Quantcast
Channel: WAJIB TONTON
Viewing all 339 articles
Browse latest View live

PENGAMBILAN BARU DI FINAS. JAWATAN KOSONG..

$
0
0

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), memperlawa individu dan Warganegara Malaysia yang  berminat untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang terdapat di Perbadanan tersebut. Jika anda berkelayakan sepertimana yang termaktub dalam syarat-syarat yang dinyatakan, dialu-alukan. 

PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA
JAWATAN KOSONG
(KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL)

1. (a) Jawatan : JURUTERA GRED J48
(Kekosongan 1 Jawatan)

(b) Taraf Jawatan : Kontrak
(c) Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan & Profesional
(d) Klasifikasi Perkhidmatan : Kejuruteraan
(e) Gred dan Gaji : Gred J48
Gaji Minimum : RM 5,004.49
Gaji Maksimum : RM 8,353.44

Syarat Lantikan:
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) i. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
(d) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
(e) Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 7 tahun dalam bidang berkaitan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Jurutera Gred J44 adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke Jawatan Jurutera Gred J44, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan:- dan
i. Mempunyai kelayakan di para (c) i, di atas; atau
ii. Lulus Peperiksaan Khas;
iii. Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan; dan

Penaklukan Di Bawah Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan
Pegawai-pegawai yang memasuki skim perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

Bidang Tugas
1. Merancang, mengurus, menyenggara dan melaksana kerja-kerja perkhidmatan pendigitalan pelbagai format bahan kandungan untuk dimuatkan ke dalam mana-mana media simpanan termasuk rangkaian storan (SAN) bagi tujuan penerbitan, penggunaan semula kandungan bahan, pemuliharaan kandungan bahan, simpanan dan arkib digital
2. Memantau serta memastikan kawalan mutu kandungan bahan digital menepati piawaian spesifikasi teknikal yang telah ditentukan
3. Merancang, mengkaji, mengurus, menjalankan kajian, memantau, serta memastikan infrastruktur serta sistem MyCC4Dworld (Portal Arkib Digital) dapat berfungsi dengan baik mengikut skop serta proses kerja yang ditetapkan dan selamat selaras dengan piawaian dan objektif projek bagi memastikan inovasi yang berterusan dalam infrastrukur
4. Merancang, mengurus, menyenggara, mengemaskinikan kandungan bahan digital untuk memastikan bahawa laman web MyCC4Dworld (Portal Arkib Digital) sentiasa dikemas kini dengan kreativiti yang lebih baik selari dengan lain-lain platform media digital sistem di dunia.
5. Mengurus, menyelaras, memantau serta memberi khidmat nasihat teknikal kepada agensi di Kementerian serta lain-lain yang terlibat terhadap pelaksanaan kerja-kerja pendigitalan bahan kandungan, proses muatnaik bahan ke MyCC4Dworld (Portal Arkib Digital) serta lain-lain yang berkaitan mengikut piawaian teknikal yang ditetapkan.

2. (a) Jawatan : AKAUNTAN GRED W48
(Kekosongan 1 Jawatan)
(b) Taraf Jawatan : Kontrak
(c) Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional
(d) Klasifikasi Perkhidmatan : Kewangan
(e) Gred dan Jadual Gaji : Gred W48
Gaji Minimum : RM 4,957.32
Gaji Maksimum : RM 8,278.00

Syarat Lantikan
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 54 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) i. Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya ; atau
ii. Ahli Penuh Badan-badan Iktisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan; atau
iii. Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan serta menjadi Ahli Penuh Badan-Badan Iktisas Perakaunan diiktiraf oleh Kerajaan; atau
iv. Ahli penuh Institut Akauntan Malaysia; dan
(d) Lulus B.M (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(e) Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 7 tahun dalam bidang berkaitan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Akauntan W44 adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Akauntan W48, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan; dan
i. Mempunyai kelayakan salah satu di para (c) i, ii, iii & iv di atas; atau
ii. Lulus Peperiksaan Khas;
iii. Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan; dan

Penaklukan Di Bawah Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan
Pegawai-pegawai yang memasuki skim perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

3. (a) Jawatan : JURUTERA GRED J44
(Kekosongan 1 Jawatan)
(b) Taraf Jawatan : Tetap / Kontrak
(c) Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan & Profesional
(d) Klasifikasi Perkhidmatan : Kejuruteraan
(e) Gred dan Gaji : Gred J44
Gaji Minimum : RM 3,419.52
Gaji Maksimum : RM 7,265.52

Syarat Lantikan
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) i. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
(d) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(e) Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 5 tahun dalam bidang berkaitan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Jurutera Gred J41 adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke Jawatan Jurutera Gred J44, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-
i. Mempunyai kelayakan di para (c) i, di atas; atau
ii. Lulus Peperiksaan Khas;
iii. Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan; dan

Penaklukan Di Bawah Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan
Pegawai-pegawai yang memasuki skim perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

Bidang Tugas
1. Merancang, mengurus, menyenggara dan melaksana kerja-kerja yang berkaitan dengan Digital Intermediate (DI) seperti Editing, Film Scanner, Film Recorder, Color Grading,CGI, Visual Restroration, Film Cleaning dan DVD Authoring.
2. Merancang, mengurus, menyenggara dan melaksana kerja-kerja pengoperasian peralatan perfileman untuk sewaan, perkhidmatan produksi, kegunaan dalaman, khidmat bantuan teknikal AV untuk Jabatan dan Kementerian, pengoperasian sistem siar raya Unit Transfer & Duplicator.
3. Merancang, mengurus, menyenggara dan melaksana kerja-kerja peralihan pelbagai format visual dan salinan untuk DVD dan VCD.

4. (a) Jawatan : PEGAWAI TADBIR GRED N41
(Kekosongan 13 Jawatan)

(b) Taraf Jawatan : Tetap / Kontrak
(c) Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan & Profesional
(d) Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Pentadbiran & Sokongan
(e) Gred dan Jadual Gaji : Gred N41
Gaji Minimum : RM 1,910.02
Gaji Maksimum : RM 6,799.30

Syarat Lantikan
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 54 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) i. Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi- institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
ii. Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
iii. Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
(d) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Penolong Pegawai Tadbir N27 adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pegawai Tadbir Gred N41, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan; dan
i. Mempunyai kelayakan salah satu di para (c) i, ii, & iii di atas; atau
ii. Lulus Peperiksaan Khas; dan
iii. Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Penaklukan Di Bawah Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan
Pegawai-pegawai yang memasuki skim perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

Syarat-syarat Tambahan
i. Mempunyai kemahiran bertutur dan menulis di dalam Bahasa Inggeris atau bahasa lain.
ii. Mempunyai pengalaman dan kemahiran di dalam bidang pemasaran, promosi, penerbitan, pengurusan produksi serta pengurusan pejabat.
iii. Mampu untuk bekerja secara berpasukan serta mempunyai daya tahan untuk bekerja di dalam situasi yang mencabar.
iv. Mampu untuk menjana idea-idea bernas serta mempunyai kemahiran komunikasi yang berkualiti.
v. Mempunyai minat atau kemahiran di dalam bidang bidang perfileman dan penyiaran.

5. (a) Jawatan : PENERBIT RANCANGAN GRED B41
(Kekosongan 3 Jawatan)
(b) Taraf Jawatan : Tetap / Kontrak
(c) Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional
(d) Klasifikasi Perkhidmatan : Bakat dan Seni
(e) Gred dan Jadual Gaji : Gred B41
: Gaji Minimum : RM 1,925.75
Gaji Maksimum : RM 6,840.16

Syarat Lantikan:
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti; dan
(d) i. Mempunyai pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang perfileman dan/atau penerbitan rancangan radio atau televisyen termasuk pementasan, teater, drama, hiburan, ehwal semasa dan lain-lain; atau
ii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan mempunyai pengalaman dalam bidang perfileman dan/atau penerbitan rancangan radio atau televisyen termasuk pementasan, teater, drama, hiburan, ehwal semasa dan lain-lain; atau
iii. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan mempunyai pengalaman dalam bidang perfileman dan/atau penerbitan rancangan radio atau televisyen termasuk pementasan, teater, drama, hiburan, ehwal semasa dan lain-lain; atau
iv. Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan mempunyai pengalaman dalam bidang perfileman dan/atau penerbitan rancangan radio atau televisyen termasuk pementasan, teater, drama, hiburan, ehwal semasa dan lain-lain; atau
v. Diploma dalam bidang sebaran am yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
vi. Ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
vii. Ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
(e) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Ujian Khas:
Calon lantikan terus adalah dikehendaki lulus Ujian Khas bagi menentukan kesesuaian mutu dan tahap bakat, kebolehan dan daya kreativiti sebelum lantikan seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Penerbit Rancangan Gred B38 adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke Jawatan Penerbit Rancangan Gred B41, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-
i. Mempunyai kelayakan di para (c) i, ii, iii, iv, v, vi dan vii di atas; atau
ii. Lulus Peperiksaan Khas; dan
iii. Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
Penaklukan Di Bawah Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan
Pegawai-pegawai yang memasuki skim perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.
Syarat-syarat Tambahan
i. Mempunyai kemahiran bertutur dan menulis di dalam Bahasa Inggeris atau bahasa lain merupakan satu kelebihan.
ii. Mampu untuk bekerja secara berpasukan serta mempunyai daya tahan untuk bekerja di dalam situasi yang mencabar.
iii. Mampu untuk menjana idea-idea bernas serta mempunyai kemahiran komunikasi yang berkualiti.
iv. Mempunyai minat, latarbelakang atau kemahiran di dalam bidang bidang perfileman dan penyiaran.

6. (a) Jawatan : PEGAWAI MAKMAL FILEM GRED C41
(Kekosongan 1 Jawatan)
(b) Taraf Jawatan : Tetap / Kontrak
(c) Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan & Profesional
(d) Klasifikasi Perkhidmatan : Sains
(e) Gred dan Jadual Gaji : Gred C41
Gaji Minimum : RM 1,939.89
Gaji Maksimum : RM 6,873.16

Syarat Lantikan
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 54 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) i. Ijazah Sarjana Muda Sains Kepujian dalam bidang Kimia yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
(d) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Penolong Pegawai Makmal Filem C27 adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pegawai Makmal Filem C41, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan; dan

i. Mempunyai kelayakan di para (c) i di atas; atau
ii. Lulus Peperiksaan Khas; dan
iii. Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Penaklukan Di Bawah Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan
Pegawai-pegawai yang memasuki skim perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

7. (a) Jawatan : JURUAUDIT GRED W41
(Kekosongan 1 Jawatan)
(b) Taraf Jawatan : Tetap / Kontrak
(c) Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional
(d) Klasifikasi Perkhidmatan : Kewangan
(e) Gred dan Jadual Gaji : Gred W41
Gaji Minimum : RM 1,924.18
Gaji Maksimum : RM 6,838.59

Syarat Lantikan
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 54 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) i. Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
ii. Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
iii. Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan; atau
iv. Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan; atau
v. Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia; dan
(d) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Penolong Juruaudit W27 adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Juruaudit Gred W41, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan; dan
i. Mempunyai kelayakan salah satu di para (c) i, ii, iii, iv dan v di atas; atau
ii. Lulus Peperiksaan Khas; dan
iii. Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Penaklukan Di Bawah Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan
Pegawai-pegawai yang memasuki skim perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

8. (a) Jawatan : AKAUNTAN GRED W41
(Kekosongan 1 Jawatan)
(b) Taraf Jawatan : Tetap / Kontrak
(c) Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional
(d) Klasifikasi Perkhidmatan : Kewangan
(e) Gred dan Jadual Gaji : Gred W41
Gaji Minimum : RM 1,924.18
Gaji Maksimum : RM 6,838.59

Syarat Lantikan
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 54 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) i. Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripadainstitusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya ; atau
ii. Ahli Penuh Badan-badan Iktisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan; atau
iii. Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan serta menjadi Ahli Penuh Badan-Badan Iktisas Perakaunan diiktiraf oleh Kerajaan; atau
iv. Ahli penuh Institut Akauntan Malaysia; dan
(d) Lulus B.M (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Penolong Akauntan W27 adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Akauntan W41, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan; dan

i. Mempunyai kelayakan salah satu di para (c) i, ii, iii & iv di atas; atau
ii. Lulus Peperiksaan Khas; dan
iii. Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Penaklukan Di Bawah Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan
Pegawai-pegawai yang memasuki skim perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

9. (a) Jawatan : JURUTERA GRED J41
(Kekosongan 3 Jawatan)
(b) Taraf Jawatan : Tetap / Kontrak
(c) Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan & Profesional
(d) Klasifikasi Perkhidmatan : Kejuruteraan
(e) Gred dan Gaji : Gred J41
Gaji Minimum : RM 2,359.72
Gaji Maksimum : RM 6,896.67

Syarat Lantikan:
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) i. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
(d) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Penolong Jurutera Bidang Kejuruteraan Gred J38 adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke Jawatan Jurutera Gred J41, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan; dan

i. Mempunyai kelayakan di para (c) i, di atas; atau
ii. Lulus Peperiksaan Khas; dan
iii. Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Penaklukan Di Bawah Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan
Pegawai-pegawai yang memasuki skim perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.
Syarat-syarat Tambahan
i. Mempunyai kemahiran bertutur dan menulis di dalam Bahasa Inggeris atau bahasa lain merupakan satu kelebihan.
ii. Mampu untuk bekerja secara berpasukan serta mempunyai daya tahan untuk bekerja di dalam situasi yang mencabar.
iii. Mampu untuk menjana idea-idea bernas serta mempunyai kemahiran komunikasi yang berkualiti.
iv. Mempunyai minat, latarbelakang atau kemahiran di dalam bidang bidang perfileman dan penyiaran.

Bidang Tugas
1. Mengawalselia kerja-kerja yang dilakukan di studio serta oleh penyewa luaran dan dalaman bertanggungjawab ke atas peralatan yang terdapat di dalam studio.
2. Merancang, memantau dan mengurus kerja-kerja pengoperasian yang berkaitan dengan audio seperti Foley, Dubbing, Sweetening, Pre-mix, FinasMix, Print master dan Optical Sound Camera.
3. Merancang, melaksana dan menyelenggara peralatan produksi dan peralatan post produksi.
4. Merancang, mengurus dan menyelaras pembelian alat baru dan alat ganti peralatan produksi dan peralatan post produksi.
5. Merancang, mengurus dan menyelaras pembelian alat baru dan alat ganti peralatan studio dan peralatan Studio Digital Mix Stage
6. Merancang, melaksana dan menyelenggara sistem serta peralatan bagi studio rakaman dan studio rakaman audio :
· Studio Mix Stage 1
· Studio Mix Stage 2
· ADR 1 & 2
· ASA 1 & 2
· Foley
· Bilik Server
· Optical Sound Camera (OSC)
· Studio Sound Stage
· Studio Ho Ah Lok
· Studio L. Krisnan

10. (a) Jawatan : PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F41
(Kekosongan 1 Jawatan)
(b) Taraf Jawatan : Tetap / Kontrak
(c) Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional
(d) Klasifikasi Perkhidmatan : Sistem Maklumat
(e) Gred dan Jadual Gaji : Gred F41
Gaji Minimum : RM 2,145.88
Gaji Maksimum : RM 6,871.56

Syarat Lantikan
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 54 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) i. Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
ii. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
iii. Ijazah sarjana dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat atau kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
(d) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk KPSL ke jawatan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan; dan
i. Mempunyai kelayakan salah satu di para (c) i, ii & iii di atas; atau
ii. Lulus Peperiksaan Khas
iii. Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Penaklukan Di Bawah Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan
Pegawai-pegawai yang memasuki skim perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

Syarat-syarat Tambahan
1. Mempunyai kemahiran tinggi dalam dalam bahasa pengaturcaraan ASP.Net, C++, .Net, dan SQL.
2. Mempunyai kemahiran tinggi dalam pembangunan laman sesawang menggunakan kombinasi ‘coding’ seperti HTML, Javascript, actionscript, coldfusion, PHP, Java, Perl, Flash, dan lain-lain.
3. Berkemampuan melaksanakan tugas berkaitan ‘web hosting’ seperti penyediaan ‘web server’ dan ‘hosting account’, memantau dan menyelenggara laman sesawang serta membuat laporan berkaitan hits setiap bulan.
4. Mempunyai sekurang-kurangnya satu tahun pengalaman dalam bidang pengaturcaraan aplikasi atau pembangunan laman sesawang.
5. Melaksanakan kerja-kerja rekaan laman sesawang termasuk animasi dan kemaskini kandungan.
6. Mempunyai pengetahuan yang mendalam berkaitan Joomla, Liferay , Wordpress, Drupal, gatein.
7. Berupaya membangunkan laman sesawang yang mempunyai ciri-ciri CMS.




PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA
JAWATAN KOSONG
(KUMPULAN SOKONGAN)


1. (a) Jawatan : PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F29
(Kekosongan 1 Jawatan)
(b) Taraf Jawatan : Tetap / Kontrak
(c) Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
(d) Klasifikasi Perkhidmatan : Sistem Maklumat
(e) Gred dan Jadual Gaji : Gred F29
Gaji Minimum : RM 1,745.69
Gaji Maksimum : RM 4,439.84

Syarat Lantikan
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 54 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) i. Diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
ii. Diploma dalam bidang kejuruteraan elektronik (komputer) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
(d) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Juruteknik Komputer FT17 adalah layak dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan; dan
i. Mempunyai kelayakan salah satu di para (c) i & ii di atas; atau
ii. Lulus Peperiksaan Khas; dan
iii. Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Penaklukan Di Bawah Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan
Pegawai-pegawai yang memasuki skim perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

Syarat-syarat Tambahan
1. Mempunyai kemahiran dalam bidang rangkaian komputer dan pengaturcaraan.
2. Berkemampuan untuk menyelenggara server, rangkaian dan komputer.
3. Mempunyai sekurang-kurangnya satu tahun pengalaman dalam bidang penyelenggaraan rangkaian dan keselamatan rangkaian atau bidang pengaturcaraan sistem/laman sesawang.

2. (a) Jawatan : PENOLONG JURUTERA GRED J29
(Kekosongan 7 Jawatan)
(b) Taraf Jawatan : Tetap / Kontrak
(c) Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
(d) Klasifikasi Perkhidmatan : Kejuruteraan
(e) Gred dan Gaji : Gred J29
Gaji Minimum : RM 1,750.82
Gaji Maksimum : RM 4,456.92

Syarat Lantikan:
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) i) Diploma dalam bidang Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
(d) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Juruteknik bidang Kejuruteraan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke Jawatan Penolong Jurutera Gred J29, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan;
i. Mempunyai kelayakan salah satu di para (c) i. di atas; atau
ii. Lulus Peperiksaan Khas; dan
iii. Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Penaklukan Di Bawah Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan
Pegawai-pegawai yang memasuki skim perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

3. (a) Jawatan : PENERBIT RANCANGAN GRED B27
(Kekosongan 3 Jawatan)
(b) Taraf Jawatan : Tetap / Kontrak
(c) Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
(d) Klasifikasi Perkhidmatan : Bakat dan Seni
(e) Gred dan Jadual Gaji : Gred B27
: Gaji Minimum : RM 1,367.98
Gaji Maksimum : RM 4,434.78

Syarat Lantikan:
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti;
(d) Mempunyai pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang perfileman dan/atau penerbitan rancangan radio atau televisyen termasuk pementasan, teater, drama, hiburan, ehwal semasa dan lain-lain;
(e) i. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan mempunyai pengalaman dalam bidang perfileman dan/atau penerbitan rancangan radio atau televisyen termasuk pementasan, teater, drama, hiburan, ehwal semasa dan lain-lain; atau
ii. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan mempunyai pengalaman dalam bidang perfileman dan/atau penerbitan rancangan radio atau televisyen termasuk pementasan, teater, drama, hiburan, ehwal semasa dan lain-lain; atau
iii. Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
(f) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Ujian Khas:
Calon lantikan terus adalah dikehendaki lulus Ujian Khas bagi menentukan kesesuaian mutu dan tahap bakat, kebolehan dan daya kreativiti sebelum lantikan seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Penerbit Rancangan Gred B26 adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke Jawatan Penerbit Rancangan Gred B27, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-
i. Mempunyai kelayakan salah satu di para (e ) i, ii & iii di atas; atau
ii. Lulus Peperiksaan Khas; dan
iii. Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Penaklukan Di Bawah Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan
Pegawai-pegawai yang memasuki skim perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

Syarat-syarat Tambahan
i. Mampu untuk bekerja secara berpasukan serta mempunyai daya tahan untuk bekerja di dalam situasi yang mencabar.
ii. Mampu untuk menjana idea-idea bernas serta mempunyai kemahiran komunikasi yang berkualiti.
iii. Mempunyai minat, latarbelakang atau kemahiran di dalam bidang bidang perfileman dan penyiaran.

4. (a) Jawatan : AHLI FOTOGRAFI GRED B27
(Kekosongan 1 Jawatan)
(b) Taraf Jawatan : Tetap / Kontrak
(c) Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
(d) Klasifikasi Perkhidmatan : Bakat dan Seni
(e) Gred dan Jadual Gaji : Gred B27
: Gaji Minimum : RM 1,367.98
Gaji Maksimum : RM 4,434.78

Syarat Lantikan:
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) i. Mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti di bidang seni foto dan/atau kamera filem atau seni lukis; atau
ii. Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang fotografi (Photographer) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti dalam bidang seni foto dan/atau kamera filem atau seni lukis; atau
iii. Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang fotografi (Senior Photographer) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti dalam bidang seni foto dan/atau kamera filem atau seni lukis; atau
iv. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta lulus Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat peperiksaan tersebut dan mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang fotografi (Photographer) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti di bidang seni foto dan/atau kamera filem atau seni lukis; atau
v. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta lulus Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat peperiksaan tersebut dan mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang fotografi (Senior Photographer) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti di bidang seni foto dan/atau kamera filem atau seni lukis; dan
(d) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Ujian Khas:
Calon lantikan terus adalah dikehendaki lulus Ujian Khas bagi menentukan kesesuaian mutu dan tahap bakat, kebolehan dan daya kreativiti sebelum lantikan seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Ahli Fotografi Gred B26 adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke Jawatan Ahli Fotografi Gred B27, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-
i. Mempunyai kelayakan salah satu di para (c) i, ii, iii, iv & v di atas;
atau
ii. Lulus Peperiksaan Khas; dan
iii. Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Penaklukan Di Bawah Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan
Pegawai-pegawai yang memasuki skim perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

Syarat-syarat Tambahan
i. Mampu untuk bekerja secara berpasukan serta mempunyai daya tahan untuk bekerja di dalam situasi yang mencabar.
ii. Mampu untuk menjana idea-idea bernas serta mempunyai kemahiran komunikasi yang berkualiti.
iii. Mempunyai minat, latarbelakang atau kemahiran di dalam bidang bidang perfileman dan penyiaran.

5. (a) Jawatan : PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N27
(Kekosongan 6 Jawatan)
(b) Taraf Jawatan : Tetap / Kontrak
(c) Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
(d) Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Pentadbiran & Sokongan
(e) Gred dan Jadual Gaji : Gred N27
Gaji Minimum : RM 1,361.14
Gaji Maksimum : RM 4,427.94

Syarat Lantikan
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 54 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) i. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
ii. Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
iii. Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
iv. Diploma dalam bidang pengurusan harta benda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
(d) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), Pembantu Setiausaha Pejabat, adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk KPSL ke jawatan Penolong Pegawai Tadbir (Penolong Pegawai Rekod Perubatan) Gred N27, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
i. mempunyai kelayakan di para (c) i, ii, iii & iv di atas; atau
ii. lulus Peperiksaan Khas; dan
iii. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Penaklukan Di Bawah Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan
Pegawai-pegawai yang memasuki skim perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

6. (a) Jawatan : PENJAGA JENTERA ELEKTRIK GRED R24
(Kekosongan 1 Jawatan)
(b) Taraf Jawatan : Tetap / Kontrak
(c) Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
(d) Klasifikasi Perkhidmatan : Mahir / Separuh Mahir / Tidak Mahir
(e) Gred dan Gaji : Gred R24
Gaji Minimum : RM 1,976.43
Gaji Maksimum : RM 4,175.81

Syarat Lantikan:
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) i. Tamat Tingkatan III Sekolah Menengah Rendah Bantuan
Penuh Kerajaan; atau
ii. Sekurang-kurangnya mempunyai Sijil AO (Sistem Pepasangan Kilang-Kilang) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
(d) Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Penjaga Jentera Elektrik Gred R22 adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke Jawatan Penjaga Jentera Elektrik Gred R24, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan;
i. Mempunyai kelayakan di para (c) i & ii, di atas; atau
ii. Sekurang-kurangnya mempunyai Sijil B0 yang dikeluarkan Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
iii. Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
Penaklukan Di Bawah Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan
Pegawai-pegawai yang memasuki skim perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

7. (a) Jawatan : PENJAGA JENTERA ELEKTRIK GRED R22
(Kekosongan 2 Jawatan)
(b) Taraf Jawatan : Tetap / Kontrak
(c) Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
(d) Klasifikasi Perkhidmatan : Mahir / Separuh Mahir / Tidak Mahir
(e) Gred dan Gaji : Gred R22
Gaji Minimum : RM 1,477.36
Gaji Maksimum : RM 3,622.59

Syarat Lantikan:
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) i. Tamat Tingkatan III Sekolah Menengah Rendah Bantuan
Penuh Kerajaan; atau
ii. Sekurang-kurangnya mempunyai Sijil AO (Sistem Pepasangan Kilang-Kilang) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
(d) Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.
Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Penjaga Jentera Elektrik Gred R17 adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke Jawatan Penjaga Jentera Elektrik Gred R22, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan;
i. Mempunyai kelayakan di para (c) i & ii, di atas; atau
ii. Sekurang-kurangnya mempunyai Sijil A4 yang dikeluarkan Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
iii. Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Penaklukan Di Bawah Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan
Pegawai-pegawai yang memasuki skim perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

8. (a) Jawatan : PENERBIT RANCANGAN GRED B17
(Kekosongan 8 Jawatan)
(b) Taraf Jawatan : Tetap / Kontrak
(c) Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
(d) Klasifikasi Perkhidmatan : Bakat dan Seni
(e) Gred dan Jadual Gaji : Gred B17
Gaji Minimum : RM 935.57
Gaji Maksimum : RM 3,118.70

Syarat Lantikan:
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 54 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti; dan
(d) i. Mempunyai pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang perfileman dan/atau penerbitan rancangan radio atau televisyen termasuk pementasan, teater, drama, hiburan, ehwal semasa dan lain-lain; atau
ii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
(e) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Ujian Khas:
Calon lantikan terus adalah dikehendaki lulus Ujian Khas bagi menentukan kesesuaian mutu dan tahap bakat, kebolehan dan daya kreativiti sebelum lantikan seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan.

Penaklukan Di Bawah Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan
Pegawai-pegawai yang memasuki skim perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

9. (a) Jawatan : AHLI FOTOGRAFI GRED B17
(Kekosongan 1 Jawatan)
(b) Taraf Jawatan : Tetap / Kontrak
(c) Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
(d) Klasifikasi Perkhidmatan : Bakat dan Seni
(e) Gred dan Jadual Gaji : Gred B17
Gaji Minimum : RM 935.57
Gaji Maksimum : RM 3,118.70

Syarat Lantikan:
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) i. Mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti di bidang seni foto dan/atau kamera filem atau seni lukis; atau
ii. Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang fotografi (Photographer) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti dalam bidang seni foto dan/atau kamera filem atau seni lukis; atau
iii. Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang fotografi (Senior Photographer) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti dalam bidang seni foto dan/atau kamera filem atau seni lukis; atau
iv. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta lulus Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat peperiksaan tersebut dan mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang fotografi (Photographer) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti di bidang seni foto dan/atau kamera filem atau seni lukis; atau
v. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta lulus Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat peperiksaan tersebut dan mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang fotografi (Senior Photographer) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti di bidang seni foto dan/atau kamera filem atau seni lukis; dan
(d) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Ujian Khas:
Calon lantikan terus adalah dikehendaki lulus Ujian Khas bagi menentukan kesesuaian mutu dan tahap bakat, kebolehan dan daya kreativiti sebelum lantikan seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Ahli Fotografi Gred B11 adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke Jawatan Ahli Fotografi Gred B17, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-

i. mempunyai kelayakan di para (c) i, ii, iii, iv & v di atas; atau
ii. lulus Peperiksaan Khas; dan
iii. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Penaklukan Di Bawah Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan
Pegawai-pegawai yang memasuki skim perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

10. (a) Jawatan : SETIAUSAHA PEJABAT GRED N17/22
(Kekosongan 3 Jawatan)

(b) Taraf Jawatan : Tetap / Kontrak
(c) Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
(d) Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Pentadbiran dan
Sokongan
(e) Gred dan Jadual Gaji : Gred N17
Gaji Minimum : RM 927.03
Gaji Maksimum : RM 3,089.68

Syarat Lantikan
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 54 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) i. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan lulus ujian mengambil trengkas atau nota rintas (note taking) dengan kederasan 20 p.s.m. daripada rencana dan menaip salinan trengkas atau nota rintas itu sederas 15 p.s.m. dengan kesalahan tidak melebihi 4%.
(Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer); dan
(d) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Penaklukan Di Bawah Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan
Pegawai-pegawai yang memasuki skim perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

11. (a) Jawatan : PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERSI) GRED N17
(Kekosongan 11 Jawatan)
(b) Taraf Jawatan : Tetap / Kontrak
(c) Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
(d) Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Pentadbiran & Sokongan
(e) Gred dan Jadual Gaji : Gred N17
Gaji Minimum : RM 927.03
Gaji Maksimum : RM 3,089.68

Syarat Lantikan
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 54 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) i. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
ii. Sijil Perancang Bandar dan Wilayah daripada UiTM yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
iii. Sijil Institut Pertanian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
(d) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Bentara Parlimen adalah layak dipertimbang untuk KPSL ke jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
i. mempunyai kelayakan di para (c) i, ii & iii di atas; atau
ii. lulus Peperiksaan Khas; dan
iii. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

12. (a) Jawatan : PEMBANTU PENGUATKUASA GRED N17
(Kekosongan 2 Jawatan)

(b) Taraf Jawatan : Tetap / Kontrak
(c) Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
(d) Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Pentadbiran dan
Sokongan
(e) Gred dan Jadual Gaji : Gred N17
Gaji Minimum : RM 927.03
Gaji Maksimum : RM 3,089.68

Syarat Lantikan
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 54 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) i. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
ii. Bekas anggota Polis Diraja Malaysia atau Angkatan Tentera Malaysia yang berpangkat Koperal ke atas dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan;
(d) Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:
i. Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
ii. Berat badan sekurang-kurangya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
iii. Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);
iv. Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapa V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
v. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
vi. Diakui sihat dan sesuai oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.
(j) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Penaklukan Di Bawah Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan
Pegawai-pegawai yang memasuki skim perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

13. (a) Jawatan : PEMBANTU MAKMAL FILEM GRED C17
(Kekosongan 3 Jawatan)
(b) Taraf Jawatan : Tetap / Kontrak
(c) Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
(d) Klasifikasi Perkhidmatan : Sains
(e) Gred dan Jadual Gaji : Gred C17
Gaji Minimum : RM 932.15
Gaji Maksimum : RM 3,094.80

Syarat Lantikan
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 54 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta kepujian dalam subjek Matematik atau salah satu daripada subjek sains pada peringkat peperiksaan tersebut; dan
(d) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Penaklukan Di Bawah Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan
Pegawai-pegawai yang memasuki skim perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

14. (a) Jawatan : JURUTEKNIK GRED J17
(Kekosongan 13 Jawatan)
(b) Taraf Jawatan : Tetap / Kontrak
(c) Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
(d) Klasifikasi Perkhidmatan : Kejuruteraan
(e) Gred dan Gaji : Gred J17
Gaji Minimum : RM 952.66
Gaji Maksimum : RM 3,299.86

Syarat Lantikan:
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 54 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) i. Sijil dalam bidang Kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
(c) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Penaklukan Di Bawah Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan
Pegawai-pegawai yang memasuki skim perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

15. (a) Jawatan : PENJAGA JENTERA ELEKTRIK GRED R17
(Kekosongan 1 Jawatan)
(b) Taraf Jawatan : Tetap / Kontrak
(c) Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
(d) Klasifikasi Perkhidmatan : Mahir / Separuh Mahir / Tidak Mahir
(e) Gred dan Gaji : Gred R17
Gaji Minimum : RM 1,318.42
Gaji Maksimum : RM 2,853.81

Syarat Lantikan:
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 54 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) i. Tamat Tingkatan III Sekolah Menengah Rendah Bantuan
Penuh Kerajaan; atau
ii. Sekurang-kurangnya mempunyai Sijil AO (Sistem Pepasangan Kilang-Kilang) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
(d) Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.

