Quantcast
Channel: WAJIB TONTON
Viewing all 339 articles
Browse latest View live

' 70 PAWAGAM TEMPATAN MAINKAN LAGU NEGARAKU'- Ahmad Shabery Cheek

$
0
0



Sebanyak 70 pawagam di seluruh negara akan memainkan lagu Negaraku dan tiga promo kemerdekaan sebelum tayangan sesebuah filem di premis masing-masing selama tiga minggu mulai malam ini sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-57.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata langkah itu merupakan usaha untuk memupuk semangat dan menzahirkan rasa cinta kepada negara dalam kalangan rakyat Malaysia selain menyemarakkan sambutan Kemerdekaan.

Beliau berkata antara rangkaian pawagam yang mengambil bahagian ialah Cathay Cineplexes, TGV Cinemas, Golden Screen Cinema, Lotus Five Stars Cinemas dan MBO Cinemas.



"Ini merupakan tahun kedua kita mainkan lagu Negaraku dan tayangkan promo kemerdekaan, kita mula malam ini sehingga 16 September depan," katanya ketika melancarkan tayangan lagu Negaraku dan promo kemerdekaan di pawagam Cathay Cineplexes, Ecurve, Mutiara Damansara di sini, malam ini.

Ahmad Shabery berharap pengunjung pawagam dapat memberi kerjasama dengan berdiri ketika lagu Negaraku dimainkan.

Tiga promo yang akan ditayangkan adalah Sajak Merdeka, Jalur Gemilang serta Di sini Lahirnya Sebuah Cinta dan semuanya diterbitkan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

- BERNAMA

SIAPA BERANI BIKIN FILEM P.RAMLEE?

$
0
0

Tidak sempat saya mengenali atau melihat Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P Ramlee secara dekat. Ketika beliau menghembuskan nafas terakhir pada 29 Mei 1973, saya masih terlalu kecil untuk memahami dunia perfileman Melayu yang berpusat di Kuala Lumpur mahupun Si-ngapura sebelum itu.
Saya hanyalah salah seorang daripada jutaan peminat kecil yang memuja lagu-lagu nyanyian P Ramlee bersama isterinya, Allahyarham Puan Sri Saloma nun jauh di bumi Jelapang Padi Kedah. 
Ketika itu saya belum mengerti cabaran mahupun kesusahan yang ditanggung P Ramlee terutama pada hujung-hujung kariernya yang memasuki zaman gerhana. Bagi saya, P Ramlee adalah suatu kemasyhuran dan seorang manusia bersuara merdu. 

P Ramlee juga adalah Kassim Selamat, Aduka, Cikgu Shaari dan Sabaruddin si tukang kasut. Itulah antara kelibat P Ramlee yang saya ingat ketika masih di bangku sekolah rendah.

Dunia kecil saya hanya ditemani radio dan TV hitam putih. Dulu mana ada TV3 atau Astro. Kita cuma ada RTM saja dan kalau hendak tengok filem warna-warni, kita mestilah pergi ke panggung.

Filem P Ramlee juga 99 peratus dihasilkan dalam hitam putih kecuali Hang Tuah arahan Phani Majumdar. Kalau tak salah saya, itulah satu-satunya filem klasik dalam Eastman Color menyebabkan saya jadi teruja melihat apa warna baju yang dipakai P Ramlee, Nordin Ahmad, Zaiton, Sa’amah dan Siti Tanjong Perak. 
Selebihnya P Ramlee adalah suatu imej klasik hitam putih macam juga filem Mamat Khalid, Kala Malam Bulan Mengambang. Oh ya, dua filem P Ramlee yang saya sempat saya tonton di panggung adalah Jangan Tinggal Daku dan Putus Sudah Kaseh Sayang pada 1971. Antara ingat dan lupa, saya dibawa menonton ibu dan arwah nenek di Panggung Sky, Jalan Putra, Alor Setar. 

Rasanya ramai orang sedia maklum mengenai kehebatan P Ramlee. Saban tahun apabila tiba ulang tahun detik kelahiran dan kematian beliau, peminat serta pihak media akan mengimbas segala pencapaian P Ramlee. Namun kita tidak mahu asyik bercakap benda yang klise. Kita mahu melihat apa seterusnya kita boleh buat untuk P Ramlee sesudah sekian lama beliau berbudi kepada budaya bangsa dan negara ini. 

Suatu ketika dulu Harian Metro pernah mengusulkan kewujudan setem kenang-kenangan P Ramlee. Ia sudah pun berjaya dilaksanakan dengan kerjasama Pos Malaysia dan mencatat sejarah hebat buat anak seni Malaysia kerana pertama kali wajah artis dipaparkan pada setem. Sebelum itu kita sudah ada beberapa mercu tanda yang ditujukan khas buat beliau seperti Pustaka Peringatan P Ramlee, Pawagam Mini P Ramlee, Rumah P Ramlee dan Jalan P Ramlee. 

Bagaimanapun, bagi seorang pencinta filem, saya masih mengharapkan lahirnya sebuah filem biografi P Ramlee yang unggul dan benar-benar berkualiti. Masih hairan, kenapa pada zaman Malaysia yang semakin moden ini, belum ada pihak atau produser yang berani menghasilkan filem kisah hidup mengenai P Ramlee? 

Sekurang-kurangnya di pentas teater, Datin Seri Tiara Jaquelina sudah mengorak langkah menghasilkan muzikal P Ramlee di Istana Budaya (IB) tidak lama dulu yang mendapat sambutan hangat. Bagaimanapun untuk sebuah filem, mengapa kita tidak mengorak langkah dari sekarang dengan me-ngumpulkan segala bakat, kreativiti dan kepakaran teknologi perfileman yang kita ada. 

Saya sedar untuk menzahirkan sebuah filem me-ngenai kisah hidup P Ramlee, ia bukannya kerja senang. Kajian mendalam terhadap fakta dan memperoleh hak cipta mesti dibuat dengan betul, ditambah dengan penghasilan skrip dan lakon layar yang kukuh. Aspek penting lain termasuklah pemilihan pelakon (casting), rekaan seni, set dan segala hal logistik yang membabit-kan penggambaran. Projek mega begini pasti memakan masa bertahun lamanya. 

Memandangkan P Ramlee adalah khazanah negara kerana namanya sendiri sudah termaktub pada beberapa monumen dan jalan raya, seharusnya juga filem biografi P Ramlee juga mendapat sokongan padu daripada pihak kerajaan, kementerian dan perbadanan yang berkaitan dengan seni dan filem. Bantuan dana mahupun sokongan dalam bentuk geran boleh diberikan kepada pengkarya bertauliah yang bakal mengemudi produksi filem itu kelak. 

Saya melihat penghasilan filem biografi P Ramlee sangat penting kerana ia boleh menjadi satu lagi khazanah seni berharga buat Malaysia. P Ramlee bukan saja dikenali di Malaysia tetapi juga Singapura, Indonesia, Brunei Darussalam malah di mana juga muzik serta filem Melayu dapat difahami. Ia seharusnya menjadi karya seni yang boleh menjual nama Malaysia di peringkat dunia dan festival-festival filem apatah lagi pada saat dunia sekarang sedang memerhati negara kita. 

Bagi saya, kejayaan P Ramlee di rantau Asia Timur adalah satu fenomena. Ia seharusnya didedahkan agar bangsa hari ini dan masa depan akan lebih kenal sejarah seorang anak watan kelahiran Pulau Pinang bernama P Ramlee. Al-Fatihah 

Artikel menarik oleh Roslen Fadzil (roslenmetro@gmail.com)

57 TAHUN MALAYSIA MERDEKA

$
0
0

Sempena 57 tahun negara mencapai kemerdekaan, saya sajikan kepada anda secara ekslusif - 5 promo kemerdekaan terbaik terbitan FINAS. Selamat menyambut Kemerdekaan Malaysia yang ke-57 tahun.. 

57 Tahun Malaysia Merdeka by Amy Ikram

Sajak Merdeka by Hadley 

Erti Sebuah Cinta - Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta by Wafiy Rahman

Inilah Kisah Kami

MTV Warisan by Wafiy Rahman

Antara kelima-lima promo ini, hanya 2 terpilih untuk tayangan di pawagam sepanjang musim kemerdekaan iaitu 'Sajak Merdeka' dan 'Erti Sebuah Cinta'. Moga terhibur.

.. DI MANA KAN KU CARI GANTI.. SALOMA HEBAT DI TANGAN MELISSA..!

$
0
0
SENI, SENIMAN,  NASIB DAN TAKDIR 

Seni itu kerja Tuhan - P. Ramlee
 

Penganugerahan bakat seni membolehkan insan-insan tertentu bergelar seniman, yang akan melahirkan karya-karya seni yang menyentuh perasaan dan juga akal fikir khalayak, orang biasa dan bangsawan. Pada kebiasaannya, karya seni yang hebat lahir dari apa yang dialami oleh sang seniman. Karya-karya sebegini tidak akan lapuk ditelan masa dan zaman.

Telefilem Saloma arahan Melissa Saila adalah kisah tentang dua insan seni yang luarbiasa bakat mereka di tanahair kita, yang terus dikenang selama lebih setengah abad lamanya. Naskah Melissa Saila memaparkan kisah hidup dan mati mereka berdua dalam bidang hiburan, yang berkait rapat dengan bakat seni yang dianugerahkan kepada mereka.

Telefilem Saloma boleh dilihat dari pelbagai sudut. Jika mengambil salah satu lapisan maknanya, kita boleh mengesan bagaimana cerita Saloma membangkitkan beberapa persoalan, di antaranya: apakah karya seni menjadi cerminan hidup P. Ramlee dan Saloma (yang diperankan dengan cemerlang oleh Tony Eusoff dan Nabila Huda); atau apakah situasi dan keadaan yang dialami mereka tercermin di dalam seni masing-masing?

Lagu-lagu tertentu yang dipilih dengan teliti oleh Melissa Saila untuk menghiasi telefilemnya jelas sangat bermakna dan mempunyai kaitan dengan struktur naratif. Lirik lagu-lagu menampakkan pengalaman suka duka yang dirasai mereka berdua. Jika Saloma menjadi muse kepada P. Ramlee untuk mencipta lagu-lagunya, Saloma pula memberi nafas kepada lagu-lagu P. Ramlee dan menghidupkannya. Mereka berdua ibarat lagu dan irama yang tidak dapat dipisahkan.  



 
SALOMA MENCABAR NORIZAN (FOTO) 

Dalam telefilem Saloma, mereka berikrar dan mengikat janji – tidak ada sesiapa yang akan disayangi dalam hidup mereka melainkan mereka berdua sahaja. Dalam lagu Di Mana Kan Ku Cari Ganti, keakraban dan keserasian ini terpancar melalui liriknya:

Di mana kan ku cari ganti, Serupa dengan mu. Tak sanggup ku berpisah, Dan perhati patah, hidup gelisah.

