Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 339

PEDULIKAH MEREKA?


'Pedulikah mereka dengan kenaikan kos hidup di kota metropolitan yang mencabar ini? Apakah mereka sedar tentang 'gaji pokok / minimum' dengan 'taraf pengalaman' adalah dua jurang yang berbeza untuk dihuraikan. Kenaikan gaji pokok adalah sesuatu yang subjektif. Pengurangan gaji bermakna 'penghinaan' kepada kreativiti seseorang dalam mengabdikan diri terhadap lapangan kerja yang diamanahkan.Tidak mustahil untuk diperkatakan bahawa dalam keadaan ekonomi sekarang, apa jua yang dipohon umpama 'melihat burung terbang hinggap di dahan, lari bertempiaran bersorak keriuhan'. 

'Gaji'. Jika disoal, kebanyakkannya akan menjawab 'tidak cukup!'. Kenapa?. Adakah kehendak mengatasi keperluan?. Bagaimana pula dengan mereka yang sudah 'mendapat' tetapi 'dikurangkan?'. Bukankah itu tidak patut? Tapi, inilah yang seringkali terjadi dan diamalkan dalam profesionalisme setiap dari mereka yang mempunyai peluang untuk mengubah lanskap, tetapi hanya mengangguk serta menggeleng ; berdasarkan 'pena yang telah tertulis'. Itulah realiti hidup di Batu Belah Batu Konkrit, nampak indah tapi dusta belaka!.

Apabila seorang 'menteri' dari institusi berkenaan memutuskan 'gaji minimum' meliputi 'kerajaan' dan 'swasta' antara RM 1,050 hingga RM 1,499 (mungkin berubah lagi atau sudah ditetapkan?).  Mereka  ini perlu melihat untuk membuat keputusan yang 'kritis' dan 'masuk akal' . Pemberian gaji umpama imbuhan kepada pekerja yang bertungkus lumus memajukan negara melalui pelbagai sektor pembangunan dan perkhidmatan yang ada. Kenaikan gaji minimum itu mestilah berpatutan dengan pengalaman dan taraf pendidikan yang ada. Sekiranya pengalaman menguasai taraf pendidikan, bagaimana pula golongan ini terbela?. Apakah mereka 'dipedulikan' kerana bakat mereka ataupun dibuang jauh atas kepentingan individu lain?. Tanya minda, buka hati, fikirlah sendiri.


Overtime, elaun dan sebagainya yang bersangkut paut dengan 'manusia' adalah  anugerah dari lebihan kerja yang dilakukan. Persoalannya, apakah mereka yang merebut peluang ini, 'jujur' dalam melakukannya? Ataupun hanya mahu mengambil peluang tapi menipu dari segi masa?. Mungkin anda juga tidak terkecuali?. Setuju atau tidak?. 

Berdoalah dengan penuh ikhlas, agar apa yang kita hajati dimakbulkan tuhan. Rezeki pasti ada, jangan gentar atau kecewa kerana tanpa usaha yang jitu, mana mungkin kita mampu 'menggapai bintang di langit, walaupun ia bersinar tapi kerlipannya tetap kabur membelah bumi'. Wallahuallam.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 339

Trending Articles