Penaklukan Di Bawah Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan
Pegawai-pegawai yang memasuki skim perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

16. (a) Jawatan : JURUTEKNIK KOMPUTER GRED FT17
(Kekosongan 1 Jawatan)
(b) Taraf Jawatan : Tetap / Kontrak
(c) Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
(d) Klasifikasi Perkhidmatan : Sistem Maklumat
(e) Gred dan Jadual Gaji : Gred FT17
Gaji Minimum : RM 952.66
Gaji Maksimum : RM 3,299.86

Syarat Lantikan
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 54 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) i. Sijil Pelajaran Malaysia serta lulus subjek elektrik atau elektronik atau teknologi maklumat pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
ii. Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
iii. Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
iv. Sijil dalam bidang teknologi maklumat atau prosesan data yang diiktiraf oleh kerajaan daripada Politeknik-Politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
v. Sijil dalam bidang kejuruteraan elektronik (komputer) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada Politeknik-Politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
(d) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Operator Mesin Prosesan Data adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan ke jawatan Juruteknik Komputer gred FT17, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan
i. Mempunyai kelayakan salah satu di para (c) i, ii, iii, iv dan v di atas; atau
ii. Lulus Peperiksaan Khas atau hadir dengan jayanya kursus peralihan Juruteknik Komputer yang ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan; dan
iii. Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
Penaklukan Di Bawah Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan
Pegawai-pegawai yang memasuki skim perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

17. (a) Jawatan : PEMBANTU PERPUSTAKAAN GRED S17
(Kekosongan 3 Jawatan)
(b) Taraf Jawatan : Tetap / Kontrak
(c) Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
(d) Klasifikasi Perkhidmatan : Sosial
(e) Gred dan Jadual Gaji : Gred S17
Gaji Minimum : RM 927.03
Gaji Maksimum : RM 3,089.68

Syarat Lantikan
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 54 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(d) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Penaklukan Di Bawah Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan
Pegawai-pegawai yang memasuki skim perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

18. (a) Jawatan : AHLI FOTOGRAFI GRED B11
(Kekosongan 1 Jawatan)
(b) Taraf Jawatan : Tetap / Kontrak
(c) Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
(d) Klasifikasi Perkhidmatan : Bakat dan Seni
(e) Gred dan Jadual Gaji : Gred B11
: Gaji Minimum : RM 838.75
Gaji Maksimum : RM 2,485.95

Syarat Lantikan:
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) i. Mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti di bidang seni foto dan/atau kamera filem atau seni lukis; atau
ii. Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang fotografi (Photographer) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti dalam bidang seni foto dan/atau kamera filem atau seni lukis; atau
iii. Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang fotografi (Senior Photographer) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti dalam bidang seni foto dan/atau kamera filem atau seni lukis; atau
iv. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta lulus Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat peperiksaan tersebut dan mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang fotografi (Photographer) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti di bidang seni foto dan/atau kamera filem atau seni lukis; atau
v. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta lulus Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat peperiksaan tersebut dan mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang fotografi (Senior Photographer) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti di bidang seni foto dan/atau kamera filem atau seni lukis; dan
(d) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Ujian Khas:
Calon lantikan terus adalah dikehendaki lulus Ujian Khas bagi menentukan kesesuaian mutu dan tahap bakat, kebolehan dan daya kreativiti sebelum lantikan seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan.

Penaklukan Di Bawah Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan
Pegawai-pegawai yang memasuki skim perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

19. (a) Jawatan : PEMANDU KENDERAAN GRED R3
(Kekosongan 3 Jawatan)
(b) Taraf Jawatan : Tetap / Kontrak
(c) Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
(d) Klasifikasi Perkhidmatan : Mahir / Separuh Mahir / Tidak Mahir
(e) Gred dan Gaji : Gred R3
Gaji Minimum : RM 792.60
Gaji Maksimum : RM 2,007.76

Syarat Lantikan:
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) i. Tamat Darjah 6 sekolah rendah bantuan penuh kerajaan;
ii. Memiliki lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]; dan
iii. Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan bermotor berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.
§ Lesen D P1 RM884.90
§ Lesen E/E1/E2 P1 RM931.05
§ Lesen F/H P1 RM977.20
§ Lesen G/I P1 RM1023.35
(d) Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik.
Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pekerja Awam adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pemandu Kenderaan Gred R3, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-
i. Mempunyai kelayakan salah satu di para (c) i, ii dan iii di atas; atau
ii. Lulus Peperiksaan Khas; dan
iii. Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Penaklukan Di Bawah Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan
Pegawai-pegawai yang memasuki skim perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

20. (a) Jawatan : PEMBANTU AM PEJABAT GRED N1/N4
(Kekosongan 3 Jawatan)
(b) Taraf Jawatan : Tetap / Kontrak
(c) Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
(d) Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Pentadbiran & Sokongan
(e) Gred dan Jadual Gaji : Gred N1/N4
Gaji Minimum : RM 733.54
Gaji Maksimum : RM 2,197.86

Syarat Lantikan
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Berpelajaran di peringkat sekolah rendah bantuan penuh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
(d) Boleh bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik.

Penaklukan Di Bawah Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan
Pegawai-pegawai yang memasuki skim perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

21. (a) Jawatan : PEKERJA AWAM GRED R1
(Kekosongan 1 Jawatan)
(b) Taraf Jawatan : Tetap / Kontrak
(c) Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
(d) Klasifikasi Perkhidmatan : Mahir / Separuh Mahir / Tidak Mahir
(e) Gred dan Gaji : Gred R1
Gaji Minimum : RM 731.69
Gaji Maksimum : RM 1,797.34

Syarat Lantikan:
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) i. Tamat Darjah 6 sekolah rendah bantuan penuh kerajaan; dan
ii. Berkebolehan menjalankan bidang kerja berkaitan yang
diliputi oleh skim perkhidmatan ini;
(d) Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik.

Penaklukan Di Bawah Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan
Pegawai-pegawai yang memasuki skim perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

ALAMAT DAN TARIKH TUTUP PERMOHONAN
(a)
Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dengan menulis nama jawatan yang dipohon
di sebelah atas kiri sampul surat dengan HURUF BESAR dan dialamatkan kepada :
Ketua Pengarah
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia
Kompleks Studio Merdeka, Jalan Hulu Kelang
68000 Ampang, Selangor
(u.p.: Unit Pengurusan Sumber Manusia)

Semua permohonan hendaklah disertakan dengan ‘resume’ dan sekeping gambar terbaru berukuran pasport,
salinan Sijil Kelahiran, salinan Kad Pengenalan, salinan Sijil-sijil Persekolahan dan kelulusan serta dokumen-dokumen
lain yang berkaitan yang disahkan.

Tarikh tutup permohonan: 19 Ogos 2013 (Isnin)

DOWNLOAD BORANG JAWATAN KOSONG DI SINI. KLIK DI BAWAH



YASMIN AHMAD : PEMERGIANMU AKAN DIRINDUI..

$
0
0

25 Julai 2013, genap 4 tahun pemergian Allahyarham Yasmin Ahmad ke rahmatullah. Walaupun sudah lama meninggalkan kita, namun karya-karyanya akan terus hidup sebagai satu khazanah yang cukup berharga buat kita. Bermula dengan pelbagai judul iklan televisyen terbitan Petronas, seterusnya pula menyusul Rabun, Sepet, Gubra, Mukhsin, Talentime dan Muallaf, Yasmin Ahmad akan terus dikenang sebagai 'Pelopor Sinema Tempatan' yang tiada tolok bandingnya. Namamu akan terus mekar sehingga hayat.

Al- Fatihah
7 Januari 1958 - 25 July 2009.


YASMIN AHMAD MEMORY..

SHABERY CHEEK MAHU FINAS KAJI SEMULA KANDUNGAN FILEM ' THE NEW VILLAGE'

$
0
0

Walaupun hanya ditayangkan trailer klip cuma 2:20 minit di laman youtube sebagai permulaan sebelum menjengah pawagam tempatan pada 22 Ogos 2013, 'The New Village' atau 'Kampung Baru', arahan Ong-Kew-Lit dikatakan bakal mencetuskan kontroversi apabila ditayangkan kelak. Fahaman  itu perlu dibuang terus kerana filem itu belum ditayangkan kepada umum, memandangkan dari treler hanya mungkin sebagai promosi kepada perjalanan naskhah sesebuah filem.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dalam satu kenyataan media menyebut, 'Pihak FINAS perlu meneliti kandungan filem 'The New Village' tersebut sebelum ia ditayangkan pada umum mulai Ogos 2013. Filem yang diterbitkan Astro Shaw itu boleh dikategorikan dalam segmen 'Sejarah', dikatakan memaparkan 'komunis' sebagai simbol hero dalam membebaskan Tanah Melayu. 


Langkah itu penting bagi memastikan tiada tayangan filem yang boleh memudaratkan atau mencetuskan pelbagai polimek di kalangan rakyat dan penonton Malaysia. Katanya, 'Bagi saya, kalau filem itu menggugat, memaparkan fahaman komunis serta perkauman, kita tidak ragu-ragu akan bertindak dan meminta pihak berkuasa untuk mengambil langkah sewajarnya supaya ia tidak ditayangkan.'

Sekiranya filem itu terbukti menimbulkan semangat perkauman, pihak FINAS boleh mengharamkannya, namun orang ramai diminta tidak cepat menghukum 'New Village', hanya berdasarkan treler klip yang dipaparkan di Youtube. Tambahnya lagi, jika ia cepat diharamkan tanpa menontonnya terlebih dahulu, saya bimbang ia akan membantu untuk terus mempromosikan filem atau tayangan secara online berbanding di pawagam'. 
Filem lakonan Lenna Lim, Kevin Soo, Teh Young, Kevin Soo dan Jeff Chin itu memaparkan kisah seorang komunis yang bercinta dengan seorang gadis Cina sehingga berlaku konflik dan menimbulkan persepsi bahawa pihak komunis adalah hero untuk membebaskan Tanah Melayu daripada cengkaman komunis.
Namun, apa yang pasti jangan cepat menghukum sebelum ia ditayangkan kepada umum.

TERKINI : TAYANGAN FILEM 'THE NEW VILLAGE' DITANGGUH !

$
0
0

Tayangan filem 'The New Village' ditangguh bagi membolehkan Lembaga Penapisan Filem (LPF) di bawah Kementerian Dalam Negeri meneliti semula kandungannya.
    
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata filem yang dijadual ditayang pada Ogos itu perlu ditapis semula dari segi plot cerita dan mesejnya.
    
Beliau berkata LPF memberi kelulusan kepada filem itu sejak tahun lepas namun ada media sosial dan badan bukan kerajaan (NGO) yang membangkitkan tentang unsur komunisme dalam filem berkenaan.
    
Menteri itu bercakap kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama Jabatan Penjara  di ibunegara malam tadi.
    
Akhbar hari ini melaporkan pendedahan sebuah blog mengenai filem itu yang dilihat mengangkat Parti Komunis Malaya sebagai 'hero' dan mempersoal bagaimana ia boleh ditayang pada bulan kemerdekaan sedangkan filem 'Tanda Putera', yang mengisahkan perjuangan pemimpin negara dalam mendepani insiden 13 Mei, terpaksa ditangguh tayangan beberapa kali.
The New Village’, yang mengisahkan penempatan semula komuniti Cina sewaktu pencerobohan komunis, ditetapkan untuk tayangan umum pada 22 Ogos.

Sedutan filem itu memaparkan kisah cinta di antara seorang wanita Cina dan seorang pendukung fahaman komunis dan perbezaan di antara dua dunia mereka.
Penayangan filem itu dibantah oleh Pemuda Umno di mana exconya, Lokman Noor Adam mengkritik sebuah filem bertajuk ‘The New Village’ yang didakwanya mengagungkan fahaman komunisme.

Beliau ingin tahu bagaimana filem itu begitu mudah diluluskan untuk tayangan sewaktu filem ‘Tanda Putera’ yang berlatar belakangkan rusuhan kaum 13 Mei 1969 sudah berulang kali ditangguhkan tayangannya.

Ia juga turut dibantah oleh Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) mendesak kerajaan menangguhkan sebarang tayangan filem 'The New Village' yang dilihat seolah-olah, cuba menghidupkan gerakan komunis di negara ini.
   
Timbalan Presiden GPMS Ezaruddin Abd Rahman berkata pihaknya turut meragui fakta yang terdapat dalam filem itu selain ia mungkin mempunyai agenda tertentu yang boleh memberi kesan buruk kepada generasi muda.
    
Bernama

8 FILEM TEMPATAN MENGHIASI SLOT OGOS 2013.

$
0
0


Ogos bulan kemerdekaan. Begitu juga dengan sambutan Aidilfitri yang akan jatuh pada 8 dan 9 Ogos 2013. Sempena kedua-dua perayaan besar ini, banyak program turut disajikan buat penonton dan peminat filem tempatan. Namun, antara 8 buah filem tempatan ini, ada dua filem yang diperkatakan agak 'kontroversi'. Satu daripadanya ialah 'Tanda Putera' dan 'The New Village'. 'Tanda Putera' yang banyak kali ditunda tayangannya, akhirnya berjaya menemui penonton tempatan mulai 29 Ogos 2013, manakala 'The New Village' pula pada 22 Ogos 2013. Tetapi, 'The New Village', terbitan Astro Shaw ini, sebenarnya filem yang telah diluluskan bersih tanpa potongan oleh Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF). LPF ini adalah badan induk dibawah Kementerian Dalam Negeri (KDN), bukannya di bawah bidang kuasa Finas. Perkara ini seringkali di salah ertikan fungsinya oleh banyak pihak, sehingga menuding jari pada Finas dikatakan telah membenarkan filem 'The New Village' ditayangkan kepada umum.