 Di akhir cerita, watak Saloma mendendangkan lagu Di Mana Kan Ku Cari Ganti. Ia tiba-tiba rebah di atas pentas. P. Ramlee sudah tidak berada di sisi untuk menyambutnya. “Pedih rasa hati” Saloma, ditinggalkan oleh P. Ramlee, “sendirian, tiada berteman, dalam kesepian.”
 
 GENDANG PERANG SUDAH BERBUNYI (FOTO)
Telefilem Saloma berakhir dengan klip video rakaman sebenar seniwati Saloma (semasa hidup), duduk berseorangan dikerusi, bernyanyi dalam sebuah program hiburan televisyen. P. Ramlee sudah lama pergi menemui Tuhannya. Umur Saloma sudah lanjut; keletihan terukir di wajahnya; ia sukar bersenyum; penyakit kanser yang dihidapi sudah sampai ke kemuncak. Namun ia tabah, mendendangkan lagu Di Mana Kan Ku Cari Ganti dengan segala kebolehan terakhir yang ada pada dirinya, mengenang kekasihnya yang sudah pergi untuk selama-lama: “Hendak ku nangis, tidak berair mata. Hendak ku senyum, tiada siapa nak teman.”

Penghijrahan P. Ramlee dan Saloma dari Singapura ke negara sendiri sepatutnya membawa kepada kegembiraan. Namun, mereka tidak menyangka ia akan menjadi sebaliknya. Kedukaan melanda, negara sendiri tidak menerima P. Ramlee, kawan-kawan menjadi sepi. Prestasi dan populariti P. Ramlee merudum. Dia teramat sedih bila dikatakan sudah ketinggalan zaman. Maka lahirlah lagu Air Mata di Kuala Lumpur, lagu terakhir ciptaannya.

Saloma beritahu ibu angkat yang dia nak kahwin Saloma. 2 petanda buruk: Depan tandas & ibu tidak kelihatan, suara non-diegetic.

Sebenarnya, kejatuhan P. Ramlee sudah dikiaskan lebih awal melalui teknik foreshadowing oleh Melissa Saila. Ini boleh dilihat dalam adegan P. Ramlee dan Saloma berlatih menyanyikan lagu Putus Sudah Kasih Sayang di Singapura semasa P. Ramlee masih lagi suami Norizan (tetapi sudah mula bersengketa dengannya). Perpisahan mereka digambarkan dalam lirik lagu:

  Putus sudah, kasih sayang Ikatan asmara, hancur berderai-derai
  Apakah dosaku, apakah salahku Kau runtuhkan, jambatan asmara.

Lirik lagu seakan ditujukan kepada Saloma yang menjadi penyebab P. Ramlee berpisah dengan Norizan, yang“runtuhkan jambatan asmara”. Soalan yang dibangkitkan oleh Melissa Saila di sini mungkin: apakah Saloma yang sebenarnya menyumbang kepada kejatuhan P. Ramlee? Apakah sejarah hidup P. Ramlee akan berbeza jika ia terus hidup dengan Norizan?

P. Ramlee & kaum lelaki 'taken for a ride'. Menjadi mangsa wanita yang berdendam.

Dalam satu adegan di Kuala Lumpur selepas pengkebumian P. Ramlee, Saloma duduk di rumah yang digambarkan begitu sepi dan kosong. Di atas meja tersedia kopi dalam cawan oleh Saloma yang seakan menunggu kehadiran P. Ramlee untuk meminumnya. Di muka cawan tertera lukisan sebuah kipas Cina yang berfungsi sebagai affection image, penuh bermakna.

Saloma kemudian membaca rencana di dalam akhbar tentang ambisi P. Ramlee yang tidak tercapai. Saloma menangis teresak-esak - pertama kali ia berbuat sedemikian - dan bagi tempoh yang panjang. Apakah itu gambaran emosi dalaman Saloma apabila dia mulai sedar tentang tindakannya salahnya “runtuhkan jambatan asmara” P. Ramlee dengan Norizan?



 Duet pertama Saloma dengan P. Ramlee. Overdressed, artificial.

Mungkinkah lukisan kipas pada cawan membuatkannya Saloma mengimbas kembali perisitiwa ia berkonfrontasi dengan Norizan (kerana Norizan sudah menampar kakaknya, Mariani, kerana cemburu?). Saloma menangkis amaran Norizan dan dengan selamba mencabar Norizan: “You should be careful!” Saloma kemudian membuka kipas Cina yang dipegangnya sebagai tanda ia sudah bersedia untuk ‘berperang’ dengan Norizan.

Selepas kematian P. Ramlee, Saloma diberi peluang untuk kembali menyanyi di Kuala Lumpur. Tetapi kekesalannya terhadap apa yang telah berlaku kepada P. Ramlee masih menghantuinya. Di satu sesi rakaman, ia menyanyikan lagu Hilang Terang Timbul Gelap. Di antara liriknya:

 Selepas kahwin. P Ramlee pula pakai baju bergarisan lurus - sudah terperangkap. Syot dari belakang. Setting - elemen gothic - petanda buruk.
  
 Dunia terang menjadi gelita Cahaya indah, tiada bergema. Keluhan hatiku,
  membawa derita Kini kau jua, tak kunjung jelma.  

 Saloma tidak dapat meneruskan lagu. Dirinya masih berada dalam kegelapan, terkenang nasib P. Ramlee.  Saloma sebak, bergegas keluar meninggalkan studio rakaman.  Jika P. Ramlee tiada, maka tiada jugalah Saloma. Ikrar dan janji mereka dulu masih bergolak di dalam ingatan, yang bertembung dengan perasaan salah dan kekesalan.

Bagi P. Ramlee pula, takdir menentukan segala-gala dan ia rela menerimanya. Lirik di dalam lagunya, Di Mana Kan Ku Cari Ganti jelas:

 Nak berpindah ke KL. Setting, elemen gothic - petanda buruk. Foto P Ramlee - petanda buruk jika tuannya ada dalam syot.

  Kalaulah nasib, sudah tersurat Begini hebat. Apa nak buat?

 P. Ramlee seorang seniman. Dia tidak mudah kecewa. Saloma juga berpesan kepadanya agar dia tidak kecewa. Namun, di saat yang P. Ramlee amat memerlukan kehadirannya, Saloma pergi ke Bangkok kerana urusan menyanyi. Keperluan asas untuk terus hidup memisahkan mereka. P. Ramlee terus tabah tetapi dia hanya manusia biasa. Takdir tidak menyebelahinya.

Pernah dikatakan bahawa di sebalik setiap lelaki yang berjaya, akan terdapat seorang wanita (isteri) yang menyokongnya. Juga, tangan yang menghayunkan buaian akan menguasai dunia. Dan juga: “Hell hath no fury like a woman scorned or offended.”

Apakah di dalam telefilem Saloma, kesemua ini mencerminkan sifat-sifat Saloma? Tanpa Saloma, P. Ramlee akan tetap berjaya kerana dia adalah seorang pencipta. Saloma hanya menumpang, bergantung kepada lagu yang ditulis untuknya.

Di peringkat awal lagi dalam hidupnya, Saloma sudah tersilap langkah. Ibunya tidak merestui perkahwinannya dengan Tompel. Selepas bercerai dengan Tompel, Saloma menyerahkan anaknya Mali kepada orang lain untuk dibesarkan kerana benci dengan apa saja yang mengingatkannya kepada Tompel. Saloma tidak mengendahkan nasihat ibunya yang Mali itu tidak bersalah. Saloma tidak memikirkan masa depan Mali yang kemudian dilihat menjadi tidak tentu arah apabila dewasa. Sikap P. Ramlee pula tidak seperti Saloma. Hatinya lebih lembut. Bila Saloma mengkritik anak mereka Jali Boy, P. Ramlee menegurnya.


Ternyata suara Saloma merdu tetapi lain pula hatinya. Hanya kerana Norizan menampar kakaknya, ia sanggup menggoda P. Ramlee sehingga berjaya memisahkannya daripada Norizan. Satu lagi teknik foreshadowing yang digunakan Melissa Saila dapat dilihat dalam lirik lagu yang dinyanyikan P. Ramlee bersama Saloma (sebelum bercerai dengan Norizan): “Putuslah kasih, alamat nak mampus.” Walaupun nada dan pelaku P. Ramlee seakan bergurau semasa menyanyi, ternyata ia satu petanda buruk baginya.  

Duka dan lara yang dilalui P. Ramlee dan Saloma sebenarnya mencerminkan nasib ramai insan yang bergelar seniman. Penganugerahan seni menjadikan mereka insan-insan yang luar biasa. Tetapi penganugerahan itu juga turut membawa duka,  lara dan keperitan, yang harus ditangani dengan tabah, sabar dan berani. Dan yang paling penting – tidak kecewa dengan apa yang menimpa, kerana “seni itu kerja Tuhan’. Itulah sepatutnya sifat dan pegangan seorang seniman sejati. Itulah perbezaan di antara Tompel dan P. Ramlee menurut Melissa Saila.  
 

Saloma menggoda P. Ramlee (Foto 1: Saloma memakai baju bergarisan lurus - petanda buruk). Undang-undang kumpulan Panca Sitara dilanggar oleh P Ramlee sendiri.




 P. Ramlee tidak meminta harta atau kekayaan atau mahu hidup mewah. Dia hanya mahu peluang untuk berkarya. Malangnya di saat dia hampir tercapai ambisinya untuk mengarah filem warna, penentuan Tuhan mendahului segala-gala: 

  Kalaulah nasib, sudah tersurat.
  Begini hebat. Apa nak buat?


Syot akhir. Saloma bersendirian. Seorang seniman tetap hidup bersendirian dalam hidupnya.
 
Artikel ini ditulis oleh: Hassan Abdul Muthalib

'TERBAIK DARI LANGIT' FILEM MALAYSIA KE TOKYO!

$
0
0

'Terbaik dari Langit' arahan Nik Amir Mustapha, di mana skripnya ditulis oleh Redza Minhat merupakan antara filem tempatan yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa. Bakal ditayangkan di pawagam tempatan mulai 25 Disember 2014, filem terbitan Astro Shaw bersama Playround Film itu telah tercalon di Festival Filem Antarabangsa Tokyo

Bakal beraksi dengan beberapa filem hebat di seluruh asia, 'Terbaik Dari Langit' atau 'Nova' akan dipertandingkan dalam kategori Asian Future di festival filem itu yang bakal di adakan pada 24 Oktober 2014. Menariknya, filem itu juga akan ditayangkan secara khas pada 28 Oktober 2014 ( 5.45 petang waktu Tokyo) dan 29 Oktober 2014 (1.20 petang waktu Tokyo). 


Dibintangi oleh Bront Palarae, Iedil Putra, Megat Sharizal, Amerul Affendi, Nadiya Nisaa, Sharifah Armani dan Siti Saleha , 'Terbaik Dari Langit' itu merupakan sebuah cerita yang agak menarik mengenai penggembaraan dalam menghasilkan sesebuah filem. Pelbagai suka dan duka terkandung dalam sebuah karya hebat yang tentunya akan menjadi perhatian dan ingatan segenap warga filem.

