yang berkenaan la. Apabila ada sesuatu majlis yang memerlukan korang ada di situ. Ada yang tak nak datang, atau buat-buat tak mau datang, dengan alasan tak de transport maknanya kenderaan pejabat la. Boleh pulak macam itu?. Jadi selama ini korang datang kerja naik apa?. merangkak ke?, atau masuk dalam laci meja terus keluar melalui pintu ajaib Doraemon ke?. Bukan nak bukak pekung di dada, tetapi apa yang sangat-sangat dikesalkan ialah sikap kita. Ada yang kerja hanya sekadar makan gaji aje. Suruh buat kerja itu sikit, dah buat muka masam. Korang ingat korang sape.. Datuk Siti Nurhaliza? Nak Feeling Diva?. Datuk Siti tue lagi berdisiplin dalam etika kerja walaupun dia hanya seorang selebriti. Korang? 


Bila sebut aje tentang gi oversea, ofis hantar la, kerajaan hantar la, festival hantar la, dan segala macam program yang dianjurkan, namun apa faedah yang korang bagi terhadap diri sendiri  atau  industri filem misalnya?. Saya percaya, mereka yang pergi luar negara tu sebab nak dapat 'klim perjalanan' yang tinggi menggunung, 'kalah satu episod penulis skrip dapat bagi skrip drama episod satu jam'.. Bila balik Malaysia, suruh buat apa yang korang pelajari kat sana untuk ditransformasikan dalam kerja, tak ade. last-last 'staf biasa aje yang buat kerja sehingga nama korang 'boom baam'.. dijaja dan seterusnya korang dinaikkan pangkat.. kerana ape 'kerana semut dan gula-gulanya'. Ada yang nak pergi oversea pakai duit kerajaan sebab 'nak pergi melancong - ala sekali-sekala alasannya'. Bila sampai di program tue.. just tunjuk muka, pas tu hilang rupa-rupanya gi mana?. Universal Studio naik roller coaster. 'hish sabor jer lah', kata Wan Kaswi, dalam filem Hantu Kak Limah.

Sebelum menutup bicara di akhir bulan Syaaban yang akan muncul tibanya bulan Ramadhan - menjelang senja petang ini, di mana lepas isyak bermulanya Solat Terawih.. let's go.. jangan ada alasan tak nak pi solat.. mana tau 'ini Ramadhan Terakhir Korang'. Oh ya, tidak lupa, Salam Ramadhan.. walaupun aku updated blog kali ini guna bahasa biasa dari sebelumya yang terlalu formal 'bosan!'. Ingat, yang menunggang motorsikal nak balik rumah petang nanti atau sepanjang Ramadhan, tolong lah jangan menyelit.. nak je aku bukak pintu kereta aku tue.. biar semua jatuh tersungkur di jalan raya.. dan biar mampos!. Titik!.

p/s: FADILAT SOLAT TERAWIH  30 Syaaban 1434H

MALAM PERTAMA

'Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).



SALAM RAMADHAN.. HADIS PALSU FADILAT TERAWIH.. HATI-HATI..

$
0
0

Salam Ramadhan.. Hari ini dah masuk puasa yang ke-11 di bulan Ramadhan. Kiranya, updated aku ari ini adalah yang pertama di bulan ramadhan. Oh ya, hari ini, just nak kongsi dengan anda pembaca setia blog yang 'biasa-biasa' ni lah ye.. tentang Hadis Palsu yang banyak di dapati dalam blog-blog, website, dan beberapa portal yang 'copy and paste', fadilat terawih yang kononnya mempunyai banyak fadilat pada setiap malam. Moga kita diampunkan atas kekhilafan kita sebagai umat islam dan masyarakat kononnya celik IT. Jika saya ada updated mengenai fadilat terawih dalam blog saya sebelum ini, maafkan saya ye.. 


SEKADAR RENUNGAN

KELEBIHAN SOLAT TARAWIH - HADITH PALSU KELEBIHAN TARAWIH

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Puji-pujian bagi Allah Subhanahu Wata'ala, Selawat dan Salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu 'Alaihi Wasallam serta para sahabatnya.
SEJAK beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan Tarawih pada malam-malam Ramadan telah tersebar dengan meluas sekali. Media elektronik, cetak serta media massa lain turut memainkan peranan menyebarkannya melalui akhbar, dairi Islam, TV, radio, risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat, terutamanya dalam bulan yang diberkati itu. Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut.
Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadilat sembahyang Tarawih pada bulan Ramadan antaranya:

Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).

Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.

Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.

Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.

Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh


Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanah air mengenai kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunah Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini. Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang Tarawih dan kedudukannya dalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama kita dahulu.

Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya: Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhori, Muslim)

Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai keperingkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).

Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu'ah selepas membawakan lebih dari seratus riwayat hadis mengenai pendustaan atas nama Nabi Muhammad s.a.w. menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim. Kata Imam Nawawi: Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi orang yang mengetahui bahawa hadis itu maudhu` atau dia hanya menyangka hadis ini maudhu`. Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu` serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini. Katanya lagi, tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad s.a.w. di antara hadis tentang hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadis yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis nasihat dan lain-lain. Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam? seterusnya dia berkata: Ulama sudahpun sepakat mengenai haram berdusta atas nama orang-orang biasa. Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga. Firman Allah bermaksud: Tidaklah dia mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan. (An-Najm: 3-4).

Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan Tarawih dalam bulan Ramadan seperti kita sering dapati hadis ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang sebenarnya hadis itu pun direka atas nama nabi Muhammad s.a.w. seperti contoh satu hadis yang sebahagian darinya berbunyi: Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang Zuhur dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri. Jika dia meninggalkan sembahyang Asar dosanya adalah seperti meruntuhkan Kaabah.

Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadan yang terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya hadis yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan malam Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (Al-Bukhari)

Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud: Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan ke dalam neraka saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang. (Al-Muddatsir)

Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan Tarawih ini. Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun seksaannya, namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya.


Antara ciri-ciri hadis maudhu`(rekaan) dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah :

1.   Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad s.a.w. atau orang yang berjuang bersama dengan nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi.

2.   Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan sedangkan ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam Al-Qur'an dan hadis-hadis sahih.

3.   Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s.a.w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi seperti yang terdapat dalam hadis-hadis sahih.

4.   Dalam sesetengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan "Ya Ali" sedangkan ulama hadis sudah mengatakan bahawa hadis yang dimulai dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang sahih. Yang lainnya palsu.

Oleh itu umat Islam sekalian, terutamanya pihak seperti institusi agama di peringkat negeri dan pusat, sepatutnya prihatin terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasul yang menjadi pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan dakyah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w. Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal dengan hadis-hadis palsu seperti ini.

SUMBER RUJUKAN DAN KENYATAAN DIPETIK DARI WEB  JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR

Petikan dari terbitan dan edaran percuma:
DARUL QURAN WAS-SUNNAH
Lot 1499, Taman Seri Demit, Jalan Sultanah Zainab 2
Kubang Kerian , 16150 Kota Bharu, Kelantan.
Hadits Palsu tersebut seperti dibawah ini
___________________________________________________________________________________________________________
1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.
Viewing all 339 articles
Browse latest View live