Quantcast
Channel: WAJIB TONTON
Viewing all 339 articles
Browse latest View live

FESTIVAL FILEM MALAYSIA KE 25 (FFM 25) DI TUNDA

$
0
0

Benarkah Festival Filem Malaysia ke 25 (FFM 25) yang menjadi nadi kepada aktiviti perfileman tempatan, bakal dibatalkan tahun ini dan ditunda kepada tahun hadapan?. Penundaan FFM25 difikirkan agak perlu kerana ia sudah lewat untuk dianjurkan, memandangkan Festival Filem Malaysia bukannya satu festival kecil tetapi ia agak besar, di mana ia melibatkan ramai karyawan filem tempatan. Kiranya ia adalah Malam Kegemilangan warga industri filem Malaysia. Sekiranya ia dianjurkan sekalipun hujung tahun ini (30 Disember 2012), saya pasti ia  akan menjadi caca merba malahan ramai pihak belum memberikan kata putus terhadap penganjuran acara berprestij ini. Sanggupkah para juri menonton filem 24 jam tanpa tidur demi satu festival di namakan Festival Filem Malaysia?. Saya tidak mahu filem 'yang juri suka' akan menang berbanding 'filem yang layak menang', terkubur dan terbuang begitu sahaja. Wallahuallam. Untuk memastikan apakah benar FFM 25 ditunda ke tahun hadapan.. jom kita baca laporan ekslusif yang baru kami terima..

Laporan terkini : mstar.online tulisan Wahi (28 Nov 2012)
Klik sini.

TEMUI GARIN NUGROHO DI FINAS MALAYSIA SECARA EKSLUSIF 15 DISEMBER 2012

$
0
0
'Soegija', filem ke-21, arahan sutradara terkenal dari Indonesia, Garin Nugroho akan ditayangkan buat pertama kalinya secara ekslusif di Finas (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia), Kompleks Studio Merdeka, Jalan Hulu Kelang, Selangor. Filem yang telah menemui penonton di Indonesia sekitar Jun 2012 yang lepas antara filem wajib tonton untuk tahun 2012, merupakan filem Indonesia yang tidak ditayangkan di pawagam Malaysia. 


 Tayangan tertutup 'Soegija' itu turut menampilkan pengarahnya, Garin Nugroho dan beberapa karyawan filem lain yang khabarnya turut menyokong program yang dianjurkan. 'Soegija' memaparkan pergolakan keagamaan dalam nilai kehidupan manusia sejagat memberi fokus kepada nilai perjuangan yang mengambil latar cerita dari catatan harian tokoh pahlawan nasional Indonesia, Mgr. Soegijapranata. 

Filem yang ditulis naskhahnya oleh Armantono dan Garin Nugroho sendiri ini merupakan filem Indonesia yang menggunakan 4 bahasa pertuturan iaitu Jawa, Belanda, Jepang dan Indonesia. Dibikin dalam format filem, Soegija antara 21 naskhah filem Garin selepas Mata Tertutup, The Mirror Never Lies, Opera Jawa, Daun di atas Bantal, Puisi Tak Terkuburkan dan banyak lagi. 


Kepada peminat filem Indonesia, dan warga filem tempatan, dijemput hadir pada 15 Disember 2012 di Pawagam P.Ramlee, Finas bermula 9.00 pagi. Masuk adalah percuma.

p/s: Akan cuba menghadirinya kerana pada masa yang sama turut dijemput hadir ke Tayangan Perdana Filem Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit di Ipoh, Perak. 

LIFE OF PI : SINEMA, MANUSIA DAN KEJUJURAN

$
0
0
                                      

'Biar kita telan benda yang busuk, asal tak tercemar bangsa Melayu', - P.Ramlee
Jaga nama ibu bapamu, jangan jual agama dan bangsa', - P.Ramlee


Oleh: Hassan Abd. Muthalib

Dari semasa ke semasa melalui medium filem, akan muncul satu  persoalan yang menarik, ia itu, apakah sebenarnya itu filem. Isu, renungan dan persoalan terhadap medium filem pernah dibawa oleh ramai karyawan filem di seluruh dunia, juga oleh sarjana dan pengkritik filem sejak awal abad yang ke-dua puluh.
Karyawan filem sejati begitu perihatin – malah sedih - tentang apa yang sudah dan masih berlaku ke atas seni yang disayangi dan diceburi mereka. Kesedihan ini lahir akibat sikap penerbit-penerbit filem dan penonton di seluruh dunia yang begitu gemar dengan filem-filem arus perdana yang tidak berdiri di bumi nyata, juga terhadap sikap mereka yang menolak filem-filem alternatif yang membawa pemikiran tentang alam, ketuhanan dan manusia.
Isu dan persoalan tentang kemunduran sinema Malaysia sendiri dan kecelakaan yang menimpanya pernah diperkatakan dalam filem-filem seperti Seman (Mansor Puteh, 1987), Layar Lara (Shuhaimi Baba, 1998), Johnny Bikin Filem (Anuar Nor Arai, 1995), Kala Malam Bulan Mengambang (2008), Wayang (Hatta Azad Khan, 2008),  Bunohan (Dain Said, 2012), dan terbaru, Hanyut (U-Wei Hajisaari, 2012). Kesemua filem ini juga bersifat biografikal kerana peneraju-penerajunya merupakan pemain utama dalam industri perfileman dan begitu perihatin tentang bidang seni yang diceburi mereka. Filem Bunohan begitu hampir dengan Life of Pi melalui gaya dan teknik yang merujuk kepada sinema dan permasalahannya.   
Barangkali pengarah tersohor masakini, Ang Lee, sudah terasa bahawa sudah sampai masa baginya untuk meluahkan rasa hati tentang hegemoni studio-studio besar perfileman seperti Hollywood yang membawa filem-filem yang spectaculartetapi kosong dari aspek kemanusiaan dan ketuhanan. Tentunya Ang Lee, sebagai seorang auteur yang sudah berumur, mempunyai kebijaksanaan di samping menjadi seorang karyawan yang berpengaruh, berhasrat untuk menyedarkan generasi karyawan yang akan datang tentang sifat sinema yang sebenar. (Sebagaimana yang diperkatakan dalam Bunohan tentang kerakusan kapitalis yang memusnahkan nyawa, tradisi dan warisan.)
Life of Pi juga boleh dilihat sebagai satu autobiografi Ang Lee sendiri dan pengalamannya sebagai karyawan filem di Hollywood yang ada kalanya dia terpaksa akur kepada kehendak penerbit agar filemnya mempunyai keupayaan pemasaran. Maka tentunya Pi, protagonis dalam Life of Pi itu, merupakan Ang Lee sendiri.


Filem, Teknologi dan Kebijaksanaan

Ternyata benarlah apa yang pernah disabda oleh Rasulullah s.a.w., “Apabila suatu urusan (pekerjaan) diserahkan kepada orang bukan ahlinya, maka waspadalah terhadap datangnya saat kehancuran.”Studio-studio filem dan stesen-stesen televisyen kini dikendalikan oleh mereka yang ‘bukan ahli’ (seperti ahli korporat, akauntan dan entah apa lagi!). Mereka sanggup melakukan apa sahaja kerana kedudukan mereka bergantung kepada sesuatu produk yang ‘laku’ di pasaran. Maka mereka akan terus menyajikan ‘sampah’ semata-mata kerana ianya diminati ramai dan mendatangkan keuntungan.
 Melalui filem Life of Pi, Ang Lee menyampaikan sebuah cerita yang  sarat dengan imej teknologi digital seperti produk-produk filem dari Hollywood yang kini berlambak di pasaran. Tetapi pada masa yang sama, Ang Lee membuatkan audiens mengenali kebesaran Tuhan dan alam yang diciptanya yang jauh lebih hebat daripada apa yang sudah diciptakan Hollywood setakat ini.
Ang Lee menyampaikan ceritanyamelalui satu perbualan di antara seorang India, Pi, dan kenalannya dari negara Eropah. Pi menyampaikan kisah benar yang berlaku di atas dirinya semasa dia remaja. Melalui teknik imbas kembali, kita lihat bapa Pi, yang memilikki sebuah zoo di Pondicheri di Selatan India, bertekad untuk berhijrah ke Kanada dengan membawa binatang-binatang dalam zoonya untuk dijual di Amerika. Dalam perjalanan dengan kapal, berlaku ribut yang dahsyat dan kapal itu tenggelam. Yang terselamat, hanya Pi dan beberapa ekor binatang, termasuk seekor harimau (bernama Richard Parker!). Akhirnya, tinggal Pi dan Richard Parker sahaja.

Teks dan subteks dalam Filem


                                    If you want to know what a filmmaker
                                    is saying, look at how he is saying it.
-       Ingmar Bergman

Pucuk paku selera paku,
Pucuk paku condong ke seberang.
Lihat aku pandang aku,
Aku lindung di tempat yang terang.
                                                 - pantun Melayu

Hermeneutik filem ialah seni membuat interpretasi daripada tanda-tanda yang terdapat di dalam filem melalui mise-en-scene. Tanda-tanda ini sebenarnya menjadi petunjuk dan ada kala bersifat simbolik yang berkait rapat dengan premis, cerita, tema dan subjek. Untuk memahami cerita sebenar sesebuah filem, lihatlah kepada bentuknya dan untuk memahami bentuknya, lihatlah kepada tanda-tanda yang disusun.
Life of Pi bersifat polysemic (berlapisan makna) dan membawa beberapa persoalan, antaranya: Bukankah kebenaran itu lebih menarik dari sesuatu yang direka-reka? Bukankah filem itu sesuatu yang spiritual, dan rahsia alam hanya dapat difahami melalui pengembaraan fisikal, mental dan spiritual yang akhirnya (mungkin) akan membawa kepada pengenalan diri?  Jika Tuhan memberi petunjuk kepada seseorang, bagaimanakah dia boleh meyakinkan orang lain tentang rahsia-rahsia alam dan aspek ketuhanan yang sudah dilihat dan dirasainya? 
Filem yang baik mempunya teks dan subteks. Teks adalah yang tersurat (foreground story) dan subteks adalah yang tersirat (background story), yang merupakan nawaitu seseorang pengarah filem dalam berkarya. Foreground story dalam Life of Pi ialah kisah seorang remaja dengan seekor harimau. Apakah pula background story dan yang lebih menarik bagi saya, bagaimana Ang Lee menyampaikan subteks yang ‘berlindung di tempat yang terang’?
Pengarah yang bijaksana dan jauhari selalunya menggunakan red herring. Lain yang ditunjukkan tetapi lain pula yang dimaksudkannya. Subjek Ang Lee banyak bersandarkan hal agama tetapi Life of Pi ialah tentang sinema dan aspek spiritualnya yang kini sudah pupus akibat kerakusan kapitalis-kapitalis filem. Untuk memahami kesemua ini, berikan perhatian bukan kepada storytelling (cerita). tetapi kepada storymaking (teknik penceritaan). Di situlah kita akan dapat memahami apa yang dimaksudkan sebenar oleh Ang Lee.
Visual Ang Lee menampakkan pengalaman Pi bersama harimau melalui visual-visual alam yang tersangat indah. Ada kalanya ia berkeliauan seperti cahaya keemasan. Di waktu malam pula, ikan dan air laut yang mengandungi phosphorous seakan timbul dari alam kayangan. Imbas kembali kepada kata-kata ibu Pi semasa dia kecil: Apabila merenung ke dalam mulut dewa Vishnu, Pi akan melihat sekalian alam cakerwala terbentang luas. Kamera Ang Lee membawa kita ke dalam minda Pi dan masuk ke dalam lukisan cakerwala dalam buku yang dibacanya. Segala kesan khas yang ditercipta di dalam filem-filem Hollywood masakini tidak dapat menandingi apa yang dilihat oleh seorang kanak-kanak yang tulus bersih hatinya. Minda Pi sebenarnya ‘disediakan’ Tuhan lebih awal agar ia dapat dihidangkan kemudiannya dengan realiti alam yang menakjub-kan bila terapung di dasar laut pada waktu malam. Realiti menjadi satu dengan fantasi tetapi ianya tetap berdiri di atas kebenaran yang bersandarkan hakikat kosmologi Hindu berkurun lamanya.