Sebelum 'Terbaik dari Langit',  di festival yang sama, filem arahan Yasmin Ahmad, Sepet pernah memenangi Filem Asia Terbaik pada 2005 dan Muallaf (Anugerah Khas Juri) pada 2008. Yasmin turut menerima Anugerah Khas Pencapaian Sepanjang Hayat pada 2009.


Walau apapun yang terjadi, saya percaya filem 'Terbaik dari Langit / Nova' ini akan mengharumkan nama Malaysia dan membawa pulang salah satu anugerah yang mungkin boleh dibanggakan sebagai pembikin filem.




YANG TERSURAT DAN TERSIRAT : AMIR & LOQMAN PERGI KE LAUT!

$
0
0
 
Akhirnya Mamat Khalid membikin filem tentang samseng. Filem yang kini ditayang di pawagam bertajuk Amir & Loqman Pergi ke Laut. Penglibatannya di dalam genre ini agak lewat. Filem samseng yang pertama di Kuala Lumpur ialah JohnnyBikin Filem (Anuar Nor Arai, 1995). Kemudian Bade muncul dengan Gengster (2005) dan Castello (2006). Beberapa pengarah lain turut berkarya dalam genre ini, antaranya: Syamsul Yusof (KL Gangster), Teng Bee (Kepong Gangster), James Lee (Bullets Over Petaling Street), Brando Lee (Kisah Paling Gangster), Sein (Langgar), Farid Kamil (Kongsi) dan Ghaz Abu Bakar (Tokan).

Hampir kesemua filem ini (sejak 2005), tidak merugikan penerbit. Malah, kutipan pecah panggung bagi filem KL Gangster (RM12 juta), adalah sesuatu yang luar biasa dalam sejarah perfileman Malaysia.  Selain samseng, ada juga yang lain yang turut dipapar di layar perak, antaranya mat-mat rempit dan bohsia. Mereka semua ini tergolong dalam kumpulan yang dianggap sampah masyarakat kerana kewujudan mereka tidak membawa sebarang manfaat. Namun begitu, filem-filem mengenai mereka ini tetap digemari para remaja.

Ada di antara filem-filem ini membawa kesam yang negative, terutama kepada remaja. Sebagai contoh, semasa tayangan filem Remp-It (Ahmad Idham, 2006), pihak polis mengisahkan bahawa insiden merempit bertambah di Kuala Lumpur. Dan mat-mat rempit pula mula muncul di Brunei yang tidak pernah ada gejala seperti itu. Dalam filem-filem mengenai samseng dan bohsia, watak-wataknya (lelaki dan perempuan), berkelakuan melampaui batas dan menjerit-jerit apabila bercakap. Bahasa yang digunakan adalah bahasa Melayu pasar (tetapi ini tidak berlaku dalam Amir & Lokman). Beberapa ungkapan menjadi ikutan para remaja. Tidaklah menghairankan apabila kita ketahui bahawa filem-filem ini juga menjadi box office. 

 
Mengapakah filem-filem sebegini digemari remaja? Filem-filem seperti KL Gangster, Remp-It, Kongsi dan juga Bohsia (Syamsul Yusof), sebenarnya menonjolkan milieu dan gaya hidup glamour manusia-manusia bermasalah. Ini dapat dilihat melalui teknik-teknik perfileman yang ternyata kemas
dan baik (tetapi tidak sesuai), yang ‘mengangkat’ dunia mereka. Pendekatan juga tidak sinematik, ia itu, naratif tidak disampaikan dengan penggunaan bahasa filem. Jika para penerbit filem mahu ‘menyedarkan’ remaja tentang gejala-gejala buruk itu, teknik produksi mereka seharusnya menampakkan keburukan alam mereka-mereka itu.

Lihat saja filem-filem seperti Kepong Gangster, Kisah Paling Gangster dan Tokan yang memburukan imej sampah-sampah masyarakat ini dengan gaya yang sinematik. Dalam filem Kepong Gangster, beberapa pelajar sekolah yang masuk kumpulan samseng, akhirnya menyedari kesilapan mereka apabila seorang rakan mereka dibunuh. Alam mereka digambarkan dengan begitu buruk sekali. Dalam Johnny Bikin Filem, hampir keseluruhan ceritanya berlaku di waktu malam. Adegan siang juga malap, yang berfungsi sebagai petanda tentang masa depan yang gelap para samseng. Gaya persembahan begini sememangnya tepat. Gaya sebeginilah yang membolehkan sinema kita diterima di luar negara.   

Sebagai tukang cerita, seorang karyawan filem yang berilmu mahu menghiburkan audiens. Di samping itu, dia juga berhasrat menyampaikan sesuatu yang mendatangkan manfaat kepada bangsa dan negaranya. Di sini, Mamat Khalid berfungsi sebagai seorang khalifah yang memanggil kepada kebaikan seperti yang dianjurkan oleh agama. Filem Amir & Loqman Pergi ke Laut bergenre komedi  samseng yang sangat realistik dari sudut naratif dan visual, amat sinematik dan membawa beberapa perkara secara tersirat. Pelakon-pelakon utamanya adalah dua pelawak dari sebuah program televisyen popular, Maharaja Lawak. Pemilihan mereka bukanlah untuk melariskan filem tetapi disebabkan typage (kesesuaian rupa watak berdasarkan naratif). Amir (dimainkan oleh Shuib Sepahtu) dan Loqman (Shuk Balas) adalah dua pemuda dari kampong. Mereka teramat naif dan menyangka dunia samseng sangat glamour. Mereka masuk kumpulan Geng 747 dengan membayar yuran RM3 seorang. Lama kelamaan, mereka menyedari bahawa alam samseng bukanlah seperti yang disangka. Untuk keluar dari kumpulan pula, mereka perlu membayar sebanyak RM30,000 seorang.


Apa yang ingin disampaikan oleh Mamat Khalid ialah, bagaimana media massa memainkan peranan penting dalam kehidupan para remaja. Perkara ini juga pernah diperkatakan oleh pengarah Thailand, Kongkiat Komsiri, dalam filemnya, The Gangster (2012).  Latar budaya filem ini ialah era 1950-an di mana ramai remaja menjadi ahli kumpulan samseng, yang terpengaruh dengan filem-filem Hollywood dan meniru pakaian dan gaya pelakon-pelakonseperti James Dean dan Marlon Brando.

Pihak berkuasa bertindak keras ke atas mereka tanpa memikirkan bahawa kesemua itu hanya merupakan trend sementara. Ramai samseng dipenjara dan ramai yang lain hidup sengsara. Dalam dua filem, Rock (2005) dan Rock Oo! (2013), Mamat Khalid memperkatakan perkara yang sama, ia itu, para remaja di kampong sebenarnya terpengaruh dengan apa yang dipaparkan di media massa. Mereka hanya meminati musik rock. Itu saja. Mereka tidak menipu orang  atau terlibat dalam apa-apa kegiatan jenayah. Apa yang telah berlaku di Thailand turut berlaku di Malaysia. Kita semua sedia maklum bagaimana pada tahun 1990-an, kumpulan-kumpulan rock diherdik - dan lebih buruk lagi - dituduh bersubahat dengan syaitan. Ramai ahli kumpulan rock tidak mahu memotong rambut panjang mereka seperti dikehendakki pihak berkuasa. Akibatnya, mereka dilarang mengadakan persembahan atau pun muncul di program televisyen. Ramai yang hidup merempat, hilang punca pendapatan, terputus rezeki.

Dalam Amir & Loqman, Mamat mendedahkan betapa buruknya kumpulan samseng yang terlibat di dalam penyalahgunaan dadah, memeras ugut, menjual DVD haram, pelacuran, kegiatan homoseks dan pembunuhan. Mamat merangka sebuah cerita yang mudah tentang dua pemuda yang berhasrat mengumpul wang untuk membuka warung kopi di tepi laut.  Kenaifan mereka tentang alam samseng disampaikan dengan penuh kelucuan oleh Mamat. Dalam perjalanan untuk merompak bank, mereka merujuk buku bertajuk ‘Merompak for Dummies’. Mereka menutup muka dengan stoking tetapi kainnya terlalu tebal sehingga mereka tidak dapat melihat. Ketua samseng (Soffi Jikan), cuba memujuk pacarnya dengan membawa ‘teddy bear’ tetapi matanya ditikam dengan gunting. Samsengbukan minum bir tetapi minum air mineral dan laici!


Parodi merupakan genre yang diminati Mamat. Parodi digunakan untuk mentertawakan sesuatu tanpa menyakiti hati orang. Ini dapat dilihat dalam penggunaan beberapa pelakon yang membintangi filem KL Gangster. Adi Putra, yang begitu macho dalam filem itu, berubah menjadi manusia lembut.
Ini berkonotasi bahawa Adi Putra, sebagai seorang pelakon, tidak mencapai apa-apa melalui filem tersebut. Kazar pula menjadi pembunuh upahan yang psiko dan kejam. Penampilannya sangat berkesan di dalam Amir & Loqman dibanding filem-filem lain yang dilakonkannya.

Seperti dalam beberapa filemnya sebelum ini, Mamat memperkatakan sesuatu tentang industri yang diceburinya sekian lama. Mamat menerima segala suka dan duka yang turut serta kerana beliau menyayangi bidangnya. Setiap karyanya berbeza dan dibuat bersandarkan ilmu filem yang betul. Yang menjadi menarik kepada sebahagian khalayak filem ialah, cubaan mereka untuk mentafsir apa yang sebenarnya mahu diperkatakan oleh Mamat. Cerita, adegan dan watak-watak samseng di dalam filem Amir & Loqman bukan sembarangan. Segala tanda di dalam filem berfungsi sebagai petanda atau petunjuk tentang sesuatu yang lain.

Ada perkara-perkara yang mahu disampaikan oleh Mamat Khalid melalui filem komedi samseng Amir & Loqman tentang masa depan remaja dan perkembangan sinema Malaysia. Industri filem tempatan kini berada di tahap yang paling rendah akibat beberapa individu dan studio yang menghasilkan banyak filem tetapi semua itu tidak meningkatkan pemikiran dan penghayatan audiens. Ada di antara mereka tidak lagi membuat filem kerana filem-filem mereka tidak lagi laris seperti dulu. Namun, kedudukan mereka ini tidak terjejas kerana mereka ada sumber lain dari mana mereka menerima gaji bulanan. Tidak pula seperti mereka yang mencari rezeki dengan hanya menjadi karyawan filem.


Mamat – dan beberapa karyawan sepertinya – bertungkus lumus untuk melahirkan karya-karya filem yang berkualiti, yang juga berkata sesuatu tentang masalah-masalah yang melanda bangsa dan negara. Juga, ramai remaja yang meminati bidang filem dan mempunyai kelulusan dan kemampuan untuk mengangkat martabat perfileman tempatan menghadapi halangan yang sudah dan sedang dilalui Mamat dan karyawan yang seangkatan dengannya. ‘Suara-suara’ mereka ini adalah suara mereka yang prihatin dengan nasib sinema Malaysia dan wajar diberi perhatian.