'The New Village', kini ditapis kembali oleh LPF kerana ada adegan agak kontroversi dipaparkan dalam trailer filem ini yang giat dipertontonkan di laman youtube. Apa adegan tersebut?. Korang carilah sendiri lah ye. No komen! kita tunggu dan lihat sajalah perkembangan filem ini dari pihak LPF. Saya percaya filem ini akan ditayangkan di pawagam tempatan sekiranya ia ditapis kembali dan adegan tersebut mestilah tidak menganggu keseluruhan cerita dalam filem ini.

'Kara King arahan Namewee ( 1 Ogos 2013), Lemak Kampung Santan dan Adnan Sempit 3 ( 8 Ogos 2013), Planes ( 15 Ogos 2013) , Paku Pontianak dan The New Village ( 22 Ogos 2013) manakala Tanda Putera pula pada 29 Ogos 2013 iaitu 2 hari sebelum Malaysia menjelang Hari Kemerdekaan yang ke-56.

Sempena bulan Ogos ( Bulan Lapan), maka 8 buah filem tempatan akan menemui anda. Ingat, Tonton Di Pawagam Bukan Di Rumah Anda.

Selamat Berpuasa, Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Merdeka!!!.

Jom kita tonton trailer kelapan-lapan filem ini ye..

KARA KING ( 1 OGOS 2013) by Namewee

LEMAK KAMPUNG SANTAN ( 8 OGOS 2013 )by Hans Isaac

ADNAN SEMPIT 3 ( 8 OGOS 2013) by Ismail Bob Hashim

PLANES ( 15 OGOS 2013 ) by Klay Hall

PAKU PONTIANAK ( 22 OGOS 2013 ) by Ismail Bob Hashim

THE NEW VILLAGE ( 22 OGOS 2013 ) Ong Kew Lit
waiting LPF

TANDA PUTERA ( 29 OGOS 2013 ) by Shuhaimi Baba

Selamat menonton..


LANUN GANGSTER DI KUALA LUMPUR - KL GANGSTER 2

$
0
0

Persatuan Lanun Lanun Wilayah Persekutuan kini kembali bermaharalela.. Mereka mencari rezeki dengan mencuri hak orang lain demi sesuap nasi. Perjuangan mereka sebenarnya telah lama wujud dimuka bumi, dan sampai bila-bila pun ia takkan mati sehinggalah kiamat benar-benar berlaku. Mereka tidak akan berundur walaupun pelbagai tindakan dilakukan oleh pihak berkuasa, cuma kita sebagai manusia perlu mencari iniasitif dan jalan terbaik agar warga Lanun kembali bertaubat dan memohon keampunan kepada jutaan manusia yang telah ditindas mereka. Jika diajukan kepada pencinta Lanun dan Penggemar mereka, peminat ini akan terus melanggan lanun ini walaupun zaman telah berubah. Duduk dan bercumbu dengan lanun ini di hadapan komputer menyaksikan jutaan karya anak-anak tempatan walaupun belum beredar di panggung wayang adalah perkara biasa. Filem Hollywood pun begitu. Belum torjah wayang.. kita boleh tengok sambil makan garam belacan dan dapatkan perisian mereka dengan hanya satu klik. Dua hari lepas, dunia filem tempatan (Malaysia) dikejutkan dengan Karya Shamsul Yusof, KL Gangster 2 boleh dimuat turun oleh sesiapa sahaja walaupun filem ini akan beredar di pawagam tempatan seluruh Malaysia bermula 3 Oktober 2013. Di manakah silapnya?. Siapakah 'dalang' dalam perkara ini?. Tidak rasa bersalahkah 'mempertontonkan' hak orang lain tanpa keizinan mereka terlebih dahulu?. Cuba bayangkan sekiranya 'anak gadis anda' ditelanjangkan dan ditatap oleh seluruh pencinta Alam Maya sebelum majlis pernikahannya?. Ini akan disukai oleh penggemar dan peliwat Lanun, namun bagi mereka yang masih mempunyai 'harga diri' hanya akan menghormati maruah dan hak orang lain. 


Hari ini, ketika nota ini ditulis oleh saya, mungkin Ketua Lanun itu bertepuk tangan menyaksikan perisian download filem itu telah dimuat turun oleh ratusan atau ribuan warga alam maya yang mempunyai satu hobi 'menonton filem secara maya' tanpa mengeluarkan satu senpun.. mereka cuma mengeluarkan duit untuk bayar bil elektrik sahaja. Pada keluarga Skop Production, saya berdoa agar 'dalang' kepada perancangan jahat ini akan berjaya ditemui. Bagi saya, menonton di pawagam lebih puas, walaupun kita ada Astro First, Torrent dan sebagainya. 'Tonton di Pawagam, Bukan Di Rumah Anda'.. 

Salam Sinema Malaysia, Salam Kemerdekaan Yang ke-56.
Walaupun sudah hampir 56 tahun kita merdeka, tapi jiwa dan minda kita belum merdeka dengan masalah Cetak Rompak. Tepuk Dada Tanya Selera.

Trailer KL Gangster 2

MALAYSIA MERDEKA KE 56. MERDEKA KAH KITA?

$
0
0



'Walaupun kemerdekaan Malaysia mencecah usianya yang ke 56 tahun, adakah kita merasakan kita sudah merdeka?. Jangan cakap kita sudah merdeka, seandainya cara hidup kita belum merdeka'.
Sekiranya kita bersatu.. tanpa ada rasa prejudis antara kita walaupun berlainan bangsa dan parti politik, barulah 56 tahun kita merdeka itu akan diiktiraf.

Selamat Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia yang ke 56 tahun 2013.


KHAZANAH SENI & ESTETIKA DALAM ANGIN MENDERU

$
0
0
Tajuk Asal : Estetika & Khazanah Seni
Dipetik dari : Kosmo Edisi 25 Ogos 2013




MEMBESAR melihat, merasa dan menikmati karya seni dari jiwa yang besar menyatukan Datuk M. Nasir, S. Amin Shahab dan Hasnul Rahmat ke dalam sebuah filem dokumentari muzik berjudul Angin Menderu.
Mereka menyanyi riang dengan penuh harmoni dalam lunak bayu petang berlatarkan sebuah rumah tinggal di Parit Jambi, Johor tidak lama dahulu. Ketiga-tiga mereka bersiul dan berbicara tentang Melayu, akar budaya serta bangsa termasuk menyentuh tentang khazanah yang membawa mereka ke satu fasa yang sungguh indah jika dilukis dengan penuh estetika.
Wacana itu bersambung-sambung dalam tiga nada yang berbeza. Setiap seorang sama ada M. Nasir, Hasnul ataupun S. Amin Shabab, mereka adalah antara pengkarya yang bekerja dari jiwa dan raga untuk sebuah penghasilan yang bermakna jujur. Kepuasan mereka adalah dengan menikmati apa yang terhasil, berkongsi rasa bersama khalayak. Selebihnya, biar karya itu yang bergerak, membesar ataupun statik berdasarkan pemahaman umum.
Tiba masanya, buruk atau baik, setiap karya sama ada filem, drama, lagu, lirik mahupun lukisan, semuanya pasti tersemat kekal menjadi khazanah warisan untuk generasi akan datang.
"Dalam tamadun-tamadun hebat di Eropah, contohnya seni tampak serta hasil kerja tangan, itu yang mempengaruhi kehidupan mereka. Dalam bab seni muzik juga begitu. Seni muzik juga satu pergerakan kepada bangsa mereka. Kita sedang ke arah itu dan sudah tentu, seni yang dihasilkan akan menjadi khazanah. Ada yang tanpa sedar ia akan menjadi khazanah sebab apa sahaja yang dihasilkan, selagi ia dipelihara, bagus atau tidak bagus, itu perdebatan pada kemudian hari," lentur M. Nasir sampai menyifatkan evolusi kesenian muzik tempatan sudah memiliki budaya sendiri.
"Memang muzik kita dipengaruhi muzik luar, kita juga telah pergi jauh daripada muzik rakyat, kita sudah ada filharmonik, tapi walaupun kita dipengaruhi muzik luar kita telah cipta muzik ikut cara tempatan. Muzik sudah jadi bisnes serius, dulu pemuzik bukan pekerja tapi sekarang sudah jadi kerjaya," katanya melihat kebangkitan muzik Malaysia paling agresif sekitar 1980-an dan 1990-an.
Bercakap tentang seni sebagai khazanah, Hasnul melihat kebanyakan kerja seni tidak akan lengkap jika proses terakhir penyimpanan atau kelestarian karya tidak sempurna.
"Ia termasuk juga dengan keprihatinan terhadap warisan khazanah yang hanya disimpan tapi kurang diberi analisis atau penulisan yang mengangkat sesuatu karya dengan sempurna. Di situlah, pentingnya institusi penyimpan arkib, kalau simpan tak dapat melihat tak ada ertinya juga. Kalau dulu banyak filem Melayu klasik yang hilang, ia termasuklah muzik, lukisan dan sebagainya. Masih ada khazanah seni yang hilang walaupun usaha mendokumentasi seni telah dilakukan sejak zaman sebelum ada komputer sehingga sekarang," pelakon yang sedang bergerak sebagai pengarah, Hasnul pula meluahkan pandangan.



Kepada pelukis, penulis lirik dan karyawan yang baru selesai penggambaran filem pertama arahannya, Rajawali: Aku Abang Long, S. Amin yang juga seorang pengumpul keris pula secara perlahan memberikan penyataan:
"Kita lebih kepada pemungut khazanah. Macam keris, keris asalnya dari Jawa tapi diterima sebagai hak orang Melayu. Lukisan pula, kita diajar melukis oleh British tak macam di Indonesia yang hidup mereka memang dalam kesenian walaupun dalam soal beragama. Kalau di Malaysia, bila berkarya lebih melangkaui batas pemikiran, kita akan dipanggil menghadap.
"Tapi, seni akan jadi khazanah yang berharga apabila pengkaryanya telah tiada atau ia dinilai sebagai sesuatu yang merakamkan makna. Macam lukisan saya yang diabadikan sebagai kulit empat buah album Kembara. Semua lukisan kulit album Kembara, Perjuangan, Generasiku dan Seniman Jalanan itu dibeli dan dipamerkan di Balai Seni Lukis Negara."
Seni intelektual atau hiburan
Seperti kata M. Nasir, bagus atau tidak bagusnya sesebuah karya, sampai waktunya ia tetap dikira khazanah, persoalan tentang seni intelek dan seni sebagai hiburan akan terbangkit untuk dihuraikan.
Jelas Hasnul, dia secara peribadi merasa terhibur terhadap kedua-dua kategori seni sama ada yang diklasifikasi sebagai bersifat intelek ataupun hiburan. Cantuman kedua-dua seni itu wujud dalam segala aspek pengkaryaan yang bersifat ringan atau berat, panggung berkondisi wayang mahal atau yang berpijat.
"Berat ringan estetika sesebuah karya seni selalunya dinilai berdasarkan tahap ilmiah seseorang," jelas Hasnol.
S. Amin yang selalu tampil bersahaja tetapi mudah dikenali sebagai seniman itu pula menyifatkan seni sememangnya untuk hiburan.
"Seni tetap seni tapi bagaimana interpretasi khalayak itu membezakan ia benar-benar bermakna atau tidak. Seni memang untuk hiburan, lukisan juga salah satu hiburan. Ia terpulang kepada pelukis dan masyarakat yang menilai seni itu. Macam Vincent Van Gogh yang melukis karya bunga matahari. Ketika hayatnya, lukisan itu hanya dihumban di bawah katil tetapi, setelah meninggal, lukisan itu berharga berjuta-juta. Nilai seni juga terletak kepada pengkarya itu sendiri. Bagi saya, lukisan saya adalah cerminan diri dan kembara yang saya lalui" jelas S. Amin yang cenderung menghalakan lukisan ke aliran surealisme namun, masih sedikit penerimaan dalam budaya tempatan.
Dalam konteks yang sama, lelaki yang bergelar sifu muzik pula berkata-kata.
"Apabila hiburan sudah jadi budaya, orang mula rasa untuk berfikir, zaman sudah maju dan tuntutan untuk menikmati seni yang bernilai tinggi mula ada. Seni yang bersifat elit memang kurang mendapat tempat, hal itu berlaku di seluruh dunia kerana karya sederhana atau pop akan mudah diterima ramai. Begitu juga dengan filem tetapi kelompok seni elit yang bercita-cita tinggi akan puas hati dengan kelompok dan karya mereka.
"Saya sendiri boleh menghargai apa sahaja bentuk seni, pengkaryaan ialah ekspresi diri. Apa-apa pun, karya bergantung rasa dan lazimnya rasa sedap itu universal. Kalau seseorang itu dididik dengan muzik klasik tentunya muzik klasik dirasakan, bagi orang lain mungkin tidak. Ia terpulang kepada pencari rasa itu sendiri," terjemah M. Nasir tentang kecenderungan seni secara umum.


Impian dalam karya
Selagi merah warna darah seni yang masih pekat mengalir dalam tubuh, setiap pengkarya tidak akan mati mencari ilham dan membuahkan karya.
M. Nasir memberitahu, dia ada menyimpan cita-cita untuk menjayakan sebuah konsert kegemilangan 100 tahun lagu-lagu Melayu.
"Sudah lama saya terdetik soal itu. Sedar atau tidak, muzik tempatan telah melahirkan banyak karya hebat. Karya hebat itu tiada pengkelasan tapi haruslah memberikan rakaman rasa dan meninggalkan momen. Kita ada lagu Melayu klasik yang dulunya ia popular. Orang selalu cakap pasal P. Ramlee tapi kita juga miliki Abdullah Chik yang lagu-lagunya telah merakamkan momen zamannya," kata pemilik ribuan lirik dan lagu yang berjaya berjaya membentuk gelombang muzik tempatan itu.
Jika M. Nasir tidak pernah hilang semangat untuk berkonsert, S. Amin pula berhasrat mahu menyempurnakan baki lukisan yang bertajuk Dunia Dalam Satu Kilometer yang dimulakan sejak tahun 2004.
"Melukis perlukan momen, kalau sampai rasa mahu melukis, saya akan melukis lagi. Untuk projek Dunia Satu Kilometer Sekarang masih ada beberapa ratus meter lagi yang belum siap. Saya kena sambung lagi pengembaraan itu," katanya yang pernah merantau sampai ke Afrika Selatan untuk kembara kanvasnya itu.
Tiba giliran Hasnul pula bercerita tentang projek terbaharunya; projek yang sekali gus membuka ruang momen fotografi ini dilestarikan.
Angin Menderu merupakan sebuah filem dokumentari muzik yang merakamkan sejarah muzik secara demografik lagu-lagu Melayu di rantau laut alam Melayu termasuk Sumatera, Riau, Singapura dan Malaysia.
"Dokumentari itu masih dalam suntingan akhir. Konsep muzik yang saya ibaratkan sebagai angin yang merantau itu membuka ruang bukan untuk bernostalgia tetapi untuk mengenali keindahan muzik dan seni kata Melayu supaya dapat dikhazanah, dilestarikan dengan tempat yang baik dalam alam Melayu serantau," beritahu Hasnol mengenai dokumentari terbitan Finas itu.