Hakikat Sinema dalam Life of Pi
Bagaimana sekiranya engkau ada cerita yang
membuatkan engkau percaya yang Tuhan itu
wujud?
- Pi kepada penulis dari Eropah dalam Life of Pi.

Visual di awal filem memberikan petanda bahawa Life of Pi sebenarnya mengenai sinema. (Dalam Bunohan,skrin televisyen yang memaparkan pelakon-pelakon dalam filem itu sendiri menjadi petanda tentang subjek sebenar Bunohan, ia itu, sinema.) Seekor girafah yang memakan daun-daun di atas pokok menjadi petunjuk kepada filem Jurassic Park (arahan Steven Spielberg), di mana seekor dinosaur memakan daun di atas pokok yang tinggi. Filem ini mencetuskan fenomena rekaan binatang-binatang raksasa di dalam filem melalui penjanaan imej komputer (CGI). Adegan kapal tenggelam dengan lampu-lampunya masih menyinar indah adalah rujukan kepada filem Titanic yang begitu gah dengan CGInya. Pi terapung (seakan dalam perut ibu dan dilahirkan semula). Dia memandang dengan penuh kagum. Ang Lee seakan menyaran: Lupakan filem-filem seperti ini. Biarkan mereka tenggelam. Semuanya syok sendiri dan kosong belaka. Ia hanya mengkayakan kapitalis filem. ‘Lahirlah semula’ dan melihat ke dalam diri sendiri. Di situlah terdapatnya cerita-cerita yang sebenar.
Mungkin itulah lontaran ide daripada Ang Lee kepada karyawan generasi baru agar melahirkan filem-filem yang jujur. Selepas Pi diselamatkan dan berada di hospital, ia ditemubual oleh dua orang Jepun, wakil pemilik kapal yang tenggelam. Mereka tidak dapat menerima apa yang diceritakan oleh Pi tentang pengalamannya dengan harimau dan bagaimana ia hampir ditelan oleh sebuah pulau carnivore yang tidak pernah ditemui oleh sesiapa. Mereka mendesak: “Kami perlukan kisah yang boleh dipercaya. Cerita yang mudah. Cerita yang benar!”
Adegan ini digambarkan dengan warna putih keseluruhannya, yang menjadi petanda tentang ‘mautnya’ sinema di tangan kapitalis (lihat pantai yang putih dan kelir putih dalam Bunohan yang membawa maksud yang sama). Pi akur dan mencerita-kan ’kisah yang benar’. Air matanya mengalir, tanda  kesedihannya di atas pembohongan yang dilakukannya. Dua orang Jepun ini sebenarnya mewakili penerbit-penerbit filem yang tidak suka kepada kisah benar, yang di luar pemikiran manusia biasa. Itulah nasib karyawan muda hari ini apabila terpaksa akur kepada kehendak kapitalis-kapitalis filem. (Lihat dalam filem Bunohan, bagaimana taukeh burung Cina ‘memerangkap’ karyawan-karyawan muda dan memaksa mereka turut dengan kehendaknya. Anda mungkin mengenali dia sebagai seorang penerbit prolifik di Malaysia!)
            Saya melihat adegan bersama orang-orang Jepun ini sebagai kesedihan Ang Lee apabila ’dicabut’ oleh Hollywood dari Taiwan dan ’diberi peluang’ untuk melahirkan filem-filem seperti The Hulk. Maka seperti John Woo dari Hong Kong yang kini ’berkarya’ di Hollywood, keperibadian Ang Lee hilang ditelan oleh kilang filem Hollywood. Begitu juga dengan beberapa pelakon dan pengarah dari Australia yang kini berkarya di Hollywood yang menyebabkan kejatuhan industri perfilem Australia pada tahun 1970-an dan 80-an.  Hasil kerja mereka, John Woo dan Ang Lee sama seperti pengarah-pengarah lain di Hollywood. Maka Life of Pi merupakan pemberontakan Ang Lee terhadapa keadaan ini. Dia melawan Hollywood dengan menggunakan senjata yang dilahirkan oleh Hollywood sendiri! Demi menyelamatkan hakikat spiritual sinema, Ang Lee melahirkan sebuah karya yang sarat dengan imej penjanaan komputer dan kesan khas tetapi kesemuanya menjadi ’hamba’ kepada cinema. Ang Lee seakan berkata: Aku akan lahirkan sebuah filem tentang seorang budak, seekor harimau dan sebuah bot. Dan aku akan menggunakan kesan khas yang maha hebat. Aku akan tunjukkan bahawa filem sebegini juga akan laku di pasaran. Itu janji aku. Mungkin itulah yang dikatakan Ang Lee.  
            Life of Pi adalah satu anti-tesis kepada jenis-jenis filem keluaran Hollywood. Di segi plot, tidak terdapat protagonis dan antagonis seperti kebiasaan. Di segi aksi, tidak ada perlumbaan kereta atau letupan. Di segi casting, Ang Lee memilih waktu utama, ia itu, Pi semasa dia dewasa, yang wajahnya seperti seorang yang amat biasa. Ini adalah berlawanan dengan  cara Hollywood yang biasanya memilih pelakon berwajah tampan dan yang berkarisma. Begitu juga dengan pemilihan Gerard Depardieu, pelakon Perancis yang disegani yang memegang watak sebagai seorang tukang masak. Rupa dan perangainya begitu buruk, tidak sepertimana kita mengenali Depardieu dalam filem-filemnya sebelumnya. Bandingkan ini dengan pemilihan Francois Truffaut, pengkritik filem dan pengarah tersohor dari Perancis, yang memegang watak sebagai seorang saintis berwajah tampan dalam filem Close Encounters of the Third Kind arahan Spielberg. Di sini, Ang Lee mengajak kita merenungi sifat sinema itu sendiri seperti kata-kata Pi kepada penulis dari Eropah: ”Ianya adalah satu refleksi – yang memperlihatkan diri sendiri.”
Adegan romantis di antara Pi dan penari juga tidak dikembangkan agar menjadi sensual seperti kelaziman dalam filem-filem Hollywood (dan di akhir cerita Pi mengkahwini perempuan yang lain). Pi dilihat hanya mahu tahu tentang rahsia satu pergerakan dalam tarian (lambang bunga lotus yang bersembunyi di dalam hutan). Ini dikaitkan dengan kesedarannya tentang gigi dalam daun-daun berbentuk lotus di pulau carnivore yang menelan manusia. Lihat latar pokok-pokok jejawi semasa ia bertanya si penari tentang pergerakan tangannya. Pokok-pokok di atas pulau juga berbentuk seperti pokok-pokok jejawi. Pokok-pokok sebegini selalunya dikaitkan dengan agama Hindu dan Buddha di mana para rishi melakukan pertapaan untuk mendapat petunjuk dan kesedaran tentang alam kebatinan. Semuanya menjadi petanda terhadap kesedaran yang dialami oleh Pi.
Di akhir cerita, Pi dan Richard Parker terselamat di sebuah pulau. Richard Parker menghilangkan diri ke dalam hutan tanpa menoleh ke belakang untuk memandang Pi. Pi mengeluh kepada penulis Eropah yang menemubualnya: ”Selepas segala-gala yang kami alami bersama, dia langsung tidak menoleh memandang kepada aku!” Tentunya adegan ini akan berbeza jika mengikut konvensi di Hollwood. Bagi Ang Lee, binatang adalah binatang. Dia bukan seperti manusia. Hakikat realiti – dan sinema – tidak dapat diputarbelitkan demi pasaran.
Persoalan yang menarik di sini ialah: Harimau itu mewakili siapa? Dia tidak mengendahkan Pi, malah di atas bot, dia kencingkan Pi! Namanya amat pelik sekali - Richard Parker! Nama orang Inggeris. Bagi saya, harimau itu adalah kapitalis filem Hollywood, yang gah dengan kemajuan teknologi. Mereka tidak boleh dijinakkan lagi. Mereka sebenarnya takut dengan pengarah filem alternatif seperti Ang Lee yang menjadi pesaing mereka. Maka dibawa mereka ke Hollywood dan dengan itu, melumpuhkan industri perfileman di negara-negara mereka. Apa yang berlaku di Australia adalah contoh yang nyata.
            Tokoh Sufi di Sumatera, Hamzah Fansuri pernah berkata: ”Aku mencari Tuhan dari Jawa hingga ke Kaabah. Akhirnya akan menemuinya dalam rumah aku sendiri.” Dalam pengembaraan untuk mencari dirinya, Pi sudah ’mencuba’ pelbagai agama. Akhirnya, seperti Hamzah Fansuri, dia menemui Tuhan melalui satu pengembaraan yang tidak terduga dan melihatNya pada alam sekeliling. Rupa-rupanya Tuhan ’berlindung di tempat yang terang’. Apakah Ang Lee pernah melalui detik-detik seperti yang dilalui Pi sehingga dia mendapat kesedaran diri dan tentang hakikat sinema yang sebenar? Itu tidak penting. Yang penting, dia mahu mengkongsi pengalamannya dengan karyawan generasi baru agar mereka tidak disesatkan oleh para kapitalis dan pasaran. 

Life of Pi satu Alegori?
Di akhir filem Life of Pi, penulis dari Eropah itu tidak tahu samada apa yang dikisahkan oleh Pi itu benar atau tidak. Maka ia mula membuat tafsiran bahawa harimau dan binatang yang lain di atas bot adalah metafora bagi manusia-manusia yang ditemui Pi. Nampaknya itu sajalah tahap ilmu yang datang dari Barat yang begitu cetek, yang bersandarkan teori dan tidak berupaya menyelami hakikat sinema yang sebenar. Barat lebih berminat kepada aspek struktural dan hanya menggunakan metafora, alegori dan semiotik!
Dia seterusnya membuat kesimpulan bahawa cerita Pi berakhir dengan kesudahan yang menggembirakan (a happy ending– seperti filem-filem arus perdana yang dikehendakki kapitalis filem!). Pi hanya tersenyum dan mengatakan: “Kini cerita itu sudah menjadi cerita engkau.” Tetapi apakah rakan Eropah itu (yang mewakili kapitalis filem di Barat) dapat memahami kata-kata Pi itu dan juga kata-kata lebih awalnya: “Bagaimana kalau anda ada sebuah kisah yang membuatkan anda percaya yang Tuhan itu wujud?” Apakah cerita sebegini digemari oleh kapitalis filem? Semakin mereka maju dengan penggunaan teknologi, semakin jauh mereka dari pengenalan diri dan Tuhan. Semakin tinggi pendidikan yang diterima audiens hari ini, semakin rendah penghayatan mereka tentang sinema.  
Pi menyerahkan kisahnya yang siap ditulis kepada penulis dari Eropah itu. Syot yang bersifat affection imagemenampakkan penulisan Pi seakan sebuah skrip filem. Apakah kisah itu akan diubahsuai agar menjadi ‘lebih benar’? Pi mengeluh, terkilan yang Richard Parker, selepas terselamat di pulau, terus memasukki hutan tanpa menoleh ke arah Pi. Walaupun dia ada ruh, seperti kata Pi, tetapi dia tetap binatang (dan CGI pula tu!). Hanya manusia sahaja dapat mengenal diri dan Tuhan. Pi sudah diberi petunjuk tetapi ternyata ia belum sampai ke akhir perjalanannya dan harus mengembara lagi.  