Usaha-usaha murni Mamat untuk mengangkat martabat sinema Malaysia perlu disanjung dan dibantu. Apakah audiens, industri dan birokrat yang berkaitan, bersedia untuk berbuat demikian demi industri, bangsa dan negara? Itulah ‘mesej’ tersirat yang terdapat di dalam beberapa filem Mamat sebelum ini dan di dalam filem Amir & Loqman Pergi ke Laut. Di akhir cerita, Amir dan Loqman berdiri di tepi pantai dan memandang ke laut tanp kata, dengan perasaan yang penuh sayu. Apakah segala impian mereka yang murni sudah tercapai? Seperti yang ditunjukkan Mamat di akhir cerita Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit, ‘hantu-hantu’ yang selama ini membantutkan pembangunan industri perfileman tempatan masih bermaharajalela.

Apakah nasib yang menimpa Amir dan Lokman akan juga menimpa para remaja yang akan terlibat di dalam bidang hiburan di masa hadapan? Atau apakah mereka akan terus hidup dirundung malang, dihimpit halangan? Mungkin Pyanhabib Rahman (Sang Pendeta dalam Apokalips X arahan Mamat Khalid) mempunyai jawapan. Luahan hati melalui puisi-puisinya juga luahan hati para seniman sejati…
 
sepi berguling, pada tebing bukit-bukit bening
pedih memilu, resah mengerang

pada jurang gaung-gaung garang, pahit mengilu
hey pernahkah engkau, melihat aku
mundar-mandir

di lorong-lorong usang hanyir, pernahkah engkau
hey pernahkah engkau, melihat aku tersungkur-mundur
 
di warung-warung gelas anggur, pernahkah engkau

adalah aku yang sering menggigil, sewaktu terasa suara-suara sepi memanggil

adalah aku yang sering menerajang, sewaktu terasa hari-hari begitu panjang

resah kubakar bagai bintang gugur ke bumi,

KE BUMI

seringkali terdesir dan menyelinap, ke penjuru ruang kamar pengap

iapakah yang datang mengetuk pintu itu, dan memanggil-manggil namaku

aku tidak pasti meskipun berkali-kali, engkau kususuri

suara

suara

suara

di manakah suara itu, ke manakah menghilang

sepi pun menurun, aku menjadi rindu

suara

suara

suara

** PyanHabib

* Artikelmenarik ini ditulis oleh Pengkritik Filem terkenal, Hassan Muthalib.

ASTANA CINTA ALEESA : CATAT 1.5 JUTA PENONTON!

$
0
0
Meskipun drama Astana Cinta Aleesa belum lagi sampai ke episod kemuncaknya pada Rabu lalu; iaitu  siaran episod yang ke 12,  drama ini telah mencatat jumlah tontonan yang tinggi sehingga mencecah 1.5 juta tontonan!   Astana Cinta Aleesa terbitan OrangeTree Communication Sdn Bhd ini yang disiarkan bermula 26 Ogos yang lalu merupakan drama bersiri pertama menerusi slot Ratu mendapat jumlah tontonan tertinggi di TV9 di mana hampir setiap episod mencatat jumlah tontonan yang tinggi. Diarahkan oleh pengarah berpengalaman Eoon Shuhaini, drama bersiri yang bakal berakhir minggu hadapan ini dibarisi oleh pelakon popular seperti  Emma Maembong, Nazim Othman, Amyra Rosli, Bill Azalisambil dibantu oleh pelakon cilik, adik Puteri Balqis, Ku Faridah, Aliza Shahadan, Falisha Crossley dan Ezzrin Loy.

Berkisarkan mengenai rumah tangga Aleesa (Emma Maembong) dan Zhariff (Nazim Othman) yang retak disebabkan orang ketiga. Drama ini menyusuri liku-liku tragik, di mana ia memberi fokus kepada kemusnahan rumah tangga melalui persahabatan yang baik melalui rakan Aleesa sendiri iaitu Zaleha (Amira Rosly).  Zaleha cemburu dengan kesempurnaan hidup Aleesa kerana mempunyai suami yang tampan, bekerjaya dan mempunyai anak yang menyerikan lagi kehidupan mereka. Keadaan menjadi semakin keruh apabila anak kedua mereka yang dinanti setelah hampir enam tahun, Zarul, meninggal dunia akibat kecuaian.  Aleesa yang merasa tertekan mula hilang arah seterusnya membuka peluang buat Zaleha untuk meracuni fikiran Zhariff dengan mengatakan Aleesa sudah gila.

 
Ketegangan mereka ditambah lagi dengan kehadiran Jimmy, yang menyimpan dendam terhadap Zhariff sejak dari zaman universiti lagi kerana dia dibuang universiti disebabkan Zhariff. Jimmy telah mengatur strategi dengan berbuat baik kepada Zhariff sehingga berjaya membuatkan Zhariff ditangkap polis atas tuduhan menyeleweng wang syarikat.  Kehadiran Zaleha dan Jimmy yang kemudiannya berpakat benar-benar telah mengkucar kacirkan lagi keluarga bahagia Zhariff dan Aleesa sehingga mereka berpisah.
 
Adakah kebenaran akhirnya akan memihak kembali kepada Aleesa? Dapatkah Zhariff menebus kesilapannya setelah melukai hati Aleesa? Segalanya akan terjawab dalam minggu terakhir Astana Cinta Aleesa pada Selasa dan Rabu, 7 dan 8 Oktober jam 8.30 malam di TV9.  Siaran ini juga boleh ditonton seminggu awal di tonton premiere. Untuk maklumat lanjut layari www.tv9.com.mydan siaran ulangan diwww.tonton.com.my.




FFM26 : KEPUTUSAN PENUH FESTIVAL FILEM MALAYSIA KE 26

$
0
0

Akhirnya terjawab sudah. Festival Filem Malaysia ke-26 (FFM26), baru saja melabuhkan tirainya pada 1 November 2014 (Sabtu). Festival yang dianjurkan sepenuhnya oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) itu turut mendapat sokongan padu dari persatuan-persatuan perfileman dengan sokongan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia. FFM26 dibahagikan kepada dua malam. Malam Pertama, Malam Perasmian FFM26 telah diadakan pada 29 Oktober 2014 di Hotel Empire, Subang. Pada malam tersebut sebanyak 11 anugerah telah diumumkan. Dan Pada malam ini, malam terakhir ; Malam Kemuncak FFM26 menyaksikan 20 anugerah akan menjadi rebutan ramai pembikin dan penggiat filem tempatan. 

FFM26 bertemakan 'Transformasi Sinema Malaysia', memilih Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Auditorium Tunku Puan Chik, Sg. Gadot, Senawang, Negeri Sembilan sebagai lokasi malam kemuncak. FFM26 meraikan yang terbaik dan tahniah buat semua pemenang. 

Diharapkan FFM27 pada tahun 2015, dapat diadakan di satu tempat yang menarik. Apakah Istana Budaya adalah lokasi FFM27 pada tahun depan?. Wallahuallam


SENARAI PENUH KEPUTUSAN MALAM KEMUNCAK FFM26, 2014
1 November 2014


FILEM BOX OFFICE FFM 26
- Filem Husin, Mon & Jin Pakai Toncit, arahan Mamat Khalid
- Terbitan Tayangan Unggul.

ANUGERAH KESAN KHAS 
Tanda Putera

PELAKON HARAPAN WANITA
Christina Suzanne ; KIL

PELAKON HARAPAN LELAKI
Zul Ariffin ; Penanggal

ANUGERAH KARYAWAN SEPANJANG ZAMAN WANITA
Datin Rosnani Jamil

ANUGERAH KARYAWAN SEPANJANG ZAMAN LELAKI
Dato' Hj. Rahim Razali

ANUGERAH PENYUNTING TERBAIK
Syamsul Yusof & Hisham Jupri  ; KL Gangster 2

ANUGERAH LAKON LAYAR TERBAIK
Nik Amir Mustapha ; KIL

ANUGERAH SINEMATOGRAFI TERBAIK
Raja Mukhriz ; Penanggal

ANUGERAH CERITA ASAL TERBAIK
Mamat Khalid ; Rock Oo

ANUGERAH PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK
Datin Paduka Ummie Aida ; Sembunyi Amukan Azazil

ANUGERAH PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK
Dato' Rosyam Nor ; KL Gangster 2

ANUGERAH PELAKON WANITA TERBAIK
Lisa Surihani ; Istanbul Aku Datang

ANUGERAH PELAKON LELAKI TERBAIK
Rusdi Ramli ; Tanda Putera

ANUGERAH FILEM BUKAN BERBAHASA MELAYU TERBAIK
Filem Paper Moon

ANUGERAH PENGARAH TERBAIK 
Nik Amir Mustapha ; KIL

FILEM TERBAIK
Filem KIL : Primeworks Studios : Nik Amir Mustapha


SENARAI PEMENANG DI MALAM PERASMIAN FFM26
29 OKTOBER 2014

Poster Terbaik
1. KIL 

Pereka Kostum/Busana Terbaik
1. Tanda Putera

Pelakon Kanak-Kanak Terbaik
1. Rykarl Iskandar: Ajiboy (pemenang)

Lagu Tema Terbaik
1. Istanbul Aku Datang

Penataan Bunyi Terbaik
1. KL Gangster 2

Penataan Seni Terbaik
1. Penanggal

Pengarah Harapan
1. Ellie Suriaty: Penanggal

Filem Pendek Terbaik
1. Reservoir Production

Filem Animasi Terbaik
1. Fakulti Teknologi Kreatif Dan Warisam (UMK)
2. Thumbs Up Team
3. El Videographics
Juri memutuskan tiada pemenang dalam kategori ini.

Skor Muzik Asal Terbaik
1. Tanda Putera (pemenang)

Penggiat Belakang Tabir
1. Encik Ali Hussein (Ali Kong)

Tahniah buat semua pemenang di FFM26. Jumpa lagi di FFM27 tahun depan, 2015.

FFM: HARAPAN DAN IMPIAN FESTIVAL FILEM MALAYSIA

$
0
0


Penganjuran Festival Filem Malaysia (FFM) seringkali mencetuskan kontroversi. Setiap tahun sistem penjurian menjadi topik perbualan hangat dikalangan penggiat filem, pembikin, penerbit sehinggalah kepada pengkritik filem mahupun warga filem sendiri. Kemenangan sesebuah filem dalam pelbagai kategori acapkali menjadi isu panas sehingga diperdebatkan dalam blog-blog hiburan, laman sosial, media dan sebagainya. Kesannya, beberapa penerbit dan pembikin filem tersebut, akan terkena tempiasnya, malahan karya mereka mula dikritik, dinilai, dan akan dibandingkan dengan karya-karya lain yang mungkin hebat tetapi tidak dilihat sebagai 'ada kekurangannya'. 