Selain M. Nasir dan S. Amin, artis lain yang terlibat termasuklah seniwati dan seniman filem Melayu era 40-an dan 50-an seperti Momo Latif, Nona Asiah, Datuk Maria Menado serta R. Ismail. Bercerita melalui irama dan lagu, rakaman santai itu menyelusuri sejarah budaya Melayu itu sendiri melalui muzik.
Mengalir tenang bicara yang diperbincangkan dalam jiwa dan rasa tiga seniman ini sekali igus mempamerkan estetika yang mereka kandung dalam nafas perjuangan seni mereka. Angin seni yang mereka bawakan jujur menderu mengelilingi baitulmal khazanah budaya tempatan.

DATUK ANDRE GOH MEMPERJUANGKAN SENI MELAYU ASLI

$
0
0

SEJAK empat dekad lalu, penyanyi asli veteran Datuk Andre Goh tidak pernah jemu memperjuangkan keistimewaan khazanah seni Melayu asli kepada pelbagai lapisan masyarakat. Bahkan seniman itu tidak mengenal erti lelah dalam usaha untuk mempromosikan seni Melayu kepada bangsa asing yang berada di luar negara. Biarpun mengetahui bakal mendapat sambutan yang dingin kerana perjuangannya membabitkan budaya lama dan dianggap ketinggalan zaman, dia tidak pernah patah semangat. Baginya perjuangan untuk meletakkan identiti negara tercinta di puncak tertinggi itu juga tidak akan terhenti meskipun mendapat respons yang dingin. Tambahan pula pada waktu golongan muda cenderung ke arah menyanjungi budaya seni masyarakat Barat mahu pun negara Timur termasuk Korea Selatan. Agak mendukacitakan apabila kebanyakan orang muda kita hari ini tak berminat nak dengar lagu-lagu Melayu klasik sebab bukan trend. Mereka lebih cenderung kepada muzik rock dan pop.

“Tapi sampai bila perkara itu berlarutan apabila tiada pihak bertanggungjawab yang sudi membendung masalah itu. Sebab saya tak nampak sebarang acara khusus secara serius untuk menyemarakkan irama Melayu asli pada hari ini.
“Paling membimbangkan kalau irama asli Melayu itu semakin jauh ketinggalan. Orang muda kita dah tak nak dengar lagu Melayu dan kalau kedengaran pun dah macam janggal.
“Walhal irama asli Melayu itu adalah jati diri dan wajar dibanggakan oleh semua rakyat Malaysia," katanya dalam sidang akhbar pengumuman Festival Seni Dewan Filharmonik Petronas (DFP), Isnin lalu.

DFP dan Orkestra Filharmonik Malaysia memberi pengiktirafan kepada Andre Goh untuk membuka tirai festival dengan persembahan bertemakan Malam Melayu Klasik pada 16 September ini. Bermula pukul 8.30 malam, penyanyi yang merakamkan tujuh buah album itu bakal mendendangkan lagu popularnya seperti Dikirim Jangan Dipesan Jangan, Masih Di Perbatasan dan Semalam di Pulau Pinang. Sementara penyanyi kelahiran program realiti Akademi Fantasia Keempat (AF4), Haziq turut dijemput untuk membuat persembahan bersama Andre Goh pada malam itu.



Buka mata semua - Rosnan
photo credit to : Harry Jalil FB

DALAM perkembangan berkaitan, Rosnan Abdul Rahman membayangkan teater tradisional Makyung bakal dilupakan jika tiada kumpulan pelapis muda yang profesional dan mempunyai pendapatan tetap pada hari ini. Oleh itu sebagai salah satu cara untuk memperkenalkan keistimewaan Makyung, Rosnan mempunyai misi tersendiri apabila bakal membuat persembahan di DFP pada 20 September ini. Rosnan akan menggunakan kesempatan itu untuk membuka mata banyak pihak tentang kehebatan Makyung setanding dengan pementasan teater komersial sedia ada. Peluang untuk beraksi buat kali pertama di DFP akan dimanfaat sepenuhnya oleh saya dan ahli kumpulan Makyung Kijang Emas Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Kelantan.
“
Persembahan kumpulan ini berlandaskan naskah Makyung tersohor berjudul Makyung Raja Besar Negeri Ho Gading yang mempunyai pengajaran tersendiri," katanya.
Festival Seni DFP turut mempersembahkan malam Spektrum pada 18 September, MPO Rocks (21 September) dan All That Jazz (22 September) selain pelbagai aktiviti menarik di perkarangan lobi DFP.


Untuk tempatan tiket boleh hubungi kaunter di talian 03-20517007 atau layari laman sesawang www.mpo.com.my

p/s: Artikel terpilih dari Utusan Malaysia, 1 September 2013, tulisan Amirah Amaly Shafaat.

Kami memilih artikel ini untuk dimuatkan dalam blog ini adalah bertepatan dengan komitment kami terhadap seni filem, muzik dan yang berkaitan seumpamanya yang dirasakan menarik, tanpa tujuan lain. Jika anda mahukan artikel anda dimuatkan dalam blog ini, mohon hubungi Admin blog ini di amyikram09@gmail.com - dengan memberikan kod tajuk MY BLOG. 

ANTARA COUPLE SEAT DAN INDUSTRI FILEM TEMPATAN..

$
0
0

Apa yang korang akan fikirkan sekiranya  pasangan lelaki dan perempuan duduk dalam satu seat di sebuah pawagam yang menayangkan sesebuah filem?. Bagaimana pula sekiranya pasangan itu sama jenis tidak kira lelaki - lelaki,  perempuan-perempuan. Mesti korang akan cakap 'euw!.. GAY!'.. Apa pun tanggapan korang, yang penting mereka seperti anda 'ingin menonton filem', tetapi dalam situasi yang cukup berbeza. Pasangan yang membeli 'seat gabungan' atau 'couple seat', antara mereka yang boleh di kategorikan sebagai 'pasangan sensasi', 'suami isteri', 'pasangan kontroversi' atau 'anak ikan' dan sebagainya. Cuba kita lihat apa yang 'golongan' ini lakukan ketika sesebuah filem mula ditayangkan di pawagam, dengan 'lampu' sedikit samar bagi memberi laluan kepada 'pembukaan' sesebuah karya yang diterjemahkan ke layar besar. 

Menonton filem dalam cahaya samar tidak ada salahnya. Cuma jika kita 'berniat melakukan maksiat' dalam pawagam boleh dikira berdosa besar. Tetapi sekiranya kita berniat sekadar 'mahu menonton filem', adakah ia boleh dilabelkan satu 'kesalahan jugak'?, memandangkan Kerajaan Negeri Kelantan langsung tidak membenarkan 'pawagam' dibina di negeri mereka. Mungkin ini satu alasan kenapa 'Astro First' wujud lalu menayangkan filem-filem yang berputar di pawagam terus ke peti televisyen anda!. Saya percaya, kita boleh duduk berbincang dengan pihak Kerajaan Negeri Kelantan yang dipimpin oleh PAS bagi membawa masuk filem ke sana sekaligus membina 'pawagam' di Kelantan!. Jangan mengatakan 'mereka' parti atau kerajaan yang tidak 'maju'!.

Saban minggu, hari dan bulan, kita boleh menyaksikan 'kebanjiran' filem-filem luar di pawagam tempatan. Kuasa tontonan di pawagam terletak di tangan pembeli, yakni 'penonton di pawagam'. Apabila sesebuah filem tidak 'laku' di pawagam, tetapi kadang ketika filem itu 'laris' di Astro First. Ini juga satu masalah yang acapkali membelenggu penerbit dan karyawan filem tempatan. Ingat, rezeki kita ditangan tuhan.. Usah menyalahkan mana-mana pihak sekiranya 'penonton' tidak mahu 'menonton karya kita'. Mungkin kita boleh fikirkan strategi bagaimana mahu menarik penonton ke pawagam, walaupun kita sudah ada Astro First, Internet, Torrent, Youtube, Astro dan sebagainya. 


Dalam kehausan industri filem kita yang saban ketika banyak kontroversi melanda. Namun harus kita ingatkan diri kita bahawa 'apa yang berlaku' itu bukan sekadar 'biasa' tetapi satu petanda bahawa kita kembali 'tenat dan kritikal'. Apabila filem tempatan berputar di pawagam tatkala waktu maghrib (ketika itu ramai mengambil wuduk untuk menunaikan solat maghrib).. Di manakah anda ketika itu?. Adakah berpeleseran di shopping complex atau pawagam bagi menunggu 'turn' tayangan sesebuah filem?. Jika waktu zaman aku sekolah dulu, jika lambat pulang ke rumah, pasti mak ayah aku akan bising. Kerana kata mereka 'waktu maghrib' banyak syaitan dan iblis berpeleseran. Tetapi jika panggung wayang penuh waktu maghrib ketika itu,  Adakah semua itu boleh dilabelkan 'syaitan cinema?'. Kalau tak mahu solat sekalipun, hormatilah waktu maghrib kerana waktu itu dalam kalendar islam, masuknya hari baru. Mana tahu anda di 'matikan' ketika itu dan tidak boleh lagi bernafas untuk hari-hari yang akan datang.

Berbalik pada persoalan 'couple seat' di pawagam, bagi saya. Itu hak anda. Tetapi bagi saya, kenapa 'perlu ada couple seat', sekiranya yang membeli seat itu bukan muhrim dan belum disatukan secara halal?. Kita tidak boleh melarang sesiapa jua untuk duduk di seat itu, namun beringatlah bahawa 'bersedia sebelum dipersoalkan'.. kerana apa jua yang kita lakukan di dunia ini akan diperhitungkan di akhirat kelak. Saya tidak sesangat alim, tetapi sekadar beringat sesama manusia dan sesama muslim.

Tepuk dada Tanya Selera.
Wallahuallam.

KERONCHONG SERIBU SATU MALAM - 21 SEPT 2013 TONIGHT S'PORE

$
0
0

Maya Gallery presents
Keronchong Seribu Satu MalamSaturday, September 21, 2013
8.30 – 10pm
Malay Heritage Centre
Admission: Free

 Keronchong is one of the most popular folk music from the Malay world and shared by Singapore, Malaysia and Indonesia. 

Featuring a tapestry of talents from these countries – Wandly Yazid Orkestra (Singapore & West Sumatra), Orkes Keronchong Putrajaya (Malaysia) and Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) - the concert is a musical journey tracing the development of Keronchong to the peak of its popularity in the 60’s and recent revival. The orchestra will also perform classic Malay songs from the 1960’s including several evergreen songs composed by the late Wandly Yazid.


Produced by Jeffrey Wandly (Maya Gallery), with music direction by Azmy Hassan (Singapore) and choreography by Hardie Pusako (West Sumatra), the performance will also feature singing legend, Julie Sudiro.

This concert is in conjunction with the Malay CultureFest 2013, organised by the Malay Heritage Centre (National Heritage Board).

Join us for an enthralling evening!

The orchestra will also be roving around Kampong Glam on Sunday, September 22 at 2pm and 5pm.

A-LIST - SALURAN FILEM TERBAIK BERDEFINISI TINGGI

$
0
0
Peminat dunia filem ketika ini mungkin beruntung apabila banyak filem menguasai pasaran khususnya di kaca tv. Apabila filem mula berlambak ditayangkan di mana-mana stesen televisyen tidak kira berbayar atau 'percuma', penonton di beri peluang untuk memilih genre mana yang mereka suka, malah untuk ditonton ataupun dijadikan koleksi peribadi, khususnya bagi mereka yang memiliki perisian PVR, di mana saluran dan filem kegemaran boleh dirakam dan ditonton di rumah pada bila-bila masa yang disukai atau digemari. 

Apabila ASTRO memiliki saluran HBO, Star Movies, Astro Box Office, Astro Citra, Astro Best, Astro First mahupun siaran filem lain, penonton disajikan pula dengan satu saluran baru berdefinisi tinggi (HD), di mana filem-filem berkualiti yang berputar di beberapa festival filem antarabangsa mula menemui penontonnya bermula 1 Oktober 2013. A-List, antara saluran berbayar yang ditayangkan dalam format HD sepenuhnya boleh dilanggan bagi anda yang sentiasa mahukan kelainan dalam tontonan filem-filem yang berbeza sebelumnya. 


8 FILEM HANYA RM15 SEBULAN
Filem-filem di saluran A-List akan ditayangkan dalam bahasa asal filem tersebut dengan pilihan sarikata dalam pelbagai bahasa disediakan. Setiap bulan, A-List akan menyiarkan sebanyak lapan buah filem yang diiktiraf di Malaysia dari festival-festival filem seperti Busan International Film Festival, Berlinale Film Festival, Toronto Film Festival dan Cannes Film Festival.
Bagaimana filem-filem dipilih untuk saluran A-List di Astro:
Filem-filem yang tercalon dan memenangi anugerah ini dipilih secara terperinci untuk disiarkan di saluran A-List berdasarkan kriteria berikut:
  1. • Tema, tahap relevan, ciri tersendiri dan unik dengan mengetengahkan isu dan keupayaan untuk menjana daya pemikiran dan perbincangan.
  2. • Hasil karya para pengiat filem baru yang kreatif.
  3. • Filem-filem yang mendapat perhatian di Malaysia dan juga serantau.
  4. • Berdasarkan kisah benar dan mempunyai unsur lanskap sosial, ekonomi dan politik dunia serta serantau yang relevan.
Pada bulan Oktober ini, A-List akan menayangkan sebanyak 8 buah filem kontemporari termasuklah drama kisah benar yang mencetuskan kontroversi mengenai penjara di Korea Selatan bertajuk National Security yang telah meraih pencalonan dalam kategori Filem Bahasa Asing Terbaik di 86th Academy Awards 2014. National Security menceritakan mengenai penderitaan fizikal dan mental yang dihadapi oleh seorang ahli politik muda sepanjang tiga minggu tempoh penyeksaan di pusat tahanan Nam Young Dong yang terkenal di bawah pemerintahan tentera Korea Selatan pada tahun 1980-an.
Bulan Oktober ini juga, A-List akan menyiarkan sebuah drama kelansungan hidup daripada Iran yang berjudul Berlin-7 yang mengisahkan mengenai sebuah keluarga dari Iraq yang cuba melarikan diri daripada kekecohan perang di negaranya ke bandar Berlin, lantas mengakibatkan mereka menghadapi bahaya dan kesusahan yang lebih dahsyat. Tidak ketinggalan juga sebuah filem Argentina yang telah merangkul anugerah di Academy Awards iaitu The Secret in Their Eyes yang mengisahkan tentang seorang ejen penguatkuasa Persekutuan Argentina yang cuba mencari kebenaran di sebalik kes rogol dan pembunuhan kejam seorang gadis. Plot penceritaan filem ini akan menjadi semakin rumit tatkala dia semakin hampir dengan jawapan yang dicari.
Saksikan juga filem hiburan ringan berunsur komedi romantik dari Korea Selatan berjudul How to Use Guys with Secret Tips dibintangi oleh Lee Si Young dan Oh Jung Se yang telah memenangi anugerah di 2013 Udine Far East Film Festival dan 2013 FanTasia International Film Festival. Pastikan anda turut menonton sebuah lagi filem komedi romantik dari Taiwan yang berjudul When Wolf Falls in Love with Sheep yang telah meraih pelbagai anugerah di Anugerah Filem Asia 2013. Selain itu, Sir Michael Caine yang merupakan pemenang Anugerah Oscar sebanyak dua kali akan menghiburkan anda dengan sebuah kisah cinta mengenai seorang lelaki berusia yang sangat degil bertemu dengan maksud cinta dan kehidupan sekali lagi selepas berjumpa dengan seorang gadis secara kebetulan dalam drama komedi berjudul Mr Morgan’s Last Love yang diarahkan oleh seorang pengarah yang telah memenangi pelbagai anugerah iaitu Sandra Nettlebeck.
Para pelanggan Astro boleh menantikan lebih banyak filem-filem kontemporari yang baru dan menghiburkan di saluran A-List seperti Much Ado About Nothing (telah memenangi Anugerah Khas Penonton di 13th Belfast Film Festival) yang diarahkan oleh pengarah filem Avengers iaitu Jose Wheedon. Juga sebuah filem yang telah memenangi dua anugerah berjudul A Monkey On My Shoulder dibintangi oleh Juliette Binoche yang turut merangkul pelbagai anugerah. Para pelanggan boleh menonton saluran A-List melalui langganan bulanan sebanyak RM15 untuk lapan buah filem berbeza setiap bulan ataupun menempah secara ala-carte dengan bayaran RM8 untuk sebuah filem melalui Astro B.yond VOD.
Untuk maklumat lanjut mengenai cara untuk melanggan saluran A-List, sila ke saluran 200 atau layari www.astro.com.my/A-List atau hubungi talian 1300 82 3838.
Credit info: Budiey

KL GANGSTER 2 DAPAT SOKONGAN 10 PENERBIT TEMPATAN

$
0
0


Simpati nasib filem aksi, KL Gangster 2, yang menjadi mangsa cetak rompak terburuk industri perfileman tanah air, 10 syarikat produksi tempatan bergabung meringankan beban ditanggung syarikat penerbitannya, Skop Production Sdn Bhd (SPSB) dan Primeworks Studios Sdn Bhd (PSSB).