Melahirkan Sinema yang Sebenar
Memang benar apa yang pernah dikatakan oleh U-Wei bahawa filem itu spiritual sifatnya. Tetapi di manakah karyawan dan penerbit filem yang jauhari yang dapat mengenali maknikam? Ang Lee mengajak kita merenungi semula sifat sinema. Apakah sebenarnya sinema? Adakah ia semata-mata hiburan? Atau apakah ianya lebih dari itu? Bukankah karyawan juga khalifah, yang memimpin dengan betul dan mengajak kepada kebaikan?  
Di milenia yang baru ini, kita sepatutnya melakukan transformasi bukan regresi. Apakah Sinema Malaysia akan melihat nanti satu fenomena di mana pengarah dan kapitalis filem kita dapat merasai apa yang dirasai Pi dan menghasilkan filem-filem yang sebenarnya filem, yang boleh melahirkan sinema Malaysia yang mempunyai jati diri, penuh dengan kebijaksanaan dan bersifat spiritual? Apakah kita dapat menghindarkan diri daripada ’jual agama dan bangsa’ seperti yang sedang berlaku sekarang? Adakah kita mahu terus menghasilkan sampah yang akan menjadikan ’warisan’?
Kesimpulan dalam filem Bunohanbersifat tragis. Keluarga, tanah, seni dan warisan dimusnahkan oleh kapitalis. Dalam Life of Pi, Ang Lee memberikan harapan. Persoalan tentang sinema dari Ang Lee ditujukan kepada kita semua. Inilah permasalahan yang generasi karyawan baru Malaysia menanti-nantikan penyelesaiannya.

Hassan Abd Muthalib adalah Karyawan Tamu Kanan di Fakulti Filem, Teater & Animasi di UiTM, Puncak Perdana, Shah Alam.
   
*Semua penulisan artikel dalam blog ini adalah hak cipta terpelihara. Dilarang sama sekali membuat salinan ke dalam apa jua bentuk ke laman lain atau sebagainya tanpa kebenaran bertulis dari penulis *

FFM25 dan FFM26 tahun 2013 serentak?

$
0
0
Tahun ini (2012) semua penggiat filem tempatan termasuk pengarah, penulis skrip, pelakon dan sebagainya tidak akan dihargai sepertimana tahun-tahun sebelumnya. Penghargaan sedemikian selalunya dilakukan dalam satu pesta yang dikenali Festival Filem Malaysia. Penganjuran festival filem Malaysia buat pertama kalinya dilakukan oleh Persatuan Wartawan Malaysia pada awal tahun 1980-an. Selepas itu ia dianjurkan oleh pelbagai persatuan dan seterusnya diambil alih sepenuhnya oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas). 

Festival Filem Malaysia ke-25 yang dijadualkan akan berlangsung hujung disember 2012 ini ditunda pada tahun 2013, dan bermakna apakah tahun 2013 menyaksikan dua festival filem akan dilakukan dua kali setahun iaitu FFM 25 dan FFM 26?. Untuk mengetahui apakah benar atau ramalan saja.. sila baca artikel yang kami sediakan untuk anda..

************
Dipetik dari Utusan Malaysia 12 Disember 2012

TAHUN ini Festival Filem Malaysia (FFM) bakal meyambut jubli perak penganjurannya buat kali yang ke-25. Festival yang asalnya dianjurkan Persatuan Wartawan Hiburan Malaysia (EJA) pada awal 1980-an itu telah banyak membantu menyemarakkan lagi industri perfileman di negara ini.

FFM seperti biasa bukan sahaja tidak pernah sunyi dengan kontroversi, malah FFM25 yang sepatutnya diadakan pada 30 Disember ini juga terpaksa dianjakkan tarikhnya pada tahun depan.
Paling teruk difahamkan setakat ini pihak penganjur belum menetapkan tarikh baru penganjuran FFM25 yang akan diadakan pada tahun depan itu. Banyak masalah teknikal menyebabkan pesta filem setahun sekali itu terpaksa ditunda tarikhnya.

Masalah-masalah yang dikemukakan antaranya daripada segi bajet sehinggalah kepada persiapan di saat-saat akhir yang menyebabkan pihak penganjur boleh sesak nafas dibuatnya.
Antara yang mencetuskan tanda tanya FFM25 dikatakan ditunda kerana dikatakan mahu menyesuaikan tarikh individu-individu tertentu agar dapat hadir bagi memeriahkan lagi malam anugerah penuh glamor itu nanti.

Paling kelakar alasan lain yang diberikan ialah pada hujung tahun ramai penggiat perfileman yang dikatakan sedang bercuti atau mempunyai urusan kekeluargaan lain. Sebab itu tarikh penganjurannya pada hujung tahun ini juga dikatakan tidak sesuai untuk golongan-golongan tersebut.

Banyak masalah akan timbul apabila FFM25 ditangguhkan. Antaranya soal pencalonan filem-filem cereka yang semakin bertambah itu akan menyebabkan lambakan dalam penjurian festival tersebut kelak. Banyak filem yang diterbitkan menunggu masa untuk dicalon serta dipertandingkan pada setiap kali FFM dianjurkan.

Malah, jika FFM25 diadakan pada tahun depan, maka bagaimanakah pula dengan FFM26? Jika keadaan itu berlaku kemungkinan besar tahun 2013 akan menyaksikan dua festival filem iaitu FFM25 dan FFM26 akan diadakan pada tahun yang sama ataupun mungkin secara serentak.

Bayangkan untuk penjurian FFM25 tidak kurang 50 filem cereka telah menghantar pencalonan untuk dipertandingkan pada festival itu. Kelewatan penganjuran FFM25 secara langsung juga boleh menyebabkan berlakunya peningkatan kos penganjuran jika dua FFM diadakan dalam masa setahun.

Kalau itu berlaku, maka ini adalah kali pertama dalam sejarah FFM dianjurkan sebanyak dua kali dalam setahun.

Perancangan yang tidak betul terutama membabitkan tarikh pengajuran FFM secara tidak langsung akan menjejaskan program-program lain seperti sesi penjurian, tayangan filem, forum, seminar dan pelbagai lagi aktiviti yang biasanya dijalankan sebelum menjelangnya malam anugerah FFM.

Sehubungan itu, Finas mahu pun Gafim seharusnya mempunyai perancangan yang lebih teliliti agar FFM kali ini berjalan lancar. Sepatutnya dua pihak itu lebih mengutamakan kepentingan FFM itu sendiri daripada mengambil kira atau mahu menjaga kepentingan segelintir pihak yang lain.

Mereka seharusnya rasional dalam menangani isu remeh-temeh seperti itu. Dalam hal ini yang menjadi mangsa ialah pihak penerbit dan filem-filem yang mereka pertandingkan. Karyawan lain seperti pengarah, penulis skrip serta pelakon juga terkena tempiasnya kesan daripada kelewatan penganjuran FFM25.

Paling utama setiap karyawan terutamanya syarikat-syarikat produksi dan para pelakon yang terbabit sepatutnya memberi tumpuan kepada malam anugerah tersebut. Malam itu adalah malam untuk meraikan serta mengiktiraf pembabitkan mereka dalam bidang yang diceburi itu. Namun, mereka semua hanya akan menjadi mangsa jika FFM lebih mengutamakan pihak-pihak lain yang bukan merupakan pemain utama dalam industri ini berbanding mereka yang sebenar-benarnya layak untuk diraikan.

© 2012  Utusan Melayu (M) Bhd 


FESTIVAL P.RAMLEE, PULAU PINANG ( 11 DISEMBER 2012 - 13 JANUARI 2013)

$
0
0

PULAU PINANG - Sebagai sokongan kepada kesungguhan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk mengangkat kembali tokoh besar seni negara yang juga anak jati Pulau Pinang, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Penang Institute mengambil inisiatif untuk menyegarkan kembali ingatan dan mencetuskan ilham-ilham baharu mengenai hasil kerja P Ramlee dan hubungannya dengan masyarakat Pulau Pinang, serta Malaysia amnya.
Selain, sebagai satu penghargaan kepada seniman agung ini, festival ini juga adalah sebahagian daripada usaha memartabatkan sumbangan anak Pulau Pinang kepada perkembangan seni dan kebudayaan negara. Karya-karya P Ramlee tidak hanya dibahas daripada sudut seni filem dan nyanyian semata-mata, malah menjangkaui tema-tema besar berkenaan realiti sosial masyarakat dan cerminan zamannya. Festival ini cuba untuk menjangkau seramai mungkin segmen masyarakat dengan mempelbagaikan program di serta Pulau Pinang – baik di Georgetown, Balik Pulau dan juga di Seberang Prai.
Bagi anda warga filem, peminat setia karya seniman angung P.Ramlee, dijemput hadir. Sila Klik Sini untuk sebarang info.

24 PERSEMBAHAN ESKLUSIF HIASI PROGRAM ISTANA BUDAYA 2013

$
0
0
KUALA LUMPUR - Sebanyak 24 program berbentuk persembahan pentas merangkumi persembahan teater, muzik, dan tarian bakal menghiasi jendela 2013. Program yang bakal dipentaskan di Istana Budaya, Kuala Lumpur bermula 11 Januari 2013 hingga 22 Disember 2013 mempertaruhkan elemen kebudayaan pelbagai kaum menerusi seni pentas dengan memilih 24 jenis persembahan bertaraf nasional dan antarabangsa sebagai platform utama. 

Ketika berucap di Majlis Perlancaran Program 2013 Istana Budaya pada pukul 11.00 pagi 26 Disember 2012 tadi, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, YB Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim berkata 'kita mengharapkan lebih banyak seni persembahan pentas merangkumi pelbagai kaum dipentaskan di Istana Budaya dan pembinaan lebih banyak pentas kecil untuk menyokong persembahan seumpamanya'. Turut menyingkap suasana persembahan dan program yang bakal dianjurkan, Ketua Pengarah Istana Budaya, Dato' Mohamed Juhari Shaarani menegaskan 'tiada kompromi terhadap mana-mana penerbit tempatan samada yang baru atau berpengalaman untuk menganjurkan sebarang bentuk persembahan di Istana Budaya. Kita terbuka, cuma mereka sahaja yang perlu bijak menggunakan apa yang kita berikan', tegasnya ketika menjawab persolan dan tuduhan beberapa penerbit teater sebelum ini yang mengandaikan Istana Budaya 'pilih kasih'.

Istana Budaya merupakan agensi kerajaan di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia (KPKK) merupakan antara agensi kerajaan paling aktif menganjurkan seni persembahan pentas selain Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN). Antara program menarik sepanjang 2013 yang bakal diadakan di Istana Budaya, antaranya:-


SONGS OF THE WANDERERS
(11 - 13 Januari 2013
Sebuah persembahan 'Tarian Emas' daripada Cloud Gate Dance Theatre of Taiwan yang unik dengan penggunaan padi sebagai set dalam persembahan


KONSERT KLASIKAL ORKESTRA SIMFONI KEBANGSAAN 
'ROMANTIQUE'
(19 Januari 2013)
Konsert klasikal yang mengetengahkan simfoni-simfoni dari komposer terkenal terutamanya Rachamaninov dengan Symphony No.2 ( F minor, OP.21 dan Nikolai Rimsky-Korsakov dengan Capriccio Espagnol, Op 34. Persembahan klasikal yang pasti memberi kepuasan kepada peminat muzik klasikal.