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) mula dilihat sebagai platform rasmi kepada penganjuran acara berprestij ini. Festival Filem Malaysia (FFM) merupakan tanda aras kepada industri filem tempatan malahan ia boleh dianggap sebagai satu festival untuk warga filem khususnya yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam sesebuah filem. Pada tarikh FFM diadakan, kita dapat saksikan betapa gemilangnya sesebuah karya itu dinilai untuk dipertandingkan. Setiap kategori menjadi sasaran,  persoalan ‘siapa terbaik, filem manakah layak menang, pengarah manakah dinobatkan sebagai pengarah terbaik, lakon layar, cerita asal, skrip manakah , pelakon terbaik dan sebagainya’ mula menjadi topik perbualan hangat dikalangan warga filem, pengkritik, media dan sebagainya.

Tarikh penganjuran Festival Filem Malaysia (FFM), rekaan trofi, lokasi penganjuran, pengacara, dan agenda majlis antara isu yang seringkali diperkatakan. Festival Filem Malaysia (FFM) wajar mempunyai tarikh khusus yang ditetapkan. Penganjurannya akan menjadi lebih dihormati apabila diadakan mengikut perancangan yang ditetapkan. Misalnya, FFM dianjurkan pada tarikh penubuhan Studio Merdeka, atau dahulunya dikenali sebagai Merdeka Film Production. Studio Merdeka dirasmikan pada 1 Jun 1991 dan kini ia dikenali  sebagai Finas. Dalam situasi ini, mungkin FFM boleh diadakan pada bulan Jun setiap tahun. Jika ia terjadi, warga filem amnya termasuk penerbit, seniman, seniwati, karyawan filem mahupun penyiar akan meluangkan masa untuk FFM pada tarikh yang diputuskan.

Rekaan trofi bagi Festival Filem Malaysia (FFM) seringkali berubah dari semasa ke semasa. Begitu juga dengan lokasi penganjurannya yang saban tahun bertukar adakalanya ditangguhkan semata-mata mengikut kehendak semasa mahupun persekitaran. Rekaan sesebuah trofi akan disanjung, dihormati dan tentunya menjadi rebutan seandainya ia dikekalkan acuannya tanpa membuat perubahan sedikitpun. Sebagai contoh, penganjuran Academy Awards bermula seawal tahun 1929 , di mana bentuk trofinya masih dikekalkan sehingga ke hari ini. Dalam persoalan ini, sekiranya FFM mengekalkan trofi sedia ada atau trofi lama, kita percaya FFM akan menjadi kehangatan dikalangan penggiat industri samada yang tercalon atau tidak bagi merebut sesuatu anugerah yang diidamkan. FFM26 yang berakhir semalam, 1 November 2014 membuktikan rekaan trofi lama wajar dikekalkan.

Lokasi penganjuran bagi FFM seringkali diperkatakan. Ada yang berpendapat, FFM wajar diadakan di satu tempat yang agak berprestij dan bukannya ‘tangkap muat’ semata-mata mengikut kehendak seseorang, kekangan bajet, masa dan sebagainya. Mungkin penganjur boleh memikirkan lokasi bersesuaian bagi FFM seterusnya . Istana Budaya antara pentas persembahan bertaraf antarabangsa. Pelbagai acara persembahan samada muzikal dan teater dari dalam dan luar negara menjadi wadah utama kepada setiap persembahan. Mungkin FFM boleh diadakan di Istana Budaya untuk masa akan datang. Tetapi, jika masa dan tarikhnya seringkali berubah, lokasi penganjuran akan menjadi masalah.

 Pencalonan bagi setiap kategori filem, promosi, aktiviti, dan  penaja sehinggalah ke Malam Anugerah’ harus dilakukan sebaik mungkin. Pemilihan siapa pengacara majlis dan penyampai anugerah haruslah yang ‘terbaik’, bukannya sekadar ‘memeriahkan majlis atau dia yang popular’. Sekiranya ini masih berlarutan, kita percaya FFM tidak akan lekang dari pelbagai cerita kontroversinya.

Malam Anugerah Festival Filem Malaysia (FFM) haruslah mengurangkan persembahan artis dengan memperbanyakkan anugerah untuk karyawan filem. Harus diingat bahawa, FFM bukannya pesta lagu atau festival nyanyian’, sebaliknya, ia merupakan hari gemilangnya karyawan filem yang bertungkus lumus untuk industri filem tempatan. Apa salahnya kita meraikan mereka 100%!.

 Festival Filem Malaysia (FFM) adalah festival yang meraikan karyawan filem dari pelbagai bidang. Ia tidak tertumpu kepada satu bidang sahaja. Penganjurannya wajar berprestij, dikagumi dan menjadi rebutan semua pihak. Namun, untuk meraikan kegemilangannya, FFM harus bersiap sedia dari pelbagai segi. Persiapan yang  terbaik mungkin membuatkan FFM dikenang sebagai satu festival tahunan yang meninggalkan sejuta kenangan dan memorinya tersendiri. Jadi ‘transformasi sinema Malaysia’ dalam arus FFM mungkin berjaya direalisasikan. Jika tidak..Tepuk dada Tanya selera.

Info: Festival Filem Malaysia (FFM26) telah berjaya dianjurkan pada 29 Oktober hingga 1 November 2014. Tahniah buat semua pemenang.


2014 Copyright  article written by amyikram.com

KONSERT REUNION PUTERI GUNUNG LEDANG (PGL) DITUNDA

$
0
0


KONSERT 'reunion' Puteri Gunung Ledang (PGL) yang dijadualkan berlangsung pada 27 November hingga 1 Disember 2014 ini terpaksa ditunda kerana kesihatan pelakon utamanya Puan Sri Tiara Jacquelina tidak mengizinkan.  

Tiara yang juga penggerak utama konsert itu berkata, beliau berdepan masalah suara yang memaksanya berehat selama dua bulan."Masalah ini berlaku ketika latihan pementasan teater muzikal P.Ramlee dan sangkaan saya hanya hilang suara dan ia akan sembuh selepas dua tiga hari. "Watak Norizan yang saya lakonkan dalam teater P Ramlee ternyata memerlukan lontaran suara yang berbeza dengan suara saya sendiri mahupun suara yang pernah saya lakonkan sebagai agen Nora dan Puteri Gunung Ledang," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini. 

Konsert sempena sambutan ulang tahun ke-10 PGL itu akan dilangsungkan pada Mac tahun depan, 2015 di lokasi yang sama iaitu di Panggung Sari, Istana Budaya.  Mereka yang sudah membeli tiket bagi menyaksikan konsert itu mempunyai dua pilihan sama ada memulangkan tiketnya atau menunggu tarikh baharu yang akan diumumkan kelak. 

Tiket dijual pada harga RM76, RM136, RM176, RM216, RM256, RM336 dan RM436. 
Sebarang maklumat lanjut boleh dilayari di www.tickethotline.com.my atau www.ticket2u.biz. - Bernama

MENANGI PREMIUM EKSLUSIF LELAKI HARAPAN DUNIA

$
0
0

Bakal ditayangkan di pawagam tempatan bermula 27 November 2014, Lelaki Harapan Dunia antara filem Malaysia yang mendapat perhatian di beberapa festival filem antarabangsa. Filem pertama yang diterbitkan Everything Films ini merupakan naskhah filem yang mendapat kerjasama dari 6 buah negara besar termasuk Germany, France, dan Malaysia. Sempena meraikan kedatangan filem ini di pawagam tempatan (Malaysia), Eveything Films dengan kerjasama amyikram.com dan portal OMS (Oh My Shorties) dengan sukacitanya menganjurkan 'FIVE QUIZ' bagi mencari 5 pemenang bertuah . Setiap pemenang haruslah menjawab beberapa soalan yang dikemukakan, dengan menghantar jawapan ke alamat emel kami . Jawapan menarik beserta slogan yang kreatif berpeluang memenangi Premium menarik dari kami.

FIVE QUIZ
LELAKI HARAPAN DUNIA

**********
  •  Sebutkan 2 (dua)  festival filem antarabangsa yang disertai Lelaki Harapan Dunia selain dari Toronto International Film Festival dan Busan International Film Festival.
  •  Siapakah pelakon lelaki veteran yang memegang watak Pak Awang dalam Lelaki Harapan Dunia?
  •  Sebutkan 5 pelakon lelaki utama dalam Lelaki Harapan Dunia
  • Siapakah pengarah filem Lelaki Harapan Dunia?
  • Apakah ayat / perkataan  terakhir yang boleh didapati dalam treler filem Lelaki Harapan Dunia?. (pada shot / visual terakhir treler ini)              
 **********

      Setiap jawapan yang dihantar mestilah disertai dengan slogan kreatif.



     SLOGAN : Filem Lelaki Harapan Dunia wajib ditonton kerana............ (tidak lebih daripada 30 patah perkataan)




 Klik di siniuntuk menghantar jawapan anda atau emelkan kepada : malaysiashort@gmail.com.
Sila sertakan nama penuh dan no telefon anda.

  • 3 pemenang bertuah beserta slogan paling kreatif akan memenangi sehelai T-Shirt Lelaki Harapan Dunia dari Everythings Films
  • 2 pemenang lain akan memenangi tote beg dari Lelaki Harapan Dunia
  • Pemenang akan diumumkan melalui emel dan hadiah mestilah dituntut dalam jangkamasa 15 hari.
  • Tarikh Tutup Penyertaan pada 26hb November 2014 (Rabu).
  • Keputusan adalah Muktamad.

FILEM MALAYSIA KE PERSADA DUNIA?: PERIHAL LELAKI HARAPAN DUNIA ARAHAN LIEW SENG TAT

$
0
0

 
Satu perkara yang pasti di dalam tamadun manusia ialah:sejarah akan tetap berulang. Bagi mereka yang mempunyai agama, pastinya iniakan dilihat sebagai petunjuk daripada Yang Maha Esa untuk menjadi panduan agar boleh menilai diri sendiri.

George Santayana, seorang filasuf; novelis, mengatakan bahawa mereka yang tidak mengenang sejarah ditakdirkan untuk mengulangi kesilapan mereka. Aristotle, filasuf silam Yunani, menyebut bahawa sesuatu cerita menggambarkan bagaimana seorang manusia sepatutnya menjalani hidupnya. Maksudnya, setiap cerita, walaupun disampaikan dalam bentuk hiburan, sepatutnya membawa manfaat.

Budaya penceritaan berkembang dalam seni hiburan tanahair kita sendiri, bermula dengan penglipur lara silam, kemudian ke wayang kulit, mak yong, bangsawan ; sandiwara, sehingga ke filem di awal kurun ke-20.  Dan mulai tahun 1934, filem Melayu diusahakan tetapi oleh orang-orang bukan Melayu dari luar negara. Apakah yang boleh kita pelajari daripada sejarah itu dengan genapnya 80 tahun usia filem kita pada tahun 2014?



