Quantcast
Channel: WAJIB TONTON
Viewing all articles
Browse latest Browse all 339

FESTIVAL FILEM JOHOR BAHRU 2015, AKAN DIADAKAN SETIAP TAHUN?

$
0
0

Dalam kesibukan kita memperkatakan mengenai penganjuran Festival Filem Malaysia (FFM27) bagi tahun 2015, mungkin kita tidak menyedari bahawa kewujudan beberapa festival kecil yang lain. Festival Filem Johor Bahru 2015 atau JB Film Fest, umpamanya merupakan festival filem antarabangsa yang memberi fokus pada usaha pembikin filem tempatan mengetengahkan filem-filem seni terbaik di peringkat antarabangsa kepada khalayak tempatan di mana pemilihan filem-filem tersebut bukan 'calang-calang' karya malah filem yang memasuki festival itu adalah karya filem yang telah memenangi beberapa festival filem antarabangsa. Labour of Love (India), Pee Mak (Thailand), Soekarno (Indonesia), Sayang Di Sayang (Singapura), Television (Bangladesh), Halaw (Filipina), Cambodian Son (Kemboja), Komaneko (Jepun), My Mother is in America & She met Buffalo (Perancis) dan Cuak (Malaysia), antara 10 buah karya filem yang ditayangkan di JB Film Fest di mana festival itu berlangsung selama 3 hari, bermula pada 11 hingga 13 Jun 2015.

Memilih destinasi Nusajaya dan Universiti Multimedia, Johor Bahru sebagai lokasi festival, Festival Filem Johor Bahru 2015 ini merupakan sebuah festival filem yang boleh di katakan eksklusif, di mana ia dianjurkan oleh Pertubuhan Seni Persembahan Johor dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS). Diterajui oleh Hassan Muthalib sebagai kurator festival, JB Film Fest ini antara festival filem yang agak simple dan indiependent , seolah-olah anda berada di festival filem bertaraf antarabangsa seperti Cannes Film Festival, Toronto Film Fest, Jogja-NetPac Film Fest, dan sebagainya. JB Film Fest ini dirasmikan oleh Yang Amat Mulia, Tunku Aminah Sultan Ibrahim, Puteri Johor dan ia dihadiri ramai penggiat dan pembikin filem antarabangsa.

Dato' Kamil Othman, Ketua Pengarah Finas, Dato' Fauzi @ Pauzi Ayob, Pengarah Pemasaran Finas, Puan Khalidah Mohd Darus, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan dan Pembangunan Finas, Robana a/p Govindaraju, Pen. Pengarah Acara & Pengurusan Strategik 1 Finas, antara tetamu yang turut hadir bagi memeriahkan Festival Filem Johor Bahru 2015.

Festival Filem Johor Bahru 2015 yang mendapat tajaan penginapan sepenuhnya oleh Hotel Jen Puteri Harbour, Johor ini khabarnya akan menjadi festival tahunan dalam industri filem dan hiburan tempatan. Ini diakui Ketua Pengarah Finas, Dato' Kamil Othman, ketika ditemubual wartawan OMS!, OhMyShorties, semasa festival itu berlangsung.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 339

Trending Articles