KONSERT BUDI bersama ORKESTRA TRADISIONAL MALAYSIA
(29 - 31 Januari 2013)
Diterajui Yazid, persembahan penuh gilang gemilang menggabungkan penyanyi terkenal tanahair bersama kumpulan Orkestra Tradisional Malaysia. Persembahan ini akan menitikberatkan elemen-elemen teknikal pentas, set dan visual yang akan menarik minat khalayak terutamanya generasi Y. 

AFFINITY WITH NAN YANG
(15 - 16 Februari 2013)
Persembahan yang menampilkan ratusan pelajar dari Malaysia dan China ini akan mempersembahkan tarian dari suku kaum Melayu, India dan Cina selari dengan semangat 1 Malaysia yang menitikberatkan keharmonian antara kaum dan semangat kebangsaan. Persembahan antara kaum pasti mengukuhkan hubungan sejagat antara Malaysia dan China.


DARI NOVEL KE PENTAS
(21-28 Februari 2013)
Persembahan teater ini meneruskan slot yang mendapat sambutan hangat dari segi kebangkitan minat khalayak kepada cerita-cerita dari novel untuk diangkat ke pentas. Akan membariskan bintang-bintang handalan tanah air, pementasan ini pasti menggamit peminat-peminat novel yang akan membanjiri Istana Budaya.


KONSERT PERMATA SENI
(3 Mac 2013)
Sebuah konsert dari anak-anak Permata yang menggabungkan seni muzik, seni tari dan kumpulan koir. Persembahan warna-warni ini akan memperlihatkan kematangan anak-anak Permata Seni yang telah ditubuhkan sejak tiga tahun yang lalu.


KONSERT NUSANTARA
(13-16 Mac 2013)
Konsert akan menampilkan Hetty Koes Endang, Elly Kassim dan Endang S.Taurina yang memaparkan keindahan dan kekayaan warisan nenek moyang dalam Kepulauan Melayu dengan warna-warni serta memperlihatkan perkongsian budaya dalam rumpun melayu.



KONSERT ULANGTAHUN KE-20 ORKESTRA SIMFONI KEBANGSAAN
(22 - 23 Mac 2013)
Sebuah konsert klasikal sempena ulangtahun ke-20 penubuhan Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK). Konsert ini akan menampilkan pemuzik-pemuzik undangan dari luar negara dan akan diterajui oleh konduktor OSK Fuzer Nawi.



KUMANG
(29 - 31 Mac 2013)
Sebuah Dramatari terkenal dari suku kaum Iban mengisahkan lagenda percintaan di antara Kumang dan Keling. Program kerjasama dengan kerajaan Negeri Sarawak akan memberi pendedahan kepada khalayak mengenai etnik masyarakat Iban Sarawak.



MUZIKAL UPIN & IPIN (VERSI PFOF. GAMAT)
(12 - 21 April 2013)
Muzikal ini diadaptasi dari siri animasi terkenal di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia. Muzikal ini akan menampilkan artis lakon pelbagai kaum dan membawa kisah kehidupan masyarakat majmuk Malaysia yang mementingkan kehidupan yang penuh harmoni. Muzikal ini pasti akan menarik khalayak di kalangan kanak-kanak



KONSERT WINGS OPERA HIDUP 2
(26 - 28 April 2013)
Konsert ini akan menampilkan kumpulan rock gergasi Wings akan bergabung dengan kumpulan Orkestra Simfoni Kebangsaan yang menjanjikan persembahan yang akan menggegarkan Panggung Sari Istana Budaya. Persembahan ini pasti akan menggamit peminat-peminat lagu-lagu rock terutama dengan generasi remaja.





CHOW KIT ROAD
(10 - 26 Mei 2013)
Sebuah Teater Muzikal sempena 20 tahun pemergian seniman Allahyarham Dato' Sudirman Haji Arshad. Muzikal ini akan menggabungkan lagu-lagu popular Allahyarham dan pasti menggamit nostalgia dan keagungan muzik 80'an. 



GETARAN LAGENDAKU TRIBUTE TO P.RAMLEE
(30 Mei - 2 Jun 2013)
Konsert yang akan menampilkan karya Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan dengan menampilkan teraju utama Raja Pop Malaysia Jamal Abdillah. Program ini adalah sebagai mengisi sambutan Hari Seniman.



SAUDAGAR SENI M.NASIR
(7 - 9 Jun 2013)
Konsert yang menampilkan sifu muzik tanah air Dato' M.Nasir. Konsert ini akan menampilkan khazanah muzik hasil gubahan M.Nasir dengan menampilkan persembahan penuh gilang gemilang dan pasti dapat mencuri perhatian khalayak pencinta muzik tanah air.



TIRAI MERAH
( 17 - 24 Jun 2013)
Tirai Merah adalah sebuah cerita berlatarkan kejatuhan era Bangsawan melalui mata seorang budak kampung bernama Johar.



FESTIVAL MUZIK KL
( 1 - 2 Julai 2013)
Sebuah program yang mendapat sambutan hangat dalam kalangan remaja dan telah berlangsung di Istana Budaya sejam enam tahun yang lalu. Festival ini akan menampilkan kumpulan muzik pelbagai kaum yang memperlihatkan kekayaan khazanah muzik masyarakat Malaysia.



COPPE'LIA
( 6 - 7 Julai 2013)
Sebuah persembahan ballet menceritakan kisah Dr. Coppe'lius bersama patung menarinya yang bersaiz manusia normal. Pementasan ini juga adalah bersempena Festival Kesenian Kuala Lumpur.


SCOOBY DOO LIVE SHOW
( 19 - 21 Ogos 2013)
Sebuah konsert muzikal yang akan menampilkan watak animasi yang sangat popular di seluruh dunia iaitu Scooby-Doo. Diisi dengan lagu-lagu dan tari rancak yang menampilkan ketangkasan remaja. Muzikal ini pasti dapat menarik khalayak pelbagai kaum ke Istana Budaya.


KONSERT ORKESTRA SIMFONI KEBANGSAN BERSAMA BINTANG
( 30 Ogos - 1 September 2013)
Sebuah konsert daripada Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) yang akan menampilkan bintang terkenal tanahair. Konsert ini akan menampilkan tema patriotik mengambil sempena sambutan kemerdekaan yang ke-56.


SI PUTEH
( 6 - 8 September 2013)
Sebuah dramatari yang mengangkat naskhah cerita popular Puteri Lindungan Bulan yang sangat terkenal di Utara tanahair. Cerita ini mengisahkan puteri berdarah putih yang ditukar oleh ibu bapanya kerana terlalu kasih. Ini telah membawa kepada satu peperangan yang membawa bencana kepada rakyat jelata.



KONSERT ORKESTRA TRADISIONAL MALAYSIA BERSAMA BINTANG
( 21 - 22 September 2013)
Sebuah konsert daripada Orkestra Tradisional Malaysia yang akan menampilkan bintang terkenal tanahair. Konsert ini akan mengangkat lagu-lagu irama Malaysia yang kaya dengan budaya dengan juga menitikberatkan elemen-elemen 1Malaysia.



TAK SEINDAH MIMPI
( 8 - 17 Oktober 2013)
Sebuah persembahan teater airmata karya penulis wanita tanahair Sharifah Abu Salem. Teater ini mengisahkan semangat jitu seorang gadis miskin dalam menghadapi kemelut hidup dengan cabaran-cabaran yang dihadapi serta perasaan hasad dengki manusia disekelilingnya. Hasil ketabahan akhirnya membawa kejayaan dalam hidup. Teater ini akan memberi inspirasi kepada remaja untuk menghadapi cabaran hidup untuk mencapai kejayaan.



XING YUN THE MUSICAL
( 29 November - 1 Disember 2013)
Pementasan ini merupakan gabungan dan kerjasama tenaga kreatif dari dua negara iaitu Malaysia dan Republik Rakyat Cina. Muzikal yang penuh dengan gubahan lagu yang merdu dan jalan cerita yang menarik pasti menarik khalayak Tiong Hua.



TEATER MUSIM CUTI SEKOLAH
( 13 - 22 Disember 2013)
Sebuah pementasan untuk mengisi slot musim cuti sekolah yang akan mengangkat naskhah adaptasi cerita rakyat antarabangsa yang sesuai dengan khalayak golongan kanak-kanak. Pementasan ini akan menitikberatkan nilai-nilai murni dalam melahirkan generasi yang akan cintakan keamanan dan perpaduan.


p/s: mengharapkan akan ada konsert lagu-lagu klasik era filem Studio Merdeka, Shaw Brothers dan Cathay Keris di Istana Budaya yang menampilkan Nona Asiah, Momo Latiff dan Sebagainya. 

KAHWIN 5 : KOMEDI CARA NIZAM ZAKARIA

$
0
0
Tahun 2012 menyaksikan dua buah filem setahun diarahkan Nizam Zakaria. Pertama, Cinta Kura-Kura (yang ditayangkan pada 1 Mac 2012) dan Kahwin 5 (27 Disember 2012). Kedua-dua filem itu diterbitkan oleh KRU Films dan ShowBiz Production - Kahwin 5. 

'Kahwin 5', dibarisi Usop Wilcha sebagai Dr. K, Dian P.Ramlee, Andrea Abdullah, Norish Karman , Marsha Milan Londoh, Anzalna Nasir, Fizz Fairuz, Shoffi Jikan dan ramai lagi. 'Kahwin 5', diarahkan Nizam Zakaria merupakan sebuah cerita komedi, antara komedi ringan dan bersahaja yang berjaya mengangkat Usop Wilcha sebagai  pelakon lelaki yang cukup berbakat selepas filem Hantu Kak Limah Balik Rumah. 

'Kahwin 5', sebuah komedi yang klise, tetapi pembikinannya menarik, malahan gabungan para pelakon yang membintanginya, menjadikan ia sebuah naskhah yang cukup menghiburkan. Penampilan Usop Wilcha yang membawakan karektor Dr.K ; seorang usahawan mangkuk tingkat yang berjaya dalam kariernya, beristeri empat dan terperangkap dalam satu kes sehingga memaksakan dirinya untuk berkahwin seorang lagi. Apakah Dr. K berjaya dalam hasutan perkahwinan tersebut?. Semuanya bakal terjawab dalam Kahwin 5. 

Persoalan yang bermain difikiran saya ketika menonton filem ini dari awal hingga akhir ialah apakah karektor Dr. K merujuk kepada personaliti usahawan terkemuka MLM iaitu Dr. Rozmey?, merupakan antara usahawan yang berjaya dalam dunia perniagaannya. Jika tidak dan hanya sekadar cerita rekaan, maafkan saya. 


Nizam Zakaria bercerita secara nakal dalam 'Kahwin 5'. Segala dialog, perilaku, gaya bahasa dan perwatakkan pelakonnya menjurus kepada elemen seksual yang kiranya tidak keterlaluan, malahan dianggap 'komedi' dalam penyampaiannya. Kredit harus diberikan kepada Anzalna Nasir kerana kemunculannya pasti menaikkan berahi para penonton lelaki kerana saya percaya Nizam ada jawapannya kenapa watak Fara diberikan kepada si cantik manis, Anzalna.