Slogan-slogan seperti ‘Filem Malaysia ke Persada Dunia’, ‘Malaysia Sebenarnya Asia’ &; ‘1Malaysia’ mengajak kita bersatu di samping meraikan pencapaian pelbagai etnik bangsa. Jarang-jarang dilaungkan bahawa segala konsep yang tersebut di atas sebenarnya sudah dipraktikkan oleh karyawan filem Malaysia dari dulu sehingga sekarang tanpa mengetuk gendang; mengibarkan bendera.

Industri filem kita bermula sebagai sinema Melayu dan menjadi rancak dengan gandingan pelbagai bangsa dan etnik dari luar dan dalam negara. Ada di antara filem-filem ini sudah pun ke persada dunia dan memenangi anugerah berprestij, termasuk beberapa filem dokumentari terbitan Malayan Film Unit (kemudian dinamakan Filem Negara Malaysia) yang dibeli oleh negara-negara luar.

Filem kontemporari Malaysia juga melihat ramai syarikat bukan Melayu seperti Berjaya Filem, Red Film dan Metrowealth yang berusaha menerbitkan filem-filem Melayu, yang sebahagiannya diarah oleh pengarah-pengarah bukan Melayu seperti Pansha, Bernard Chauly, Saw Teong Hin, M. Subash, James Lee dan  Santosh Kesavan.



Dalam tahun ini, beberapa filem membanggakan negara di segi cerita dan pelaksanaan. Antaranya: Hanyut (U-Wei Hajisaari), Vennira Iravugal (R. Prakas), Abang Long Fadil(Syafique Yusof), The Journey (Chiu Keng Guan), Amir dan Loqman Pergi ke Laut (Mamat Khalid)  dan yang terbaru, Lelaki Harapan Dunia (Liew Seng Tat). U-Wei, Mamat dan Chiu sudah pun mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa. Hanyut kini ditayang di seluruh Indonesia dan The Journey sudah menjelajahi beberapa negara.
Lelaki Harapan Dunia (LHD) dipilih untuk tayangan di banyak festival filem berprestij.

LHD merupakan satu kesinambungan sejarah awal filem Malaysia, iaitu, sebuah filem Melayu, karya seorang bukan Melayu dan  dengan bantuan dana serta sokongan dari luar negara. Seng Tat juga menggunakan pelakon-pelakon Melayu, milieu, subjek dan isu yang dekat dengan hati orang-orang Melayu.

Cerita-cerita filem Malaysia awal diinspirasi atau diceduk dari beberapa karya hebat dari luar negara. Tetapi hari ini, karyawan filem kita melahirkan idea-idea sendiri. Namun, khidmat nasihat orang-orang luar negara untuk memperbaiki skrip dilakukan (seperti untuk skrip awal filem Susuk arahan Amir Muhammad dan Naeim Ghalili).



Liew Seng Tat adalah orang baru dalam gelanggang filem. Maka,dia mengambil masa 2 tahun untuk membangunkan cerita LHD, termasuklah mendapatkan khidmat nasihat pakar di festival filem tersohor seperti Sundance agar skripnya menjadi sesuatu yang boleh bersaing dengan filem-filem dari seluruh dunia.

Filem yang baik adalah filem yang menghiburkan, yang memberikan gambaran budaya hidup sesuatu bangsa dan negara. Lebih penting, ia mesti memperkatakan sesuatu yang berlaku di zaman karya itu dilahirkan, yang menyentuh hati dan akal fikir karyawan itu dan disampaikan dengan penuh hemah dan; secara tersirat.

Naskah Seng Tat boleh dilihat sebagai satu ajakan untuk melihat diri kita pada watak-watak dan isu yang semestinya ada kaitan dengan keadaan sosio-politik negara. Ini jelas daripada plane of events (yang tersurat) dalam LHD melalui adegan-adegan yang melibatkan ketua kampong, ahli politik, penguat kuasa, mat rempit, dsbnya.



LHD bukan satira politik. Jika dilihat pada plane of discourse (yang tersirat), ia sebenarnya tentang industri filem Malaysia – satu subjek yang menjadi kegemaran beberapa karyawan filem (terutamanya Mamat Khalid). Petunjuk awal berada pada tajuk filem. ‘Lelaki Harapan Dunia’ merujuk kepada sesuatu yang mahu diangkat ke tahap yang lebih tinggi, yang diiktiraf dunia (hasrat Kerajaan yang masih tidak tercapai).

Rumah yang diusung oleh orang-orang kampong adalah sesuatu yang simbolik. Ramai yang terlibat di dalam industri, namun kini sudah menjadi usang kerana ‘dirasuk’ oleh kisah hantu dan jembalang dan dicemari samseng dan mat rempit. Jika ini berterusan, diibaratkan membakar rumah sendiri (lihat adegan akhir filem LHD di mana ini berlaku). Maksudnya, memusnahkan sinema Malaysia. Dan generasi baru karyawan filem yang berwibawa akan menjadi seperti orang Afrika di dalam LHD – tidak ubah seperti pendatang haram dan tidak tahu apakah masa depannya.

Dalam filem Wayang, Hatta Azad Khan menampilkan watak seorang yang kononnya alim. Ia membakar bangsal wayang kulit kerana mendakwa patung wayang kulit itu khurafat. Watak orang alim ini merujuk kepada seorang karyawan filem yang menganggap dirinya bijak, yang menolak karya bersifat seni dan  membawa ‘fatwa’ dia sendiri, ia itu, filem mesti membawa keuntungan. Walhal dia inilah yang ‘memusnahkan’ industri dengan lambakan karya yang lemah dan yang mencemar imej dan budaya bangsa.   



Seperti Mamat Khalid dan beberapa karyawan yang lain, Seng Tat sayangkan industri yang diceburinya. Dalam Lelaki Harapan Dunia, Seng Tat mengutarakan soalan: apakah kita tidak sedar bahawa kita sendiri yang menyebabkan industri kita menjadi daif? Jika tidak dapat mengangkat martabat filem kita di negara sendiri, bagaimanakah mahu melangkah ke persada dunia? 

Liew Seng Tat tidak ada jawapan. Dia hanya seorang tukang cerita yang menyampaikan renungannya. Apakah usahanya dan jugrakan-rakan seangkatan dengannya untuk membawa filem Malaysia ke persada dunia akan diiktiraf oleh negara sendiri? Atau apakah sejarah akan berulang dan mereka akan dijulang dan diperkatakan hanya selepas mereka sudah tiada?



Lelaki Harapan Dunia kini ditayangkan di pawagam di seluruh Malaysia.
oleh: Hassan Abdul Muttalib 


 SLIDE 1: Budaya & milieu Melayu diketengahkan.
 

SLIDE 2: Filem Malaysia kini dilanda cerita tahyol, bomoh & kepercayaan zaman silam. Dikaitkan dengan cerita hantu & jembalang yang tiada penyelidikan, yang hanya diceduk dari sumber yang tidak sah.




SLIDE 3: Realiti isu dadah & manusia gay dibuat dengan begitu berhemah tanpa menyentuh sensitiviti ugama & budaya
 

KEPUTUSAN 'FIVE QUIZ' LELAKI HARAPAN DUNIA

$
0
0
Pada 19 November 2014 yang lalu, Everything Films dengan kerjasama amyikram.com dan portal OMS (Oh My Shorties) telah menganjurkan 'Five Quiz Lelaki Harapan Dunia'. Peraduan yang menawarkan T-Shirt dan Tote Beg itu telah berjaya dilakukan, dan pada edisi hari ini kami akan mengumumkan 5 pemenang bertuah yang berjaya membawa pulang hadiah-hadiah menarik yang ditawarkan. Antara mereka ialah:-


3 PEMENANG BESERTA SLOGAN KREATIF
(Pemenang memenangi sehelai T-Shirt Lelaki Harapan Dunia)
Mohamad Shafiq Hanafi bin Mat Arshad
Mohd Sazni bin Ahmad Salehudin
Mohd Razif bin Mahamed Jarif


 2 PEMENANG SAGUHATI
(Pemenang akan memenangi tote beg Lelaki Harapan Dunia)
Ahmad Muazim bin Abdul Rahman  
Siti Zuhairatunnurfatin Masran


Tahniah buat semua pemenang. 
Bagi mereka yang tersenarai sebagai pemenang, pihak kami akan menghubungi anda melalui emel. Semua hadiah mestilah dituntut di FINAS PETALING JAYA sebelum 30 Disember 2014.
 

SELAMAT ULANG TAHUN PERTAMA OMS (OH MY SHORTIES)

$
0
0
Alhamdulillah, sudah 20 hari kita berada di tahun 2015. Hari ini, 20 Januari 2015, post pertama untuk tahun 2015. Selamat Tahun Baru 2015 , walaupun sudah basi jika mahu disebut, tetapi saya tetap mahu katakan 2015 merupakan tahun impian bagi kita. Kenapa saya katakan begitu?. Sebabnya tahun ini, banyak benda yang saya mahu lakukan dalam hidup. Nak tahu apa?. Tunggulah dulu ye... Pada anda pembaca setia blog saya ini, ingin saya ucapkan ribuan terima kasih atas sokongan anda. 

https://www.facebook.com/myshortpromo

20 Januari 2015 hari ini, hari Selasa ; Hari Ulang Tahun pertama 'Oh My Shorties', iaitu facebook pages yang saya kendalikan, sudah setahun ia beroperasi dengan bantuan 8 tenaga kerja. Bagi anda yang belum 'like', page kami, sangat dialu-alukan ya. Untuk makluman anda, OMS (Oh My Shorties) merupakan pages rasmi yang memberi pelbagai maklumat terkini merangkumi isu semasa, politik, dunia hiburan, filem dan sebagainya. Kami juga menghidangkan video-video menarik disamping promosi lain bagi membantu industri filem dan hiburan tempatan - target rasmi.

Untuk tahun ini, kami akan menganjurkan pelbagai kuiz sepertimana kami menganjurkan untuk produksi filem Lelaki Harapan Dunia. Bagi anda yang mempunyai sebarang pertanyaan berhubung pages OMS ini, bolehlah dropkan pertanyaan anda ke admin kami di malaysiashort@gmail.com.

Terima kasih,

Amy Ikram

HARGA TIKET WAYANG DI TGV CINEMAS SANGAT MAHAL?

$
0
0
Baru-baru ini, saya ada menonton filem Villa Nabila di TGV Wangsa Walk, Kuala Lumpur. Tiket filem itu berharga RM8.00 pada jam 4.00 petang bertarikh 17 Januari 2015. Saya terkejut juga apabila membuat semakan terhadap jadual tayangan keseluruhan filem Villa Nabila. Memang RM8.00. Kepastian itu diakui salah seorang pegawai di TGV yang mengatakan harga tiket wayang diturunkan bagi membantu kutipan tiket filem-filem tempatan yang agak tenat ketika ini. Saya bersetuju atas info dan mempromosikan berita itu dengan team saya  di laman Oh My Shorties. Namun, berita baik itu hanya seketika, kerana pihak TGV Cinemas kini menaikkan harga tiket bagi semua filem tempatan yang bakal ditayangkan, telah ditayangkan atau kini ditayangkan dengan harga RM 18.00 hingga RM20.00 bagi sebuah filem tempatan. Ini bermakna tiada lagi harga tayangan yang dahulunya berharga RM10.00. Namun, peminat filem tempatan jangan berasa kecewa kerana jika anda menonton sebelum jam 12.00 tengahari di mana-mana pawagam TGV berdasarkan masa dan tarikh tayangan, harga RM8.00 sahaja akan dikenakan, tidak termasuk harga booking secara online.  Ini perkembangan sihat bagi membantu kutipan tiket walaupun terpaksa bersaing dengan filem-filem antarabangsa yang juga dijual pada harga yang sama iaitu RM8.00 sebelum 12.00 tengahari.