Filem arahan Syamsul Yusof yang mula ditayangkan kepada umum sejak semalam mendapat sokongan syarikat produksi terbabit dalam bentuk pembelian tiket sebanyak 5,000 keping. 

Menurut penerbit, Datuk Yusof Haslam, sokongan hasil nilai persahabatan yang baik itu diberikan demi melihat industri filem tanah air berkembang maju. “Alhamdulillah, inilah nilai persahabatan ditunjukkan syarikat produksi tempatan, yang simpati dengan nasib filem saya selepas menjadi mangsa kerakusan pihak tidak bertanggungjawab. 

Sepuluh penerbit bersetuju membeli 500 tiket setiap syarikat dalam usaha meringankan beban kos besar yang saya tanggung” Yusof Haslam, Penerbit



“Inilah juga perkhabaran gembira apabila 10 penerbit bersetuju membeli 500 tiket setiap syarikat dalam usaha meringankan beban kos besar yang saya tanggung dalam pembikinan filem ini.

“Bukan nilai yang kita utamakan, tetapi saya sangat berbesar hati dan terharu melihat semangat yang mereka tunjukkan bagi membantu mengembangkan lagi industri filem negara. 

“Industri perfileman turut memperakui, filem yang menelan kos RM4.5 juta ini berpotensi besar dalam menyumbang kutipan tertinggi, sekali gus mengangkat martabat filem Melayu. Namun, selepas menjadi mangsa cetak rompak, kedudukan itu agak terganggu. Begitupun, saya tetap pasrah dan reda dengan rezeki yang ditentukan buat saya. Paling penting, saya tidak akan putus asa untuk terus menerbitkan filem bermutu tinggi selepas ini,” katanya yang ditemui selepas majlis dialog antara Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), semalam.
Bagi memberikan pengiktirafan kepada 10 syarikat berkenaan, Skop akan mengadakan sidang media pada 8 Oktober ini bertempat di FINAS, jam 3 petang.

Sudah pungut RM700,000

Sementara itu, Yusof turut mengumumkan, KL Gangster 2 berjaya memungut RM700,000 menerusi tayangan larut malam selama empat hari, bermula 27 hingga 29 September dan 2 Oktober lalu.

“Jumlah terbabit menggambarkan potensi yang baik untuk filem ini pergi lebih jauh. Daripada tinjauan kami di beberapa pawagam, kebanyakan penonton yang hadir sudah menontonnya menerusi VCD cetak rompak, namun mereka tidak puas dengan kualiti produk haram itu.

“Mereka lebih berkeyakinan untuk menonton sendiri di pawagam apabila banyak kesan khas dengan kualiti warna lebih terang dapat dinikmati di layar lebar,” katanya.

p/s: artikel ini sebagai perkongsian secara maya diterbitkan oleh Berita Harian.

LAPORAN AUDIT NEGARA : PERJELASKAN SIKAP BOROS DALAM PERBELANJAAN!

$
0
0


Majlis Perundingan Petubuhan Islam Malaysia (Mapim) berpendirian kepincangan yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 jelas menuntut penambahbaikkan dan koreksi yang besar dalam cara agensi kerajaan berbelanja dan menguruskan aset.

“Kami juga berpendirian menteri kepada kementerian yang berkaitan dengan penyelewengan dan kecuaian itu harus turut bertanggungjawab dan menjelaskan kepada awam kenapa dan apakah punca penyelewengan serta kecuaian yang telah berlaku,” ujar Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah.

Bila ternakan sudah berkeliaran lari, baru hendak dikunci pagarnya.  

Demikian analogi kami melihat satu demi satu salah perbelanjaan pelbagai kementerian dan agensi kerajaan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012. 

Bila sudah berbilion ringgit yang dibazirkan dengan pembelian yang tidak diperlukan, pembayaran yang melampau tinggi dan kecuaian mengurus aset yang dibeli, barulah nasihat berhemat dan cermat dikeluarkan kepada agensi yang ditegur Ketua Audit Negara.

Jabatan Audit Negara sepatutnya dipuji kerana telah dapat mendedahkan kepincangan dalam  pengurusan perbelanjaan agensi-agensi kerajaan setiap tahun. Akan tetapi untuk melaporkan sahaja sudah tentu tidak memadai.

Sekarang dengan pelbagai pembaziran dalam perbelanjaan agensi-agensi yang dilaporkan itu, apakah yang akan dilakukan oleh pihak kerajaan?

Kami tidak dapat mengelakkan dari menyatakan kekesalan yang amat mendalam terhadap pembaziran berbilion ringgit dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012.

Lebih kesal lagi, baru sahaja pihak Kementerian Kewangan mahu memohon peruntukan tambahan bernilai lebih RM14.12 bilion lagi atas alasan bajet yang diluluskan dalam pembentangan bajet terdahulu tidak mencukupi.

Rang Undang-Undang ini sekiranya diluluskan meliputi Jabatan Perbendaharaan mendapat peruntukan terbanyak iaitu RM11.854 bilion untuk Perkhidmatan Am Perbendaharaan dan RM606.9 juta untuk kegunaan Jabatan itu sendiri.

Dilaporkan bahawa  Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan yang dibentang pada 14 Septemebr 2013 untuk  diluluskan dalam sidang Parlimen yang sedang berjalan sekarang adalah untuk Kementerian Pendidikan sebanyak RM322.8 juta; Kementerian Kesihatan (RM300 juta), Kementerian Pertahanan (RM239 juta) dan Kementerian Dalam Negeri (RM205.1 juta).

Jika Jabatan Audit Negara telah mengenal pasti begitu besar ketirisan, pembaziran, salah beli dan salah urus perbelanjaan yang telah diluluskan sebelum ini, apakah justifikasi peruntukan tambahan yang dipohon mahu dilulus di Parlimen sekarang ini?

Kami mempersoalkan kenapa dari awal menyiapkan keperluan bajet semua agensi yang dihantar kepada perbendaharan setiap tahun, tidak melalui penelitian yang rapi bermula dari peringkat ia sedang dirangkakan lagi?

Bukankah sepatutnya pihak perbendaharaan memeriksa setiap bajet yang diutarakan hendaklah diperinci dan diteliti secara halusi, melihat satu butir ke satu butir, bertanya rasional dan alasan kenapa bajet itu dipohon hatta ke perkara yang paling kecil sekalipun?

Ini bukan kali pertama Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan kepincangan dan salah berbelanja aset kerajaan yang dibeli dan diurus oleh setiap agensi.

Soalnya kenapa pembaziran dan kecuaian yang melibatkan berbilion ringgit wang awam yang dibelanja oleh pelbagai agensi itu masih menunjukkan kepincangan yang berulang.

Kami kesal kenapa pihak kerajaan tidak mengambil langkah bersungguh untuk menutup segala lompang dalam pengurusan yang telah berkali-kali dikenalpasti oleh Ketua Audit Negara.

Dengan yang demikian kami menggesa supaya Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan ditangguh kelulusannya sehingga kerajaan menunjukkan kesungguhan untuk memperbaiki segala kelemahan dalam perbelanjaan kerajaan  sama ada negeri mahupun pusat.

Kami mengusulkan supaya prosedur penyiapan bajet bagi setiap agensi hendaklah disemak semula supaya suatu penelitian awal untuk menjustifikasi kelulusan setiap butir perbelanjaan yang dipohon itu hendaklah menjalani hujah dan rasional dengan kukuh, sebelum dilulus.

Kami berpendirian kepincangan yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 itu jelas menuntut penambahbaikkan dan koreksi yang besar dalam cara agensi kerajaan berbelanja dan menguruskan aset.

Kami juga berpendirian menteri kepada kementerian yang berkaitan dengan penyelewengan dan kecuaian itu harus turut bertanggungjawab dan menjelaskan kepada awam kenapa dan apakah punca penyelewengan serta kecuaian yang telah berlaku.

p/s: artikel ini sebagai perkongsian secara maya diterbitkan oleh Harakah Dialy

6 FILEM TEMPATAN MENGUASAI SINEMA OKTOBER..

$
0
0

Untuk bulan Oktober 2013, Sinema Malaysia melalui Wajib Tayang Finas (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia) menghidangkan kepada anda 6 buah filem tempatan. Memulakan tayangannya bagi filem-filem baru pada setiap khamis, Sinema Oktober menyajikan filem-filem tempatan dari 5 penerbit filem berbeza. Ghost, Ghost, Ghost arahan sutradara profilik M.Subash memulakan tayangannya pada 3 Oktober 2013, manakala KL Gangster 2 arahan Syamsul Yusof juga memilih tarikh yang sama, walaupun telah awal 3 hari sebelum 3 Oktober, menemui penonton.

Longkai yang diterbitkan MiG Pictures Sdn Bhd arahan Hashim Rejab akan menemui penonton tempatan bermula 10 Oktober 2013, manakala Balada Pencinta arahan sutradara profilik Khir Rahman, yang diterbitkan Primeworks Studio memilih tarikh 24 Oktober 2013. Filem Hello arahan A.R Badul akan menemui penonton pada 17 Oktober 2013 dan Highland Tower arahan Pierre Andre pula pada 31 Oktober 2013. Peminat filem tempatan yang sentiasa menunggu filem-filem baru pada setiap minggu khamis, jangan lepaskan peluang anda untuk menonton keenam-enam filem tempatan ini di pawagam, hanya di pawagam bagi peminat filem, manakala bagi anda peminat sinentron dan drama tv hnaya akan meluangkan masa menonton filem di rumah. 

Jom kita saksikan ke-enam enam trailer filem di sepanjang bulan Oktober 2013. 

GHOST, GHOST, GHOST
3 Oktober 2013
filem arahan M.Subash

KL GANGSTER 2
3 Oktober 2013
filem arahan Syamsul Yusof


LONGKAI
10 Oktober 2013
filem arahan Hashim Rejab

BALADA PENCINTA
24 Oktober 2013
filem arahan Khir Rahman

HELLO
17 Oktober 2013
filem arahan A.R Badul

HIGHLAND TOWER
31 Oktober 2013
filem arahan Pierre Andre


Tonton Di Pawagam
Bukan Di Rumah Anda.
**********



WARNA WARNA KOLUMPO : BERSABARLAH SANG ALAM.

$
0
0
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kenyataan seorang ahli politik berpangkat Datuk mengenai kelulusan sesebuah filem di pawagam. Menurutnya, industri filem tempatan banyak menerbitkan karya filem yang boleh diandaikan sebagai 'mengarut dan merepek'. Rasanya, pendapat itu bersifat 'peribadi' yang dilontarkan tanpa usul periksa malahan tidak diperhalusi secara teliti memandangkan banyak karya filem yang diterbitkan seseorang pengarah itu mempunyai pelbagai 'genrenya'. Bunohan, Kil, Psiko Pencuri Hati, Balada Pencinta, Kisah Paling Gangster, dan paling terbaru, KOLUMPO antara contoh karya yang boleh disifatkan sebagai 'filem yang bermaruah dan mempunyai intipatinya yang tersendiri'. Namun, adakah andaian 'Datuk' itu boleh diterima pakai ; atau sudahkah ia menonton KOLUMPO?. 


Diarahkan oleh 3 graduan filem dari Akademi Filem Malaysia, Bront Palarae, Rozi Isma dan Sheikh Munasar, KOLUMPO memberi satu dimensi baru terhadap lanskap dunia filem tempatan. 'Merah, Biru dan Kuning', (pada poster filem) antara 3 simbol warna yang cuba bercerita tentang sesuatu perkara iaitu 'kehidupan, cinta dan keinginan' untuk hidup di kota metropolitan Kuala Lumpur, di mana perjalanan kisah setiap cerita dalam filem ini mempunyai tanggungjawabnya yang tersendiri. KOLUMPO mempunyai 3 cerita, di mana setiap satu ceritanya bersangkut paut dengan kehidupan kita khususnya warga KL atau lebih sinonim sebagai Ko-Lum-PO. Cerita Pertama tentang Rahul (lakonan Azad Jasmin) yang berhijrah dari Mumbai, India ke Kuala Lumpur, Malaysia. Tibanya di KL ( paparan KLIA dan Kapal Terbang), meletakkan imej KL sebagai bandar idaman yang belum tentu 'membahagiakan' penghuninya samada secara sedar atau tidak. Rahul (Azad Jasmin) yang bertemu dengan Rahim (Sabri Yunus) di KLIA ; sehingga membuatkan Rahul terpedaya dengan Rahim kononnya baik, tetapi mengambil peluang dengan menipu Rahul dari segi kos tambang untuk masuk ke Kota Kolumpo. Tragedi begini sememangnya realiti yang acap kali berlaku terhadap warga asing atau 'rakyat kita sendiri' yang boleh dikatakan sebagai 'first time in KL atau Pertama Kali di KL'. Isu Imigrasi atau Penghijrahan warga asing ke Malaysia - KL, menjadi plot baik yang agak penting di dalam pembikinan KOLUMPO. Keresahan 'mereka' meniti hidup melalui karektor Rahul yang bertemu dengan Vasu (Mano Maniam), Komang (Soffi Jikan), Feroz (Radhi Khalid) dan sebagainya boleh dilihat menerusi 'sinematografi' yang terdapat dalam babak demi babak menerusi Kolumpo. Bront Palarae selaku sutradara pada kisah pertama ini boleh dianggap agak 'bijak' kerana apa yang dipaparkan dalam kisah pertama ini mempunyai maksudnya iaitu 'resah, dendam, sakit hati, jeritan dan sebagainya bagi menggambarkan 'inilah kolumpo' - bandar yang korang suka, cinta dan rosakkannya. Menariknya, ada beberapa 'babak' dalam part 1 ini di mana kita boleh saksikan ketika dialog antara Farid Kamil dan Sara Ali. Bront cuba mengkritik Sinema Malaysia melalui realiti kebanjiran beberapa orang pengarah yang mengarahkan filem, rata-ratanya mempunyai background sebagai seorang pelakon ; yang ditugaskan mengarahkan filem. Dialog seperti 'inilah susahnya kalau pelakon nak jadi director!. Tidak salah rasanya, namun 'mereka' perlu memberikan sesuatu dalam skop sinema besar sepertimana penampilan julung kali ke layar besar, Bront dengan cerita 'Kolumpo'nya. Beberapa karyawan filem yang memberikan 'cameo' dalam cerita ini adalah Remy Ishak, Sara Ali, Farid Kamil, Johan As'ari, Dain Said, dan sebagainya.