Marsha Milan Londoh, Dian P.Ramlee, Anzalna dan Andrea Abdullah, berjaya membawakan watak masing-masing, cuma kejanggalan berlaku pada karektor Norish Karman yang dirasakan agak pelik dan 'tidak jujur' dalam lakonannya. Mungkin itu perwatakkannya dalam filem ini, pasti Nizam tahu kenapa setiap watak itu berbeza kehendaknya. Namun antara banyak watak dalam filem ini, paling tidak digemari ialah watak Shoffi Jikan, yang dirasakan agak sama dengan filem-filem arahan pengarah yang lain. Diharapkan untuk filem akan datang, cuba berikan sesuatu yang menarik dan berbeza.

Membuka tirai 27 Disember 2012 di bawah produksi ShowBiz Production, 'Kahwin 5', antara komedi 'biasa', 'tidak sesuatu' tetapi 'menghiburkan', malahan filem ini memberikan sudut sinematografi yang baik malahan pergerakan shot yang bersahaja, santai dan tidak terlalu seni malahan agak baik dan tidak mengecewakan. Diarahkan Nizam Zakaria, Kahwin 5 kini menyundal di semua pawagam tempatan seluruh Malaysia. 

Tonton hanya di pawagam bukan di rumah anda!.

KUTIPAN FILEM 2012 : HANYA 5 SAHAJA FILEM YANG MEMUASKAN

$
0
0
ADNAN SEMPIT 2, JALAN KEMBALI, MAEL LAMBONG, HANTU GANGSTER, dan ISTANBUL AKU DATANG, antara 5 buah filem tempatan yang mengutip kutipan memberangsangkan pada tahun 2012. Sebanyak 77 buah filem yang dihasilkan pembikin dan penerbit filem tempatan, cuma 5 sahaja yang bernasib baik berbanding 72 buah filem lain agak teruk, suam-suam kuku mahupun sekadar balik modal sekaligus merancakkan industri hiburan dan filem tempatan, walaupun dilabelkan sebagai tahun terburuk dalam Industri Filem Malaysia. 

Penundaan Festival Filem Malaysia oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) membuktikan industri filem Malaysia tidak bersedia untuk diiktitaf di negara sendiri, walaupun sistem wajib tayang yang memperuntukkan seminggu dua kali filem tempatan ditayangkan di semua panggung seluruh Malaysia. Penayangan filem dua kali seminggu itu dilihat dapat membantu penerbit filem menayangkan filem mereka dipawagam secepat mungkin kerana menurut rekod Finas, terlalu banyak filem tempatan menunggu giliran untuk ditayangkan di pawagam. Mungkin ini salah satu sebab kemerosotan kutipan filem dipawagam bahkan banyak filem seakan sama ataupun tidak layak digelar sebagai sebuah filem. 

                                             
Kejayaan 5 buah filem itu yang mengutip kutipan agak hebat ; Adnan Sempit 2 (RM 6.82 juta) , Jalan Kembali (RM 4.98 juta) , Mael Lambong (RM 4.88 juta), Hantu Gangster (RM 3.45 juta), dan Istanbul, Aku Datang (RM 3.58 juta) ; itu tidak bermakna ia sebuah filem yang bagus. Tetapi, apa yang membuat filem itu berjaya mempengaruhi penonton ke pawagam adalah 'citarasa, hiburan dan menghiburkan'. Harus diingat bahawa, filem-filem ini tidak boleh disamakan seperti filem-filem seni atau filem yang mempunyai pemikiran yang tinggi dan hebat perilaku dan falsafahnya seperti 'Bunohan', karya Dain Said ; sebuah karya dalam dunia sinema yang layak dilabelkan sebagai 'sebuah filem'

Ketika ditemui media semasa perlancaran ASEAN International Film Festival and Awards 2013 (AIFFA 2013) di Royal Hotel Chulan, Kuala Lumpur, Penerbit filem kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman menyifatkan kegagalan kutipan tiket filem di pawagam tempatan adalah 'kualiti cerita, storymaking dan kehendak penonton'. Tambahnya lagi, 'sekiranya filem-filem tempatan dihasilkan seperti membuat biskut atau mee segera tanpa ada kualiti dari segi jalan cerita dan contentnya, maka sampai bila pun filem-filem kita tetap akan sama dan tidak berubah ; Bayangkan dalam seminggu dua filem. Penonton akan memilih filem mana mereka ingin tonton, dan jika ia bersaing dengan filem luar itu satu cabaran yang perlu difikirkan', kata Raja Azmi sekaligus berharap akan ada perubahan besar dalam industri filem tempatan di bawah pimpinan Raja Rozaimie Raja Dalnish Shah Ketua Pengarah Finas yang baru. 


Walaupun 2012, tahun kemerosotan dari segi kutipan filem tempatan dipawagam, tetapi apa yang diharapkan sebagai warga filem adalah tahun 2013 akan menyaksikan kebangkitan era kejayaan filem-filem tempatan sepertimana tahun-tahun sebelumnya. Filem Malaysia boleh pergi lebih jauh seandainya kena dengan cara dan fikirannya. Wallahuallam.

Kutipan filem-filem tempatan sepanjang 2012 :-

TAYANGAN FILEM CEREKA TAHUN 2012
BILTARIKH
MULA
TYG.
JUDUL FILEMPENGELUARBIL.
PAW.
TYG.
BIL.
HARI.
TYG.
JUALAN
TIKET
(RM)
STATUS
TYG.
1.05.01.12SESUATU YANG TERTINGGALGRAND BRILLIANCE65210.69Selesai Tayang
2.12.01.12KERAMATMETROWEALTH PICTURES67241.39Selesai Tayang
3.19.01.12BUJANG TELAJAKLINECLEAR MOTION PICTURES69262.60Selesai Tayang
4.26.01.12SUMPAHAN KUM KUMMETROWEALTH PICTURES70242.06Selesai Tayang
5.02.02.12AZURAACE MOTION PICTURES65210.99Selesai Tayang
6.09.02.12HANTU DALAM BOTOL KICAPMETROWEALTH PICTURES70241.86Selesai Tayang
7.16.02.12CHANTEKEMPAT SEMUDRA PLANTATION54120.10Selesai Tayang
8.23.02.12ADNAN SEMPIT 2METROWEALTH PICTURES82346.82Selesai Tayang
9.FIST OF DRAGON (MANDARIN)EVO PICTURES67421.26Selesai Tayang
10.01.03.12CINTA KURA-KURAKRU STUDIOS75261.17Selesai Tayang
11.08.03.12BUNOHANAPPARAT40210.78Selesai Tayang
12.SEEFOOD (ENGLISH)SILVER ANT68872.36Selesai Tayang
13.15.03.127 PETALA CINTAMETROWEALTH PICTURES73211.03Selesai Tayang
14.22.03.12JIDIN SENGALOUTLOUD STUDIOS59210.71Selesai Tayang
15.29.03.12JANGAN PANDANG-PANDANGEXCELLENT PICTURES75262.51Selesai Tayang
16.05.04.123 TEMUJANJIMETROWEALTH PICTURES64210.70Selesai Tayang
17.19.04.12UNCLE USINSKETCH SEVEN62211.00Selesai Tayang
18.26.04.12BERANI PUNYA BUDAKVISION WORKS (M)64281.13Selesai Tayang
19.03.05.12CHOW KITGRAND BRILLIANCE71250.45Selesai Tayang
20.10.05.12NONGKRONGMETROWEALTH PICTURES74282.12Selesai Tayang
21.GHOST BUDDIES (MANDARIN)DOUBLE VISION46281.08Selesai Tayang
22.17.05.12MANTERAFLARE STUDIOS78140.35Selesai Tayang
23.YOU BELIEVE IN GHOST? (MANDARIN)GENIUS PARADE47330.63Selesai Tayang
24.24.05.12AKU ADA, KAU ADA?PENCIL PICTURES58211.21Selesai Tayang
25.HOORE! HOORE!ASTRO SHAW / INDEPENDENT PICTURES63210.35Selesai Tayang
26.31.05.12MAN SEWEL DATANG KLWORK MOVE PRODUCTIONS54211.21Selesai Tayang
27.GERIMIS MENGUNDANGE-RAMA CREATIVE72190.22Selesai Tayang
28.07.06.12XMETROWEALTH PICTURES49210.20Selesai Tayang
29.JALAN KEMBALISKOP DAN GRAND BRILLIANCE80284.98Selesai Tayang
30.14.06.12JIWA TAIKONUANSA PRODUCTION64210.62Selesai Tayang
31.AIR MATA IBU (MANDARIN)SHINNING PRODUCTION50210.07Selesai Tayang
32.21.06.12HANYA AKU CINTA KAU SEORANGMETROWEALTH PICTURES46210.18Selesai Tayang
33.MAEL LAMBONGEXCELLENT PICTURES77334.88Selesai Tayang
34.28.06.12BAIK GILERLAYAR DIMENSI54210.38Selesai Tayang
35.AKU, KAU DAN DIATAYANGAN UNGGUL53210.16Selesai Tayang
36.05.07.128 JAMMETROWEALTH PICTURES SDN BHD79282.30Selesai Tayang
37.12.07.12MOMOK - JANGAN CARI PASALGALAKSI SENI SDN BHD40210.13Selesai Tayang
38.26.07.12KARMA REBORN (KANTONIS)GENIUS PARADE4119
0.25
Selesai Tayang
39.09.08.12HANTU GANGSTERPRODIGEE MEDIA SDN BHD9935
3.45
Selesai Tayang
40.19.08.12SAMSKOP PRODUCTION7628
1.88
Selesai Tayang
41.SERAM SEJUKI-INSAN MULTIMEDIA5628
0.92
Selesai Tayang
42.30.08.12LEFTWINGSBAGUS TIASA SDN BHD48140.02Selesai Tayang
43.29 FEBRUARIKRU STUDIOS SDN BHD79210.37Selesai Tayang
44.06.09.12SALAM CINTAMETROWEALTH PICTURES SDN. BHD50270.26Selesai Tayang
45.HANTU AIRMULTIMEDIA ENTERTAINMENT SDN. BHD50210.68Selesai Tayang
46.13.09.12HALIM MUNANRR EMPIRE SDN. BHD60190.49Selesai Tayang
47.KEPONG GANGSTER (KANTONIS)MAHU PICTURES SDN BHD64282.09Selesai Tayang
48.20.09.12UNTUK TIGA HARIASTRO SHAW SDN.BHD72250.86Selesai Tayang
49.AJI NOH MOTORMIG PICTURES SDN. BHD49190.22Selesai Tayang
50.27.09.12HANTU KAPCAIKRU STUDIOS SDN. BHD71353.19Selesai Tayang
51.SOFAZR THE MOVIE JIWA KACAUNUSAN BAKTI CORPORATION SDN. BHD50140.15Selesai Tayang
52.04.10.12TAI KUNMIG PRODUCTION SDN. BHD62 260.78 Selesai Tayang
53.NGORATGRAND BRILLIANCE58190.37 Selesai Tayang
54.11.10.12AKU TERIMA NIKAHNYAMETROWEALTH PICTURES SDN. BHD6321  2.75Selesai Tayang
55.CINTA BERUANGFANTASTIC VILLA SDN. BHD4812  0.05Selesai Tayang
56.18.10.12PE3METROWEALTH PICTURES SDN. BHD48 191.18Selesai Tayang
57.VAJRAM (TAMIL)GENIUS PARADE SDN. BHD4112  0.009Selesai Tayang
58.25.10.12APA CELOP TOQQEXCELLENT PICTURES SDN. BHD6626 1.07Selesai Tayang
59.      
60.01.11.12BUDAK PAILANGMIG PICTURES SDN. BHD6221 0.96Selesai Tayang
61.ZAITON, CERITAKUBRUANG FILM SDN. BHD5614 0.059Selesai Tayang
62.08.11.12AJI BOYMIG PICTURES SDN. BHD4521 0.71 Selesai Tayang
63.ISTANBUL, AKU DATANGGRAND BRILLIANCE & RED FILMS7035 3.58 Sedang Tayang
64.15.11.12WAR OF THE WORLDS : GOLIATHTRIPOD ENTERTAINMENT SDN. BHD5212 0.28 Selesai Tayang
65.      
66.22.11.12PONTI VS OMIVISION WORKS (M) SDN. BHD66 321.71 Sedang Tayang
67.      
68.29.11.12SEPAH THE MOVIEPTV FILM PRODUCTION SDN. BHD6725 1.90 Sedang Tayang
69.LAGENDA BUDAK SETAN IIASTRO SHAW SDN. BHD74251.81Sedang Tayang
70.06.11.12STRAWBERI CINTAMIG PICTURES SDN. BHD5618 0.59 Sedang Tayang
71.ADUTHA KHATTAMNGP FILM SDN. BHD3214 0.06Selesai Tayang
72.13.12.12      
73.THE GOLDEN COUPLEGRAND BRILLIANCE59111.05 Sedang Tayang
74.20.12.12ADIK MANJA RETURNADIK MANJA SDN. BHD450.10Sedang Tayang
75.THE COLLECTORTAYANGAN UNGGUL SDN. BHD450.11Sedang Tayang
76.27.12.12KAHWIN 5KRU STUDIOS SDN. BHD65  Tunggu Tayang
77.THE PRINCE OF THE CITYAXIS LINE ENT. SDN. BHD.60  Tunggu Tayang