Ketika harga tiket filem tempatan dilakukan percubaan oleh pawagam TGV berharga RM8.00, pelbagai respond positif saya terima melalui rakan-rakan di media sosial yang mengatakan 'satu perkembangan yang sihat', namun apa yang saya dengar, ada juga kritikan dari segelintir penggiat filem tempatan yang kurang bersetuju dengan tindakan TGV menurunkan harga tiket filem tempatan. Kata mereka, jika diturunkan, ini memberi implikasi terhadap bisnes filem dan tidak boleh cari makan!. Ini diakui oleh salah seorang penerbit filem terkenal (nama dirahsiakan) yang tidak bersetuju harga filem tempatan diturunkan kepada RM8.00 bagi semua masa tayangan. Tetapi bagi saya, untuk menggalakkan ramai penonton kita menonton filem tempatan di pawagam, harga sesuatu tiket itu mestilah relevan, tidak terlalu mahal, dan nampak murah seterusnya boleh menyaingi kehangatan Astro First yang rancak menayangkan filem-filem tempatan terbaru selepas 2 minggu ditayangkan di pawagam dengan harga RM15.00 untuk 48 jam tayangan. Sekiranya harga tiket terlalu mahal sehingga RM20.00, sedangkan filem-filem lain seperti filem tamil, english, thailand, indonesia dan sebagainya agak murah tiketnya, maka kutipan tiket filem kita masih seperti dahulu, tidak akan berubah-rubah dan tentunya 'lanun cetak rompak' akan berleluasa dan pelanggannya dikalangan kita, peminat filem tempatan yang seringkali memikirkan samada 'mahu menonton atau tidak' filem tempatan jika harganya lebih mahal dari filem-filem antarabangsa.

Kehadiran beberapa pawagam lain juga memberikan justifikasi positif dari segi jualan tiket. Misalnya GSC Cinemas, di pawagam ini harga tiketnya boleh dikatakan agak sederhana, tetapi jika mahu lagi murah, segerahlah ke beberapa pawagam kecil yang mungkin berada dalam sesebuah pasaraya yang kurang popular misalnya di One Cinemas, Spectrum Ampang, Selangor.  Justeru, apa yang saya harapkan untuk sinema kita dan industri filem kita, ialah harga tiket harus dikurangkan walaupun semurah RM10.00 dianggap agak relevan berbanding harga RM20.00 yang mahal dan pastinya penonton kita agak berfikir dua kali samada mahu menonton atau tidak, tetapi sekiranya mereka fanatik terhadap karya itu, mungkin akan mendapat sambutan walaupun agak mahal tiketnya. 

Tepuk dada tanya selera.


2 PAGES RASMI DUNIA HIBURAN DAN FILEM TEMPATAN - OH MY SHORTIES (OMS) DAN PRODUKSI FINAS!

$
0
0
Bagi peminat pages, berita baik buat anda, OMS Media Creative Group merupakan produksi portal yang dikendalikan sepenuhnya oleh Amy Ikram telah memperkenalkan portal facebook pages, Oh My Shorties (OMS) yang kini beroperasi sejak 20 Januari 2014 dan 2015 merupakan genap setahun pages ini beroperasi. Pelbagai berita, info dan video telah dimuat naik oleh OMS, membuktikan ia masih relevan dalam jaringan media sosial kini walaupun terpaksa bersaing dengan beberapa pages terbesar yang rata-ratanya dimiliki oleh individu, syarikat korporat, kerajaan dan agensi media kreatif yang lain. Namun, perjuangan OMS bukan sekadar omong kosong, tetapi kami berjanji akan memberikan informasi berguna secara telus tanpa ada sebarang prejudis terhadap mana-mana individu atau kumpulan syarikat yang ada di Malaysia, mahupun di luar Malaysia. OMS bukan sekadar portal berita semata-mata, tetapi OMS juga memberi penekanan kepada perkembangan dunia filem dan hiburan tempatan. Terbukti, OMS telah menganjurkan sebuah kuiz bagi produksi filem 'Lelaki Harapan Dunia' bersama-sama blog ini pada tahun lepas, 2014. Bagi penerbit filem yang berminat untuk bekerjasama dengan OMS samada bagi mempromosikan filem, jemputan atas apa-apa event dan sebagainya, boleh terus ke page OMS ini. Admin kami akan melayani anda berdasarkan permintaan dari semasa ke semasa.


Di samping itu juga, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) cawangan Petaling Jaya, Selangor memperkenalkan pages baru, Produksi Finas. Page ini diwujudkan pada tahun ini 2015 merupakan portal facebook khas yang hanya menumpukan soal produk video terbitan Finas samada produksi treler, promo dan dokumentari. Ia amat berbeza dengan pages Finas sedia ada yang telah diwujudkan. Bukan bertujuan untuk memberi saingan, tetapi hasrat Produksi Finas pages adalah berkongsi video yang telah dihasilkan dalam jaringan media sosial seperti saranan Yang Berhormat Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) yang mahu Finas terlibat dalam jaringan media sosial. Namun begitu, ada beberapa pihak yang membandingkan portal Oh My Shorties (OMS) dengan Produksi Finas. Untuk makluman anda, kedua-dua pages ini amat berbeza, walaupun ada ketika memberikan info yang sama tetapi matlamat kami amat berbeza. Justeru, pada peminat pages, rajin-rajinlah ke dua-dua pages kami, Oh My Shorties dan Produki Finas. Sebarang pertanyaan berhubung keda-dua pages ini, boleh terus ke dua-dua laman berikut.

SOKOLA RIMBA (Jungle School, 2013) by Riri Riza

$
0
0
A marvellous film shown at FINAS last night but was a wasted opportunity to expound on and celebrated it when FINAS brought in a certin to speak about it!. How was he going to do it when he was having a siesta during the screening?. It was a slow moving and he was more used to the trash from Microwave Studios. So there'a a parallel to the officers here and the officers in Riri's film. LOL!. As the outside world increasingly encroaches on their tribal lands impacting both natural environment & cultural traditions, the Orang Rimba (jungle people) near Jambi in South Sumatra, struggle to protect their communities from the ravages of capitalists and their ‘development’. 
Inspired by the book of the same name, Sokola Rimba, chronicles the early career of Butet Manurung, a young, award-winning Indonesian anthropologist & founder of SOKOLA, a non-profit organization dedicated to providing literacy & advocacy programs for indigenous & marginalized communities throughout the Indonesian archipelago. Directed by Riri Riza, the leading film director of post-reform Indonesian cinema, known for his ability to push the limits of genre convention & achieve box-office success. Riri Riza’s Sokola Rimbaprovides audiences with the opportunity to journey into the depths of Bukit 12 National Park, experiencing the pressures, trials & tribulations faced by Butet during the early years of her career.

 That is the background to the film but what is the film really about? This is what the invited speaker (a graduate of Universiti Malaya & who supposedly had attended a few film courses there), failed to enlighten the audience upon. In the hands of a director like  Riri Riza, a film will have a subtext – a background story that tells the audience why he reallymade the film & his concerns as to the direction his country was taking. The visual signifiers of Riri are all there. On the surface, the jungle environment that Butet faces is full of dangers.  At the start of the film, she wanders alone in the jungle looking for the Jungle Folk that she has been assigned to teach their children to read & write. Someone sinister appears to be shadowing her & when she falls in a faint, this person is seen as someone who will take advantage of her predicament. This does not happen (as it would in a city!). Instead, he has carried her to her destination very, very far from where he lives - and she is amazed by this. Later we find that this is Bugong, a youth from another distant tribe who is eager to learn to read & write so that his people are not fooled by one-sided written agreements by outsiders who are encroaching on their lands. 

 
Her first meeting with the Jungle Folk is a test of her patience. They appear to be aloof & are inextricably bound by their numerous, illogical customs & animistic beliefs. It takes some time for her to connect with them. The fauna of the jungle is depicted as fearsome & ominous. There is the low growl of an unseen tiger. A huge python slowly makes its way along her path. And neither is Dr Astrid, a European who is regarded as a \meddling foreigner’ by Butet’s boss. Butet comes down with a serious bout of malaria but recovers. Illegal loggers also appear to be a threat to the Jungle Folks’ way of life but this is not expanded upon. They are not shown to be violent. And there is a reason for this. They are not the real threat. All the above elements are seen as primitive, predatory, hindrances & obstacles. But they are nothing compared to what she faces with the so-called civilized, outside world. Early in the film, Riri shows a solitary shot (on television) of Gus Dur (the Indonesian President then) who is more concerned with efforts to topple him. This was the widely ridiculed ‘sleeping President’ (Malaysia had a parallel leader, if you recall!). This scene foreshadows the apathy of the people who are entrusted to serve the people (including the marginalised) but had failed to do so (numerous instances of this are evident in Malaysia as seen in the films of KOMAS & books written by anthropologists). 
 Other binary opposites are Butet’s boss who is more concerned over giving the right image to the press – that Butet is a heroine who is trying to uplift the lives of the indigenous people. And when Butet finally reacts against this in front of the press, the journalist are seen standing in proximity, huddled together & just staring at her outburst. No one sees it as something newsworthy. The scene is a subtle comment by Riri of the subservient media of the times. Riri also hints that Butet’s boss is probably on the take, profiting from those from the outside who are eyeing the jungle land with dollar signs in their eyes.  The introduction of oil palm plantations towards the end of the film signifies the business interest of foreigners (read: Malaysians!) who are encroaching on their jungle, fully aided by Indonesians themselves. This is the real threat. The illegal loggers are Indonesians but they are not as big threat as the unseen corporate figures & government officials who decide what lands to take & how to do it using one-sided agreements on paper.

At the end, in spite of it all, Riri gives us a happy ending. Butet has lost her job as a teacher but her indomitable spirit & efforts in trying to bring education to the Jungle Folk that would make them less a prey to the capitalists & government officials with vested interest appears to have paid off. Her young colleagues rally to her, their spirits and minds opened up by Butet’s sacrifices. They are now together with her in helping the Jungle Folk to head for a brighter future. These are the generation that will break with the older ones whose hearts are not in the right place. These are the hope of the new Indonesia. And Riri Riza is right up there with & among them. 

by : Hassan Abd. Muthalib, Film Critic.


TAHUKAH ANDA APAKAH ITU LPF?