Alam kehidupan warga KL dalam Kolumpo diteruskan lagi dengan kisah kedua, di mana garapan nya pula ditangan Rozi Isma. Kekusutan bandar KL digambarkan pada scene 'Gienna' lakonan Nell Ng. Gienna yang terperangkap dalam kesibukan lalu-lintas ditengah bandaraya Kuala Lumpur mencerminkan 'sikap' dan 'mentaliti' warga kota itu sendiri. Kesibukan tanpa batasan tidak bermakna kehidupan masyarakatnya tidak sempurna. Gienna yang mewakili watak jutaan rakyat Malaysia yang saban hari melalui jalan yang agak sesak ke tempat kerja. Gienna yang perlu mengambil Joyce terpaksa bergegas mengikut arus masa dan bersabar dengan 'keresahan' bandar KL itu sendiri, berjaya menemukan Gienna dengan seorang nenek tua bernama Nek Wok (dalam erti sindiran pada teknologi komputer iaitu Network). Nek Wok, seorang nenek tua yang sudah nyanyuk ; sering kali terlupa di mana jalan pulang ke rumah, telah berjaya memerangkap Gienna sehingga ke penghujung cerita kedua ini. Menariknya, penampilan Ruminah Sidek sebagai Nek Wok sangat bersahaja. Tidak memerlukan lakonan yang agak keterlaluan seperti pelakon-pelakon lain termasuk yang senior atau veteran. Hanya menggunakan mimik muka, dialog yang diulang banyak kali ketika dalam kereta, menampakkan 'betapa indahnya alam dan kehidupan masyarakat Kuala Lumpur' dalam Kolumpo. Kemunculan watak lakonan Dira Abu Zahar yang merealitikan scene 'akak penjual di warung tepi jalan', memberikan persepsi negatif terhadap persekitaran warga kota khususnya yang 'buat hal sendiri, tidak mahu membantu, dan tidak jujur bercakap kerana terpaksa'. Scene seperti ini boleh kita saksikan di mana jua ceruk di bumi KL ini sekalipun , pasti akan kita temui karektor seperti Dira itu dalam dunia realiti. Bukan itu sahaja, kita dapat saksikan juga ketika 'Gienna' berhenti di bawah jambatan ketika mahu mencari rumah Nek Wok. Lihat bagaimana Gienna dilayan sebegitu rupa. Ini realiti yang cuba Rozi Isma terapkan dalam Kolumpo. Beberapa kritikan sinis terhadap dunia politik khususnya, digambarkan dalam part 2 ini. Lihat saja di mana ketika dialog Nek Wok di bawa melalui celah-celah flat . Frame scene menunjukkan bangunan-bangunan tinggi, kereta dan penduduk sekitarnya. Nek Wok mempersoalkan 'kenapa kerajaan suka bina bangunan tinggi-tinggi?, - bagi orang sepertinya agak susah barangkali untuk turun ke bawah jika berlaku kecemasan. Inilah rintihan Nek Wok yang mungkin mewakili beberapa karektor sebenar masyarakat sepertinya. Akibat sehari suntuk sehingga kehabisan minyak kereta, Gienna merasakan bahawa 'hidup bekerluarga' itu penting memandangkan sikap Nek Wok itu sendiri berjaya membuatkan Gienna merasai bahawa 'dunia bukan seorang, tetapi milik kita semua..'



Warna Warni kehidupan Kolumpo diteruskan lagi dengan kisah ketiga. Dari siang seterusnya senja dan malam, perjalanan Kolumpo bagaikan sebuah road movie., seolah-olah anda sedang membaca sebuah novel fixi yang menceritakan tentang 'kerakusan, kesabaran dan kehidupan', warga kl seanteronya. Penemuan Hafidd lakonan Amirul Ariff, si anak ikan yang wajahnya saling tak tumpah seperti pelakon Johan As'ari (itulah kelebihan Amirul dalam cerita ini) dengan Siti Nor Hayy lakonan Sharifah Armani, seorang homeless. Cerita ketiga ini agak simple, cuma garapannya agak menarik dengan penemuan beberapa warga 'malam' yang hidup ditengah-tengah kota Kolumpo yang penuh dengan segala macam penghuninya. Karektor Armani, mengingatkan saya pada personaliti pelakon Mislina Mustaffa menerusi imej yang dipersembahkan Nani menerusi permainan watak 'homeless' nya. Kali ini sentuhan Sheikh Munasar cukup 'berbisa' sepertimana karya-karyanya sebelum ini seperti 'Keluarga Saya' dan 'Kalsom' dalam medium cereka pendek. Hafidd seorang anak muda yang mencari identiti diri dan pasangan hidup, berkenalan dengan Siti Nor Hayy di KLCC berjaya membawa Hafidd meneroka sisi gelap dunia KL walaupun sedikit cuma. Watak Sherry  (pelacur) dan Nurul Atikah binti Abdul Rahman (seorang mak nyah) adalah watak yang merangkumi ribuan warga KL yang mencari rezeki di bumi Kolumpo. Penemuan mereka bersama Siti Nor Hayy walaupun sekadar 'sekejap sahaja', namun impaknya sangat besar iaitu 'persahabatan' tanpa mengira status diri dan jantina. Hubungan satu malam Hafidd dengan Siti Nur Hayy berjaya menimbul bibit-bibit suka, sayang dan cinta tapi malu untuk berterus terang. Frame terakhir filem ini memaparkan 'pertembungan' antara 'dua rasa' yang terpisah dengan satu perjalanan iaitu 'monorail' di mana watak Nani melangkah masuk ke dalam train, lalu meninggalkan Hafidd yang kekosongan dan masih mengharapkan 'nombor telefon' darinya. Ini antara frame yang paling saya suka dalam Kolumpo walaupun banyak 'scene' dalam mana-mana filem cereka yang pernah saya tonton menggunakan 'monorail' sebagai platform ceritanya, tetapi dalam 'Kolumpo' ia cukup berbeza dan pasti meninggalkan satu tanda kenangan yang mungkin tidak akan dilupakan buat anda yang barangkali pernah merasai pengalaman sebegitu. Walaupun agak simple, namun jika diteliti salah satu frame dalam filem ini seolah-olah memperkatakan sesuatu. Lihat sahaja scene di mana watak Nurul Atikah yang melacur mencari pelanggan dan bertemu dengan Siti Nor Hayy dan Hafidd. Perhatikan Billboard yang terdapat dalam filem itu. Ada gambar Najib Razak dan slogan 1 Malaysianya. Apa signifikasi terhadap scene tersebut?. Adakah Sheikh Munasar selaku sutradaranya mahu berbicara mengenai dunia Kolumpo itu sendiri dengan mengaitkan dunia malam dan cara hidup warga penghuninya?.


KOLUMPO seakan-akan filem JAKARTA MAGHRIB dari Indonesia tapi pengisian dan isi cerita mereka berbeza. Dimulakan dengan siang dan berakhir malam, kolumpo memberi dimensi baru dalam dunia filem tempatan. Peminat filem Yasmin Ahmad wajar menonton filem ini kerana garapan Bront Palarae, Rozi Isma dan Sheikh Munasar boleh dikatakan seiras filem arahan pengarah hebat itu. Namun, peminat filem tidak wajar membandingkan 'kualiti' pembikinan filem ini dengan 'kuantiti' kutipan yang diraih penerbitnya. Kolumpo cukup berbeza dengan filem-filem komersial lain, namun ceritanya cuma satu iaitu untuk 'kita, anda, kami, dan AKU' yang hidup dibumi bernama Kuala Lumpur. Tonton dengan minda terbuka, kosongkan fikiran, dan pasti anda akan temui apa yang anda cari selama ini, pastinya ada dalam KOLUMPO, arahan 3 generasi hebat Bront, Rozi dan Moon (Sheikh Munasar). 

*Bagi anda yang belum menonton filem ini. Tidak rugi rasanya jika anda menonton filem ini di pawagam. Kerana apa yang anda mahukan ada dalam filem ini. ********** untuk KOLUMPO, filem terbaik bagi penutup Sinema Disember 2013. Jumpa lagi untuk review dalam filem seterusnya*

tonton di pawagam bukan di rumah anda

Amaran: Anda tidak dibenarkan menerbitkan artikel ini semula dalam apa jua bentuk sekalipun tanpa kebenaran penulis. Harap maklum

'MEMIKAT, MENDEBARKAN, ADA KALA MERIMASKAN' - ULAR DAN SIMBOLIKNYA.

$
0
0
Kenapa ULAR?. Sudah tidak ada haiwan lainkah untuk dijadikan plot cerita dalam pembikinan sesebuah filem?. ULAR yang ditangani Jason Chong, selaku sutradara filem ini merupakan hasil kerja yang agak baik dari produksi ShowBiz Production, iaitu anak syarikat milik KRU Films Sdn Bhd. Ini bukan karya arahan pertamanya, malahan ULAR adalah karya kedua Jason Chong selepas Belukar yang dibikin pada tahun 2010. Plot menarik dalam filem ini adalah terletak pada sang ULAR yang menjadi intipati cerita. Namun, skopnya agak terganggu dengan sesetengah karektor yang dirasakan 'agak mencacatkan' filem ini, khususnya pada babak ' kelakar' antara 'watak' yang bermain pada permulaannya sebelum 'karektor' itu masuk dan melingkari jalan ceritanya.

ULAR mengisahkan tentang Myra, lakonan Lisa Surihani seorang wartawan 'kontroversi', yang ditugaskan untuk membuat liputan tentang resort percutian yang terletak di 'Pulau Batik Panjang'. Myra bersama Remy, lakonan Yusry KRU telah bertemu untuk menjalankan tanggung jawab tersebut. Semasa berada di resort tersebut, seorang demi seorang pengunjung yang memenangi percutian di situ hilang. Ini meresahkan pengunjung yang lain. Kehilangan mereka menghantui 'setiap penghuni' yang berada di resort tersebut, memandangkan pelbagai kejadian aneh dan pelik tentang resort itu telah terbongkar. Aziz (Namron) dan isterinya Rohani (Zarina Zainuddin) merupakan pasangan suami isteri yang mengusahakan resort tersebut dipersalahkan kerana menyimpan 'rahsia hitam' yang pernah 'mencacatkan' resort itu tentang kejadian 'spesies ular' yang telah membunuh ramai pengunjung sebelum ini. Untuk mengelakkan sang 'Ular' itu dari mengganas, 'pagar elektrik' telah dibina pada pintu masuk resort tersebut. Akibat 'pagar' itu disentuh, maka tragedi ular itu kembali menghantui dan 'membunuh' semua manusia yang masuk ke resort puaka itu.

Apa yang menarik mengenai cerita ULAR ini adalah 'pembikinan sub-potnya'. Ia dikupas begitu dramatik sehingga menjadi sebuah karya yang cukup mendebarkan. Namun, apa yang ingin saya 'sentuh' disini ialah tentang beberapa watak yang cuba 'direka' oleh penulis skrip dan lakon layarnya. Imej 'lucah, seks dan hubungan pasangan gay' menjadi intipati tambahan bagi menggerakkan cerita dalam naskhah ULAR ini. Ia seolah-olah satu subtle dalam penghasilan filem ini di mana simbol ULAR merujuk kepada perilaku watak Harun Salim Bachik dengan imej seksnya, malahan penampilan Chew Kin Wah dan pelakon baru Shukri Yahya sebagai pasangan 'gay' merupakan 'humor' yang sangat 'simbolik' pada ikon 'Ular' yang menjadi 'plot terpenting' dalam filem ketiga terbitan produksi ShowBiz Production. Menariknya juga adalah penampilan Nizam Zakaria pada 'opening' filem ini dalam naskhah 'Ular'. Simbolik Ular mungkin dapat dilihat pada sesetengah karektor yang bermain dalam filem ini, malahan penampilan Izzue Islam dalam karya Jason Chong ini dilihat agak baik berbanding 'Hantu Tok Mudim' yang sangat 'merimaskan. 

ULAR tidak mengecewakan namun bagi saya ia cuba menjadi filem ANACONDA MALAYSIA dan saya cukup tertarik dengan 'trailer' filem ini. Ditayangkan di pawagam Malaysia pada 5 Disember 2013 dan khabarnya masih 'panas' tayangannya, ULAR antara produksi Malaysia yang cukup 'sederhana' tapi 'memikat' dan ada ketikanya 'merimaskan'.. tapi ia 'mendebarkan'.


*bagi yang belum menonton, segeralah ke pawagam (jika ada). Tonton dipawagam bagi peminat filem, tonton dirumah bagi peminat sinentron*..

Nantikan ulasan filem seterusnya...

KOLUMPO BY BRONT PALARAE, SHEIKH MUNASAR & ROZI IZMA: FINDING ENLIGHTENMENT IN THE CITY

$
0
0
by : Hassan Muthalib

After so many turkeys & dodos over the past few months, what a breath of fresh air with KOLUMPO! The dodo is long gone but you can still spot some turkeys in the National Zoo. (One of them shares the parameters of the Zoo’s premises but that’s another story - & certainly merits far less consideration than KOLUMPO.)

KOLUMPO is made up of 3 multilingual short stories directed by Bront Palarae, Sheikh Munasar & Rozi Izma. James Wong was the associate producer under the production company, Otto Films. Set in Kuala Lumpur, the story weaves together well-known themes of life, hopes, dreams & the quirks of Malaysians of various races with a cast that includes some great actors like Sharifah Amani, Azad Jazmin, Ruminah Sidek, Nell Ng, Mano Maniam, Soffi Jikan, Sabri Yunus, Sherry Alhadad, Along Eyzandy, Radhi Khalid & Emely Poon, Ameerul Effendi & Rosnah Mat Aris.

STORY 1: Rahul, an Indian immigrant arrives in town to discover that the company that offered him a job has gone out of business. He is helped by a local restaurant owner & begins his life in the city as an illegal immigrant worker but then has to face up to his inevitable fate.

STORY 2: In Setapak, Gienna is a Chinese woman in her 30s who is constantly avoiding phone calls from her mother. She finds herself helping an old senile Malay lady who cannot remember where her house is. The incident brings her to a realization about her own mother.

STORY 3: In Ampang, young Hafid meets a pretty stranger at the KLCC LRT station after they both miss the last train. For someone who has never dated anyone in his life, this is a life-defining moment & his only hope of a glimpse of love. At the end he realizes that Cupid uses more than arrows in the performance of his task.

The 3 stories create a collage of the human connections that bring happiness (or misery) in the city. Themes such as these have already been articulated in diverse ways in films such as BUKAK API (Osman Ali), SANCTUARY (Ho Yuhang), ROOM TO LET (James Lee), AANDAL (Santosh Kesavan), BUDAK KELANTAN (Wan Azli Wan Jusoh), HARU BIRU (Shadan Hashim), VILAYATTU PASANGE (Vimala Perumal), ANAK HALAL (Osman Ali), …DALAM BOTOL (Khir Rahman), BALADA PENCINTA (Khir Rahman), JALAN PINTAS (Nam Ron) & ROCK OH! (Mamat Khalid). While these films have been more or less pessimistic about life in postmodern Malaysia, KOLUMPO offers an alternative, non-judgmental view of the problems faced by young people and their nemeses, both real and imagined.