*Kutipan terkini sehingga 24 Disember 2012
SUMBER: FINAS

p/s: Festival Filem Malaysia ke 25 dan 26 akan menyusul tidak lama lagi. Nantikan info-info menarik akan datang. Benarkah FFM25 dan FFM26 diadakan serentak?. No komen...

2013 COPYRIGHT ARTICLE by AMY IKRAM


GARA GARA REBAT TELEFON BIMBIT.. PORTAL SKMM TAK BOLEH DIBUKA!

$
0
0

Sejak kerajaan melalui Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia melalui kenyataan menterinya, Datuk Seri Utama Dr.Rais Yatim melalui amanat Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Hj Abdul Razak untuk memberikan rebat berjumlah RM200 kepada rakyat Malaysia berumur 21 hingga 30 tahun yang berpendapatan RM3,000 ke bawah, portal atau laman sesawang SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) tidak boleh dibukak sejak semalam. Apakah portal itu agak sibuk atau tidak boleh diakses langsung?. Kami masih menunggu jawapan dari pihak yang bertanggung jawab. Jom kita baca apa berita terkini mengenai pemberian rebat ini. 
- editor
**********

Jemaah Menteri telah bersetuju agar belia berumur 21 hingga 30 tahun berpendapatan RM3,000 ke bawah boleh membeli apa jua jenis telefon pintar dengan rebat RM200 yang diumumkan kerajaan.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, berkata perkara itu diumumkan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementerian tersebut hari ini.

Pemberian rebat RM200 itu dilaksanakan di bawah Pakej Komunikasi Belia (PKB) selaras dengan ucapan Belanjawan 2013 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada September lepas.

Menurut kenyataan itu, pelaksanaan skim tersebut ialah atas prinsip 'siapa cepat dia dapat'.

Tujuh syarikat telekomunikasi yang melaksanakan skim PKB di bawah koordinasi SKMM adalah Celcom, Clixster, DiGi, Maxis, Tune Talk, U Mobile dan YTL Communications.

SKMM memperjelaskan bahawa semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan PKB sama ada penjual atau peruncit dikenakan syarat harga patut.

Dalam kenyataan terdahulu, SKMM memaklumkan hampir 5,500 belia yang layak telah mendaftar untuk mendapatkan rebat itu selepas pendaftarannya dibuka semalam.



SKMM turut menasihati para belia yang telah berdaftar untuk membuat pilihan dengan bijak serta meninjau pasaran terlebih dahulu sebelum membeli peranti pilihan berdasarkan tahap kemampuan masing-masing.

Pendaftaran di bawah PKB boleh dilakukan secara online dari pukul 7 pagi hingga 11 malam di laman sesawang komunikasibelia.skmm.gov.my.

Orang ramai boleh menghubungi hotline SKMM di 1800-88-4040 dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang, Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum jika terdapat sebarang pertanyaan.


**********

p/s: gunakanlah ia dengan sebaik mungkin. bagi yang sudah ada phone, jangan membazir, duit tu boleh derma bagi mereka yang memerlukan. sabor jer lah.

3 FILEM TEMPATAN HIASI SINEMA JANUARI 2013

$
0
0
Nampak gayanya, hanya 3 buah filem tempatan sahaja ditayangkan dalam slot 'di pawagam' pada Januari 2013. Peminat filem tempatan jangan lepaskan peluang anda untuk menonton ketiga-tiga filem tempatan ini, sebagai sokongan anda terhadap Sinema Januari 2013. Nak tahu filem apakah akan menghiasi pawagam tempatan seluruh negara bermula 3 Januari 2013 hingga 24 Januari 2013?. Jom kita saksikan trailer dan info menarik ketiga-tiga filem ini.


3 JANUARI 2013
MINYAK DAGU
Minyak Dagu mengisahkan tentang Azman yang berdendam dengan bekas tunangnya Emelda, disebabkan terlalu dendam dan mengikut desakan daripada kawannya, Azman telah berjumpa bomoh, Wak Minarjo seorang pawang hebat minyak dagu. Emelda yang memutuskan pertunangan dengan Azman demi mengikut cakap kedua-dua orang tuanya bahawa Johan adalah seorang calon suami yang baik dan boleh menjamin masa depan Emelda, nak dibandingkan Azman yang hanya seorang jurujual yang sering tak ada untungnya. Liza, ibu kepada Azman begitu kecewa dengan sikap Emelda kerana melukakan hati anaknya. Setelah bertemu dengan Wak Minarjo, Azman betul-betul nekad untuk membeli minyak dagu, dan dia haruslah megikut pantang-larang yang diberitahu Wak Minarjo, Minyak dagu tersebut haruslah dicalitkan pada siku Emelda dan botol minyak dagu tersebut hendaklah di tanam berdekatan dengan pokok pisang. Sekiranya botol tersebut pecah disambar petir, maka segala kuasa sihir hilang. Menunggu hari bahagia Emelda dan Johan dinikahkan. Emelda nekad ingin menjemput bekas tunangnya itu. Azman mula mengambil kesempatan tersebut untuk mencalitkan minyak dagu pada siku Emelda. Di hari pernikahan Emelda dan Johan, Emelda tiba-tiba histeria. Azman puas kerana dendamnya terbalas. Semenjak dari itu, keadaan Emelda berubah. Johan bertindak membawa bomoh untuk mengubati histeria Emelda yang semakin parah. Hal ini menyebabkan Ainon, mak Emelda cenderung menuduh Johanlah yang menjadi punca sakit Emelda. Akhirnya selepas bertengkar, Ainon diserang sakit jantung dan meninggal dunia. Azman merasa bersalah lalu melawat jenazah Ainon. Pantang larang terbesar Azman ialah tidak boleh melawat orang mati. Segala-galanya berubah...

Pengarah
Azhari Zain

Pelakon
Fezrul Khan, Yana Samsuddin, Fizo Omar 



10 JANUARI 2013
WAWA SEMPUT

Konflik cinta BOBBY dan WAWA daripada filem Adnan Sempit tidak berakhir begitu sahaja. Kini, ianya disambung kembali dalam filem penuh komedi dan aksi memaparkan Bobby dan Wawa yang terpaksa menghadapi ujian terbesar dalam hubungan mereka apabila Bobby menuduh Wawa tidak setia. Nama Ismat menjadi penyebab segalanya. Wawa sudah naik muak dengan sikap Bobby yang suka merempit mengambil keputusan untuk berpisah dan pulang ke kampungnya. Bobby merayu berkali – kali dan meminta maaf namun tidak dilayan langsung oleh Wawa. ISMAT muncul dengan penuh bergaya dan menumpangkan Wawa pulang ke kampungnya. Bobby yang memang sudah tangkap cintan guling – guling dengan Wawa tekad untuk mendapatkan Wawa kembali. Ismat dan Wawa pulang ke kampung dan terkejut apabila melihat Bobby terlebih dahulu sudah sampai. Lama kelamaan, Wawa mulai naik semput dengan sikap Bobby dan Ismat yang tidak sudah bersaing untuk memikatnya. PAK KUDIN, ayah kepada Wawa lebih menyukai Ismat yang dirasakan mempunyai masa depan yang lebih cerah berbanding Bobby yang kaki rempit. Namun, Pak Kudin juga sedar yang Wawa masih sayangkan Bobby dan mengharapkan dia akan berubah. Kawan baik kepada Wawa, AYUNI jatuh cinta pandang pertama pada Ismat kerana wajah Ismat yang mirip dengan bekas kekasihnya cuba untuk merampas Ismat daripada Wawa namun Ismat tetap setia pada cintanya. Sesuatu harus dilakukan demi memisahkan Ismat dan Wawa. Ayuni dan Bobby berpakat! Apakah yang akan dilakukan oleh Ayuni dan Bobby? Masih adakah ruang untuk Bobby di hati Wawa? semuanya bakal terjawab dalam Wawa Semput yang 'menyemput' di pawagam anda akan datang...


Pengarah
Ismal Bob Hashim

Pelakon
Angah Raja Lawak  
Yana Samsuddin
Along Cham




JUVANA
24 JANUARI 2013

Kesinambungan dari drama TV popular Juvana yang telah disiarkan di TV3 dan memenangi Anugerah Drama Rantaian TV Terbaik Anugerah Skrin 2011, filem Juvana memaparkan kisah Botak, Apek, Ayam, Kicap, Panjang dan Daim setelah Wira Bakti ditutup. Daim yang telah dibebaskan cuba memulakan kehidupan baru dan menyambung persekolahannya. Namun, sejarah hitam hidupnya tidak memberi laluan mudah untuk Daim membina hidup baru. Botak, Apek, Ayam, Kicap, Gaban dan Panjang telah dipindahkan ke sebuah sekolah juvana lain untuk meneruskan tempoh hukuman mereka. Di sekolah baru itu Botak mula akrab dengan Apek serta yang lain. Namun, mereka menjadi sasaran Lan Todak, ketua samseng sekolah itu hingga mencabar semangat setia-kawan di antara mereka.


Pengarah
Mohamad Faisal bin Ishak

Lakon Layar & Skrip



tonton di pawagam
bukan di rumah anda

ADIK MANJA DHARMA TIDAK SEMANJA ADIK MANJA HAFSHAM?

$
0
0
Maaf, sekadar mahu berkongsi artikel mengenai filem Adik Manja Returns (2013) arahan Dharma yang direview oleh Syazwan Zakaria dari Gala TV, Astro Awani. Jom kita kongsikan, komen di sini ya..

**********


SELEPAS menonton Adik Manja Returns, saya cuba untuk mencari dan memahami alasan mengapa Dharma Harun Al Rashid membikinnya. Sama ada atas faktor populariti, keuntungan atau membangkit nostalgia, saya fikir Dharma seharusnya melihat penghasilan filem ini dalam perspektif yang lebih meluas.