$
0
0

Mungkin ada di antara anda tertanya-tanya apakah sebenarnya LPF ini?. Ada yang mengatakan LPF itu adalah agensi tapis filem di bawah Finas. Tidak! Tidak sama sekali. LPF ini merupakan Lembaga Penapis Filem (LPF) yang ditubuhkan pada tahun 1954 di Singapura. LPF ini adalah agensi penapisan filem di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) . Dua jawatan kuasa diwujudkan iaitu di Singapura (untuk Negeri Selat) dan satu lagi di Kuala Lumpur (untuk Tanah Melayu). Pada tahun 1966 ibu pejabat LPF Malaysia dipindahkan ke Kuala Lumpur.

Fungsi LPF ialah melaksanakan dasar penapisan dan menapis filem untuk seluruh Malaysia. Akta pertama yang diguna pakai ialah Akta Filem Sinematograf 1952 (Pindaan 1966) diikuti Akta Penapisan Filem 2002 (Akta 620) yang mana berkuat kuasa sehingga hari ini.

LPF diterajui oleh seorang Pengerusi dengan dibantu oleh seorang Naib Pengerusi dan dianggotai oleh sekumpulan Ahli Lembaga. Dalam melaksanakan tugasnya, Lembaga dibantu oleh sekumpulan pegawai Urus Setia yang diketuai seorang Setiausaha Bahagian.

Tugasan tapisan filem dilaksanakan dengan menggunakan kaedah panel tiga orang Ahli Lembaga. Keputusan panel diperakukan untuk pertimbangan Pengerusi atau Naib Pengerusi Lembaga. Sesuatu pertimbangan dibuat berdasarkan peraturan dan kriteria yang ditetapkan oleh tiga dokumen asas iaitu Akta Penapisan Filem, Garis Panduan Penapisan Filem dan Panduan Khusus Penapisan Filem.


Fungsi dan Kaedah Tapisan Filem Terdahulu

Sebenarnya fungsi tapisan filem telah dilaksanakan seawal tahun 1908 sebelum penubuhan LPF. Pada masa itu tugas tersebut dilaksanakan oleh pihak Polis di bawah Ordinan Teater 1908 yang mana Polis diberi kuasa untuk menentukan kesesuaian adegan dalam sesuatu filem. Polis juga berkuasa membuat serbuan dan merampas filem yang melanggar peraturan.

Undang-undang pertama khusus mengenai kawalan dan penapisan filem ialah Ordinan Filem Sinematograf 1924 yang digubal untuk Negeri Selat, kemudian disusuli oleh Enakmen Filem Sinematograf (Kawalan) 1927 untuk Negeri Melayu Bersekutu dan Johor. Selepasnya, suatu undang-undang untuk seluruh Tanah Melayu iaitu Ordinan Filem Sinematograf 1952 dikuat kuasakan.

Pada masa tersebut, penapisan filem dibuat oleh seorang pegawai sahaja yang mana pegawai berkenaan bertanggung jawab kepada Ketua Polis.

Info : Kementerian Dalam Negeri, LPF

SANISAH HURI KEMBALI BERAKSI DI ISTANA BUDAYA, APRIL 2015!

$
0
0

Penyanyi Sanisah Huri, 63 tahun yang popular era 60-an itu bakal beraksi semula, April ini di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Bintang pujaan era 60-an, 70-an hingga 80-an itu, khabarnya akan mengadakan konsert istimewa 'Aku, Dia & Lagu' pada 11 April 2015, jam 8.30 malam di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Sanisah ketika ditemui media, baru-baru ini menafikan kemunculannya selepas 20 tahun bukan di atas sebab 'merajuk'. Kehilangannya dalam persada seni suara tanah air, di sebabkan kesibukkannya menguruskan hal keluarga, di samping menjaga ibunya yang sakit. 

'Inilah masanya untuk saya kembali aktif menyanyi dan saya percaya peminat masih merindui suara dan lagu-lagu saya. Saya bersetuju untuk muncul dalam konsert ini atas pujukan Yusnor Ef dan inilah konsert kenangan bagi peminat seni suara tanah air yang membesar dengan lagu-lagu saya',  tegas Sanisah Huri, penuh yakin membuktikan beliau masih relevan dalam industri muzik tempatan, walaupun kini dibanjiri ramai penyanyi  dan artis baru yang tidak dinafikan bakat dan kreativiti mereka.

Konsert 'Aku, Dia & Lagu' ini merupakan perjalanan hebat karya Yusnor Ef, seorang penulis lirik terkenal era 60-an yang masih hidup ketika ini. Yusnor yang banyak menulis lirik lagu-lagu ciptaan Allahyarham P.Ramlee, Kassim Masdor dan ramai lagi itu merupakan anak seni Singapura yang masih aktif walaupun tidak seligat komposer muda dan baru yang menghasilkan genre muzik berbeza. 

Selain Sanisah Huri, konsert yang bakal dipentaskan 11 April ini juga menampilkan penyanyi lagenda Maria Bachok, J.Mizan, A.Razak, serta penampilan khas P.Ramlee Singapura, Shafiie Hamzah yang wajah dan suaranya saling tak tumpah seperti Seniman Agung Tan Seri P.Ramlee. Bukan artis lama sahaja yang bakal menguji suara mereka di pentas Istana Budaya, malahan penyanyi serba boleh Hazama, Hafiz Suip, Aisyah Aziz, Imran Ajmain, Dato' Fazley dan ramai lagi. 

Tiket-tiket berharga RM53, RM73, RM153, RM203, RM253, dan RM303 sudah mula dijual di Box Office Istana Budaya. Anda juga boleh membuat pembelian secara online di  http://www.airasiaredtix.com/ . Pastikan temujanji anda bersama kami di Konsert Aku, Dia & Lagu pada 11 April 2015 di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Peminat muzik dan peminat seni suara tanah air wajib hadir. 

amyikram copyright article April 2015
Sanisah berkata, dia bersetuju untuk menyanyi semula selepas dipujuk Yusnor.
“Saya rasa peminat banyak yang merindui saya dan inilah masanya untuk saya menyanyi semula.
“Saya mengakui gementar untuk beraksi di IB. Perasaan sama juga dirasai ketika muncul di Esplanade tahun lalu. Saya setuju terbabit dengan konsert ini kerana perasaan teringin menyanyi semula yang membuak-buak,” katanya.
Dalam konsert itu, Sanisah bakal menyampaikan lagu Gelisah, Kisah Tuah & Teja, Ku Jangan Ditinggalkan dan medley lagu Peribahasa serta Sampaikan Hati Ini Kepadanya.
Konsert Aku, Dia & Lagu turut menampilkan penyanyi angkatan baru seperti Hafiz Suip, Imran Ajmain, Aisyah Aziz, A Rozaini, Hazama serta Datuk Fazley sebagai pengacara. Kesemuanya akan menyanyikan lagu yang liriknya ditulis oleh Yusnor Ef.
Sementara itu, Yusnor atau nama sebenarnya Mohd Noor Mohd Yusofe, 78, yang sudah menghasilkan lebih 150 lirik berterima kasih kepada IB kerana membuka peluang untuk karyanya dipentaskan di tempat berprestij ini.
Maklumat mengenai tiket sila layari laman web www.airasiaredtix.com.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/39494#sthash.DpdpAc3J.dpuf
Sanisah berkata, dia bersetuju untuk menyanyi semula selepas dipujuk Yusnor.
“Saya rasa peminat banyak yang merindui saya dan inilah masanya untuk saya menyanyi semula.
“Saya mengakui gementar untuk beraksi di IB. Perasaan sama juga dirasai ketika muncul di Esplanade tahun lalu. Saya setuju terbabit dengan konsert ini kerana perasaan teringin menyanyi semula yang membuak-buak,” katanya.
Dalam konsert itu, Sanisah bakal menyampaikan lagu Gelisah, Kisah Tuah & Teja, Ku Jangan Ditinggalkan dan medley lagu Peribahasa serta Sampaikan Hati Ini Kepadanya.
Konsert Aku, Dia & Lagu turut menampilkan penyanyi angkatan baru seperti Hafiz Suip, Imran Ajmain, Aisyah Aziz, A Rozaini, Hazama serta Datuk Fazley sebagai pengacara. Kesemuanya akan menyanyikan lagu yang liriknya ditulis oleh Yusnor Ef.
Sementara itu, Yusnor atau nama sebenarnya Mohd Noor Mohd Yusofe, 78, yang sudah menghasilkan lebih 150 lirik berterima kasih kepada IB kerana membuka peluang untuk karyanya dipentaskan di tempat berprestij ini.
Maklumat mengenai tiket sila layari laman web www.airasiaredtix.com.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/39494#sthash.DpdpAc3J.dpuf

DIMENSI BARU INDUSTRI PENYIARAN TEMPATAN... PITCHING CENTRE DILANCARKAN

$
0
0


Membawa dimensi baru dalam dunia penerbitan. Kewujudan Pitching Centre diharap dapat melahirkan lebih ramai bakat karyawan baharu terutamanya penulis skrip dan penerbit yang bertaraf global, khususnya dari golongan muda dan menjadi pemangkin utama dalam memberikan pendapat serta idea baru yang sejajar dengan peredaran masa kini. Di sini lahirnya sebuah cinta.. Di Content Malaysia Pitching Centre, impian anda akan jadi kenyataan. Pada 2hb April 2015, Khamis, Pitching Centre telah dilancarkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), YB Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek. Bertempat di Platinium Sentral, Kuala Lumpur, Content Malaysia Pitching Centre merupakan platform terbaik kepada penggiat industri. Diterajui sepenuhnya oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) , Pitching Centre berperanan sebagai pusat yang dapat merangsang dan mencambah idea-idea baru bagi semua kandungan kreatif, daripada video berdurasi 3 minit untuk YouTube hinggalah ke produksi filem cereka; merangkumi kandungan TV, filem, dokumentari, muzik, animasi, permainan dan aplikasi mudah alih.



Mendapat sokongan sepenuhnya daripada Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Pitching Centre yang sudah mula beroperasi sejak akhir Mac 2015, dilihat sebagai sebuah pusat kecemerlangan dalam membantu penerbit tempatan, penggiat filem, karyawan muda dan sebagainya, bagi merealisasikan impian mereka dalam berkarya.  'Dunia kreatif bermula dengan idea, idea yang diolah dari sekeping kertas dilontar menjadi visual yang bermain di layar skrin seterusnya disaksikan ribuan dan jutaan penonton sehingga menjadi satu fenomena, dianggap kejayaan bagi penggiat industri kreatif. Dengan lahirnya Pitching Centre ini, tentunya ia dapat mengubah lanskap sinema dan karya tempatan agar mampu berdaya saing sehingga ke peringkat global'.


Sebarang maklumat berkaitan Pitching Centre ini, boleh klik di sini.

Teks : Amy Ikram
Kredit Gambar : Finas Malaysia
 amyikram copyright article April 2015
Viewing all 339 articles
Browse latest View live