Much more interesting than the plot are the characters that have been conjured up to deliver what the filmmakers feel, perhaps about their own lives and experiences in Kuala Lumpur. The city has mostly been depicted in films as places of alienation, disempower-ment & loss of identity. While hermits climb high mountains & gone into deep caves to achieve spiritual realisation, the filmmakers of KOLUMPO are instead saying that the big city could also be where one can find enlightenment through their experiences, both good & bad. They perhaps regard it as a duty to impart their experiences as a guide to others who come to the city with stars in their eyes. KOLUMPO’s 3 stories depict the city as a testing ground to hone oneself, that life is but a journey and that the travel is one that can bring enlightenment to those who are able to accept it.

Story 1 is not really about illegal immigrants but more about the Malaysians (the syndicate boss & the pirate taxi operator) who take advantage & are ruthless to the immigrants while pretending to be civil. Story 2 is not really about a woman who helps an old lady who is lost but of finding her own self & of her relationship with her estranged mother. Story 3 is not really about a boy in search of love but that God works in mysterious ways.

It is easy to say that Yasmin Ahmad’s story & style can be discerned in these films but the filmmakers of KOLUMPO have gone beyond that. The ghosts of yester year have been laid to rest (but not yet in many mainstream films apparently!). Charin Pengpanich’s excellent cinematography (as in Dain Said’s BUNOHAN) effortlessly brings the characters & their stories to the fore. While the films of Yusof Haslam & Syamsul Yusof have grandly treated the PETRONAS Twin Towers as picture postcards, Pengpanich discreetly puts them into the background. The towers appear in all the 3 stories as motifs that quietly question the role of physical development at the expense of human development (also as in ROOM TO LET). The ubiquitous sloganeering poster of the political masters is another in question (as has also been grittily done in JALAN PINTAS).  

The late Datuk Syed Alwi, playwright extraordinaire once said that artistes like him do not hanker for accolades. They only want the opportunity to express themselves creatively. KOLUMPO’s filmmakers (graduates of the now defunct Akademi Filem Malaysia, the first film school in Malaysia) have quietly gone about their business by first paying their dues in the industry. KOLUMPO proves that they are now a force to reckon with but need all the opportunities they can get.  



KOLUMPU entertains, it has something to say & it depicts the culture & lifestyles (both good & bad) of the peoples of Malaysia. This is the mark of a good film. KOLUMPO is the best mainstream Malaysian film to hit the cinemas this year. 


any update & other review about KOLUMPO.. please click my review. click here.

PERCA DUNIA FILEM TEMPATAN : FILEM DALAM FILEM - PAPADOM2

$
0
0

Sekadar menyebut beberapa nama ; Layar Lara, Kala Malam Bulan Mengambang, Zombi Kampung Pisang, Hantu Kak Limah Balik Rumah, ... Dalam Botol, Bunohan, Balada Pencinta dan terbaru, Papadom 2 merupakan karya ‘filem’ yang boleh diletakkan sebagai ‘Filem Dalam Filem’. Mempertaruhkan genre ‘komedi kekeluargaan’ yang diselitkan dengan elemen ‘kritikan dalam visual’. Papadom 2, antara karya Afdlin Shauki yang boleh dikatakan agak matang dari sudut pembikinannya.

Menceritakan tentang pengorbanan seorang bapa terhadap anaknya, Maisara (Liyana Jasmay), Saadom (Afdlin Shauki), mengambil iniasitif sendiri untuk membongkarkan siapakah ‘teman lelaki’ anaknya itu. Maisara yang bekerja dalam industri filem tempatan (tamparan hebat buat warga industri filem – satu jentik yang dibikin secara komedi tapi ada makna ) merupakan seorang wanita yang menjadi kegilaan ramai lelaki termasuk pelakon popular, Fazz Fiuruz (Riezman Khuzaimi), produser filem (lupa nama – memegang watak produser bergelar Datuk), dan jurukamera , Qib (Hans Isaac) . Paparan sebegini satu ‘realiti’ yang ‘hidup’ melingkari dunia filem tempatan. Kesemua watak ini cuba‘memikat’ Maisara tapi tiada seorang pun yang berjaya dihati Maisara. Namun ada sorang saja yang bertuah. Siapakah gerangannya?. Ada kena tonton filem ini, di pawagam.


Menariknya Papadom 2 terletak pada barisan karektor yang menaungi filem ke-13 Afdlin Shauki ini, Jay Rahman lakonan Khir Rahman seolah-olah gambaran kisah beberapa pengarah filem di Malaysia yang ‘gian’ menghasilkan filem ‘yang dilabelkan sebagai filem ‘art’, tapi tidak ‘laku’ di pasaran. Ini satu ‘sindiran tajam’ buat golongan tersebut, malahan juga boleh diandaikan sebagai ‘luahan hati anak seni’, bernama Afdlin Shauki yang diwakili oleh watak Jay Rahman. Jay Rahman, seorang pengarah filem ‘berjiwa sentimental’ yang banyak menghasilkan filem tetapi ‘tidak laku’, namun kehadiran Maisara, seorang penolong pengarah ; seringkali dicemburui Shasha ( Scha Al yahya) – membuktikan bahawa ‘wanita menguasai segala kemungkinan’. Dalam persoalan ini, Afdlin Shauki cuba bercerita kepada penonton bahawa ‘hidup ini memerlukan kasih sayang, perhatian dan orang kedua’. Tanpa mereka, mana mungkin manusia seperti Jay Rahman boleh ditemani dan difahami, memandangkan karektor Jay Rahman seorang sutradara yang ‘sukar difahami’.

Dari segi kandungan cerita dan plot naratifnya, Papadom 2 sebuah cerita yang agak simple. Ia banyak bermain dengan ‘Isu Dalam Cerita’, atau ‘Naskhah yang bercakap sesuatu’. Walaupun dibikin secara komedi, namun kematangan Afdlin dapat diperhalusi menerusi imej, visual dan dialog yang melatari perjalanan cerita yang kini ditayangkan di seluruh pawagam tanah air, mungkin akan masuk Astro First dan pastinya akan di ‘lancap’ oleh ketua lanun yang dahagakan karya terbaru setiap minggu dari pembikin filem tempatan. Bagi anda yang tercari-cari cerita komedi yang agak ‘simple dan menarik’. Saya rasa PapaDom 2 mungkin jawapannya.


*Ulasan ini mungkin bukan ulasan tentang jalan cerita filem ini, tapi saya menulis review tentang ‘apa yang saya rasa dalam sesebuah filem’ setelah menontonnya di pawagam. Yang belum menonton, sila ke pawagam .. karya terbaik Afdlin Shauki yang agak matang* 

PENCALONAN AKHIR ANUGERAH DOKUMENTARI MALAYSIA KE 4, 2013

$
0
0
oleh: Amy Ikram

Pembikinan filem selalunya dikaitkan dengan dunia seluloid iaitu penghasilan filem dalam bentuk reel filem. 16mm, dan 35mm antara format filem yang telah mewarnai dunia sinema tempatan . Filem mula mengubah persepsinya dari zaman seluloid kepada penerbitan secara digital atau rakaman dalam bentuk HD Definisi Tinggi. Filem melangkaui dari setiap pelusuk negara ke satu negara melalui beberapa program antaranya festival filem, pasaran filem, penjualan dan pengedaran filem.

Dalam usianya yang ke-80 tahun kegemilangan filem tempatan, penganjuran Anugerah Dokumentari Malaysia kali ke-4, bagi tahun 2013 boleh dianggap satu platform FINAS dalam industri dokumentari Malaysia. Dianjurkan buat kali yang keempat dalam tempoh dua tahun, Anugerah Dokumentari Malaysia merupakan satu festival yang mengangkat serta memartabatkan para penggiat dokumentari tempatan agar  mampu berdaya saing selaras dengan Dasar Perfileman Negara yang telah digubal dengan mengambil kira aspek yang merangkumi produksi, peralatan, insfrastuktur, kewangan dan pembangunan sumber manusia.

Dunia dokumentari tidak wajar dipandang sepi. Pembikinannya sangat mencabar dan relevan sepertimana penerbitan filem cereka dan kenegaraan. Industri dokumentari boleh dianggap satu sinema ‘kecil’ tetapi impaknya besar,  di mana penghasilannya adalah berdasarkan fakta, sejarah mahupun kehidupan yang dirakamkan dengan tujuan untuk sesuatu peristiwa yang pastinya akan menjadi rujukan generasi akan datang.

FINAS melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) menyokong penuh usaha murni para penggiat filem dokumentari tempatan yang mempunyai idea untuk diterjemahkan ke layar skrin untuk dijadikan rakaman sebagai sebuah dokumentari. Ini adalah platform terbaik di mana industri dokumentari adalah cabang ‘kreatif’ kepada industri kandungan kreatif yang baik bagi pembangunan sesebuah negara.

Sebagai menghargai keringat para pembikin sinema dokumentari tempatan, FINAS mengambil iniasitif untuk menganjurkan Anugerah Dokumentari Malaysia buat kali ke-empat. Memilih lokasi D'Bakul Indonesian Cuisene dan Studio Sound Stage Finas sebagai lokasi utama penganjurannya, Anugerah Dokumentari Malaysia akan dihoskan oleh pelakon, pengacara, dan pembikin dokumentari, Yusman Ghazali. 

Untuk merancakkan lagi festival ini, Malam Pengumuman Pencalonan Akhir telah di adakan pada Selasa, 17 Disember 2013 bertempat di D'Bakul Indonesian Cuisene. Ini sebagai persediaan buat 'mereka' dalam menentukan siapakah yang 'terbaik' untuk dinobatkan di Malam Gemilang Emas, Anugerah Dokumentari Malaysia ke 4, 2013 pada 22 Disember 2013. 

Untuk mengetahui senarai penuh PENCALONAN TOP 5 ANUGERAH DOKUMENTARI MALAYSIA KE 4, 2013. Jom kita saksikan siapakah yang bertuah.



SKRIP TERBAIK

HARUN RAHMAN & CHRISTOPHER HALE
RISING SUN OVER MALAYA

HARUN RAHMAN & CHRISTOPHER HALE 
THE ROYAL PRESS

SHANON OH CHIH SIANG
1941 : FALL OF PENANG

IKHWAN RIVAI
RETURN TO KINABALU

JUSTIN ONG
IDA'S CHOICE

****

PENYUNTINGAN TERBAIK

HARUN RAHMAN
RISING SUN OVER MALAYA

ARIFFA KAMARUL
THE ROYAL PRESS

SELVAN RAMSAMY
1941 : FALL OF PENANG

AHMAD YAZID
MASS SELAMAT: THE FUGITIVE TERRORIST

MUHAMMAD AZLAN MOHAMED NOR
DUNIA TERSEMBUNYI 1 : RAMBU SOLOK


****

ADUNAN PENATAAN AUDIO TERBAIK

NOVISTA SDN BHD
RISING SUN OVER MALAYA

DIGITAL ORANGE
THE ROYAL PRESS

REUBEN CH'NG YONG HUANG
1941 : FALL OF PENANG

ROGER WANG
RETURN TO KINABALU

DOS FELLAS SDN BHD
IDA'S CHOICE


****

SINEMATOGRAFI TERBAIK

WONG CHIN HOR
RISING SUN OVER MALAYA

BADRUL HISHAM
RETURN TO KINABALU

WONG CHIN HOR
THE ROYAL PRESS

ANDREW CHANT
ROHINGYA  - HILANG BUMI BERPIJAK

MOHD SHARIL ABD. RANI
BERBAKTI SELEPAS MATI

ABD. RAHMAN SALLEH
DUNIA TERSEMBUNYI 1 : RAMBU SOLOK



****


DOKUMENTARI PENDEK TERBAIK

RUMAH / TOK
AZHARR RUDIN

WARISAN TERLUKA
SAW CHIN KEAT

KUDRAT BERODA 3 
PRIMEWORKS STUDIOS SDN BHD

KODIM
MAHEN BALA


****

DOKUMENTARI SEJARAH TERBAIK

MASS SELAMAT : THE FUGITIVE TERRORIST
RACK FOCUS FILM SDN BHD

LOST OVER FRANCE: MALAYSIA'S UNSUNG HERO
3 LINE MEDIA SDN BHD

MASJID KAPITAN KELING
ASA'AD ENTERTAINMENT NETWORK SDN BHD

1941 : FALL OF PENANG
ANNASIS MIRROR SDN BHD

RISING SUN OVER MALAYA
NOVISTA SDN BHD


****

DOKUMENTARI KESENIAN & KEBUDAYAAN TERBAIK

LAMA TERBARU
PRIMEWORKS STUDIOS SDN BHD

THE ROYAL PRESS
DB PICTURES SDN BHD

SPIRIT OF WOODS
LINECLEAR MOTION PICTURES SDN BHD

DUNIA TERSEMBUNYI 1 : RAMBU SOLOK
PRIMEWORKS STUDIOS SDN BHD

THE IMMORTAL SHADOW
IMAGE FARM PRODUCTIONS SDN BHD

****


DOKUMENTARI ALAM SEMULAJADI TERBAIK

BLACK GOLD
JET TV MALAYSIA

KONSERVASI GAJAH BORNEO
SENDO GAYONG SDN BHD

MAJALAH 3 : SINAR DI SEPILOK
PRIMEWORKS STUDIOS SDN BHD

RETURN TO KINABALU
WILDMAN PICTURES

WILDLIFE DENFENDERS
MATAVIA REKA SDN BHD



****

DOKUMENTARI ISU SEMASA & KEMASYARAKATAN TERBAIK


ACEH HIKMAH TSUNAMI
MEASAT BROADCAST NETWORK SYSTEMS SDN BHD (ASTRO)

TANPA KAKI, TANPA TANGAN, TANPA BATAS
PRIMEWORKS STUDIOS SDN BHD

IDA'S CHOICE
DOS FELLAS SDN BHD

THE LAST TRAIN
CINEQUIP PERODUCTIONS SDN BHD

ROHINGYA - HILANG BUMI BERPIJAK
MEASAT BROADCAST NETWORK SYSTEMS SDN BHD (ASTRO)


****

PENGARAH TERBAIK

HARUN RAHMAN
RISING SUN OVER MALAYA

PAM HENG
THE ROYAL PRESS

SHANON OH CHIH SIANG
1941 : FALL OF PENANG

IKHWAN RIVAI
RETURN TO KINABALU

JUSTIN ONG
IDA'S CHOICE


****

DOKUMENTARI TERBAIK

RISING SUN OVER MALAYA
NOVISTA SDN BHD

THE ROYAL PRESS
DB PICTURES SDN BHD

1941 : FALL OF PENANG
ANNASIS MIRROR SDN BHD

RETURN TO KINABALU
WILDMAN PICTURES

IDA'S CHOICE
DOS FELLAS SDN BHD


***

Untuk mengetahui siapakah yang bakal dinobatkan sebagai pemenang pada Malam Anugerah Dokumentari Malaysia ke-4, 2013. Jangan lupa temujanji anda pada 22 Disember 2013, 8.30 malam di Studio Sound Stage, FINAS.

sebarang makluman berkaitan Anugerah Dokumentari Malaysia ini, sila klik di sini.

Viewing all 339 articles
Browse latest View live