Adik Manja Returns ialah filem sambungan Adik Manja (1980) arahan Othman Hafsham yang dianggap sebagai naskhah komedi klasik. Ia bukan saja memecahkan kutipan box-office ketika itu malah membawakan wajah bangsa Melayu yang moden, berkeyakinan serta berani menerima pembaharuan.

Saya tidak dapat mengelak untuk melakukan perbandingan di antara filem asal dan sekuelnya, baik dari segi jalan cerita mahupun pembikinan keseluruhan. Saya mengambil inisiatif untuk menonton semula Adik Manja agar pemerhatian saya lebih adil dan berasaskan fakta.

Secara ringkas, Adik Manja Returns mengisahkan sebuah institusi pengajian tinggi yang hanya mengambil pelajar-pelajar wanita. Ini adalah untuk mengekalkan tradisi kolej itu. Pengetuanya, Sofia (Rozita Che Wan) adalah anak kepada pengetua dalam filem Adik Manja yang lama.

Ibu Sofia memberi wasiat jika kolej itu mengalami masalah, cari Cikgu Azmi (lakonan Dharma) yang pernah memberikan nafas baru kepada cara pembelajaran. Tidak dinafikan, Cikgu Azmi memang hebat dan memahami jiwa anak muda kerana dia juga baru berusia 26 tahun dalam filem asal.

Yang menjadi persoalan, adakah kaedah yang digunakan dulu dan pemikirannya itu masih relevan? Bukan untuk menidakkan wasiat ibu Sofia namun selaku penerbit, penulis skrip serta pengarah, Dharma mesti lebih jelas dengan apa yang ingin dilakukan menerusi filem sekuel ini dan bukan sekadar syok sendiri.

Meneliti kembali Adik Manja arahan Hafsham, saya mengerti mengapa filem itu diangkat dan menjadi pilihan. Antara sebab yang jelas kerana menawarkan komedi yang segar dan urban, berbanding lawak jenaka lain yang kebanyakannya slapstik misalnya daripada A.R Badul, Yahya Sulong atau Param.

Hafsham juga menghasilkan sebuah skrip yang bijak. Dia bukan saja memasukkan elemen sains dan teknologi (watak Cikgu Azmi ketika itu ialah ahli kimia) malah memahami aspek psikologi dan sosiologi. Hafsham mempunyai sebab dan penjelasan mengapa setiap peristiwa atau kelakuan itu terjadi.

Pada awal 1980-an adalah sesuatu yang normal apabila remaja perempuan tidak dibenarkan bergaul bebas dengan lelaki. Kerana itu kehadiran Cikgu Azmi dalam kolej tersebut mencetuskan polemik baru. Para pelajar digambarkan sebagai nakal (barangkali kerana perkembangan hormon) tetapi tidak liar.

Justeru pada era milenium ini, saya tidak pasti mengapa kolej itu hanya dikhususkan untuk perempuan. Adakah semata-mata kerana tradisi yang tidak lagi sesuai? Ini bukan sekolah rendah, sekolah menengah atau madrasah sebaliknya kolej untuk pelajar pelbagai kaum berusia 18 tahun ke atas.

Ironinya, pergaulan sesama jantina itu hanya berlaku di dalam kolej. Mereka boleh saja bertemu dengan rakan-rakan lelaki di luar malah pada babak akhir iaitu pertandingan tarian, begitu ramai remaja lelaki diundang sebagai penari jemputan. Saya sebenarnya tidak faham apa yang Dharma cuba buat.


Pada hari pertama Cikgu Azmi muncul di kolej, semua pelajar seakan taksub seperti tidak pernah melihat lelaki. Adakah sebelum ini selain Cikgu Azmi, tiada pensyarah lelaki lain? Saya keliru. Jika Hafsham mahu melangkah ke depan menerusi Adik Manja, Dharma pula mundur ke belakang dengan sekuelnya.
Dharma sepatutnya mengkaji dan memahami persekitaran hari ini, bukan sekadar memperbaharui premis dengan meletakkan perlumbaan drift atau tarian shuffle. Dia tidak boleh bergantung kepada kenangan semata-mata untuk menyambung legasi Adik Manjasebaliknya pemikiran filem ini harus lebih maju.

Pada awal filem Adik Manja Returns, moral dan akhlak pelajar kolej digambarkan begitu menakutkan. Mereka bukan saja mempunyai masalah disiplin dan suka membuli pensyarah tetapi terlibat dalam kes pembuangan bayi, kes pukul dan berhutang dengan ah long.
Pengambilan semula Cikgu Azmi dilihat sebagai jalan terbaik untuk membantu mengubah sikap dan kelakuan pelajar-pelajar kolej. Malangnya, saya tidak melihat sebarang tindakan besar yang dilakukan Cikgu Azmi kecuali ingin mengadakan pertandingan tarian untuk menyatukan mereka.

Cikgu Azmi meletakkan syarat, sesiapa yang ingin menyertainya harus lulus dalam peperiksaan. Sangat ajaib apabila ke semua pelajar kolej itu meminati tarian lalu berusaha bersungguh-sungguh sehingga mereka mendapat keputusan cemerlang. Semudah itu? Masuk peraduan dan sikap terus berubah?
Jika ada pun perubahan hanya berlaku kepada dua kumpulan pelajar bermusuh yang diketuai Bib dan Su. Apa terjadi pada pelajar lain yang digambarkan sebagai pembuli dan pengamal ilmu hitam? Adakah masalah disiplin secara keseluruhannya selesai selepas pertandingan tarian berakhir?

Saya merasakan percaturan Adik Manja Returns sudah silap sejak awal lagi. Tidak salah untuk Dharma menghasilkan sambungan tetapi dia memerlukan idea yang bernas dan relevan untuk menyaingi atau setidak-tidaknya sama standard dengan versi Hafsham daripada aspek penceritaan.
Barangkali kisah bayi bernama Izwan - merujuk kepada adik manja dalam filem asal - yang patut dikembangkan dan menjadi subjek yang lebih menarik.
Ada baiknya saya tidak menyentuh secara terperinci tentang aspek lakonan dan teknikal kerana selepas 29 tahun Adik Manja diterbitkan, produk sambungannya tidak mencerminkan kualiti yang sewajarnya. Ia sepatutnya ‘manja’ dan menghiburkan bukan meresahkan dan mengecewakan penonton.

p/s: Nantikan ulasan saya mengenai filem ini akan datang...

UJI RASHID atau AIZAT : PEGANTI YUNA DI MALAM AJL27?

$
0
0
Uji Rashid atau AIZAT?. Akhirnya terjawab sudah mengenai peganti Yuna ini. Pada mulanya, YUNA menginginkan Uji Rashid untuk membawakan 'Terukir di Bintang', di Anugerah Juara Lagu ke-27 (AJL 27) yang bakal berlangsung pada esok malam, Ahad 6 Januari 2013. Kami dimaklumkan Uji Rashid bakal membuat persembahan di malam AJL 27 nanti. 


Terkini, berita sensasi lagi panas memaklumkan bahawa penyanyi Aizat pula dipilih bagi mengantikan Yuna di malam AJL 27. Memang benar lagi sahih berita ini. Walau siapapun yang terpilih bagi menyanyikan lagu ciptaan Yuna sepenuhnya 'Terukir di Bintang', tetapi diharapkan 'dia', bakal membawakan lagu tersebut dengan baik. Atau apakah gabungan UJI RASHID bersama AIZAT membawakan 'Terukir Di Bintang' pada esok malam?. Jika ya, mungkin satu kejutan atau sekadar tanggapan sensasi lagi mendebarkan.

'Terukir Di Bintang', ciptaan sepenuhnya oleh Yuna khabarnya merupakan sebuah lagu yang diinpirasikan dari 'Bulan Di Tutup Awan', sebuah lagu klasik nyanyian Rokiah Wanda. Apakah lagu ini bakal dinobatkan sebagai Juara Lagu ke-27 atau Lagu Terbaik?. Sama-sama kita nantikan ANUGERAH JUARA LAGU KE-27, pada 6 Januari 2013, Ahad. 


'Bulan Ditutup Awan' by Rokiah Wanda

'Terukir di Bintang', by Yuna


p/s: mengharapkan gabungan yang baik antara Uji Rashid dan Aizat pada esok malam. atau Aizat seorang sahaja. Terpulanglah.. 

ROKIAH WANDA vs YUNA

$
0
0
Bila sebut aja nama Rokiah Wanda, barangkali ada yang akan terpinga-pinga, buat-buat tido atau memang tak tau.. atau hanya mereka tahu lagu GangNam Style.. yang ku rasakan macam sebuah lagu tamil - yang di 'rapkan'.. hehhe.

Kalau dibilang nama Seniman Agung P.Ramlee, barulah mereka tahu. Tapi, untuk entry hari ini aku tak nak bercakap mengenai seniman agung tue, tapi mengenai lagu klasik yang dinyanyikan penyanyi popular era 40-an, iaitu Rokiah Wanda. Nama 'Rokiah Wanda' kini disebut kembali menerusi lagu 'Bulan Di Tutup Awan', yang kononnya menjadi inspirasi penyanyi YUNA dalam menghasilkan lagu 'Terukir Di Bintang', antara lagu terbaik di Malam Anugerah Juara Lagu (AJL27) yang dianjurkan Stesen TV3 Malaysia. Pelbagai kontroversi lagu tersebut, di mana Yuna pada mulanya memilih Uji Rashid menyanyikan lagu tersebut di Malam AJL27, sehingga diputuskan Aizat untuk menyanyikan lagu tersebut. Pasti!.

Siapapun yang menyanyikan lagu tersebut, apa yang penting ialah 'komitmen'. Tahniah buat pemenang.. moga untuk tahun 2014, hasilkan karya yang terbaik untuk generasi seterusnya. Kepada anda yang tak suka dengar lagu klasik.. ada aku kisah?. Tak suka pergi blog lain.. hahha. Oh ya, sebelum aku tutup noktah hari ini, apa kata jom kita bandingkan antara YUNA dan ROKIAH WANDA dalam menyanyikan lagu klasik 'Bulan Ditutup Awan'. Jika anda pernah menyanyikannya, dimohon kongsi disini..

'Bulan Ditutup Awan', by Rokiah Wanda

'Bulan Ditutup Awan' by Yuna

JABATAN IMEGRESEN MALAYSIA PERLU WUJUDKAN KEMUDAHAN ONLINE

$
0
0

Beberapa bulan lepas, aku berurusan dengan Jabatan Imegresen Malaysia melalui Bahagian Visa, Pas dan Permit. Tujuan aku ke sana adalah untuk memohon pas professional bagi membawa masuk tenaga krew dari luar negara untuk bekerja dalam Industri Filem dan Hiburan Tempatan. Bahagian ini menyelenggara semua kemudahan berkaitan visa, permit dan pas berkaitan warga asing yang bekerja di Malaysia. Bagi artis, pelakon atau sesiapa yang bukan warganegara Malaysia yang mahu bekerja di Malaysia khususnya dalam industri filem tempatan haruslah memohon visa dari Puspal di Bahagian Perlesenan Finas (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia) sekaligus berurusan dengan Jabatan Imegresen Malaysia. Dalam situasi ini aku memilih untuk ke Putrajaya, Malaysia.

Setibanya di Tingkat 3 Bangunan Imegresen Putrajaya sekitar jam 9.30 pagi, aku lihat begitu ramai orang tidak kira warna kulit, agama, bangsa dan negara berpusu-pusu untuk mendapat khidmat yang terbaik di Bahagian Visa, Pas dan Permit tersebut. Aku ke situ mewakili Finas bersama-sama salah seorang krew dari Singapura untuk memohon kelulusan permit untuk membuat penggambaran di Malaysia. Alhamdulillah.. sekitar jam 4.30 petang, barulah selesai kesemua proses di bahagian tersebut. Bayangkan dari jam 9.30 pagi hingga 4.30 ke 5.00 petang, hanya kerana 'sehelai kertas' aku menunggu dan terus menunggu, akhirnya berjaya jua memperolehi pas tersebut.

Bukan mempersoalkan kredibiliti sistem perkhidmatan awam di Malaysia, tetapi apa yang aku harapkan ialah selepas ini akan ada urusan memohon pas tersebut dalam bentuk online. Dengan online iaitu (hanya satu klik), kita boleh berurusan samada di rumah, pejabat atau di mana jua kita berada, bukankah itu lagi menjimatkan masa, tenaga, minyak petrol dan sebagainya tanpa perlu menunggu hanya kerana 'satu kelulusan'. Kita boleh memohon online, dan akan datang berurusan di kaunter apabila sudah diluluskan atau bersedia untuk diambil apa yang kita hajati. Sistem seperti ini sudah pun ada di Singapura. Kenapa kita tidak mahu menjadikan sistem ONLINE antara sistem yang mempercepatkan segala urusan penting. Saya faham, tidak semua perkara boleh dilakukan secara ONLINE, tetapi kita boleh jadikannya sekiranya kena dengan caranya. Bayangkan untuk dapatkan 'sehelai kertas', kita perlu menunggu lebih kurang 6 jam ke atas?. Masa itu emas..

Jika ia menjadi realiti, saya percaya segala urusan akan menjadi mudah, cepat dan berkesan. Bukan semua orang suka menunggu terlalu lama, sila lihat urusan di bahagian perlesenan Finas. Dalam masa beberapa minit sahaja, permohonan anda akan diketahui samada lulus atau tak. Jika kita biarkan masa itu pergi begitu sahaja, masa yang terbuang boleh kita isikan dengan pelbagai perkara yang lagi menarik, bukankah begitu?. Wallahuallam.



FESTIVAL FILEM MALAYSIA KE 25, DIJADUALKAN MAC 2013

$
0
0
 Ini berita yang baru kami terima..  Festival Filem Malaysia ke-25 (FFM25, 2012) yang dianjurkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bersama GAFIM dijadualkan akan diadakan Mac 2013. Menurut kenyataan yang dibuat Pengerusi Finas, Datuk Md Affendi Hamdan dalam satu sidang media mengumumkan bahawa FFM25, 2012 akan diadakan dalam bulan Mac 2013 kerana faktor lambakkan filem serta penjurian filem yang perlu lebih teliti dan efektif.

Perlancaran FFM25 akan dibuat dalam bulan Februari 2013. Masa dan tempat akan diumumkan kelak. Harap maklum.




Article 0

BUNOHAN DAIN SAID GAGAL TERCALON DI OSCAR 85 HOLLYWOOD!

$
0
0


Walaupun tidak berjaya tercalon dalam sebarang kategori di Anugerah Oscar ke-85 -2013 yang bakal berlangsung pada 24 Februari 2013 di Dolby Theater Hollywood, BUNOHAN karya agung Dain Said, tidak boleh dianggap sebagai sebuah filem yang gagal. BUNOHAN yang menerima kritikan positif dari ramai pengkritik filem tempatan itu turut menyertai Festival Filem Malaysia ke-25 yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur, Malaysia pada Mac 2013. 


BUNOHAN yang diterbitkan Nandita Solomon dari Apparat Films itu tersenarai dua bulan yang lalu di Anugerah Oscar ke 85 bersama-sama 70 buah filem antarabangsa lain dari seluruh dunia. Ketika dihubungi, Dain Said menyifatkan 'ia satu cabaran dalam menghasilkan filem-filem seterusnya'. 


Senarai terbaik bagi setiap kategori dalam Oscar telah diumumkan semalam, sebanyak 24 kategori filem  itu akan berentap bagi merebut antara yang terbaik. Jom kita lihat, senarai penuh  pencalonan  Oscar:

FILEM TERBAIK
Amour
Argo
Beasts of the Southern Wild
Django Unchained
Les Miserables
Life of Pi
Lincoln
Silver Linings Playbook
Zero Dark Thirty

PELAKON LELAKI TERBAIK
Bradley Cooper, Silver Linings Playbook
Daniel Day-Lewis, Lincoln
Hugh Jackman, Les Miserables
Joaquin Phoenix, The Master
Denzel Washington, Flight

PELAKON WANITA TERBAIK
Jessica Chastain, Zero Dark Thirty
Jennifer Lawrence, Silver Linings Playbook
Emmanuelle Riva, Amour
Naomi Watts, The Impossible
Quvenzhané Wallis, Beasts of the Southern Wild

PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK
Alan Arkin, Argo
Robert DeNiro, Silver Linings Playbook
Philip Seymour Hoffman, The Master
Tommy Lee Jones, Lincoln
Christoph Waltz, Django Unchained

PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK
Amy Adams, The Master
Sally Field, Lincoln
Anne Hathaway, Les Miserables
Helen Hunt, The Sessions
Jacki Weaver, Silver Linings Playbook

PENGARAH TERBAIK
Michael Haneke, Amour
Ang Lee, Life of Pi
David O. Russell, Silver Linings Playbook
Steven Spielberg, Lincoln
Benh Zeitlin, Beasts of the Southern Wild

LAKON LAYAR ASAL TERBAIK
Wes Anderson and Roman Coppola, Moonrise Kingdom
Mark Boal, Zero Dark Thirty
John Gatins, Flight
Michael Haneke, Amour
Quentin Tarantino, Django Unchained

LAKON LAYAR ADAPTASI TERBAIK
Lucy Alibar and Benh Zeitlin, Beasts of the Southern Wild
Tony Kushner, Lincoln
David Magee, Life of Pi
David O. Russell, Silver Linings Playbook
Chris Terrio, Argo

FILEM ANIMASI TERBAIK
Brave
Frankenweenie
ParaNorman
The Pirates! Band of Misfits
Wreck-It Ralph

SINEMATOGRAFI TERBAIK
Anna Karenina, Seamus McGarvey
Django Unchained, Robert Richardson
Life of Pi, Claudio Miranda
Lincoln, Janusz Kaminski
Skyfall, Roger Deakins

REKAAN KOSTUM TERBAIK
Anna Karenina, Jacqueline Durran
Les Misérables, Paco Delgado
Lincoln, Joanna Johnston
Mirror Mirror, Eiko Ishioka
Snow White and the Huntsman, Colleen Atwood

DOKUMENTARI TERBAIK
5 Broken Cameras
The Gatekeepers
How to Survive a Plague
The Invisible War
Searching for Sugar Man

DOKUMENTARI PENDEK TERBAIK
Inocente, Sean Fine dan Andrea Nix Fine
Kings Point, Sari Gilman dan Jedd Wider
Mondays at Racine, Cynthia Wade dan Robin Honan
Open Heart, Kief Davidson dan Cori Shepherd Stern
Redemption, Jon Alpert dan Matthew O’Neill


SUNTINGAN FILEM TERBAIK
Argo, William Goldenberg
Life of Pi, Tim Squyres
Lincoln, Michael Kahn
Silver Linings Playbook, Jay Cassidy dan Crispin Struthers
Zero Dark Thirty, Dylan Tichenor dan William Goldenberg


FILEM ASING TERBAIK
Amour, Austria
Kon-Tiki, Norway
No, Chile
A Royal Affair, Denmark
War Witch, Canada

SOLEKAN DAN DANDANAN TERBAIK
Hitchcock, Howard Berger, Peter Montagna and Martin Samuel
The Hobbit: An Unexpected Journey, Peter Swords King, Rick Findlater and Tami Lane
Les Misérables, Lisa Westcott and Julie Dartnell

SKOR ASAL TERBAIK
Anna Karenina, Dario Marianelli
Argo, Alexandre Desplat
Life of Pi, Mychael Danna
Lincoln, John Williams
Skyfall, Thomas Newman

LAGU ASAL TERBAIK
"Before My Time” dari Chasing Ice, muzik dan lirik oleh J. Ralph
"Everybody Needs A Best Friend" dari Ted, muzik oleh Walter Murphy; lirik oleh Seth MacFarlane
"Pi’s Lullaby" dari Life of Pi, muzik oleh Mychael Danna; lirik oleh Bombay Jayashri
"Skyfall" dari Skyfall, muzik dan lirik by Adele Adkins dan Paul Epworth
"Suddenly" dari Les Misérables, muzik oleh Claude-Michel Schönberg; lirik oleh Herbert Kretzmer dan Alain Boublil

REKAAN PRODUKSI TERBAIK
Anna Karenina, Production Design: Sarah Greenwood; Set Decoration: Katie Spencer
The Hobbit: An Unexpected Journey, Production Design: Dan Hennah; Set Decoration: Ra Vincent and Simon Bright
Les Misérables, Production Design: Eve Stewart; Set Decoration: Anna Lynch-Robinson
Life of Pi, Production Design: David Gropman; Set Decoration: Anna Pinnock
Lincoln, Production Design: Rick Carter; Set Decoration: Jim Erickson

FILEM ANIMASI PENDEK TERBAIK
Adam and Dog, Minkyu Lee
Fresh Guacamole, PES
Head over Heels, Timothy Reckart and Fodhla Cronin O’Reilly
Maggie Simpson in The Longest Daycare, David Silverman
Paperman, John Kahrs

FILEM AKSI LANGSUNG TERBAIK
Asad, Bryan Buckley and Mino Jarjoura
Buzkashi Boys, Sam French and Ariel Nasr
Curfew, Shawn Christensen
Death of a Shadow (Dood van een Schaduw), Tom Van Avermaet and Ellen De Waele
Henry, Yan England

SUNTINGAN BUNYI TERBAIK
Argo-Erik Aadahl and Ethan Van der Ryn
Django Unchained-Wylie Stateman
Life of Pi-Eugene Gearty and Philip Stockton
Skyfall-Per Hallberg and Karen Baker Landers
Zero Dark Thirty-Paul N.J. Ottosson

ADUNAN BUNYI TERBAIK
Argo-John Reitz, Gregg Rudloff and Jose Antonio Garcia
Les Misérables- Andy Nelson, Mark Paterson and Simon Hayes
Life of Pi- Ron Bartlett, D.M. Hemphill and Drew Kunin
Lincoln- Andy Nelson, Gary Rydstrom and Ronald Judkins
Skyfall- Scott Millan, Greg P. Russell and Stuart Wilson

KESAN VISUAL TERBAIK

The Hobbit: An Unexpected Journey- Joe Letteri, Eric Saindon, David Clayton and R. Christopher White
Life of Pi-Bill Westenhofer, Guillaume Rocheron, Erik-Jan De Boer and Donald R. Elliott
Marvel’s The Avengers-Janek Sirrs, Jeff White, Guy Williams and Dan Sudick
Prometheus-Richard Stammers, Trevor Wood, Charley Henley and Martin Hill
Snow White and the Huntsman-Cedric Nicolas-Troyan, Philip Brennan, Neil Corbould and Michael Dawson

Article 0

Article 0

Article 0

Viewing all 339 articles
Browse latest View live